budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Sunday 27 May 2012

MEREKA ADA ULAMA', KITA???


Salam membudak…

mahu mengukir sejarah, bukan terkasima dengan sejarah..

            Budak bukannya syok dengan sejarah, tapi budak nak ambik something dari sejarah, agar budak syok untuk mengukir sejarah…

            Uthmaniah, 1301 hingga 1924… gemilang pada awalnya, kelam pada akhirnya.. ini fitrah sebuah kerajaan, jatuhnya kerana jauhnya dengan Allah.

             Palestine jatuh pada tahun 1948 ditangan zionis, dan ianya dipanggil sebagai peristiwa nakbah (malapetaka).. apa pula nak kita gelarkan pada peristiwa kejatuhan Khilafah Uthmaniah yang jauh lebih besar nakbahnya???

Perasan atau x,.. Umar Al-khattab membebaskan Baitul Maqdis kerana adanya Khilafah, 

tahu atau tidak… Baitul Maqdis pernah jatuh pada tahun 1099 setelah 500 tahun berada dibawah pimpinan Islam kepada pasukan Solibiyah.

Sedar atau tidak… Baitul Maqdis dibuka balik oleh Solahuddin Al-Ayyubi setelah 88tahun Kristian mencerobohnya.

            Berjayanya Solahuddin kerana adanya Khilafah menongkat dibelakangnya… malah Al-Fateh membuka konstantinopel kerna ianya Khalifah… maka dapat budak buat kesimpulan yang main2… ibu kepada pembebasan ialah Khilafah… NAMUN, hati-hati…

            Khilafah tanpa Ulama’, rosaklah rakyatnya… pemerintah[khalifah] dan penasihat[ulama’] merupakan satu sinergi yang maha dahsyat untuk manusia.. Muhammad S.A.W pernah mengungkapkan dua golongan apabila baik keduanya maka baiklah seluruh manusia dan apabila jahat keduanya maka jahatlah seluruh manusia, mereka itu ialah Ulama’ dan Umara’[pemerintah].[Riwayat Abu Na’im dalam al-Hulyah]

khilafah uthmaniyah


            Gabungan kuasa umara’ dan ilmu ulama’ menghasilkan satu momentum yang menggegarkan dunia, sebagaimana Othman Gazi selalu berdampingan dengan seorang ulama’ sufi yang bernama Syeikh Adebali. Suatu ketika beliau telah menafsirkan mimpi Othman Gazi yang akhirnya tafsiran mimpi itu menjadi nyata apabila Othman Gazi digelar sebagai Bapa Empayar Khilafah Uthmaniah. Bermulalah Khilafah Uthmaniyah pada 27 Julai 1301 oleh pengasasnya Othman Gazi.

            Orhan Gazi [khalifah Uthmaniyah ke2]  anak kepada Othman Gazi turut sama mendapatkan khidmat ulama dalam pentadbirannya, hinggakan Orhan Gazi menghantar satu pasukan tentera elitnya untuk diasuh oleh seorang ulama’ Haci Bektas pengasas kepada Tarekat Bektasiah dan tentera elit ini diberi nama Yeniceri (tentera baru) oleh beliau. Hinggakan Orhan Gazi dapat meluaskan pembukaan Negara dari 16 000 km/segi kepada 95 000 km/segi dalam masa 33 tahun.

            Sultan Mehmed II [ Muhammad Al-Fateh] Khalifah Uthmaniyah ke7 mempunyai seorang ulama’ sebagai penasihatnya iaitu Sheikh Shamsudin Al-Wali, yang bersama-sama dengan Sultan Mehmed II untuk merealisasikan Sabda Rasulullah S.A.W iaitu dengan menakluk kota Konstantinopel pada 29 Mei 1453 setelah hampir 800 tahun sabda ini diluncurkan dari mulut baginda.

