budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Thursday 13 December 2012

Daerah Mahasiswa...


          Bersyukur kepada Tuhan kerana dicampak kedalam daerah kemahasiswaan, daerah ini dipenuhi dengan pelbagai asakan dari serata sudut. Sehingga mahasiswa berdepan dengan kepadatan hidup angkara sistem rekaan manusia. Ada baiknya… dengan kepadatan ini, mahasiswa disibukkan dengan hal-hal ilmiah dan menjauhi kelekaan. Namun, sekiranya masih ada yang terleka, mereka sendiri yang mencari leka.

          Daerah ini, menyebabkan  jiwa dan anggota menggelegak dengan hebatnya. Hidup umpama telah disistemkan dari pagi hingga ke pagi. Memenuhi kepala dengan segala ilmu yang terkadang meleleh juga dari lubang telinga, angkara penuh kepala dengan ilmu yang beratur panjang untuk merempoh masuk. Diasak minda dan anggota untuk bergerak laju, yang mampu dan mahu akan maju, yang malas akan tenggelam lemas.

          Bermukim dalam daerah ini, dipaksa jiwa dan minda untuk menyediakan diri untuk berluncur bersama suara rakyat. 3 dan 4 tahun berputar dalam atmosfera daerah ini, sebagai proses menghasilkan produk untuk dimanfaatkan oleh massa. Segala kelengkapan diterapkan, segala senjata dipasangkan, untuk mengganti orang lama yang terketar-ketar menongkat kerajaan.

          Aduhai, malang dan bangang , selama berada dalam daerah ini, mahasiswa malu dan segan untuk bergerak dalam denyut nadi masyarakat. Gerakan itu malap dan gelap. Kebebasan mahasiswa disita dengan dahsyat, hinggakan idealism dikoyak-koyak, intelektualism disepak-sepak, dan aktivisme dirobek-robek. Mahasiswa terus senyap, tanda mahu malap.

          Daerah itu, membentuk kaum yang ‘gila’, kaum yang gila pada ilmu, gila untuk memberontak, gila dengan idea baru, gila dengan pandang sisi yang lain. Malangnya jika disekat terus terikat. Kenapa takut pada idea mahasiswa???, sedang daerah itu mengajar kaumnya untuk berfikir. Mereka diajar akal ini kurniaan tuhan, maka kena gunakan. Ye, untuk akal berfikir, kena ada hadnya, namun siapakah yang tahu had akal untuk berfikir…?? Lihat saja, teknologi kini, Facebook, bagaimana dapat menghubungkan Turki dan China dalam masa sesaat, Kalau bukan kerana manusia menggunakan kuasa akalnya. Kenapa takut dengan akal??

          Islam itu Indah, mengangkat akal pada tahapan teratas. Akal diguna memahami Kalam Tuhan, Kalam Rasul. Akal yang terang membenih tindakan yang berkesan. Dr. Yusuf Qardhawi, mencerahkan lagi,dengan katanya, umat Islam diberi peluang untuk MEREKACIPTA dalam hal pergaulan seharian dan kehidupan [muamalat]  yang bebas dari kerosakan dan kemudaratan. Islam memberikan kebebasan untuk Umatnya merekacipta, sementara Syarak bertindak untuk memperbetulkan, memperelok, memperakui dan mengesahkan, manakala dalam hal Ibadat tidak boleh diubah oleh mana-mana autoriti, kerana yang berhak dalam perkara ibadat ialah pemilik Syarak iaitu Allah.

Ini juga merupakan prinsip yang dikatakan oleh murid Abduh di Nusantara iaitu Prof Hasbi as Siddiqi sebagai Golden Rule oleh Ustazul Imam Muhammad Abduh. Muhammad Asad [Tafsir] turut mengulangi prinsip yang dinyatakan oleh Abduh ini.



