Salam
Mahasiswa dari budak jalanan.. hehe
Hangit pilihanraya Umum 13 semakin
menusuk rongga hidung setiap manusia di Malaysia, ditambah pula dengan pelbagai
isu-isu yang semakin rancak berkumandang dalam media-media massa,
men’taukid’kan lagi akan hampirnya PRU13. Budak berpendapat bulan 1 @ 2 ini
tidak akan berlangsung Pilihan Raya Umum Ke-13 [Ibu segala PRU Malaysia] kerana
Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 [BR1M 2.0] akan mula dilaksanakan pada bulan 2…
(faham-faham je lah).
Akhir Tahun 2012 yang berlalu beberapa
detik yang lepas, berita gembira yang dihadiahkan oleh kerajaan kepada
mahasiswa iaitu kebenaran untuk mencalonkan diri dalam pilihan raya umum nanti
telah dinyatakan oleh pak menteri IPT. Ini baru betul, Jerman sudah jauh
mendahului kita dalam hal ini, Julia Bonk terpilih menjadi ahli Parlimen pada
usia 18 tahun, opssst… jangan kita terlupa Malaysia pernah melakar sejarah emas
apabila Najib Razak menjadi Ahli Palimen termuda pada usia 23 tahun.
Apa pun Tahniah pada kerajaan kerana
tidak lagi takut pada idea mahasiswa dan mengiktiraf peranan seramai 1.2 juta
mahasiswa dalam pembangunan Negara. Cumanya timbul persoalan, adakah kenyataan
ini keluar kerna betul2 mengiktiraf ataupun sekadar gula-gula PRU,kena ingat
mahasiswa bukan budak tadika yang nak disogok dengan gula-gula.. hehehe
![]() |
Pak Menteri IPT |
Kenapa
budak kata gula-gula?? Sekiranya mahasiswa menjadi calon PRU, andai menang… akan
menjadi salah seorang yang menggubal undang-undang Negara… satu pengiktirafan
yang wajar diberikan. Budak tertanya-tanya, kenapa boleh iktiraf mahasiswa
sebagai salah seorang penggubal undang-undang sebuah Negara, namun tidak boleh
iktiraf mahasiswa sebagai salah seorang penggubal sebuah university???
Kalau
boleh nyatakan kepada budak university mana yang apabila mahu membuat keputusan
akan dilibatkan mahasiswa atau melantik terus mahasiswa sebagai ahli senat
kepada university tersebut??? Selalunya yang
berlaku, pentadbiran university akan buat keputusan dan mahasiswa akan
ditaklimatkan dengan keputusan@undang-undang tersebut, sekiranya mahasiswa
tidak puas hati, mahasiswa akan berdemostrasi. Sampai bila??? Mahasiswa sudah
letih dengan aksi demostrasi ini, Iktiraf dulu idea mahasiswa dikampus, kita negara
demokrasi bukan dictator dan komunis [kerajaan memutuskan segalanya]. Bagaimana
sebuah university boleh amalkan budaya ini kepada rakyatnya[mahasiswa].
Iktiraf
peranan mahasiswa dalam kampus terlebih dahulu…
Ketelusan
dalam Sistem Pilihan Raya juga mesti di bersih kan, 8 tuntutan yang dilaungkan
oleh BERSIH mesti dilakukan segera sebelum PRU 13. Selagi tiada dilaksanakan,
panggillah dan bukalah kepada siapa pun untuk bertanding, maka tiadalah
keadilan dan ketelusan itu kecuali untuk memenangkan UMNO/BN.
Dari
satu sudut yang lain, budak lebih prefer untuk mahasiswa dilantik sebagai senator
atau ahli Dewan Negara berbanding bertanding dalam PRU 13 sebagai mana
pandangan dari Muaawiz dalam program What Say Youth di MobTv. Budak melihat,
mahasiswa kini lebih mahu membawa suara mahasiswa berbanding suara rakyat
marhaen umumnya, sedangkan yang memilih@mengundi ahli parlimen bukanlah dari
golongan mahasiswa sahaja. Mustahil untuk mencari kawasan yang majority
penduduknya ialah Mahasiswa. Parlimen Malaysia
mengamalkan Perwakilan berdasar sesuatu kawasan bukan berdasarkan
sesebuah kelompok. Perwakilan yang mewakili kelompok ada peruntukannya dalan
Dewan Negara iaitu sebagai Senator.
