budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Thursday 13 December 2012

Daerah Mahasiswa...


          Bersyukur kepada Tuhan kerana dicampak kedalam daerah kemahasiswaan, daerah ini dipenuhi dengan pelbagai asakan dari serata sudut. Sehingga mahasiswa berdepan dengan kepadatan hidup angkara sistem rekaan manusia. Ada baiknya… dengan kepadatan ini, mahasiswa disibukkan dengan hal-hal ilmiah dan menjauhi kelekaan. Namun, sekiranya masih ada yang terleka, mereka sendiri yang mencari leka.

          Daerah ini, menyebabkan  jiwa dan anggota menggelegak dengan hebatnya. Hidup umpama telah disistemkan dari pagi hingga ke pagi. Memenuhi kepala dengan segala ilmu yang terkadang meleleh juga dari lubang telinga, angkara penuh kepala dengan ilmu yang beratur panjang untuk merempoh masuk. Diasak minda dan anggota untuk bergerak laju, yang mampu dan mahu akan maju, yang malas akan tenggelam lemas.

          Bermukim dalam daerah ini, dipaksa jiwa dan minda untuk menyediakan diri untuk berluncur bersama suara rakyat. 3 dan 4 tahun berputar dalam atmosfera daerah ini, sebagai proses menghasilkan produk untuk dimanfaatkan oleh massa. Segala kelengkapan diterapkan, segala senjata dipasangkan, untuk mengganti orang lama yang terketar-ketar menongkat kerajaan.

          Aduhai, malang dan bangang , selama berada dalam daerah ini, mahasiswa malu dan segan untuk bergerak dalam denyut nadi masyarakat. Gerakan itu malap dan gelap. Kebebasan mahasiswa disita dengan dahsyat, hinggakan idealism dikoyak-koyak, intelektualism disepak-sepak, dan aktivisme dirobek-robek. Mahasiswa terus senyap, tanda mahu malap.

          Daerah itu, membentuk kaum yang ‘gila’, kaum yang gila pada ilmu, gila untuk memberontak, gila dengan idea baru, gila dengan pandang sisi yang lain. Malangnya jika disekat terus terikat. Kenapa takut pada idea mahasiswa???, sedang daerah itu mengajar kaumnya untuk berfikir. Mereka diajar akal ini kurniaan tuhan, maka kena gunakan. Ye, untuk akal berfikir, kena ada hadnya, namun siapakah yang tahu had akal untuk berfikir…?? Lihat saja, teknologi kini, Facebook, bagaimana dapat menghubungkan Turki dan China dalam masa sesaat, Kalau bukan kerana manusia menggunakan kuasa akalnya. Kenapa takut dengan akal??

          Islam itu Indah, mengangkat akal pada tahapan teratas. Akal diguna memahami Kalam Tuhan, Kalam Rasul. Akal yang terang membenih tindakan yang berkesan. Dr. Yusuf Qardhawi, mencerahkan lagi,dengan katanya, umat Islam diberi peluang untuk MEREKACIPTA dalam hal pergaulan seharian dan kehidupan [muamalat]  yang bebas dari kerosakan dan kemudaratan. Islam memberikan kebebasan untuk Umatnya merekacipta, sementara Syarak bertindak untuk memperbetulkan, memperelok, memperakui dan mengesahkan, manakala dalam hal Ibadat tidak boleh diubah oleh mana-mana autoriti, kerana yang berhak dalam perkara ibadat ialah pemilik Syarak iaitu Allah.

Ini juga merupakan prinsip yang dikatakan oleh murid Abduh di Nusantara iaitu Prof Hasbi as Siddiqi sebagai Golden Rule oleh Ustazul Imam Muhammad Abduh. Muhammad Asad [Tafsir] turut mengulangi prinsip yang dinyatakan oleh Abduh ini.



          Mahasiswa yang beraliran Islam semestinya perlu lebih maju dan laju dalam penggunaan akal ini. Jangan peram akal sekadar memenuhi ruang dalam kepala. Daerah itu mengasak asak minda kaumnya lari dari tradisi kolot. Kerana mahasiswa yang baik akan setia pada generasinya, bukan mentaqlid ijtihad orang lama. Bebaskan minda dan akal, kasihanilah akal tidak dapat berputar dalam orbitnya.

         Cukuplah.. nama mahasiswa di malukan, dipalit dengan najis angkara malasnya menggunakan akal. Oleh itu, budak nyatakan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh kita. 1] Review Documentation-pembacaan-, 2] Observe-pemerhatian-, 3] Survey,  4] interview, 5] JAD sessions-brainstorming- 6] Research.

          Akal yang baik akan tahu, bila masa untuk bertindak, apa yang patut dibuat. Akal yang sihat akan tahu, ada akal lain yang hidup dibumi, bukan dia berindividualisme. Kerana ramainya akal, perlunya ada satu consensus terhadap idea yang terlontar. Akal yang bebas akan membernihkan tindakan yang tidak terbabas dan terhempas.Bak kata seorang rakan ‘ Think Global, Act Local’. Bebaskan akal untuk berfikir dan akal yang bebas sentiasa sensentif dengan keadaan semasa yang memerlukannya berputar untuk bergerak selaju masa yang berdetik.

        menulis kerana mahu bertatih, kekadang rebah dan termuntah, moga ada yang sanggup mempapah,.. Muntah budak di daerah ini.

          
Budak-budak
3.00 p.m 13 Disember 2012

Yusuf Al-Qardhawi Dan Kebangkitan Rakyat.

Input 9: Exploring Information System Development.

Tafsir Muhammad As-Saad : Mendengungkan Prinsip Muhammad Abduh.

Patah Balek

Interview bersama beberapa tokoh melalui Facebook.

Perbincangan secara tidak langsung dengan sahabat-sahabat.

No comments:

Post a Comment