budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Wednesday 23 January 2013

Oh Mahasiswa Gladiator???



Salam perjuangan dari budak

Listen, Listen, Listen

Perkataan yang popular pada awal tahun ini, pertembungan sensasi pada abad ini antara Bawani dan Puan Sharifah Zohra. Semua dah a’rif sal benda nie, budak bukan nak memuntahkan perihal ini, kerana budak kurang berminat, hehehe, budak  tahu setiap kampus pernah merasai azabnya sekatan bersuara ini. Ok…

           Peristiwa ini perlu dimanipulasikan oleh gerakan mahasiswa dengan sebaik mungkin agar mahasiswa kembali mendapat ‘public accepted’. Namun, perjuangan mahasiswa bukan atas isu semata-mata. Timbul juga ‘question mark’ dalam benak kepala otak budak, sampai bila mahasiswa mahu menumpang isu untuk bangkit??? Walaupun begitu, mahasiswa bodoh kalau tidak menggunakan isu yang hangat ini, so, fikir lah sendiri… budak rumus sikit, matlamat berjuang bukanlah menguasai isu, namun dengan menguasai isu untuk mencapai matlamat.



          Pendidikan politik atau kesedaran politik sewajarnya digerakkan dengan segera dalam kalangan  mahasiswa diseluruh IPTA dan IPTS. Setakat budak berborak [bukan kajian] dengan teman-teman dari pelbagai Universiti tempatan, mereka berkongsi dengan budak, yang betul-betul cakna tentang politik Negara hanya beberapa kerat sahaja, andaikan sebuah university ada 10 000 student, yang cakna perihal politik mungkin tidak sampai 1000 orang, ini kata mereka la.(budak tadah telinga je, betul atau tidak itu budak serahkan pada mahasiswa melihat university masing-masing).

          Budak tidak kata bila cakna dengan politik perlu daftar jadi ahli mana-mana parti dan sebagainya. Tapi kalau daftar sebagai ahli, maknanya mahasiswa itu lagi cakna dengan pindaan AUKU yang terbaru. Cukuplah dengan mendaftar sebagai pengundi, membuktikan anda cakna dengan hak politik anda di Malaysia. Sedih la jugak, bila budak tanya mahasiswa aliran Pengajian Islam, samaada dah daftar mengundi atau tidak, dengan selamba dijawab, PERLU KE??? (kalau boleh budak sepak, budak sepak je)

          Tu tak kira dengan golongan mahasiswa yang terlibat dengan gerakan islam [kononnya] yang mengharamkan demokrasi, ditambah pula dengan gerakan yang mahu berdakwah je, politik itu haram, didarab pula dengan mahasiswa yang berbaiah dengan mana-mana gerakan, kerjanya tarbiah semata… adohai… [budak tepuk dahi] Ada fikrah Islam, tapi tidak dapat membantu untuk memenangkan Islam di Malaysia. Mahasiswa yang berjuang dalam medan politik pun ada yang terlupa nak daftar mengundi, 3bulan selepas tarikh lahir baru nak daftar, adoi2 [budak tepuk dahi sekali lagi]

Goel dan Milbrath telah mengkatogerikan 4 jenis partisipasi masyarakat dalam politik; 1] apatis ; mereka yang yang tidak bepartisipasi dan menarik diri dari medan politik. 2] Spectator ; mereka yang pernah terlibat dalam politik setidak-tidaknya pernah mengundi dalam PRU. 3] gladiator ; mereka yang terlibat secara aktif dalam politik seperti aktivis parti 4] pengkritik ; mereka yang bepartisipasi dalam cara kekerasan [non konvensional].

         
          Kebanyakkannya mahasiswa berada dalam kelompok spectator, yang memerlukan serangan daripada golongan mahasiswa gladiator. Sorry to say, gerakan mahasiswa selalunya ‘syok sendiri’ dengan aksi-aksi yang dilakukan, ketokohan dan kepimpinan mahasiswa hanya dikagumi oleh kelompok mereka sahaja, idealism mahasiswa hanya berawang-awangan diatas kepala ahli aktif kelompok semata. Perjuangan mahasiswa tidak dirasai oleh mahasiswa spectator, hanya bergerak nyaman dalam dakapan mahasiswa gladiator.

