budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Thursday 13 December 2012

Daerah Mahasiswa...


          Bersyukur kepada Tuhan kerana dicampak kedalam daerah kemahasiswaan, daerah ini dipenuhi dengan pelbagai asakan dari serata sudut. Sehingga mahasiswa berdepan dengan kepadatan hidup angkara sistem rekaan manusia. Ada baiknya… dengan kepadatan ini, mahasiswa disibukkan dengan hal-hal ilmiah dan menjauhi kelekaan. Namun, sekiranya masih ada yang terleka, mereka sendiri yang mencari leka.

          Daerah ini, menyebabkan  jiwa dan anggota menggelegak dengan hebatnya. Hidup umpama telah disistemkan dari pagi hingga ke pagi. Memenuhi kepala dengan segala ilmu yang terkadang meleleh juga dari lubang telinga, angkara penuh kepala dengan ilmu yang beratur panjang untuk merempoh masuk. Diasak minda dan anggota untuk bergerak laju, yang mampu dan mahu akan maju, yang malas akan tenggelam lemas.

          Bermukim dalam daerah ini, dipaksa jiwa dan minda untuk menyediakan diri untuk berluncur bersama suara rakyat. 3 dan 4 tahun berputar dalam atmosfera daerah ini, sebagai proses menghasilkan produk untuk dimanfaatkan oleh massa. Segala kelengkapan diterapkan, segala senjata dipasangkan, untuk mengganti orang lama yang terketar-ketar menongkat kerajaan.

          Aduhai, malang dan bangang , selama berada dalam daerah ini, mahasiswa malu dan segan untuk bergerak dalam denyut nadi masyarakat. Gerakan itu malap dan gelap. Kebebasan mahasiswa disita dengan dahsyat, hinggakan idealism dikoyak-koyak, intelektualism disepak-sepak, dan aktivisme dirobek-robek. Mahasiswa terus senyap, tanda mahu malap.

          Daerah itu, membentuk kaum yang ‘gila’, kaum yang gila pada ilmu, gila untuk memberontak, gila dengan idea baru, gila dengan pandang sisi yang lain. Malangnya jika disekat terus terikat. Kenapa takut pada idea mahasiswa???, sedang daerah itu mengajar kaumnya untuk berfikir. Mereka diajar akal ini kurniaan tuhan, maka kena gunakan. Ye, untuk akal berfikir, kena ada hadnya, namun siapakah yang tahu had akal untuk berfikir…?? Lihat saja, teknologi kini, Facebook, bagaimana dapat menghubungkan Turki dan China dalam masa sesaat, Kalau bukan kerana manusia menggunakan kuasa akalnya. Kenapa takut dengan akal??

          Islam itu Indah, mengangkat akal pada tahapan teratas. Akal diguna memahami Kalam Tuhan, Kalam Rasul. Akal yang terang membenih tindakan yang berkesan. Dr. Yusuf Qardhawi, mencerahkan lagi,dengan katanya, umat Islam diberi peluang untuk MEREKACIPTA dalam hal pergaulan seharian dan kehidupan [muamalat]  yang bebas dari kerosakan dan kemudaratan. Islam memberikan kebebasan untuk Umatnya merekacipta, sementara Syarak bertindak untuk memperbetulkan, memperelok, memperakui dan mengesahkan, manakala dalam hal Ibadat tidak boleh diubah oleh mana-mana autoriti, kerana yang berhak dalam perkara ibadat ialah pemilik Syarak iaitu Allah.

Ini juga merupakan prinsip yang dikatakan oleh murid Abduh di Nusantara iaitu Prof Hasbi as Siddiqi sebagai Golden Rule oleh Ustazul Imam Muhammad Abduh. Muhammad Asad [Tafsir] turut mengulangi prinsip yang dinyatakan oleh Abduh ini.



          Mahasiswa yang beraliran Islam semestinya perlu lebih maju dan laju dalam penggunaan akal ini. Jangan peram akal sekadar memenuhi ruang dalam kepala. Daerah itu mengasak asak minda kaumnya lari dari tradisi kolot. Kerana mahasiswa yang baik akan setia pada generasinya, bukan mentaqlid ijtihad orang lama. Bebaskan minda dan akal, kasihanilah akal tidak dapat berputar dalam orbitnya.

         Cukuplah.. nama mahasiswa di malukan, dipalit dengan najis angkara malasnya menggunakan akal. Oleh itu, budak nyatakan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh kita. 1] Review Documentation-pembacaan-, 2] Observe-pemerhatian-, 3] Survey,  4] interview, 5] JAD sessions-brainstorming- 6] Research.

