budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Sunday 21 April 2013

budak dan PRU13???


Salam budak untuk Malaysia,

Seronok… itu perasaan yang terdetik dalam hati budak bila dapat berita Parlimen telah selamat dibubarkan oleh Ayahanda PM beberapa minggu lepas.

Ada yang berseloroh, kenapa PM pilih hari R.A.B.U untuk bubar parlimen??? antaranya kerana PM sudah tahu PRU13 ini Rakyat Akan Buang Umno [RABU], huhuhu, [macam-macam rakyat Malaysia nie]

Apa pun, kini, setiap Jentera Parti sememangnya sibuk untuk mempersiapkan kelengkapan ‘perang’ yang bersejarah ini. Parti-parti dengan hebatnya mengumumkan calon-calon yang akan mewakili parti masing-masing. Di arak pada hari penamaan calon dengan gahnya, macam raja sehari… tapi dalam 2 3 minggu ini rakyat akan merasai hakikatnya rakyat itu raja dalam sebuah Negara… sepatutnya rakyatlah tuan dan raja setiap masa, MALANGNYA, rakyat hanya merasa jadi raja 2 3 minggu sahaja itu pun 5 tahun sekali, … oh Malaysia.

Apa-apa pun, Hebat poster calon dan manifesto diluncurkan pada masyarakat, kami yang terbaik, dan kamilah pejuang rakyat. Undi kami kalian bahagia, undilah kami kalian sejahtera, undilah kami BR1M setiap masa. Undi kami tol tiada, undi kami turun harga… dan pelbagai lagi… rakyat dilayan seumpama raja sebelum ditelan hidup2 oleh serigala bermuka dua.

Dalam keghairahan calon-calon yang diumumkan ini, tetiba, tangan budak tercapai buku Rahsia Kejayaan Generasi Salahuddin tulisan Dr. Majid Irsan Kaylani, terbaca pula muqaddimah kepada buku ini, yang semacamnya sesuai je untuk fatrah PRU13.

Apa yang menarik perhatian budak, penegasan yang dibuat oleh penulis berkenaan kelahiran Hero Ummah iaitu Salahuddin yang membebaskan Al-Aqsa dari tentera Salib bermula daripada gerakan yang terdahulu lagi, dan bukannya perjuangan Salahuddin ini seperti pergerakan One Man Show. Tetapi perjuangan yang dilakukan secara Jamie dan kolektif dari generasi terdahulu sehingga zaman pembebasan Al-Aqsa.

Betul jugak, kata pengarang, selalunya penceritaan berkaitan sejarah islam menyemarakkan faham one man show, yang membawa kesan kepada masyarakat menunggu-nunggu siapakah yang akan menjadi Salahuddin yang ke-2. Sedangkan kelahiran Salahudin itu, melalui beberapa peringkat yang membolehkan Salahuddin bergelar Hero. Sememangnya yang menjadi tunjang kepada perubahan ini ialah Islam, kerana Islam telah kembali difungsionalisasikan sebagai kekuatan kepada revolusioner tika itu. Nilai2 keadilan, kebebasan, kesamarataan, kebajikan, menjadi tarikan kepada rakyat dan nilai ini ada dalam Islam. Tapi bukan islam yang difahami secara lipstick, tapi islam yang diumpamakan sebagai garam.

Kembali kita, Penamaan calon pun baru sahaja melambai-lambaikan tangan. Menarik jugak, penamaan kali ini, dari sudut demokrasi itu semakin subur, kalau lah BEBAS berjaya tubuhkan parti mereka sendiri mungkin boleh menjadi kuasa ketiga di antara dua kuasa besar politik Malaysia [pakatan dan barisan]. Barulah mereka xbesar kepala bila menang nanti ada banyak ‘serangan’ dari parti politik yang kuat, ditambah pula dengan kekuatan pelbagai kelompok dalam civil society.

Penggeseran ini sangat baik untuk rakyat tapi sangat menekan untuk parti-parti politik. Pada rakyat, boleh membuat pelbagai pilihan bukan lagi terpaksa memilih antara dua. Pelbagai janji manis dapat didengari yang sekaligus akan memberikan penumpuan pada kebajikan rakyat. Manakala pada parti politik kehadiran banyak parti akan mengganggu perancangan dan strategi mereka terutama sekali dengan kehadiran pelbagai calon BEBAS yang lahir dari ahli yang xpuas hati dengan keputusan parti.

Semakin hampir kemenangan pelbagai ujian datang untuk mematangkan, dengan  merasakan mereka layak untuk menjadi wakil rakyat, rasa gila jawatan mulai meresap dalam jiwa ahli politik pakatan, manakala, di meja barisan pula yang semakin menuju kepada kekalahan, berlaku banyak perpecahan dan lahirnya musuh dari dalaman. [double standard giler ayat]

Sebab itulah ada yang berentap sesama sendiri samaada dari barisan ataupun pakatan. Rakyat memerhati sebenarnya, dalam masa mahukan ahli politik menjadi hamba kepada rakyat, rakyat juga mahukan sekelompok hamba yang stabil dan bersatu untuk berkhidmat kepada mereka. Kalaulah hamba itu banyak berkata-kata manis tapi bila bekerja masing-masing bergaduh, yang pening ialah tuan iaitu rakyat itu sendiri.

Moga berjalan dengan baik PRU kali ini, sebelum budak melabuhkan tirai muntahan ini, budak ada simpan angan-angan tapi tak tahu lah samaada ianya releven atau sampahan, namun budak ingin kongsikan juga harapan budak ini. Teringin untuk lihat Pakatan yang memerintah Putrajaya dan paling yang budak teringin lihat, kabinet menteri yang dilantik dalam kerajaan Pakatan Rakyat ada dilantik juga menteri dari BN yang berkelayakan… berkhidmat untuk rakyat rentas parti… Wallahua’lam, tapi inilah angan-angan budak yang mungkin agak utopia buat masa ini.

Sekian dulu muntahan budak dalam tempoh PRU ini, budak hanya memerhati dengan mata, jika mendongak ke atas budak tak nampak yang dibawah, kalau budak tunduk ke bawah, budak terlepas yang diatas, begitu jugak kalau budak melihat ke hadapan, yang belakang budak terlepas pandangan, begitulah sebaliknya… makanya, mohon bantuan semua untuk menjadi mata kepada budak dengan menegur dan memberikan nasihat jika ada yang tersalah… hehehe…

Wassalam..
21 April 2013
9.40 a.m   

Gelombang Persisir Waktu

Memahami Islam Sebagai Sebuah Gerakan Ideologis Yang Mencerahkan dan Membebaskan
  
Rahsia Kejayaan Generasi Salahuddin