          Kini, mahasiswa perlu fikir bagaimana mahu memperkasakan ketokohan pimpinan mahasiswa di luar kelompok gladiator, bukan sekadar dikagumi oleh aktivis-aktivis, malah ketokohannya menjadi siulan petang oleh mahasiswa yang lain. Satu pandangan budak, pemimpin mahasiswa kena banyak membaca dan menulis artikel untuk sebaran idealism kepada masyarakat. Kalau ingat dahulu, mahasiswa menerbikan majalah, surat khabar mereka sendiri, sebagai mekanisme sebaran idealism mahasiswa. Jelas apa yang diperjuangkan.



          Tak perlu surat khabar, tak perlu majalah, Cuma hidupkanlah lawan web mahasiswa dengan segala pelbagai penulisan yang sarat dengan idealism mahasiswa. Admin laman-laman web yang ada, mintaklah pimpinan mahasiswa yang selalu mengetuai demonstrasi atau aksi-aksi jalanan untuk menulis artikel, susah untuk budak melihat tulisan dari individu-individu yang aktif dijalanan. Bagi budak, agak segan, kerana mahasiswa sudah macam sebati dengan demontrasi semata, walhal,  kontang dalam penulisan, wacana dan perbincangan ilmiah.[budak bukanlah ilmiah sangat pun malah lagi kontang nan gersang, huhuhu]

          Perbincangan satu pentas dengan ahli akademik, ahli politik, agamawan, sasterawan dan sebagainya untuk menyatakan sudut fikir mahasiswa perlu kembali dibangunkan secara berkala. Tradisi mencabar itu meski diteruskan, agar slogan yang dilaungkan sebagai third force itu menjadi kenyataan bukan igauan malam. Penerimaan kerajaan terhadap mahasiswa sebagai rakan kongsi pembangunan harus dibuktikan dengan memberikan hak kepada mahasiswa untuk turut serta dalam proses membuat undang-undang dalam Negara terutamanya dalam Dewan Negara selaku Senator yang mewakili 1.2 juta mahasiswa. Ini perlu agar mahasiswa bukan hanya menjadi penerima manfaat pembangunan tetapi mahasiswa merupakan penyumbang pembangunan.



          Mencari idea untuk menarik teman-teman mahasiswa yang lain untuk bersama dengan gerakan mahasiswa yang sememangnya bersifat inklusif bukan eksklusif. Meraba-raba ramuan agar mahasiswa mampu menjadi tokoh diluar kelompok mereka.Menunggu juga lontaran pemikiran mahasiswa dalam penulisan-penulisan di laman web. Mengharap adanya suara mahasiswa dalam badan legislatif di Malaysia.

          Sekian dulu dari budak hingusan, yang baru nak belajar pakai baju dengan tangan sendiri tanpa bantuan mak dan ayah… Mungkin budak juga ‘outdated’ tentang gerakan mahasiswa kini… hehehe

Sekian
Budak-budak
23 Januari 2013
3.44 p.m

Kalau Aku Mahasiswa

Artikel Mahasiswa dan Perjuangan?

Artikel Pergerakan Mahasiswa Dalam Perspektif Partisipasi Politik : Partisipasi Otonom atau Mobilisasi

Ucapan-ucapan ahli politik

Brainstorming dengan teman-teman gladiator J

Perbualan dengan rakan-rakan spectator J

Wednesday 9 January 2013

Mahasiswa Jadi Ahli Parlimen???