          Akal yang baik akan tahu, bila masa untuk bertindak, apa yang patut dibuat. Akal yang sihat akan tahu, ada akal lain yang hidup dibumi, bukan dia berindividualisme. Kerana ramainya akal, perlunya ada satu consensus terhadap idea yang terlontar. Akal yang bebas akan membernihkan tindakan yang tidak terbabas dan terhempas.Bak kata seorang rakan ‘ Think Global, Act Local’. Bebaskan akal untuk berfikir dan akal yang bebas sentiasa sensentif dengan keadaan semasa yang memerlukannya berputar untuk bergerak selaju masa yang berdetik.

        menulis kerana mahu bertatih, kekadang rebah dan termuntah, moga ada yang sanggup mempapah,.. Muntah budak di daerah ini.

          
Budak-budak
3.00 p.m 13 Disember 2012

Yusuf Al-Qardhawi Dan Kebangkitan Rakyat.

Input 9: Exploring Information System Development.

Tafsir Muhammad As-Saad : Mendengungkan Prinsip Muhammad Abduh.

Patah Balek

Interview bersama beberapa tokoh melalui Facebook.

Perbincangan secara tidak langsung dengan sahabat-sahabat.

Monday 10 December 2012

Rindu Udara Itu???

sejarah itu bukan untuk dijilat-jilat dalam hati kita, sehingga kita terilusi dan terbang kerna nikmatnya jilatan gula-gula sejarah...

terkadang aku juga merasai romantisnya kenangan dulu, hingga berhabisan detik demi detikan waktu, tika melalui tempat bersama dulu, terkadang terlihat kisah yang seolah2 terbungkah keluar dari lipatan sejarah silam... 

selalu terbayang muka-muka mereka yang pernah bersama, sungguh romantis, terus berpuitis dalam lembah kenangan dulu, 

teringat karenah nakal saat bersama, manisnya walau pahit ketika dulu, sejarah itu telah berlalu, tapi parutnya masih baru, tetakannya dihati masih merah, cucukannya masih membekas, mana bisa dilupai.

dulu bukan lagi kini, hukum pun boleh berubah setiap saat, kenapa dan kenapa???

ruh itu bila mahu kembali??? kembali mendiami jiwa yang sedang kosong, datanglah segera, agar tidak dipenuhi penghuni baru yang berupa syaitan.. kemana menghilang ruh itu???

bisakah aku memujukmu lagi setelah derhaka,??? bisakah mahu kembali menemani dikala suka dan duka???

jerkahan jiwa sudah bertukar menjadi khayalan jiwa, bila tersilap jiwa membisik, bila terlanjur jiwa menjerit, bila terlampau jiwa memekik... namun, sudah berubah, bila tersilap jiwa menyepi, bila terlanjur jiwa buat xreti, bila terlampau jiwa mati...

akal jua sudah tidak seganas dulu, hilang taringnya untuk mendesak, jauh lagi mahu memberontak... akal sudah tumpul, walau sudah puas dipukul-pukul, terus menerus lurus bendul...

kenapa dan kenapa???

mengganaslah minda, menganalisa isu semasa, faham tempat kaki bertapak, sentiasa ianya berputar dan bertawaf mencari suluhan jalan, ini minda yang dulu, minda kini sudah tua, sudah bernanah dengan pelbagai anasir punah, sudah berulat dengan hinggapan lalat, sudah mati dengan terjahan nafsi-nafsi..

anggota umpama sudah lumpuh seluruhnya, hatta mata tidak dapat dibuka, nampak semacam aktif bergerak, namun bergerak dalam sesak, dan tidak menjejak pada hakikat... berjalan namun tiada arah tujuan, melihat namun gelap yang dapat, bercakap namun isunya tergagap-gagap, memerhati namun matlamatnya mati...

kenapa dan kenapa???

rindu udara itu, udara segar yang menyirami jiwa, menyapa ruh, menyatun akal, mencergas minda, melajukan anggota... udara itu yang tidak ku jumpa, kini kesepian dalam lingkaran udara racun, tunggu saat mecengkik halqum.. 

oh romantisnya perasaan bila ingat udara itu... udara bersama kamu semua...

ini hasil ciptaan teman, si dia yang sedang berjalan dalam gambar, mahu kemana???
[sengaja letakkan di sini, ini merupakan hasil keduanya, yang siap pada lewat malam]



Tuesday 4 December 2012

Budak cakap sal DEMOKRASI???


Salam...

baru nak bertatih, dan kena ada yang tolong pimpinkan...

