Sudah lama
tidak memuntahkan sesuatu pada dinding blog ini...
Budak kini
telah terjun dalam bidang dakwah kampus, membuatkan budak banyak terfikir akan
sentuhan dakwah kampus yang telah dilakukan oleh mana-mana gerakan islam kepada
masyarakat kampus.10 ribu mahasiswa yang ada dalam kampus, berapa percent yang
telah berjaya disentuh oleh gerakan mahasiswa Islam.
Selalunya kita
banyak terpesona dengan gerak kerja kita sendiri, mampu mengumpul 500 mahasiswa
dalam mana-mana persatuan mahasiswa Islam telah membuatkan hati kita tenang dan
bangga akan kehadiran itu. Program berbentuk one-off dan berkala, hanya
500-1000 orang yang hadir, dan selalunya yang hadir ke program ini orang yang
sama. Namun, kita sudah berbangga.
Ke mana
perginya 9000 mahasiswa yang lain, sudahkah mereka ini disentuh oleh persatuan
mahasiswa islam kampus?
Paling kurang
merasai akan kewujudan persatuan mahasiswa Islam kampus?
Dan apakah
dengan hanya 1000 mahasiswa yang mengikuti aktiviti persatuan mahasiswa islam
telah membuatkan kita rasa bangga?
Persoalan ini
mengganggu minda budak selama 3 minggu ini. Ledakan dakwah kampus perlu
diletupkan. Turun kepada masyarakat kampus secara berkala, bukan sekadar
menanti mereka di bilik-bilik seminar dan ceramah, serta bukan hanya turun bila
hampirnya Pilihan Raya Kampus. Tidak perlu target terlalu tinggi dalam langkah
pertama, cukup bilangan mad’u yang disentuh meningkat sekali ganda dari biasa,
Dakwah kampus perlu peka.
Kelembapan
dakwah menyebabkan perkaderan ahli makin terbantut, pendokong serta penggerak
kepada Persatuan Mahasiswa Islam semakin malap dan statik. Sekaligus politik
kampus juga tidak mampu dijuarai oleh mahasiswa yang ada fikrah islam.
Memahami
realiti kekuatan dan kemampuan untuk menyentuh kesemua mahasiswa di kampus
adalah satu kerja yang agak sukar, kita meraikan kehadiran front-front
mahasiswa islam yang lain seperti PEMBINA, IKRAMsiswa, HALUANsiswa dan PKPIM
bergerak menyentuh masyarakat kampus dengan fikrah Islam yang ada.
Buat apa kita
bertelagah seperti abang-abang kita pada zaman 80an dan 90an dahulu, tanpa
menafikan peranan yang telah mereka mainkan. Ini zaman dan era kita, kita perlu
membuka ruang sinergi dakwah bersama demi kepentingan masyarakat kampus agar
mereka reti dan mengerti akan hakikat Islam yang sebenar.
Ya, kita
mungkin berbeda dari sudut pendirian dan pegangan politik serta proses
pentarbiahan, namun, di sana ada satu ruang untuk kita bergerak bersama, iaitu
DAKWAH. Ketumbukan bersekutu ini mampu mengislamisasikan kampus dengan lebih
membumi tanpa perbalahan sesama front mahasiswa Islam dalam hal-hal yang tidak
patut diperbalahkan.
Ada teman-teman
budak yang memperlecehkan usaha yang ingin kita lakukan. Ada yang berpandangan
ini satu ilusi untuk menyatukan atau mempersekutukan antara front-front
mahasiswa islam ini dengan kata idea ini terlalu ideal, terawangan dan
sebagainya. Ada juga yang menganggap ini satu perkara yang termasuk dalam
kecelaruan fikrah atau fikrah tidak jelas.
Teman...
Sampai bila
kita mahu bertelagah sesama front mahasiswa Islam? Sedangkan warga kampus
sangat memerlukan sentuhan dakwah dari kita semua. Siapa yang tidak jelas
fikrah sebenarnya? Pernahkah teman dengar atau membaca tulisan Murabbi Agung,
Allahyarham Ust Yahya Othman berkaitan pertembungan antara jemaah-jemaah islam
ini? Beliau menganjurkan kepada jemaah-jemaah islam untuk lakukan antara 3
perkara ini,
1] Al-Wehdah [bersatu],
2] At- Ta'awun [tolong
menolong],
3] At-Ta'ayush [hidup
bersama].
Adakah disebut
disana kita mesti bertelagah dan bergaduh sesama gerakan mahasiswa Islam? Tiada
kan? Jadi manhaj dakwah mana yang teman pakai, sudah masanya kita menerima
hakikat akan kehadiran front mahasiswa islam yang lain. Dan kita membuka tangan
seluas-luasnya demi dakwah yang operatif dan membumi, dengan harapan disambut
oleh front-front yang lain dengan salaman dan pelukan ukhuwah islamiyyah.
Kita cukup
serius dan optimis dalam membawa gagasan SINERGI DAKWAH KAMPUS ini. Sama-sama
kita usahakan.