            Berdasarkan kepada 3 tokoh kepimpinan ini, budak dapat buat kesimpulan awal, kehebatan kepimpinan akan terbentuk bilamana bergabungnya PEMERINTAH DAN ULAMA’… 

makanya, untuk memastikan Palestine dibebaskan kembali, tidak dapat tidak perlu adanya Khilafah yang bersinergi dengan Ulama’ memimpin umat Islam seluruhnya.

            Maka, sama2 kita berusaha sedaya mungkin… bergerak diatas posisi masing-masing dengan segala potensi yang ada demi Jemaah dan khilafah islamiah.







sama2 mendekatkan diri dan bersama-sama dengan para ulama' sementara mereka masih ada...

Budak tengok sejarah, mata sampai naik merah, tapi hari ini termuntah, untuk dijadikan muhasabah, agar wujud kembali khilafah islamiah…

Hehehe, budak nak jadi pengkaji sejarah…



Saturday 19 May 2012

RASIONAL TAK???

Salam tumbesaran,


Pejam mata, bangun tidur, makan dan buang air, berjalan kaki, duduk bersila, berfacebook sampai pagi, rupanya dah nak masuk Bulan Rejab... 2bulan ag Ramadhan..


Antara bulan yang digazetkan sebagai bulan Haram.. [muharam, rejab, zulkaedah, zulhijjah]


dalam lena kita, dalam lagha kita, dalam entah apa-apa kita, sudah 64 tahun Zionis merampas Baitul Maqdis [15 Mei 1948].


4 hari lepas kita "menyambut" ulang tahun ke 64 tahun malapetaka yang maha dahsyat ini (Nakbah)... 


dan 2 hari lagi kita akan memasuki Bulan Rejab, untuk menyambut kejayaan Solahuddin Al-Ayubi membebaskan Baitul Maqdis dari tentera Solibiyyah (kristian).. setelah hampir 88 tahun diceroboh.


ada macam budak x???




pencerobohan selama 88tahun yang bermula 1099 amatlah dahsyat, disembelih semua manusia yang ada... 


pencerobohan selama 64tahun yang bermula 1948 amat bersistematik dan kejam, diusir "tuan" tanah oleh "tetamu yang tidak diundang" malah dibunuh tanpa bersalah.


apa yang didapati, daripada ke-dua2 pencerobohan ini,.. sebelum melancarkan pencerobohan, Pihak Pope Kristian zaman perang salib dan Yahudi (zionis) pada zaman kini mengadakan perhimpunan @ kongres untuk menceroboh Baitul Maqdis.


mungkin xperlu disentuh secara detail kronologi pencerobohan ini,
ada 2 3 benda yang mungkin menarik perhatian budak...


1095- Pope Urban II telah mengadakan 2 perhimpunan, Persidangan Piacenza di Itali dan Persidangan Clermont di Perancis dalam agendanya untuk melancarkan "perang suci". dan pada 1099, jatuhnya Baitul maqdis.


1897- Kongres Zionis di Basel, Switzerland dalam membincangkan menempatkan yahudi di Palestin, dan pada tahun 1948 jatuhnya Palestine secara rasmi (pada asasnya 1882 yahudi sudah memasuki palestin)


Basel Switzerland 1897




Jelas nampak bagi kita, persamaan :: Bersatunya KRISTIAN dan bersatunya YAHUDI dalam menceroboh Baitul Maqdis...


Umat Islam dimana??? dan bagaimana???


Solahuddin Al-Ayubi dibangkitkan dalam suasana pemerintahan Islam yang boleh dikatakan "zalim" pada zaman itu (Kerajaan Syiah Fatimiah), namun kerajaan ini jatuh dengan naiknya Solahuddin Al-Ayubi dan dapat memerintah Mesir.


Ini berlaku pada abad ke-11


BAGAIMANA dengan abad ke-21 ini???


Kerajaan Diktaktor Mesir (Husni Mubarak) telah dijatuhkan oleh rakyat... dan pada beberapa minggu lepas Calon Presiden Mesir dari FJP, Dr. Mohammad Mursi, mengumumkan untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai Pusat Pentadbiran Islam (Khilafah) andai memenangi pilihanraya ini...