Terbaca beberapa artikel dan buku berkaitan dengan demokrasi, dan budak terjumpa, sati frasa ayat yang budak rumuskan sebagaimana dibawah... betul atau x??? anda tentukan


"Pemantapan Demokrasi sangat berhubungkait dengan kewujudan Civil Society [Masyarakat Madani] dan kewujudan Civil Society [Masyarakat Madani] sangat berhubungkait dengan Pemantapan Demokrasi.."




Demokrasi yang matang hanya dapat dilahirkan bilamana wujudnya masyarakat Madani [Civil Society]... dan Civil Society akan wujud bilamana Demokrasi itu dapat dimatangkan.. apa yang budak faham dari petikan atas ini, memperjuangkan demokrasi dalam sesebuah negara tidak akan sempurna jika mengkesampingkan pembinaan Civil Society. dan perjuangan membina Civil Society tidak akan berjaya jika mengenepikan proses pematangan demokrasi.

kedua-duanya seumpama cahaya dan mata, tanpa mata apa guna cahaya, gelap gelita juga, begitu juga, kalau hanya ada mata dan tanpa cahaya, jalan pun meraba... 

budak melihat ramai yang laju bicara soal demokrasi, dalam masa yang sama tidak menekankan soal Civil Society... akhirnya akan teraba-raba dalam gelap gelita.. 

selalunya perjuangan demokrasi ini, akan fokus kepada peranan pemimpin semata-mata, ini yang budak nampak, sedangkan perhatian kepada proses pembinaan masyarakat teramat yang penting itu di sisihkan, menyebabkan demokrasi yang lahir tidaklah demokrasi sangat.

contoh, pemimpin sudah membuka ruang bersuara dan mengkritik, namun yang mengambil bahagian dalam kritikan dan bersuara ini hanya sebilangan sahaja. atau pun mereka mempergunakan ruang itu untuk kepentingan-kepentingan pihak yang mahu merebahkan demokrasi.

menampakkan masyarakat tidak lagi matang dalam ruang demokrasi yang tersedia. Ruang awam itu terbuang saja.



begitu juga yang bicara soal civil society semata-mata, membina masyarakat dan terus membina masyarakat, sedangkan ruang demokrasi itu ditutup rapat oleh pemimpin... Ini juga membantutkan Demokrasi Matang..

masyarakat bersuara, mereka ditahan dan dipenjara, malah ada yang dibunuh dan didera.
masyarakat mengkritik, mereka di black list dan diekori oleh SB...

melihat keadaaan ini, budak terasa perlu adanya balancing antara Demokrasi dan Civil Society, oleh kerana sudah ramai yang bicara soal demokrasi matang,. budak telah menempatkan diri dalam kelompok yang membina Civil Society... dan budak merasakan inilah cara untuk balancing, agar bila perjuangan sekelompok lagi yang mahukan demokrasi itu, diisi oleh Civil Society yang budak perjuangkan.

Namun begitu, ada juga segelintir mereka yang laju bicara soal demokrasi tidak senang dengan tindakan budak yang agak agresif... timbul pula persoalan dalam fikiran budak, kenapa dia nak menyekat kebebasan budak pulop??? demokrasi apakah ini???  budak hanya mahu seimbangkan kelajuan demokrasi dengan civil society...

so, Demokrasi yang matang akan lahir bila wujudnya Civil Society, dan Civil Society akan berkembang bila Demokrasi itu matang...

hehehe... ini pandangan budak-budak hingusan... budak berani lontarkan pandangan ini kerana budak mahu dikritik dan dibetulkan oleh abang-abang terhadap FAHAM yang budak anuti ini...

ok... sebelum tamat... Apakah itu CIVIL SOCIETY??? 

sama-sama kaji... hehe, sekian, dari budak hingusan corak sal demokrasi dalam ruang lingkup mahasiswa tempat budak belajar... sebenarnya budak pun x MADANI sangat pun... dan tulisan ini bukan tulisan yang matang...

Silakan kritik... Wassalam..

Saturday 1 December 2012

Mahasiswa Baru dan Palestine???

Salam

Sehari dua, dapat kunjungan dari kekawan dari pelbagai U, yang rata2nya tahun, satu, masing-masing duk cakap soal, akademik, kelas penuh, asingment yang menggunung, dan pelbagai lagi hinggakan diceritakan ada yang mahu fokus pada akademik je, xnak terlibat dengan mane2 gerakan... Ye... budak mengerti...

Jadi budak cuba tintakan kalam ini, untuk akak2 dan abang2 yang di IPT...

