budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Saturday 25 August 2012

SAYU; MEREKA DAH NAK TERBANG???

Salam sayu dari budak

ntah kenapa, semenjak 2 3 menjak nie, budak selalu menangis sorang-sorang dalam bilik.. bukan sebab bergaduh dengan kakak angkara berebut gula-gula...


budak jugak selalu termenung memandang ruangan angkasa, bukan sebab mak n ayah xbagi ikut pergi makan kenduri...



Budak pandang langit jumpa cinta...


tapi semacam ada sesuatu yang menyentap hati ini menjadi SAYU... seolah - olah jiwa ini di'rogol' tanpa disedari...


rupanya budak merintih akan sebuah perpisahan yang akan berlaku 2 3 hari lagi...

seorang member budak bagitahu

"Mie.. aku nak TERBANG dah nie, 29 haribulan nie..." budak senyum walau dalam hati, korang nak tinggalkan aku...???


nie semua gara-gara budak masuk Darul Quran dulu... menggamit pelbagai kisah dan cerita...

MEREKA DAN NAK TERBANG???

pilot, bawa elok2, adik beradik aku dalam tu...

budak sayu bukan kerana xmampu menerima perpisahan ini, tapi budak sayu kerana mereka sanggup sabar dengan karenah budak, mereka mengajar budak apa erti UKHUWWAH, TARBIAH, DAKWAH, SIASAH dan macam-macam lagi...


bermacam nostalgia yang budak ingat dalam jiwa ini, terutama bila buka lagu-lagu yang selalu disantap bersama...


"menyendiri lagi, menyendiri lagi..." "kosong, kosong..ooo..." "cukup, cukup sudah, cukup sampai disini saja"


http://www.youtube.com/watch?v=BdhBJd5u8GU -cukup-cukup sudah- sambil update nie, budak dengar lagu nie...


huh,,,

nak nangis, nak nangis...hua.. hua..

budak cuma ambil kesempatan dalam blog nie, nak pesan... Anggaplah sebagai pesan dari budak yang xreti apa2 tapi sangat sayangkan mereka...


pesan budak

"mengaji biar pandai, perangai biar jjuruh, hidup biar boleh tumpang"

kalau korang pergi Mesir atau Jordan tapi tahap pemikiran, keilmuan, kepimpinan korang sama dan xjauh beza daripada budak yang masih bermukim di Malaysia, rugilah...


perginya mereka, untuk menjadi murabbi.. bukan jadi siput babi,

perginya mereka, untuk menjelajah daerah baru, bukan jadi macam dulu,
perginya mereka, membawa harapan, untuk lakukan perubahan

mereka nak tinggalkan budak... tiada dimata tapi tertanam erat dijiwa...


hasan albanna tokohilah ia

pergilah, budak sertakan dengan doa... ambillah sedikit kata-kata dari seseorang yang digelar oleh Abu Al-Hassan al-Nadwi sebagai "tokoh yang menggegarkan bumi Mesir dan Dunia Islam" :


" saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. saya adalah seorang warga negara yang impikan sebuah negara yang dihormati,merdeka,tenteram dan hidup harmoni dibawah naungan Islam yang murni "

itu pun kalau mahu jadi penggegar dunia... kalau sekadar mahu jadi pembuat tahi mata, dan penghabis duit father n mother... abaikanlah kalam di atas...


dan kalau yang mahu jadi PEWIRA, hayati kalam dari Qushayri ini :


" Pewira ialah mereka yang memecahkan berhala, dan berhala dalam diri manusia ialah E.G.O...


Jaga hati.. kita dinegara orang, kena banyak belajar dan jangan mudah memberontak, :-) jaga fikrah dalam kepulan asap yang semakin menebal, oleh itu, tidak dapat lari, untuk bersama-sama dengan jemaah yang memperjuangkan islam...


hahaha

macam budak dah pernah pergi belajar kat luar negara je.. haha
apa2 pun,
selamatlah semua, balik nanti dapat jadi permata dan bukannya jadi tahi mata...

terbanglah... terbang membawa harapan, jelajahi daerah keilmuan dan kepimpinan, demi sebuah perubahan, untuk menjatuhkan penindasan, kezaliman serta kebodohan United Malay National Organization.. [UMNO la..] 


 xkisahlah BTN tu, nie perjuangan

cukuplah, budak nak masuk bilik, nak nangis kuat2... 3 hari ag mereka di Malaysia... nanti jangan lupa skype ke, facebook ke... hehehe


budak pun nak terbang jugak, tunggu budak nanti

hehehe
[masih budak, mak ayah xbagi terbang ag..hehe] 



Wednesday 22 August 2012

HARI RAYA dan GERAKAN???