"Solahuddin" ke-2???




Allahuakbar...


Budak nampak semacam ada persamaan... andai kata peristiwa pembebasan yang dilakukan oleh Solahudin Al-Ayubbi sebagai asas strategi untuk membebaskan Palestine pada abad 21 ini, tidak mustahil, Solahuddin kedua akan muncul xlama lagi...


budak amat mengimpikan, mungkin penulisan ini nampak semacam je, tapi moganya ia dapat memberikan satu harapan untuk melihat PALESTIN kembali ke tangan Umat Islam.


Tak lama lagi, insyallah




budak duk usha tengok bagaimana Umar Al-Khattab membebaskan Baitul Maqdis dizamannya... Adakah methodnya sama???


hehehe, kajian budak yang main-main je... jangan serius sangat... tapi Pembebasan Palestin itu benda serius dan kena difikirkan bersama...


tulisan warna merah... bersempena Red Warrior lawan Sime Darby malam nie...kui3


budak muntah, baca sejarah, sampai keluar darahhhh..



Saturday 12 May 2012

ALAHAI !!! TAPI???


Salam puitis dari budak...

hehe.. rekaan kata yang budak copypaste dari facebook... saje nak testing design blog yang baru (walaupun xcantik)... tambahan... aura "seni" merasuk jiwa, kerna semalam sempat mendengar Dato' A. Samad Said berkata-kata di Padang Perdana... Kui3.

Kata ini, bukan kata biasa, tapi kata yang datang dari jiwa... moga dari jiwa turun ke jiwa...

ALAHAI PEJUANG AGAMA!!!
DAHULU HEBATNYA KITA
SEMANGAT HABIS MEMBARA
NYATAKAN RASA CINTA
CINTA PADA TUHAN DAN AGAMA
MASA BERGANTI MASA
KITA MAKIN DEWASA
NAMUN LUNTUR JIWANYA
MALAS ANGGOTANYA
CELARU FIKRAHNYA
HANCUR AMALANNYA
TARBIAH ENTAH KE MANA
TADHIYYAH JANGAN DIKATA
ITULAH HAKIKAT KITA
PEJUANG AGAMA...

ALAHAI PEJUANG AGAMA !!!
SEMACAM DAH SEMPURNA
SUDAH MATANG KONONNYA
SIAPA TEGUR AKAN BINASA
ENGKAU SIAPA, AKU SIAPA
RASA DUNIA KITA PUNYA
BUAT SEGALA APA ATAS NAMA AGAMA
HATTA BERMANJA-MANJA
GURAU SENDA ENTAH APA-APA
WALAU LAIN JANTINA
MACAM BIASA...
BILA DITEGUR, DILABEL TAK TERBUKA
KATANYA INI MASLAHAH AGAMA
JANGAN SALAHGUNA AGAMA
NANTI BINASA

ALAHAI PEJUANG AGAMA !!!
BANYAK ALASANNYA
BILA DITANYA
MUSYAKKOH KABIR JAWABNYA
ADA JUGA BUAT MUKA
TAPI KITA TERIMA
KERNA KITA TAHU ALLAH ADA
ANDAI BETUL ALASANNYA
MOGA ALLAH BERSAMA
ANDAI BOHONG IA
MOGA SELAMAT AKHIRAT DAN DUNIA
TAK PERLU PANJANG BICARA
NANTI KITA JUGA KENA
MOGA KITA JADI MANUSIA BERGUNA
BUKAN MANUSIA YANG SUKA MENGGUNA

TAPI, PEJUANG AGAMA
USAH LEKA DENGAN DUNIA
IANYA SEMENTARA
TIDAK AKAN LAMA
KERNA ADA TAPISANNYA
ANDAI MAHU BERSAMA
MASIH ADA MASA
SAMA2 KITA DOA
AGAR IKHLAS DI JIWA
ISTIQAMAH JADI CITA-CITA
MOGA TURUN RAHMATNYA
DALAM KESATUAN KITA



Sekian dulu dari budak... bajet mahu jadi sasterawan.. kui3 (budak ketawa sampai sawan)...

selamat menyelami dasar jiwa budak...

akhirnya
Salam DURIAN RUNTUH dari budak...