Salam Mahasiswa dari budak jalanan.. hehe

          Hangit pilihanraya Umum 13 semakin menusuk rongga hidung setiap manusia di Malaysia, ditambah pula dengan pelbagai isu-isu yang semakin rancak berkumandang dalam media-media massa, men’taukid’kan lagi akan hampirnya PRU13. Budak berpendapat bulan 1 @ 2 ini tidak akan berlangsung Pilihan Raya Umum Ke-13 [Ibu segala PRU Malaysia] kerana Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 [BR1M 2.0] akan mula dilaksanakan pada bulan 2… (faham-faham je lah).

          Akhir Tahun 2012 yang berlalu beberapa detik yang lepas, berita gembira yang dihadiahkan oleh kerajaan kepada mahasiswa iaitu kebenaran untuk mencalonkan diri dalam pilihan raya umum nanti telah dinyatakan oleh pak menteri IPT. Ini baru betul, Jerman sudah jauh mendahului kita dalam hal ini, Julia Bonk terpilih menjadi ahli Parlimen pada usia 18 tahun, opssst… jangan kita terlupa Malaysia pernah melakar sejarah emas apabila Najib Razak menjadi Ahli Palimen termuda pada usia 23 tahun.

          Apa pun Tahniah pada kerajaan kerana tidak lagi takut pada idea mahasiswa dan mengiktiraf peranan seramai 1.2 juta mahasiswa dalam pembangunan Negara. Cumanya timbul persoalan, adakah kenyataan ini keluar kerna betul2 mengiktiraf ataupun sekadar gula-gula PRU,kena ingat mahasiswa bukan budak tadika yang nak disogok dengan gula-gula.. hehehe

Pak Menteri IPT


Kenapa budak kata gula-gula?? Sekiranya mahasiswa menjadi calon PRU, andai menang… akan menjadi salah seorang yang menggubal undang-undang Negara… satu pengiktirafan yang wajar diberikan. Budak tertanya-tanya, kenapa boleh iktiraf mahasiswa sebagai salah seorang penggubal undang-undang sebuah Negara, namun tidak boleh iktiraf mahasiswa sebagai salah seorang penggubal sebuah university???

Kalau boleh nyatakan kepada budak university mana yang apabila mahu membuat keputusan akan dilibatkan mahasiswa atau melantik terus mahasiswa sebagai ahli senat kepada university tersebut??? Selalunya yang  berlaku, pentadbiran university akan buat keputusan dan mahasiswa akan ditaklimatkan dengan keputusan@undang-undang tersebut, sekiranya mahasiswa tidak puas hati, mahasiswa akan berdemostrasi. Sampai bila??? Mahasiswa sudah letih dengan aksi demostrasi ini, Iktiraf dulu idea mahasiswa dikampus, kita negara demokrasi bukan dictator dan komunis [kerajaan memutuskan segalanya]. Bagaimana sebuah university boleh amalkan budaya ini kepada rakyatnya[mahasiswa].

Iktiraf peranan mahasiswa dalam kampus terlebih dahulu…

Ketelusan dalam Sistem Pilihan Raya juga mesti di bersih kan, 8 tuntutan yang dilaungkan oleh BERSIH mesti dilakukan segera sebelum PRU 13. Selagi tiada dilaksanakan, panggillah dan bukalah kepada siapa pun untuk bertanding, maka tiadalah keadilan dan ketelusan itu kecuali untuk memenangkan UMNO/BN.

Dari satu sudut yang lain, budak lebih prefer untuk mahasiswa dilantik sebagai senator atau ahli Dewan Negara berbanding bertanding dalam PRU 13 sebagai mana pandangan dari Muaawiz dalam program What Say Youth di MobTv. Budak melihat, mahasiswa kini lebih mahu membawa suara mahasiswa berbanding suara rakyat marhaen umumnya, sedangkan yang memilih@mengundi ahli parlimen bukanlah dari golongan mahasiswa sahaja. Mustahil untuk mencari kawasan yang majority penduduknya ialah Mahasiswa. Parlimen Malaysia  mengamalkan Perwakilan berdasar sesuatu kawasan bukan berdasarkan sesebuah kelompok. Perwakilan yang mewakili kelompok ada peruntukannya dalan Dewan Negara iaitu sebagai Senator.

