budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Thursday 28 June 2012

ISI HATIKU [HARAPAN] ???

salam kemenagan dari budak

petang2 nie mencuri sedikit masa meconteng di dinding blog... dalam masa yang sama duk bergaduh dengan 3 ekor kambing betina... hehehe [ kalau diorang baca blog budak mesti kena tanduk... tapi diorang tak kan baca punyer...huhu]

ada ke diorang nak marah kat kambing sebab kambing takut mandi... mana buleh marah, dah fitrah kambing takut mandi... kalau marah jugak semacam marah ikan yang asyik duk mandi je... entah bila nak naik ke darat pun xtahu... hehehe...

ok... masuk tajuk, yang atas tu saje je nak segar angin...kih3..

2 3 hari ini datang berita Dr. Morsi dah menang pilihanraya... Alhamdulillah.. syukurnya budak rasa, 13.2 juta undi yang diperolehi Dr. berbanding 12.3 juta yang diperolehi oleh Ahmed Shafiq...[nama shafiq nie teringat kat kawan budak...hihi]..

itulah bumi mesir bumi Musa dan Firaun...
apa yang menarik pasal Dr. Morsi ini seolah-olah beliau mengulangi kisah agung Nabi Yusuf A.S... Hinggakan Perdana Menteri Palestin meluncurkan satu ayat yang membuka minda kita

"Ajaib sungguh penjara mesir. Telah masuk ke dalamnya Saiyiduna Yusuf as. Setelah keluar,selang beberapa lama baginda diangkat menjadi Raja Mesir. Telah masuk juga ke dalamnya Dr. Mohammad Morsi. Selang beberapa lama setelah keluar dari penjara beliau ditakdirkan Allah menjadi Presiden Mesir."

solahuddin al-ayubi ke-2???


Allahuakbar... ajaib nya... budak ternganga bila membaca ucapan ini...

tetiba budak teringat akan seorang lagi tokoh yang budak harapkan Dr Morsi mengikut jejak langkahnya...

tokoh yang budak maksudkan ialah Solahuddin al-Ayubi iaitu pembebas kota Baitul Maqdis daripada genggaman tentera Kristian pada tahun 1187...

kalau budak soroti sejarah Solahuddin ini, beliau merupakan Sultan Mesir ketika membebaskan Baitul Maqdis (Palestin) setelah dijajah oleh tentera Salib(Kristian) selama hampir 88 tahun...

Dan sekarang Dr. Morsi menjadi Presiden Mesir tikamana Palestin sedang digondol oleh Zionis (Yahudi) selama 64tahun...

apa lagi....
maka besarlah harapan budak dan budak2 seluruh dunia agar Dr Morsi menjejaki langkah Solahuddin Al-Ayubi setelah menjadi Pemimpin di Mesir untuk merampas kembali Palestin dengan segala kebijaksanaannya... [boleh tengok dalam artikel budak yang lepas yang bertajuk RASIONAL TAK???...]

moga Dr Morsi dapat memimpin mesir dengan sebaiknya dan mengembalikan hak rakyat...

dan budak pun doa agar di malaysia akan dikembalikan juga hak rakyat terutamanya hak rakyat kelantan iaitu ROYALTI.... [kalau dapat royalti... PTPTN budak kelantan percuma]

tapi kalau nak harapkan UMNO asanya macam mengharapkan kambing mandi dengan relahati,hehehe... maka tidak dapat tidak untuk kita lempar je kambing dalam sungai kelantan....hehehe [jahat giler...]  maka jom lempar UMNO @ BN jauh2...

TURKI sudah, TUNISIA sudah, MESIR sudah, MALAYSIA xkan nak tengok je kot...hehehe... apa lagi JOM MENUJU PUTRAJAYA....

himpunan menjunjung titah Tuanku... ROYALTI

AMBO SOKONG ROYALTI....

p/s: yang xdaftar mengundi tu DAFTAR MENGUNDI lah... ok...

budak nak tidur dulu, kata orang tua, kalau tidur banyak2 baik untuk tumbesaran, nanti dah besar bolehla budak nak "sekeh" UMNO... hehe

salam royalti dan salam jaya buat "raja" MESIR yang baru...



Saturday 9 June 2012

THIQAH KONTRAK????


SALAM…
Budak-budak kecil datang lagi…

Hari nie saja2 nak menulis kat blog, daripada duk tengok RTM dan TV3 yang menambahkan dosa (budak tengok TV3 n RTM pasti akan menyumpah… huhuhu)

Nak tulis sal politik, budak bukan politikus… nak tulis sal tasawuf, budak bukan ahli sufi… nak tulis sal fekah, budak bukan fuqaha’… so, budak hanya boleh tulis sal cerita2 je, sebab budak ialah budak…

Nak dijadikan cerita, dulu budak joinlah jugak organisasi Islam, time baby aritu… so, adalah lebih kurang 50orang mujahid dan mujahidah… yang berkopiah dan bertudung labuh… THIQAH2..

Hebat dulu bicara sal islam… bergegar seluruh penjuru madrasah dengan bulatan usrah… semacam tsunami usrah melanda bumi madrasah… ramai jugak yang terkesan, seolah2 kalau xjoin usrah rasa aib..(bagi yang rasa lah…)

Detik terus mendetik, 50orang mujahidin…sekarang tinggal 15orang, dah keluar dari kempopong… tengok dunia yang luas sikit, terus terkejut macam beruk terdengar mercun bola… terlompat-lompat… akibat takjub dengan benda baru.. (baru bagi mereka la, padahal benda dah klasik, baru jumpa katakan)

Culture shock ke???
Budak rasa bukan kejutan budaya, tapi ngada-ngada sebab dah lama sangat duk peram… maka, inilah masa untuk lepaskan… bbboooommmm… AKU DAH BEBAS,… xperlu nak thiqah-thiqah lagi, apa barang Wara’???