          Mahasiswa yang beraliran Islam semestinya perlu lebih maju dan laju dalam penggunaan akal ini. Jangan peram akal sekadar memenuhi ruang dalam kepala. Daerah itu mengasak asak minda kaumnya lari dari tradisi kolot. Kerana mahasiswa yang baik akan setia pada generasinya, bukan mentaqlid ijtihad orang lama. Bebaskan minda dan akal, kasihanilah akal tidak dapat berputar dalam orbitnya.

         Cukuplah.. nama mahasiswa di malukan, dipalit dengan najis angkara malasnya menggunakan akal. Oleh itu, budak nyatakan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh kita. 1] Review Documentation-pembacaan-, 2] Observe-pemerhatian-, 3] Survey,  4] interview, 5] JAD sessions-brainstorming- 6] Research.

          Akal yang baik akan tahu, bila masa untuk bertindak, apa yang patut dibuat. Akal yang sihat akan tahu, ada akal lain yang hidup dibumi, bukan dia berindividualisme. Kerana ramainya akal, perlunya ada satu consensus terhadap idea yang terlontar. Akal yang bebas akan membernihkan tindakan yang tidak terbabas dan terhempas.Bak kata seorang rakan ‘ Think Global, Act Local’. Bebaskan akal untuk berfikir dan akal yang bebas sentiasa sensentif dengan keadaan semasa yang memerlukannya berputar untuk bergerak selaju masa yang berdetik.

        menulis kerana mahu bertatih, kekadang rebah dan termuntah, moga ada yang sanggup mempapah,.. Muntah budak di daerah ini.

          
Budak-budak
3.00 p.m 13 Disember 2012

Yusuf Al-Qardhawi Dan Kebangkitan Rakyat.

Input 9: Exploring Information System Development.

Tafsir Muhammad As-Saad : Mendengungkan Prinsip Muhammad Abduh.

Patah Balek

Interview bersama beberapa tokoh melalui Facebook.

Perbincangan secara tidak langsung dengan sahabat-sahabat.

Monday 10 December 2012

Rindu Udara Itu???

sejarah itu bukan untuk dijilat-jilat dalam hati kita, sehingga kita terilusi dan terbang kerna nikmatnya jilatan gula-gula sejarah...

terkadang aku juga merasai romantisnya kenangan dulu, hingga berhabisan detik demi detikan waktu, tika melalui tempat bersama dulu, terkadang terlihat kisah yang seolah2 terbungkah keluar dari lipatan sejarah silam... 

selalu terbayang muka-muka mereka yang pernah bersama, sungguh romantis, terus berpuitis dalam lembah kenangan dulu, 

teringat karenah nakal saat bersama, manisnya walau pahit ketika dulu, sejarah itu telah berlalu, tapi parutnya masih baru, tetakannya dihati masih merah, cucukannya masih membekas, mana bisa dilupai.

dulu bukan lagi kini, hukum pun boleh berubah setiap saat, kenapa dan kenapa???

ruh itu bila mahu kembali??? kembali mendiami jiwa yang sedang kosong, datanglah segera, agar tidak dipenuhi penghuni baru yang berupa syaitan.. kemana menghilang ruh itu???

bisakah aku memujukmu lagi setelah derhaka,??? bisakah mahu kembali menemani dikala suka dan duka???

jerkahan jiwa sudah bertukar menjadi khayalan jiwa, bila tersilap jiwa membisik, bila terlanjur jiwa menjerit, bila terlampau jiwa memekik... namun, sudah berubah, bila tersilap jiwa menyepi, bila terlanjur jiwa buat xreti, bila terlampau jiwa mati...

akal jua sudah tidak seganas dulu, hilang taringnya untuk mendesak, jauh lagi mahu memberontak... akal sudah tumpul, walau sudah puas dipukul-pukul, terus menerus lurus bendul...

kenapa dan kenapa???

mengganaslah minda, menganalisa isu semasa, faham tempat kaki bertapak, sentiasa ianya berputar dan bertawaf mencari suluhan jalan, ini minda yang dulu, minda kini sudah tua, sudah bernanah dengan pelbagai anasir punah, sudah berulat dengan hinggapan lalat, sudah mati dengan terjahan nafsi-nafsi..