Sungguh terkesan dengan Asingment yang melimpah ruah, buatkan jiwa tidak tentu arah... Walau apa pun terima kasih kepada 2 teman budak, kerana memberikan teguran pada budak secara tidak langsung semasa Pidato Khas Untukmu Palestine USIM-DQ sem 1...

Apa kata mereka yang mampu buatkan jiwa budak kembali terarah???

Nah...


hembusan kata Srikandi Muda Islam :

"semalam saya mengadu kat Umie, tentang serabutnya kepala duk memikirkan asingment dan kerja2 akademik.. tapi umie saya balas, KALAU KAMU MENGADU BENDA NIE KAT RAKYAT PALESTIN TENTU DIORANG GELAK KAN"




semburan kalam Panglima Muda Islam :


'' kita di sini di hujani dengan Asingment namun, saudara mara kita di Palestine di hujani dengan peluru dan boom.. "

dua lontaran kata ini buatkan jiwa budak terpaku kaku...
terima kasih teman... dan hari ini dapat berita PBB telah mengiktiraf Palestine seramai 138 negara telah menyokong dan 9 negara menentang serta 41 yang berkecuali...

Alhamdulillah, bak kata PKPIM, Palestine diberikan 'sijil kelahiran'... tunggu lah, dari baby akan menjadi seorang Rijal, tunggulah Zionisme...

Lihat sejarah sikit,mungkinkah "Sejarah akan mengulangi riwayatnya" katanya Dr. Burhanuddin Al-Helmy... kita baca sejarah, Salahudin Al-Ayyubi, membuka Baitul Maqdis ketika mana baginda menjadi Sultan Mesir dan Syria... Sekarang Dr. Morsi menjadi Pres Mesir, Palestine sudah diiktiraf, menunggu Syria untuk meneruskan planning seterusnya,.. andai teori yang digunakan oleh Salahuddin digunapakai...

setakat tu dahulu, untuk kali ini...
sekadar untuk membuka bicara budak...

nanti budak nak try tulis sal demokrasi pulop... hehehe...
nantikan muntahan budak yang entah apa2 nanti...

Thursday 15 November 2012

NYAH-MANJAKAN AHLI GERAKAN!!!




Salam semburan hingusan dari budak.

       Sudah lama budak janji nak tulis berkaitan dengan tajuk nie, tapi duk sibuk dengan benda lain, kawan2 budak duk ajak main guli, main choh, main berlaga buah getah dan macam-macam lagi, terpaksalah budak kena meraikan majority budak-budak nie… hehehe

Sebelum masuk pada point, budak nak buat kenyataan media@press confrences dulu, sekarang kan musim, nak tonjolkan diri…kui3..

Ini apa yang budak tengok lah, kat member2 budak yang duk dalam gerakan. Banyak benda yang kena ditajdid dan diislahkan, atau bahasa Najib ditransformasikan, atau bahasa Anwar direformasikan… tapi sebenarnya untuk kita kembalikan atau bawa perubahan kepada ahli gerakan.

Dan budak, mungkin nak ulasan dengan bawakan sindrom-sindrom penyakit yang ada pada kawan-kawan budak nie TERMASUK diri budak sendiri, kemudian budak akan sembur dan bedal ikut suka hati budak, sebagaimana yang dijamin dalam perlembagaan Malaysia, hehehe..



Penyakit pertama

Beralasan
Ini point yang budak nak sentuhkan, selalunya budak pun kuat jugak beralasan, angkara malas dan nak ‘uzlah’ buat sementara. Hinggakan menjadikan segala perkara yang remeh sebagai halangan. Berbeza, menjadikan perkara sebagai halangan dengan berhadapan dengan halangan, dan inilah definisi alasan yang budak nak bawa, mengada-adakan halangan untuk buat gerak kerja.

‘’  maaf, saya xdapat datang meeting sebab hujan, saya xde kenderaan, ada muto je… kalau hujan dah berhenti saya akan gerak “

Selalunya ketua akan dapat mesej macam nie dari ahli mesyuarat.

So? Apa masalah dengan hujan??? Takut basah??? Xboleh ke mesyuarat dalam keadaan basah??? Ok, segan??? Xboleh ke bawa baju letak dalam plastic beg, kemudian tukar baju untuk meeting??? Ataupun, xboleh ke panggilkan  teksi untuk ambil kita kat umah??? Atau minta tolong sapa2 untuk hantarkan kita???

Persoalan ini perlu di putarkan terlebih dahulu dalam minda kita, sebelum nak memetik huruf-huruf pada skrin handset… dan di inboxkan pada handset ketua mesyuarat atau program.

