budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Sunday 27 October 2013

POLITIK MUAFAKAT MAHASISWA???



Suatu Kesepakatan Baru, Politik muafakat : Memberdayakan Majlis Perwakilan Pelajar. Sidang Meja yang menampilkan 3 front Mahasiswa peringkat nasional, iaitu GAMIS, PKPIM, dan KAMI. Budak agak teruja, kerana first time join jadi pendengar dalam sidang meja bulat anjuran I-Forsis.

Ok, budak sempat brainstorm dengan salah seorang panel meja bulat tersebut... Ada beberapa yang budak rasa ingin muntahkan kat blog nie. Hehe.

Projek politik muafakat ini sebenarnya sudah ada, dan bukannya suatu yang baru, namun muafakat yang diadakan bukanlah berlaku secara menyeluruh, tetapi ianya muafakat untuk menguatkan satu pihak yang lain untuk menentang pihak yang lain. Contohnya, Pro M bermuafakat dengan sekutunya untuk menentang Pro A, dalam masa yang sama Pro A ada permuafakatan mereka juga.

Permuafakatan yang sebenar yang perlu di buat sekarang ialah muafakat di antara Pro M dan Pro A, bagi memberikan nafas dan ketumbukan yang lebih kuat serta besar diperingkat mahasiswa. Sehingga, mahasiswa mampu keluar dari garisan pertembungan antara Mahasiswa menentang Mahasiswa kepada pertembungan antara Mahasiswa menentang Pentadbiran Universiti atas nama politik muafakat demi Mahasiswa.

Bolehlah kita katakan, [hasil pemerhatian kasar] hanya 20-30% mahasiswa yang betul-betul terlibat dalam politik kampus, malangnya dalam 20% ini, sudah terpecah menjadi kelompok Pro A dan Pro M, makanya, mengecilkan lagi kekuatan mahasiswa, akibatnya semakin mudah mahasiswa di tindas oleh pihak pentadbiran Universiti. Alangkah eloknya politik muafakat antara Pro M dan Pro A dilaksanakan untuk menampakkan satu suara dan kekuatan yang besar dalam membawa suara Mahasiswa.

Sebelum itu, persoalan yang berlegar-legar dalam minda budak ialah, bilakah permuafakatan ini perlu dilaksanakan? Sebelum atau selepas PRK? Kalau sebelum, memungkinkan tiadanya lagi pesta demokrasi kampus. Sudahla mahasiswa kini semakin lesu, jika ditiadakan lagi Pilihan Raya Kampus, aktivisme mahasiswa makin lenyap dari sudut politik kampus.

Mungkin budak lebih bersetuju untuk permuafakatan ini berlaku selepas PRK, iaitu, mereka perlu membuang baju Pro M atau Pro A, bila sudah berada dalam Majlis Perwakilan Pelajar. Bergerak bersama dalam menjadi Rakan Pembangunan Universiti dan bukannya menghabiskan masa persidangan untuk menjatuhkan kelompok lain, seperti yang dilakukan kini oleh orang tua dalam Dewan Rakyat. Jika budaya ini, mampu dibina di kampus pada hari ini, 10 – 20 tahun akan datang kita akan melihat satu budaya politik baru dalam negara kita. Akhirnya, suara mahasiswa yang dibawa berdasar politik muafakat  dalam Majlis Perwakilan Pelajar akan digeruni dan diserami oleh pentadbiran Universiti.

Permuafakatan atas dasar kepentingan Mahasiswa ini, membuktikan mahasiswa telah setia pada generasinya sendiri, dan bukan setia pada pihak luar. Selain itu juga parti politik kampus iaitu Pro A dan Pro M mesti keluar dari kongkongan pihak luar, atau menjadi bayangan kepada parti politik pemerintah dan parti politik pembangkang. Itu pun sekiranya mereka benar-benar setia pada mahasiswa segenerasi dengannya.

Politik Muafakat ini akan berjaya memberdayakan MPP, dengan [1] setia pada mahasiswa segenerasi dengannya, [2] mensasarkan serangan pada pentadbiran bukan sesama mahasiswa, [3] buang baju kepartian kepada baju kemahasiswaan, [4] cantas politik orang tua dengan politik baru mahasiswa.

Itu sahaja apa yang budak mahu lontarkan, kebanyakan point yang budak ambik ini, budak ambik dari murabbi budak, saudara Ahmad Afif bin Zulkifli, Majlis Politik Nasional, GAMIS. Tapi tidaklah muntahan ini mewakili beliau. Ulasan beliau dalam sidang meja bulat itu lebih kemas dan jelas.

Sekian sahaja muntah dari budak, haha..
9.45PM
27/10/2013

Saturday 19 October 2013

Gelap


Gelap
ku meraba-raba
tiada apa di mata
mata ada
akal ada
tapi semuanya buta
terpaku hanya

Gelap
hidup tanpa cahaya
sempitnya dunia
kalut seluruh anggota
ribut seluruh massa
dek biasa jadi bisa
selesa jadi siksa
angkara mata tanpa cahaya

Gelap
datang dari dosa
merancau tanpa hala
nampak jalannya
tiada detik untuk ke sana
cahaya ada, mata ada
tapi tetap tiada rasa
ini gelap apa?

Gelap
turun cahaya
terangi dunia
ramai yang suka
ada ramai yang dusta
cahaya atas cahaya
tiada yang percaya
kecuali yang ada jiwa
Jiwa Bertuhan pada Yang Esa...

Gelap
bukan kerana mata
bukan juga cahaya
tapi kerana jiwa...