anggota umpama sudah lumpuh seluruhnya, hatta mata tidak dapat dibuka, nampak semacam aktif bergerak, namun bergerak dalam sesak, dan tidak menjejak pada hakikat... berjalan namun tiada arah tujuan, melihat namun gelap yang dapat, bercakap namun isunya tergagap-gagap, memerhati namun matlamatnya mati...

kenapa dan kenapa???

rindu udara itu, udara segar yang menyirami jiwa, menyapa ruh, menyatun akal, mencergas minda, melajukan anggota... udara itu yang tidak ku jumpa, kini kesepian dalam lingkaran udara racun, tunggu saat mecengkik halqum.. 

oh romantisnya perasaan bila ingat udara itu... udara bersama kamu semua...

ini hasil ciptaan teman, si dia yang sedang berjalan dalam gambar, mahu kemana???
[sengaja letakkan di sini, ini merupakan hasil keduanya, yang siap pada lewat malam]



Tuesday 4 December 2012

Budak cakap sal DEMOKRASI???


Salam...

baru nak bertatih, dan kena ada yang tolong pimpinkan...

Terbaca beberapa artikel dan buku berkaitan dengan demokrasi, dan budak terjumpa, sati frasa ayat yang budak rumuskan sebagaimana dibawah... betul atau x??? anda tentukan


"Pemantapan Demokrasi sangat berhubungkait dengan kewujudan Civil Society [Masyarakat Madani] dan kewujudan Civil Society [Masyarakat Madani] sangat berhubungkait dengan Pemantapan Demokrasi.."




Demokrasi yang matang hanya dapat dilahirkan bilamana wujudnya masyarakat Madani [Civil Society]... dan Civil Society akan wujud bilamana Demokrasi itu dapat dimatangkan.. apa yang budak faham dari petikan atas ini, memperjuangkan demokrasi dalam sesebuah negara tidak akan sempurna jika mengkesampingkan pembinaan Civil Society. dan perjuangan membina Civil Society tidak akan berjaya jika mengenepikan proses pematangan demokrasi.

kedua-duanya seumpama cahaya dan mata, tanpa mata apa guna cahaya, gelap gelita juga, begitu juga, kalau hanya ada mata dan tanpa cahaya, jalan pun meraba... 

budak melihat ramai yang laju bicara soal demokrasi, dalam masa yang sama tidak menekankan soal Civil Society... akhirnya akan teraba-raba dalam gelap gelita.. 

selalunya perjuangan demokrasi ini, akan fokus kepada peranan pemimpin semata-mata, ini yang budak nampak, sedangkan perhatian kepada proses pembinaan masyarakat teramat yang penting itu di sisihkan, menyebabkan demokrasi yang lahir tidaklah demokrasi sangat.

contoh, pemimpin sudah membuka ruang bersuara dan mengkritik, namun yang mengambil bahagian dalam kritikan dan bersuara ini hanya sebilangan sahaja. atau pun mereka mempergunakan ruang itu untuk kepentingan-kepentingan pihak yang mahu merebahkan demokrasi.

menampakkan masyarakat tidak lagi matang dalam ruang demokrasi yang tersedia. Ruang awam itu terbuang saja.



begitu juga yang bicara soal civil society semata-mata, membina masyarakat dan terus membina masyarakat, sedangkan ruang demokrasi itu ditutup rapat oleh pemimpin... Ini juga membantutkan Demokrasi Matang..

masyarakat bersuara, mereka ditahan dan dipenjara, malah ada yang dibunuh dan didera.
masyarakat mengkritik, mereka di black list dan diekori oleh SB...

melihat keadaaan ini, budak terasa perlu adanya balancing antara Demokrasi dan Civil Society, oleh kerana sudah ramai yang bicara soal demokrasi matang,. budak telah menempatkan diri dalam kelompok yang membina Civil Society... dan budak merasakan inilah cara untuk balancing, agar bila perjuangan sekelompok lagi yang mahukan demokrasi itu, diisi oleh Civil Society yang budak perjuangkan.