Friday 11 May 2012

APA NIE???

salam dari budak


hari nie budak mahu main2 je...(sebelum nie pun memang dah main2)...


dalam main-main, budak terasa sedih... ada ke sorang 'pak cik' nie, dia cakap bukan2 kat budak punya idola... BAPAK KAFIR katanya... Apa nie??? (kesian kat dia, mungkin mata dah kabur dalam melihat, orang tua katakan)


kalau TGNA bapak kafir... budak rasa xde lah orang islam kat Malaysia nie, setakat mata budak duk usha2, TGNA yang paling Islam dari pemimpin lain... nak sebut kat sini panjang, semua orang dah tahu, Pak Cik Rahim Noor je xtahu...(mungkin umah dia xde internet kot...)





pak cik Rahim sebenarnya xberapa rahim(penyayang) lah!!! Noor (cahaya) tu xberapa nak ada kot!!! malap-malap hampir nak padam, sebab tu bila suluh, nampak benda lain,... ditambah lagi dengan mata yang dah kabur... tertukar mana kilauan Bulan Purnama, yang mane kilauan CINCIN...


xpelah...kita tinggalkan Pak Cik Rahim dengan Noornya


tadi budak g Kuliah Dhuha kat Medan Ilmu Kota Bharu, ingat boleh jumpa n dengar suara TGNA... xde rezeki TGNA diganti oleh Speaker DUN, ust Din... (Semangat giler kuliah dia, rasa macam nak sekeh je kepala UMNO..hahaha)


geram campur sayang darab dengan lawak makin bertambah kat UMNO, tadi budak balik umah terbaca SINAR HARIAN,... jeng3x... UMNO buat lawak pulop... muka surat 8, Jumaat :11 Mei 2012...


" Kelab Putra 1Malaysia kesal dengan tindakan penganjur mengadakan demonstrasi BERSIH 3.0 di Madinah ketika umat Islam mengerjakan RUKUN ISLAM KELIMA itu pada 28 APRIL 2012 "


tak tahu budak nak kata apa... ada ke orang buat HAJI sekarang nie... hahahhahahah (budak ketawa sampai meleleh air liur) ini lawak antarabenua nie...hahhaha

sebelum tu, RUKUN ISLAM KELIMA ialah menunaikan haji di Mekkah... 




hahaha... Pak Cik Rahim, orang macam nie, BAPAK APA PULOP???? 

Budak pun kesal dengan Kelab Putra 1Malaysia, kerana xbelajar fardhu ain dulu... hahahhhahha
Pak Cik Rahim boleh tolong ajarkan kot.... UMNO oh UMNO... Apa nie,??? Malu lah.

maafkan budak ye... budak bukan nak buka aib, tapi dah ada dalam dada Akhbar... 

tapi UMNO, budak bagitahu dengan jelas kat sini, budak bukan xsuka dengan UMNO, tapi tuntutan AQIDAH, budak kena lawan UMNO... Bukan semata-mata atas dasar isu... (isu hari saje nak main2, budak kan suka main2).

tapi ini asas perjuangan budak:

" Islam meletakkan aqidah sebagai asas utama dalam perjuangan. Bahkan ia merupakan rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman. Dengan kata lain, Islam tidak menjadikan isu sebagai landasan utama kerana persoalan aqidah adalah bersifat menyeluruh.Perjuangan yang berasaskan isu akan tamat dengan selesainya isu berkenaan. Sebaliknya Islam sentiasa mengetengahkan isu-isu yang berpaksi pada aqidah untuk menjelaskan tuntutan sebenar tauhid.."

oklah... mafkan budak ye... termuntah lagi... angkara loya dengan suasana... 
SALAM 1BUDAK...

Wednesday 9 May 2012

TEROPONG POLITIK BUDAK!!!