KITA MEREKAcipta  HALANGAN, AGAR TERHALANG…
Ideology ini kena dinyahkan, dan inilah yang memanjakan ahli kita… kena air je kot, time tamrin kena selam dalam tasik ok je… hehehe

Penyakit ke2,

Suka membuat sangkaan tanpa bertanya..

Ini yang paling terbaik yang akan mengganggu gugatkan kita punya ukhuwah… maklumat xjelas lagi, hanya sangkaan semata-mata, tapi dan dibukukan sebagai satu kenyataan dan hukuman, ini RULE of JUNGLE..

Mudahnya, suka sangat pendam, dan buat kesimpulan daripada pendaman dia tadi… contoh, kita xpuas hati dengan sesuatu arahan dari ketua, kemudian kita pendam je, tanpa meminta penjelasan, akhirnya kita sendiri yang membina perspeksi, kalau aku tanya.. dia kata aku nie penentang…

bro… lu dah tanya ke belum??? Belum tanya tapi dah Mewujudkan konflik pada diri sendiri.. melabel diri nak tagih simpati… hua3..

bermula lah episod bermasam muka, atas perkara yang tidak pasti… sengaja mengelak bila nak bersua, makan hati tanpa benda yang pasti… so, nak dapatkan kepastian macam mane??? , kenalah dapatkan kepastian dari mereka yang berkenaan, JANGAN PENDAM dan JANGAN BUAT SANGKAAN BERMACAM…

kalau tanya sikit je, mungkin kita akan jauh dari sangkaan yang entah apa2..

kemanjaan yang kena diNYAHkan… Sensetif sangat dan sentimental… nasib baik xmental…


Penyakit ke3,

Ni yang over sangat pulop, berbanding penyakit ke2 yang tawadhu’ sangat…
Merajuk sebab pandangan di tolak, ini lagi lah sial punya pemikiran… mula2 merajuk, menanti-nanti nak orang pujuk, kalau xde orang pujuk akan memberontak macam beruk…hehe [kasar ke, maaf la, budak2 lagi, macam2 keluar dari mulut nie, pengaruh rakan sebaya]

Kenapa nak merajuk?? Hebat sangat ke pandangan kita tu, idea baru sangat ke??? Sampai menjumudkan pandangan orang lain??? Manja tahap gaban kot… masa pertahankan pandangan, WAH, Nampak macam ketua pembangkang di Parlimen, tapi bila pandangan di tolak, merajuk…. Macam budak2, masuk bilik, kunci pintu nangis sorang-sorang… hahahaha…

Malu kat budak lah, budak pun merajuk jugak sebab emak budak menolak pandangan budak, bila budak nak beli choki-choki… hihihi

Kemanjaan tahap bayi ini kena diNYAHkan… kalau xnak NYAHkan jugak, baik masuk nurseri, sebab nanti ada akak yang comey akan pujuk, bila kita merajuk… hahaha [ kena suap botol susu dalam mulut nie..]

Cukuplah tiga nie dulu, budak nak MUNTAHkan… moga kita dapat NYAHkan benda2 yang xsepatutnya ada dalam diri, seorang ahli gerakan… tak kiralah, gerakan apa… lagi-lagilah gerakan islam…

Maafla, kalau bahasa budak kasar sangat, jangan pulop bahasa yang budak gunakan nie, dijadikan alasan dengan sangkaan yang bermacam-macam kepada budak, dan kemudian terus merajuk xnak kawan nga budak… hehehe…

Sekarang MUKTAMAR sedang berlangsung dan isu Palestine bermula kembali, macam mane nak hadapi derr… kalau ahli gerakan pun masih duk main2 dengan hal remeh camni… Jom NYAHKAN MANJA untuk ke Masjidil AQSA..

Apa-apa pun, budak pun masih belajar, masih lagi kencing dalam seluar, terberak dalam kelas… kadang-kadang makan pun dengan tangan kiri lagi… kui3

Tapikan, minda kita terus berjalan dengan banyaknya kita buat pemerhatian dan kajian…
Sekian dulu, budak melaporkan dari NYAH – MANJAKAN AHLI GERAKAN, moga dapat di ambil sebagai sempadan dan panduan…

Senyum sokmo, jangan bermain dengan emosi tapi gunakan sebaik mungkin emosi yang ada untuk terus bergerak bukan terus menyekat..

Saturday 10 November 2012

BUDAK SALAH-MENYALAH???

Salam semburan hingusan budak

Biarkan jari ini berlari-lari, biarkan mata ini meneliti, biarkan minda ini terus menari, jangan dihalang jiwa muda-mudi, pimpinanlah kelebihan ini ke taman ilahi… PIMPIN BUKAN HALANG.