Salam hari raya dari budak

budak nak conteng blog sampai bolog [comot]...huhuhu

3 4 hari nie, rasanya sangat penat berjalan-jalan umah sedara mara n kekawan... tapi xpe sebab dapat duit raya hehehe... dulu masa kecik2 rela berjalan keliling kampung, ''ziarah'' orang kampung angkara duit raya... minum air,makan kuih sebijik... agak2 kalau jumpa makanan yang sedap2 ambil letak dalam poket baju raya.... hahaha...

dulu beraya sebab nak duit raya... sekarang beraya untuk???

kalau nak kata untuk duit raya, orang dah xbagi... silap2 kita yang kena bagi kat budak-budak [tu seronok jadi budak2, tambah2 duit sekarang nie cute sangat...]

kawan budak kata, macam duit mainan...ehhe

ermmm... budak bawa se cerita, 
ada sorang kawan budak nie, budak panggil dia, "big boy" sebab perut dia mengembang dan dia tu memang "agak besar" dalam komuniti dia... hehehe..

dari terengganu dia sanggup datang kat umah budak di pasir mas... dekat je, dalam sejam lebih2... tapi big boy nie, datang time orang duk sambut hari raya kat atas jalan raya... 5 - 6 jam dari terengganu, baru sampai umah budak... [terharu kot]

sanggup dia datang... budak dah pesan, lain kali bawa roti banyak2 sebab di kelate jem ada di mana2 sahaja...[hahahahahaha]

tapi budak suka dengan ayat dia, AKU BERSUSAH PAYAH DEMI UKHUWWAH... 
tula... sape suruh ko sokong UMNO, kalau x, ko dapat lalu highway baru dah... hahahaha, nasib baik kerajaan Negeri nak tolong buatkan jalan dengan bantuan semua rakyat... yang dipanggil LEBUHRAYA RAKYAT...

pakat bagi sumbangan tu... kalau x... makan jem pulop
apa2 pun sempat la borak dengan dia 2 3 perkara, berfikir masalah orang dewasa... hahaha... pening giler dooo... 

 dah ada bayangan penyelesaian, tapi xjelas ag... [bincang soal gerakan...] kekadang terfikr jugak, dia nie, raya2 pun duk cakap soal gerakan dan perjuangan, hehe... cakapnya, perjuangan ini xkira masa... TERBAIK [insaf sekejap]

2 hari lepas tu beraya dengan kekawan di SEKOLAH lama... jumpa alumni katakan.. sempat usha awek2 lama...[hahaha] jumpa la pulop dengan awangkenali...[kawan lama dalam gerakan mahasiswa n perjuangan]...

nie pun duk bincang soal perjuangan jugak,,, hinggakan budak tertarik dengan 1 perkataan yang membakar jiwa budak untuk realisasikannya... kena bentuk TOP-GUN dalam gerakan... dan inilah penyelesaian kepada perbincangan dengan big boy... 

macam pernah main je... hehehe

TOP-GUN??? apa tu??? untuk apa??? kenapa???? dan bagaimane???
[tunggu dalam entry budak yang lain, nak cari formula cantumkannya dengan ide NYAH-MANJA, hehehe, poyonyer aku]

budak bocorkanlah sikit... contoh nak pi meeting tapi hujan turun dengan lebatnya... meeting wajib hadir, tapi hujan la pulop... bagi TOP-GUN, mereka akan kata, redah je lah hujan tu... APA MASALAH MEETING DALAM BASAH...???

hehehehe... 
banyak ag nak tulis sal hari raya... tapi kerana kekwan budak ''big boy'' dan ''awangkenali'' kata, PERJUANGAN XKIRA MASA, budak pun terpengaruh dengannya... culture shock... hingga terconteng di blog nie...:-)

oklah, budak nak siap2... member2 ajak main futsal... nie jugak satu kelompok ag, FUTSAL XKIRA MASA, perjuangan jugak tu... [perjuangan ISLAMISASIkan sukan...hehe]

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Kalu free datang la umah, adalah gula-gula cap tengkorak untuk korang...hehehehe

Saturday 18 August 2012

NYAH-MANJA ahli Gerakan???