Dewan Rakyat


Perbahasan dan Perbincangan dalam Dewan Negara tidak akan melibatkan sentimen kepartian [sepatutnya] kerana mereka bukan mewakili parti politik tertentu. Ini akan mengekalkan identity mahasiswa yang neutrality dan non-patisan berbanding menjerumuskan diri dalam Dewan Rakyat@Parlimen yang penuh dengan sentiment partisan.

Sewajarnya dengan bilangan mahasiswa yang berjumlah 1.2 juta, perlu diberikan ruang untuk mahasiswa turut serta dalam proses menentukan undang-undang Negara dengan melantik seorang atau dua orang mahasiswa sebagai ahli Dewan Negara. Dilantik sebagai Senator akan  memberikan lebih kelebihan kepada mahasiswa untuk fokus pada isu kelompoknya [mahasiswa] sahaja, dan mahasiswa tidak terikat untuk turun ke padang bersama rakyat, sebagai mana seorang ahli parlimen yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah masyarakat dan sememangnya bagi budak, mahasiswa tidak punyai waktu untuk itu [ahli parlimen], sekaligus dapat memberikan komitmen dengan pelajaran dan aktivisme mahasiswa yang bertimbun.

Agak tidak logik, bila suara mahasiswa tidak diberikan perhatian, Sedangkan seniman ada suaranya, OKU ada suaranya, orang asli ada suaranya, takkanlah mahasiwa yang berjumlah 1.2 juta ini dibakul sampahkan suaranya dalam menentukan dasar kerajaan???

Bilangan Senator sekarang ialah 70 orang… dan 44 daripadanya dipilih oleh Yang DiPertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri, apa kata Perdana Menteri nasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik seorang Senator mewakili kelompok mahasiswa. Atau pun, negeri yang melantik senator dari kalangan mahasiswa kerana setiap negeri diberikan peruntukan untuk melantik 2 orang senator mewakili negerinya, tapi lagi elok PM yang lantik sebagai perwakilan yang membawa suaraw dari mahasiswa bukan dari negeri.

Namun, sedikit kengkangan ialah had umur  untuk menjadi senator, 30 tahun keatas, sedangkan, kebanyakan mahasiswa berusia 20-an, maka, mahasiswa perlu mendesak kerajaan untuk memberikan hak kepada mahasiswa dalam Dewan Negara dan mendesak Dewan Rakyat untuk meminda had umur Ahli Dewan Negara dari 30tahun kepada 21tahun sama seperti had umur Ahli Parlimen [Dewan Rakyat].

Dengan pendekatan ini budak lihat kerajaan akan lebih mengiktiraf idea mahasiswa, daripada berbangga-bangga dengan membenarkan mahasiswa bertanding sebagai Calon Parlimen yang entah menang atau tidak, kalau menang, Alhamdulillah, idea itu terserlah, namun kalau kalah, idea mahasiswa jadi sampah.

Andai betul kerajaan mengiktiraf suara dan ide mahasiswa, lantiklah seorang atau dua orang ahli Dewan Negara atas kapasiti sebagai perwakilan kelompok mahasiswa, sekiranya tidak, mahasiswa perlu gerakkan kekuatan untuk tukar kerajaan yang ada, kerana telah terlalu lama mereka memadamkan idea mahasiswa.
Teringin melihat Mahasiswa bukan sahaja hebat di jalanan, namun, idea dan sumbang sarannya menjadi hujahan ilmiah dalam dewan perbahasan, mampukah Mahasiswa mengisi ruang dan kesempatan yang ada ini???

Mampukah Mahasiswa??? Mampu ataupun tidak, Mahasiswa tetap perlu bergerak kearah ini…

Sebelum itu jom kita bergerak ke STADIUM MERDEKA, 12/1/2013 dahulu… JUMPA DI SANA…



MAHASISWA MAHU TUKAR KERAJAAN

Sekian,

Budak-Budak

 3.31pm 10/1/2013