BIARKAN BUDAK belajar dari pengalaman, kesalahan dan kebodohan, kerana ianya membawa lebih kesan dan terkesan pada diri serta hati… ini pada pandangan budak yang menjadi pegangan sehinggalah datang seorang tua, dengan melontarkan persoalan, kenapa nak tunggu salah dulu baru nak belajar dari kesalahan itu…

Timbul dua pandangan kat sini,
1] BELAJAR DARI KESALAHAN…
2] JANGAN TUNGGU SALAH BARU NAK BELAJAR…



Ianya semacam wujud kontra[ perbezaan ] antara keduanya…

Jika masind-masing keras kepala dan bertegang urat leher untuk mempertahankan pandangan masing-masing, musibah yang besar akan berlaku…

Bagaimana nak murnikannya…???

Budak ambik jalan, berjumpa dengan orang tua dan tanya maksud disebalik kenyataanya itu, maka berasaskan pengalaman si orang tua, dia bercerita dengan analoginya…

Contoh… seorang ibu melarang anaknya dari bermain-main di kawasan longkang risau jatuh, namun sibudak masih berdegil untuk bermain disana.. akhirnya sibudak ini terjatuh malah kepalanya terhantuk dan berdarah, hinggakan terkesan parut di atas dahinya… xkanlah nak kepala berparut dahulu baru kita nak berhati-hati dengan longkang??? Kan elok jika kita berhati-hati sebelum terjatuh, muka pun xdelah tercalar… kena kuar duit lagi, habis masa untuk dijaga, dan macam-macam sibudak itu akan bazirkan…

Kalau kita belajar sahaja dari ingatan tadi, duit itu boleh digunakan untuk beli buku, masa tadi boleh digunakan untuk baca dan telaah buku… RUGI KALAU BELAJAR  DARI KESALAHAN… UNTUNG belajar untuk tidak buat salah…

Ada betuljugak tu, budak macam nak support pandangan si orang tua nie lah… namun budak kena tanya jugak sibudak tu… apa yang dia maksudkan

Akhirnya sibudak ini, mula bersyarah dengan nada yang semangat… katanya :

Tapi kita bukan maksum untuk tidak membuat salah… semua pernah buat salah…

So, semestinya kita belajar dari kesalahan agar tidak berulang lagi, dan agar kita tidak menanggung kerugian yang sama… RUGI KALAU TIDAK BELAJAR DARI KESALAHAN…

Si orang tua kata,RUGI KALAU BELAJAR DARI KESALAHAN,
tapi si budak kata RUGI KALAU TIDAK BELAJAR DARI KESALAHAN.

Alamak…
Budak dah pening…  so, budak cuba guna ide, macam mane nak wujudkan pandangan ke 21 bila ada 20 pandangan yang berbeza??? Maknanya, cuba bawa pandangan yang terakhir sebagai solusi…

Akhirnya budak terjumpa satu pandangan, apabila digabungkan kedua pandangan tadi maka lahirlah 1 prasa kata

“BELAJAR UNTUK TIDAK BUAT SALAH, JIKA SALAH, BELAJAR DARI KESALAHAN ITU.”

Begitu jugalah dari setiap aspek kehidupan manusia, kena berusaha untuk lari dari buat salah, namun jika tersalah, belajar untuk tidak buat salah lagi… dalam ORGANISASI lagilah…

HIDUPKAN POSTMORTEM dan gunakanlah hasil POST MORTEM, jauhkan postmortem sebagai tempat untuk melepaskan geram dan dendam…

Salam Post Mortem buat mereka yang berorganisasi…
JANGAN BERMAIN DENGAN EMOSI, TAPI GUNAKAN EMOSI..


Saturday 27 October 2012

SUDUT PANDANG YANG PENING???

salam berbudak-budak


agak lama budak tidak meludah dan memuntah di blog ini, mungkin dihimpit kesibukan menjadi student sarjana muda yang perlu memenuhi 23 jam kredit...


tiada apa yang nak ditintakan, sekadar luahan perasaan yang sudah lama terkurung dek sabar,.. melihat dan meneliti mereka yang dikatakan pejuang kebebasan... mulanya budak berbangga, namun akhirnya mereka menjilat ludah mereka sendiri...


manusia akan berbeza pandangan kerana memandang dari sudut yang berbeza... maksud sudut ialah posisi dan kapasiti mereka yang memandang... sekiranya berbeza sudut pandangan, maka natijahnya turut berbeza... contohnya seseorang rasa teruja bila melihat laptop dari sudut depan kerana adanya skrin mengasyikkan, manakala seseorang lagi rasa biasa bila melihat laptop dari sudut belakang kerana sama sahaja cap ASUS, dari posisi yang berbeza pada sesuatu benda yang sama sudah pun membawa kepada natijah yang berbeza... 