Salam 

beberapa minit ag, dia akan tinggalkan kita, namun pengalaman dan sejarah yang ditinggalkan dalamnya, tidak boleh disingkirkan dalam jiwa setiap dari kita.


bulan ini, sempat bersama Dato' Speaker, beliau kata, "sejarah mengajar banyak perkara"... tapi malang kalau kita tidak ambil ilmu dari sejarah.


bulan ini, sempat join Ijtima' Pondok Nusantara, dan diagih kertas kerja Peranan Ulama' Dalam Amar Ma'ruf Nahi Munkar tulisan Abu Anas Madani .. tertarik dengan satu ayat yang di naqalkan dari Dr. Jamil al-Misry "orang yang bijak ialah mereka yang sentiasa mengingati sejarah silam serta bersedia untuk menghadapi cabaran yang akan datang "...    



Abu Anas Madani berdiri 3 dari kanan

dalam bulan ini juga, sempat adakan perjumpaan dengan kekawan mahasiswa, budak sempat berdiskusi sedikit sebanyak.. dan budak tertarik dengan satu kalimah yang menyentap jiwa budak yang dilontarkan oleh saudara Ketua Biro Politik dan Siasah ISIUKM, kalimah tersebut ialah "NYAH-MANJA ahli gerakan".  

Bagi budak, Nyah-manja yang dimaksudkan ini lahir dari lipatan dan cerminan sejarah yang pernah budak dan kekawan lalui... ide ini lahir apabila kita lakukan postmortem/muhasabah/penilaian semula dalam sejarah yang telah kita tempuhi bersama ahli gerakan, terutama mahasiswa.



bukan kat sini budak berdiskusi, tapi mereka antaranya..

angkara manja ini, menyebab banyak gerak kerja terbantut, mandul, xsubur dan kemungkinan menunggu layu sekiranya masih berpegang dengan dogma MANJA...


bagi budak bukanlah bila kita meNYAH - MANJA ahli gerakan, kita mengabaikan kebajikan ahli... malah dengan ide ini, kita mampu mengilap dan memaksimumkan kemampuan serta potensi ahli dan pimpinan.


bagi budak, kebajikan yang diberikan itu tidak boleh sampai memanjakan ahli dan pimpinan, tapi ianya membantu mereka setelah mereka habis berusaha... dan perlu juga check adakah kebajikan yang diberikan selama ini betul-betul kebajikan atau kejijikan yang memanjakan ahli@pimpinan. [lagi jijik kebajikan yang menyusahkan ahli/ xbagi kebajikan langsung]


bilamana begitu, seolah-olah semua terpaksa menjadi SYADID atau TEGAS... makanya maksud sebenarnya bukan begitu... kita bukan melahirkan ahli gerakan yang satu jenis@perwatakan.. untuk menjayakan ide ini, mesti mewujudkan pelbagai watak dalam gerakan.


ada yang tegas, ada yang mesra, ada tempat mengadu, ada yang cooler...semua watak ini mesti di rancang dan tidak boleh mengharapkan kejadian "semulajadi" atau secara "super spontan".


dan bukan semua juga menjadi cooler nanti naik kepala, bukan semua juga jadi keras nanti lemah semangat... perlu adanya keseimbangan, adanya check n balance.

 budak2 je suka manja2, maka simbolik manja tu cokelat, yang budak2 minat

ramai ahli gerakan manja... bila terima arahan, macam-macam alasan... sebagai contoh; bila diminta untuk hadir pada masa sekian-sekian dan tempat sekian-sekian, MESTI hadir pada masa yang ditetapkan,.. tapi yang berlaku??? "jauh lah", "xpe pergi lewat-lewat xkena marah pun", lagi teruk, "tak payah pergi xpe, bukan ada apa2 tndakan pun"... Angkara dimanjakan yang bertopengkan mesra ahli.


sibuk mencari publisiti sebagai pimpinan yang mesra ahli, dan mahu disebut2 sebagai periang,.. hinggakan ahli dimanjakan, gerak kerja jadi terbantut... 


bila tegur sikit, mula merajuk... ini bapak MANJA giler... susahlah macam nie... makanya perlu diNYAH-MANJAKAN ahli gerakan...


ini semua dari pengalaman budak dalam arena gerakan mahasiswa, sejarah hitam yang budak mesti putihkan pada masa hadapan...  kerana budak teringat kata-kata Dr Burhanuddin Al-Helmi " sejarah akan mengulangi riwayatnya " budak xnak sejarah yang budak lalui dilalui oleh generasi dibawah.