Salam membudak-budak

                Hangit semakin menusuk lubang hidungku… aroma kehangitannya semakin menyemarak… haba panasnya seakan-akan menjilat kulit lenganku… wap-wapnya tempias ke muka, terasa pedih2 (semacam kena watercanon ketika “rusuhan” BERSIH 3.0)..huhuhu

                Kalau dulu Memanda cuba “curi” hati mahasiswa dengan beri baucer buku rm200… gembira anak-anak muda intelijen dapat beli buku dengan “kertas biasa” bertanda 1 Malaysia. Malahan mak ayah dikampung pun dapat rm500 kerana BR1M punye pasal, budak sekolah pun dapat gak, rm 100, boleh la nk buat duit belanja selama 1bulan…:P

Beberapa hari lepas, memanda Menteri buat pengistiharan gaji minimum kakitangan awam naik kepada rm900 di semenanjung dan rm800 di borneo… Wow… budak tumpang gembira, SEMAKIN DEKAT NAMPAKNYA… hahaha..

                Yang terbaru memanda telah umumkan di Felda Jengka 8, khas buat warga felda… durian yang baru jatuh, (yang sepatutnya runtuh dulu lagi) rm15 000 untuk setiap keluarga, bersorak gembira generasi felda, bertepuk girang dibuatnya… budak pun rasa nak jadi peneroka felda… MAKIN HANGIT RASANYA….

                Banyak lagilah kalau nak sebut kat sini… semakin hangit rasanya.. pesta tabor-manabur wang semakin berkembang pesat, dulu senyap-senyap sekarang dah makin ligat diudarakan… bagus!!! Untuk kebajikan rakyat katanya…

                Lepas nie, kat mane pulop nak ditabur, budak doa agar jatuh @ runtuh durian tu atas rumah budak…hahaha, boleh beli cincin kawen untuk kawan budak..

                Sedikit terkasima mungkin pihak PR, nak bagi backfire macam mane pulop nie… hebat UMNO/BN gunakan wang untuk kaburi rakyat.. (skrip yang sama dari dulu lagi, tapi masih ada rakyat yang suka dengan skrip lama, macam cerita P.Ramlee, masih diminati walau diulang beratus-ratus kali…). 

                Teringat kata2 orang dulu, orang kampong.. nak lawan UMNO dengan duit memang kalah kita sebab dia yang urustadbir duit rakyat sekarang nie… dan tu memang kerja kerajaan pun, bagi duit kat rakyat(kebajikan), kalau budak  jadi kerajaan pun budak wajib wat macam tu… jadi kita kena kembali, asal asbab kita lawan UMNO, kerana Aqidah dan Dasar yang dianuti.

                Kita lawan UMNO kerana tuntutan aqidah untuk menegakkan Islam, jangan kerana beberapa taburan wang yang dibuat, menyebabkan  kita tinggalkan Aqidah Islam yang dipegang… generasi Y dan golongan bandar xde masalah, mungkin orang veteran dan kampungan itu masih bermasalah. terikat dengan budaya "budi"... nak balas budi...

                Jadi kenalah turun, untuk ingatkan balik kepada orang kampong, akan aqidah islam yang syumul… jangan mudah lentur dengan muntahan-muntahan yang diberikan, sedangkan mereka makan yang mewah2, tapi kita sanggup menadah mulut, menanti jatuhnya muntah kedalam mulut kita. Uwek…
               
                Nanti lepas PRU, macam2 benda akan naik, (skrip sama jugak, tapi mudah aje lupa)… kita senang 2 3 minit dengan 15 ribu, tapi mereka senang 2 3 tahun dengan beratus juta… mudah kita ditipu dengan skrip yang sama…

                Erm… boringnye… ambang PRU Malaysia,

Hehehe, budak belajar jadi politikus… silap hari bulan jadi tetikus… hahaha… saje nak bersihkan blog dripada jadi Tikus Center…
Jom… ber’PRU’ dengan AQIDAH…