Kuikuikui… maknanya jadi baik time duk di madrasah je lah… Allah tu ada dalam madrasah je??… bila keluar, dari madrasah maknanya keluar dari pengawasan Allah???…  adoooiiii… Allah bertempat ke??? MUJASSIMAH la pulop…

Jadi hamba Allah dalam madrasah je… keluar madrasah, jadi hamba apa???
Ini kaitan dengan aqidah jugak… Aqidah keyakinan bahawa Allah ini Maha Melihat… kalau xyakin tu yang jadi macam-macam bila keluar… (tapi budak yakin, mereka ni bukan xyakin tapi lupa kot)

Kadang-kadang budak pun “futur” jugak… dari jadi hamba Allah… erm.. moga-moga terus Istiqamah jadi hamba Allah… untung lah sape2 yang dapat jadi hamba Allah… budak pun mahu jadi hamba Allah…

Tapi ramai pulop yang salah anggap dengan kalimah Hamba Allah, bila kata hamba Allah mesti Nampak tikar sejadah, buah tasbih, kopiah,… mungkin kena betulkan sikit kot… HAMBA ALLAH BUKAN SEKADAR DUDUK ATAS TIKAR SEJADAH SAMBIL PUTAR-PUTAR TASBIH, TAPI DUDUK ATAS DUNIA SEBAGAI KHALIFAH SAMBIL PUTAR-PUTAR…

Duduk kat mane2 pun kita ialah HAMBA ALLAH, kena usaha jadi hamba Allah dalam setiap perbuatan… letak dalam minda setiap hari macam mane nak jadi hamba Allah???
Camne nak jadikan berak itu sebagai beraknya hamba Allah???
Camne nak jadikan makan itu sebagai makannya hamba Allah???
Camne nak jadikan bercinta itu sebagai bercintanya hamba Allah???
Camne nak jadikan memimpin itu sebagai memimpinnya hamba Allah???
Camne nak jadikan politik itu sebagai politiknya hamba Allah???

Nak tahu macam mane???
ISLAM jawapannya, dengan merujuk Al-quran dan As-sunnah… tapi budak xreti bahasa Arab,… maka, secara mudahnya… Kena lah rujuk ustaz-ustaz yang kita thiqah padanya dan ahli dalam bidangnya… dalam bahasa yang mudah, kena adanya MURABBI untuk dijadikan rujukan setiap masa…

Moga dapat jaga hati kita dimana sahaja, kerana budak menolak WARA’ KONTRAK… ramai kawan budak disekolah@madrasah yang amalkan benda nie… sekarang budak baru lepasi alam kampus… masih menunggu siapa yang jadi pewaris amalan nie…??? Budak risau budak terbabit sama… Nauzubillah, sama2 kita doakan agar tercapainya SALIMUL AQIDAH….

tapi baik jugak THIQAH KONTRAK nie, kerana mengajar kita jadi orang baik, dan moga-moga dengan kontrak ini membuka jalan untuk Allah terima kita jadi hambaNYA, buat selamanya...

YA MUQALLIBAL QULUB THABIT QULUBANA A’LA DINIK WA A’LA THA’ATIK…

Salam Istiqamah buat kekawan, buat budak jugak…hehehe


Friday 8 June 2012

MACAM-MACAM...


Hari ini membuka halaman Facebook, melihat pelbagai persoalan yang ditimbulkan berkaitan dengan pemikiran – pemikiran dalam organisasi, ada juga yang mengatakan sebagai serangan pemikiran ada juga yang menyatakan sebagai proses kematangan pemikiran, ada juga yang menyatakan inilah satu pembaharuan pemikiran.

Untuk menangani masalah pemikiran ini, perlulah kita memahami akan hakikat perjuangan yang dibawa. Saya tidak menyalahkan mana – mana pemikiran kerana saya yakin setiap pemikiran yang berlandaskan syariat Islamiah ada keperluan dan ahli di dalam pemikiran tersebut. Namun untuk memastikan setiap pemikiran ini berada pada tempat dan masanya tidak lain tidak bukan perlu kita menghadamkan rukun FAHAM yang digariskan oleh Al-Banna.

Selain itu juga, semestinya kita perlu memahami :

·         Ghayah (matlamat perjuangan organisasi)
·         Hadaf (objektif perjuangan organisasi)
·         Manhaj (skema, disiplin dan arah perjuangan organisasi)
·         Bia’h (reality cabaran semasa)
·         Isti’dad (persiapan dan keupayaan organisasi)

Apabila kita dapat memahami kesemua 5 item diatas pemikiran yang kita gagaskan dan kita cetuskan tidak akan terkeluar dari paksi perjuangan malah akan menambahbaikan mutu dan pretasi organisasi. Teringat dengan kata-kata seorang pemimpin muda dalam sebuah perhimpunan : zaman revolusi minda sudah berakhir, sebaliknya sekarang merupakan zaman revolusi bertindak.

                Cukup dahulu untuk seketika ini, tulisan budak hari ini Nampak serius sikit, kerana budak rasa perlu begini untuk budak merangkap kearah tangga yang lebih tinggi, hajatnya. Moga-moga budak dan member-member budak dapat mengambil sedikit cetusan untuk menjadi satu sumpah dalam berubah bukan menjadi sampah yang berpecah belah.