begitu juga dengan kapasiti yang berbeza, seorang guru melihat laptop akan membayangkan laporan pengajaran, markah murid dan soalan-soalan ujian, manakala pakar komputer melihat laptop mereka membayangkan software2, hardware2 dan sistem input atau ouput... 


dan menjadi kesalahan kepada yang berada di depan memarahi mereka yang dibelakang kerana tidak berasa teruja bila memandang laptop... dan salah juga kepada si pakar komputer memarahi guru kerana tidak membayangkan apa yang dibayangkan olehnya...



dan juga silap sekiranya mereka yang dihadapan memberi ulasan dari sudut belakang laptop, kerana mereka tidak merasai bagaimana berada di posisi belakang laptop, yang sepatutnya menghuraikan belakang laptop ialah mereka yang duduk dibelakang laptop... 



tapi kena ingat, pandangan ini tetap tertumpu pada sebuah laptop, dan cuma berbeza sudut pandangannya... tapi ramai yang bergaduh kerana sudut pandang yang berbeza... untuk selesaikannya, sama-sama memahami sudut pandang masing-masing, apa salahnya yang dibelakang bergerak ke hadapan untuk melihat bagaimana si hadapan melihat laptop, begitu juga sebaliknya... [berada dalam situasi si pemandang akan membuatkan anda lebih tenang untuk memandang]


anda boleh menghuraikan sebuah laptop dengan baik bila anda gunakan multi-view atau multi-dimension dalam memandang sebuah laptop, 



ini cara pandang budak, dan sememangnya pandangan budak akan berbeza dengan pandang orang tua, dan orang tua xboleh marah budak, sebab budak pandang berdasarkan pandangan seorang budak, tapi orang tua boleh marah budak, jika budak salah menggunakan pandangan orang tua. 


dan budak pun kena sedar sudut pandang mana yang budak guna, kalau orang kata pandangan ko macam -pandangan budak-budak, maka budak tidak akan marah, kerna budak tahu memang pandangan ini pandangan budak2 sebab budak guna memandang dari sudut seorang budak..


hehe, budak pun pening, dengan apa yang budak tuliskan ini, tapi ini sebagai rumusan awal yang banyak kelompangan yang mesti tampung, so, bagi mereka yang membaca 'sampah' ini, apa lagi tolong budak dalam memandang, kerna budak takut, budak tersilap pandangan.


Selamat Hari Raya Korban...

sedikit kata-kata semperna Hari Raya Korban...

terkesan dengan pengorbanan seekor lembu, melihat darah yang terhembur keluar, menyebabkan aku terpandang pada diri sendiri, dengan lintasan di hati,

"lembu rela berkorban dengan menyerahkan diri kepada Tuhan, aku nie, nak berjuang pun malas apatah lagi berkorban, baik lembu dari aku"




Thursday 27 September 2012

Membina Impian [USRAH]???

salam gembira dari budak...

Gelombang pilihan raya kampus masih lagi bergelora, PRK UM masih berbaki 2 kerusi yang perlu diundi, dan PRK UIAM yang penuh dengan cerita "tragis"... dan setaman tahniah buat Gabungan Mahasiswa Ukm [GMUKM] dengan kemenangan yang agak besar...

namun, kali ini budak bukan nak bercerita pasal PRK, kita tinggalkan sekejap...

Alhamdulillah, budak rasa sangat happy pagi ini, dan sungguh gumbira sampai tidak terkata... huhuhuhu

masa mula-mula, masuk arena ijazah, budak dan member2 tanya senior, kat dalam nie ada USRAH atau x??? dan jawapan yang budak dapat, belum ada lagi...

zaman revolusi kot...


bila begitu.. membuatkan kami, merancang satu agenda besar, untuk menjadi pelopor atau pecentus kepada kewujudan USRAH diperingkat ini... hahahaha [poyo giler]

ALHAMDULILLAH, perancangan ini telah berjaya dengan dokongan member2 budak... dan pada 27 September 2012 Pukul 9.30 malam, tercatitlah satu sejarah dengan gahnya budak dan member2 telah meletakkan tapak asas dalam arena Ijazah iaitu USRAH...

satu istilah yang membuatkan jiwa ini tergoncang dengan sendirinya, dan yang paling menggetarkan jiwa bilamana semua member2 budak melontarkan idea pandang masing2 berkaitan usrah,.. kepelbagaian latar belakang dan pemikiran [fikrah] menjadikan USRAH kali ini makin mendebarkan...

dan ianya akan diisi mengikut kesukaan kami sendiri, hahaha

permulaan yang sangat baik... namun bagaimana pertengahannya dan perngakhirannya???
nantikan siri-siri pendedahannya... kemanakah USRAH ini???