![]() |
Dewan Rakyat |
Perbahasan
dan Perbincangan dalam Dewan Negara tidak akan melibatkan sentimen kepartian
[sepatutnya] kerana mereka bukan mewakili parti politik tertentu. Ini akan
mengekalkan identity mahasiswa yang neutrality dan non-patisan berbanding
menjerumuskan diri dalam Dewan Rakyat@Parlimen yang penuh dengan sentiment
partisan.
Sewajarnya
dengan bilangan mahasiswa yang berjumlah 1.2 juta, perlu diberikan ruang untuk
mahasiswa turut serta dalam proses menentukan undang-undang Negara dengan
melantik seorang atau dua orang mahasiswa sebagai ahli Dewan Negara. Dilantik
sebagai Senator akan memberikan lebih
kelebihan kepada mahasiswa untuk fokus pada isu kelompoknya [mahasiswa] sahaja,
dan mahasiswa tidak terikat untuk turun ke padang bersama rakyat, sebagai mana
seorang ahli parlimen yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah
masyarakat dan sememangnya bagi budak, mahasiswa tidak punyai waktu untuk itu
[ahli parlimen], sekaligus dapat memberikan komitmen dengan pelajaran dan aktivisme
mahasiswa yang bertimbun.
Agak
tidak logik, bila suara mahasiswa tidak diberikan perhatian, Sedangkan seniman
ada suaranya, OKU ada suaranya, orang asli ada suaranya, takkanlah mahasiwa yang
berjumlah 1.2 juta ini dibakul sampahkan suaranya dalam menentukan dasar
kerajaan???
Bilangan
Senator sekarang ialah 70 orang… dan 44 daripadanya dipilih oleh Yang DiPertuan
Agong dengan nasihat Perdana Menteri, apa kata Perdana Menteri nasihatkan Yang Dipertuan
Agong untuk melantik seorang Senator mewakili kelompok mahasiswa. Atau pun,
negeri yang melantik senator dari kalangan mahasiswa kerana setiap negeri
diberikan peruntukan untuk melantik 2 orang senator mewakili negerinya, tapi
lagi elok PM yang lantik sebagai perwakilan yang membawa suaraw dari mahasiswa
bukan dari negeri.
Namun,
sedikit kengkangan ialah had umur untuk
menjadi senator, 30 tahun keatas, sedangkan, kebanyakan mahasiswa berusia
20-an, maka, mahasiswa perlu mendesak kerajaan untuk memberikan hak kepada mahasiswa
dalam Dewan Negara dan mendesak Dewan Rakyat untuk meminda had umur Ahli Dewan
Negara dari 30tahun kepada 21tahun sama seperti had umur Ahli Parlimen [Dewan
Rakyat].
Dengan
pendekatan ini budak lihat kerajaan akan lebih mengiktiraf idea mahasiswa,
daripada berbangga-bangga dengan membenarkan mahasiswa bertanding sebagai Calon
Parlimen yang entah menang atau tidak, kalau menang, Alhamdulillah, idea itu
terserlah, namun kalau kalah, idea mahasiswa jadi sampah.
Andai
betul kerajaan mengiktiraf suara dan ide mahasiswa, lantiklah seorang atau dua
orang ahli Dewan Negara atas kapasiti sebagai perwakilan kelompok mahasiswa,
sekiranya tidak, mahasiswa perlu gerakkan kekuatan untuk tukar kerajaan yang
ada, kerana telah terlalu lama mereka memadamkan idea mahasiswa.
Teringin
melihat Mahasiswa bukan sahaja hebat di jalanan, namun, idea dan sumbang sarannya
menjadi hujahan ilmiah dalam dewan perbahasan, mampukah Mahasiswa mengisi ruang
dan kesempatan yang ada ini???
Mampukah
Mahasiswa??? Mampu ataupun tidak, Mahasiswa tetap perlu bergerak kearah ini…
Sebelum
itu jom kita bergerak ke STADIUM MERDEKA, 12/1/2013 dahulu… JUMPA DI SANA…
MAHASISWA
MAHU TUKAR KERAJAAN
Sekian,
Budak-Budak
3.31pm 10/1/2013
No comments:
Post a Comment