budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Sunday 18 August 2013

POSTMORTEM RAMADHAN [i]

Salam Eidul Fitri yang membuak-buak dari budak. [xterlambat ag kot :)]

Ramadhan sudah kita lewati dan lawati, program-program kehambaan dalamnya sudah kita rasai untuk menyampaikan diri kepada TAQWA. Ramadhan semacam satu aktiviti yang diprogramkan khas buat kaum muslim.

Di sekolah, di kampus, di alam kerja, selepas setiap aktiviti akan diadakan POSTMORTEM, begitu juga ramadhan. Kerana Program ramadhan ini sifatnya berkala setahun sekali, lagi2 memerlukan POSTMORTEM. Ramadhan itu sama, tapi natijah setiap tahun tetap sama dan tiada perubahan mungkin berpunca kerana tiadanya POSTMORTEM pasca-ramadhan.

kalau adapun postmortem, sekadar dalam kepala tanpa dokumentasi, postmortem pada syawal, sya’ban tahun depan dah xingat apa yang dipostmortemkan, setiap tahun pasti akan dengar nada kekecewaan yang sama. Huh...

dalam ramadhan kali nie, budak ada pergi Pilihan Raya Kecil [PRK] Kuala Besut. Diberi peluang oleh Allah untuk lihat kedaifan rakyat Kuala Besut. Kesengsaraan rakyat Kuala Besut ditutup rapi dengan ditimbulkan Puala Eksklusif Pulau Perhentian. Rumah hanya sebesar bilik tidur, bagaimana nak dibayangkan duduk dibawah kerajaan yang mendapat berbilion wang ehsan. Idris Jusoh buat menda???

Selain projek pembodohan, rakyat juga dijamu dengan projek pemiskinan. Rakyat yang miskin ini, dijadikan aset oleh UMNO untuk digunakan dalam waktu yang mendesak seperti PRK, ditabur dengan pelbagai tawaran. Boleh dikatakan kemiskinan ini juga satu projek untuk mengekalkan jangka hayat hidup UMNO di Malaysia. Mungkin itu sebab mereka tidak rela rakyat jadi kaya dan pandai.

Dalam POSTMORTEM RAMADHAN, elemen politik juga mesti dimasukkan sebagai perkara yang mesti dipostmortemkan.

Bulan nie jugak, budak berkesempatan untuk beli buku beberapa buah buku dan buku yang paling terkesan yang budak sempat khatamkan dalam bulan nie, buku tulisan Mohamed Ajmal Abdul Razak Al-Aidrus, Mencari Nama Tuhan: Penganut Kristian dan Hak Penggunaan Kalimah Allah.

Bukanlah budak ingin melanjutkan polemik Nama Allah yang menjadi fokus perbincangan dalam buku ini, tapi ada beberapa sisi berkenaan orang Islam Melayu di Malaysia yang perlu dilihat dan dibuat POSTMORTEM yang terkait berkenaan budaya baca, budaya intelek dan faham tentang agama. Kita lihat apa kata Elsie Warren, seorang pendeta Kristian, pada tahun 1917 [hampir 1abad lepas], kepada orang melayu;

Islam orang Melayu tidak mendalam langsung, Tuhan Indonesia dan Tuhan Hindu masih, ada kalanya, disembah bawah nama lain, dan pada masa kesusahan terutamanya, orang Melayu menunjukkan bahawa mereka percaya pada hantu, jelmaan, petanda, lembaga, buatan dan sihir. Terlalu sedikit yang memahami bahasa Arab yang digunakan untuk mengaji Quran, dan walaupun Hadis telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, ia jarang sekali diBACA

Dalam buku ini juga, seorang Paderi Kristian, Tisdall yang melahirkan rasa kekecewaan terhadap mubaligh kristian yang tidak bersungguh dan seakan-akan berputus asa untuk mendakyah orang melayu kepada Kristian dengan satu kata semangat yang berbentuk sindiran kepada umat Islam tanah melayu yang agak perit tapi betul;

Saya juga ingin menunjukkan bahawa kerja menyebarkan kepada orang Islam di sini lebih senang daripada di negara Arab, India atau Parsi, di mana seorang Mubaligh Kristian harus mengetahui bahasa Arab, Quran dan Hadis, termasuk semua hujjah untuk melawan agama Islam dan pendapat agama Muhammad yang digunakan untuk melawan agama Kristian, sebelum dia boleh sebenar-benarnya melakukan apa-apa kerja yang baik. Di sini, tidak ada satu pun daripada perkara ini yang sesungguhnya diperlukan, dan seorang Mubaligh Kristian yang mungkin gagal kerana tidak dapat mempelajari bahasa untuk bekerja di negara Arab, India atau Parsi, boleh dapat kejayaan yang cemerlang di sini, di mana hanya bahasa Melayu (sebuah bahasa yang secara perbandingan lebih mudah) diperlukan.

Dalam POSTMORTEM ini juga, budaya membaca dan intelek dalam kalangan umat Islam di Malaysia perlu diagresifkan, kerana semangat membaca datang dari bulan Ramadhan. Al-Quran di turunkan dalam bulan ramadhan, dan ayat pertama yang diturun ialah arahan kepada membaca “ IQRA’ ”.Kegagalan umat Islam dalam membudayakan arahan ini, menatijahkan kebodohan dan kedangkalan umat Islam dalam memahami sesuatu perkara.

POSTMORTEM ramadhan dari PEMBODOHAN...

19 Ogos 2013

12.28 pm