jom NYAH-MANJA ahli gerakan..

hehe, budak cerita pasal manja kot, padahal budak la yang paling manja, nak gula-gula...
[macam nak buat sambungan nyah-manjaan II lak.. hahaha]

ok, selamat hari raya dari budak-budak "manja".. kui3




Tuesday 14 August 2012

KE ARAH ALAM DEWASA???

salam dari budak

lama rasanya tidak conteng dinding blog nie, biasalh, bulan2 mulia nie, kena banyak beramal [ menulis di blog pun beramal jugak namanya]

ramai jugak kekwan [padahal 2 3 orang je, kahkahkah] duk tanya bila ko nak jadi dewasa...

budak jawab seronok ape jadi budak,

buat salah atau silap xdikira dosa... nikmat paling besar atas dunia nie kalau buat salh xberdosa...
dan bukankah itu yang kita cari dalam bulan puasa nie...

SUCI DARI DOSA / KEMBALI KEPADA FITRAH [macam budak-budak, xde dosa]

yang kedua, ada sumthing yang budak dapat bila jadi budak

ibrah dari budak-budak xpernah putus asa,
try tengok bila budak-budak nak belajar berjalan... berdiri dan jatuh, berdiri lagi, jatuh lagi, angkat kaki, jatuh pulop, baru je langkah, tersungkur lagi...
upppahhh

tapi budak-budak tak macam [kebanyakkan] orang dewasa, mereka terus berdiri untuk kejutaan kali, walau jatuh setiap hari, akhir budak bangga dapat berlari...

tapi orang dewasa, suka sangat putus asa... xcaya, try cari dalam google ada x budak-budak yang bunuh diri, xde... yang ada orang dewasa, sebab putus asa...

mungkin orang dewasa lupa, dulu mereka budak juga, yang jatuh berjuta-juta, tapi akhirnya dapat berlari jua...hehehe

so, seronok jadi budak....

kalau jadi orang dewasa nie serabut@ macam2 masalah....

xcaya,
kita tengok Karl Marx dia dengan kawannya Engels duk 'pening' macam mane nak hancurkan Kapitalisme yang menindas golongan proletariat [kaum pekerja] hinggakan timbul gejala alienasi [pengasingan kehidupan] dalam kelas masyarakat... pening Karl Marx sampaikan menyeru pada revolusi dari kaum pekerja... sampaikan Karl Marx buat satu ide baru untuk ganti kapitalisme iaitu sosialisme versi marx [komunis]... dengan cara memberontak....

mike gonzales kata dia nie revolusioner.. setuju???

xke serabut macam tu... letih2... kerana pening sangat nak bawa revolusi, marx ambil penyelesaian dari ide sosialisme,.. kesian la...

sepatutnya pening2 jumpa jalan yang tenangkan jiwa, kalam dari langit... baru terarah sikit revolusi tu...
hehehe

tu xkira dengan pelbagai pemberontakan dalam sejarah dunia Islam... pening doo... walaupun kronologi setiap pemberontakan tu hampir sama... tapi orang dewasa duk ulang buat benda yang sama je.. nie yang Dr. Burhanuddin kata 

"Sejarah akan mengulangi riwayatnya"..

angkara sombong dan xambil pengajaran dari sejarah...

sebab tu budak xnak jadi dewasa lagi... biar budak memerhati dunia dulu, belajar kat USIM dulu,[baru nak daftar ni...hahhahaha], cari ilmu banyak2, baru seronok jadi dewasa...

jangan tidoo dalam kelas

kaji sejarah, sirah dan al-quran yang banyak bagi panduan pada kita... kerana kisah dahulu akan berlaku juga sekarang, contoh:

Penjara mesir mengiyakan benda ini....
Nabi yusuf masuk penjara, tatkala keluar penjara jadi pembesar Mesir, Dr. Mursi masuk penjara, tatkala keluar penjara jadi Presiden Mesir...

pelakon berbeza tapi perwatakannya sama,.. baik vs jahat, dakwah vs dakyah, raja vs rakyat....

xnak la nanti ,badan dewasa tapi ilmu, minda macam baby... hehe... bukan futur nie, tapi persediaan berhadapan dengan Lekuk  ke - 3 [katanya Dr. Mujahid]...

budak xnak buah yang putik dipetik, rugi petani yang menanam...
yang nak jadi dewasa tu silakan, budak pun ke arah itu...
doakan budak ye... kui2