Namun begitu, ada juga segelintir mereka yang laju bicara soal demokrasi tidak senang dengan tindakan budak yang agak agresif... timbul pula persoalan dalam fikiran budak, kenapa dia nak menyekat kebebasan budak pulop??? demokrasi apakah ini???  budak hanya mahu seimbangkan kelajuan demokrasi dengan civil society...

so, Demokrasi yang matang akan lahir bila wujudnya Civil Society, dan Civil Society akan berkembang bila Demokrasi itu matang...

hehehe... ini pandangan budak-budak hingusan... budak berani lontarkan pandangan ini kerana budak mahu dikritik dan dibetulkan oleh abang-abang terhadap FAHAM yang budak anuti ini...

ok... sebelum tamat... Apakah itu CIVIL SOCIETY??? 

sama-sama kaji... hehe, sekian, dari budak hingusan corak sal demokrasi dalam ruang lingkup mahasiswa tempat budak belajar... sebenarnya budak pun x MADANI sangat pun... dan tulisan ini bukan tulisan yang matang...

Silakan kritik... Wassalam..

Saturday 1 December 2012

Mahasiswa Baru dan Palestine???

Salam

Sehari dua, dapat kunjungan dari kekawan dari pelbagai U, yang rata2nya tahun, satu, masing-masing duk cakap soal, akademik, kelas penuh, asingment yang menggunung, dan pelbagai lagi hinggakan diceritakan ada yang mahu fokus pada akademik je, xnak terlibat dengan mane2 gerakan... Ye... budak mengerti...

Jadi budak cuba tintakan kalam ini, untuk akak2 dan abang2 yang di IPT...

Sungguh terkesan dengan Asingment yang melimpah ruah, buatkan jiwa tidak tentu arah... Walau apa pun terima kasih kepada 2 teman budak, kerana memberikan teguran pada budak secara tidak langsung semasa Pidato Khas Untukmu Palestine USIM-DQ sem 1...

Apa kata mereka yang mampu buatkan jiwa budak kembali terarah???

Nah...


hembusan kata Srikandi Muda Islam :

"semalam saya mengadu kat Umie, tentang serabutnya kepala duk memikirkan asingment dan kerja2 akademik.. tapi umie saya balas, KALAU KAMU MENGADU BENDA NIE KAT RAKYAT PALESTIN TENTU DIORANG GELAK KAN"




semburan kalam Panglima Muda Islam :


'' kita di sini di hujani dengan Asingment namun, saudara mara kita di Palestine di hujani dengan peluru dan boom.. "

dua lontaran kata ini buatkan jiwa budak terpaku kaku...
terima kasih teman... dan hari ini dapat berita PBB telah mengiktiraf Palestine seramai 138 negara telah menyokong dan 9 negara menentang serta 41 yang berkecuali...

Alhamdulillah, bak kata PKPIM, Palestine diberikan 'sijil kelahiran'... tunggu lah, dari baby akan menjadi seorang Rijal, tunggulah Zionisme...

Lihat sejarah sikit,mungkinkah "Sejarah akan mengulangi riwayatnya" katanya Dr. Burhanuddin Al-Helmy... kita baca sejarah, Salahudin Al-Ayyubi, membuka Baitul Maqdis ketika mana baginda menjadi Sultan Mesir dan Syria... Sekarang Dr. Morsi menjadi Pres Mesir, Palestine sudah diiktiraf, menunggu Syria untuk meneruskan planning seterusnya,.. andai teori yang digunakan oleh Salahuddin digunapakai...

setakat tu dahulu, untuk kali ini...
sekadar untuk membuka bicara budak...

nanti budak nak try tulis sal demokrasi pulop... hehehe...
nantikan muntahan budak yang entah apa2 nanti...