Thursday 20 September 2012

Sekilas Pilihan Raya KAMPUS???


Salam membuak-buak dan menggelegak dari budak buat semua mahasiswa IPTA…

Hangat Pilihan Raya Kampus makin dirasai, semacam habanya menjilat roma bulu kaki, wapnya tempias ke dalam hati, dan aromanya menggugat ketenteraman lubang hidung mahasiswa dan mahasiswi…

Budak menulis ini kerana gerak hati yang terbias pada jari dan akhirnya membentuk susunan kata yang kalian sedang teliti… walhal, tiada apa pun yang tersirat dalam tulisan budak-budak yang makin mengerti, erti sebuah perjuangan student university…

Budak ingin memuntahkan sedikit pesan  buat Mahasiswa dan Mahasiswi yang akan menentukan jatuh bangun sebuah KERAJAAN MAHASISWA di universiti masing-masing…



Pilihan ini merupakan suara kita, suara dalam menentukan hala tuju kebajikan dan education yang akan kita tempuhi, so, jauhkan diri dari berdiam diri dikongkong oleh enaknya bantal dan empuknya tilam…

Budak kagum dengan mereka yang turun ke Himpunan Merdeka Kampus yang menuntut beberapa tuntutan yang mahukan Mahasiswa diberikan hak yang sepatutnya, terutamanya dalam konteks politik kampus

Mahasiswa kena berani untuk menyatakan pendirian, jangan sampai idealism, intelektualisme, dan aktivitisme mahasiswa diramas2 oleh mereka yang ada kepentingan tersendiri…

Pesan budak kepada abang-abang mahasiswa yang sedang berjuang, supaya mereka meperteguhkan pendirian, tetap mempertahankan tuntutan merdekakan kampus, jangan lakukan provokasi dan mungkin cukup untuk mereka terus berdiri dan katakan TIDAK kepada penipuan dalam PRK…

Kerana apa perlu katakan tidak??? Tiadalah satu pengiktirafan yang paling ternilai, sekiranya kita dikagumi oleh orang yang kita kagumi… contoh, apa perasaan kita bila pensyarah kita bagitahu ‘saya kagum dengan kamu…’ sudah semestinya kita akan gembira 4 hingga 5 minggu,.. namun disana, ada seorang insan yang hebat dalam sejarah umat islam, beliau kagum dengan mereka-mereka yang berkata TIDAK…

Beliau ialah Saidina Umar Al-Khattab yang pernah melafazkan kata : Aku mengagumi seorang Muslim yang apabila diugut melakukan perkara hina, dan sekiranya dia tidak mahu [lakukan], ianya akan ditenggelamkan ke dalam bumi… lalu dia tetap menjawab : “TIDAK” dengan penuh keyakinan….

Ok… sekiranya tiada mampu untuk katakan tidak… jangan sampai kita tidak mampu untuk berjihad dengan HATI, Adakah jihad dengan hati ini sekadar membenci?? Atau sekadar buat-buat xreti??? Atau buat-buat sakit hati kemudian senyap menyepi???


Nah, ambillah penjelasan Yusuf Al-Qaradhawi berkaitan dengan jihad dengan HATI ini… kata beliau jihad dengan hati iaitu menggelegak dalam hati, menunggu masa untuk meletup dengan melaksanakan perbuatan yang positif…

Dan buat penggerak Pro- Mahasiswa, yakinlah akan sunnatullah iaitu selepas kesusahan akan ada kesenangan, selepas malam akan terbitnya fajar,… dan ingatlah akan hadis Nabi yang berbunyi “Sesungguhnya mereka melihat kezaliman berlaku sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa maka bersiap sedialah dengan balasan ALLAH yang akan mengenai semua orang”…

MAKANYA.. daripada kita bersiap sedia untuk menerima bala dari Allah, lebih baik kita bersiap sedia untuk melakukan sesuatu… oleh itu, budak kata, Mahasiswa kena lakukan sesuatu…

Dan buat ‘pemerintah’ university yang enggan memberikan keadilan kepada mahasiswa, dan masih berlaku zalim kepada mahasiswa, dan seolah-olah menganggap posisi sekarang sebagai sembahan… maka, malapetaka “pemerintah” ini dan “pemerintah-pemerintah” yang zalim seumpamanya, yang mana "pemerintah" ini buta tidak melihat, pekak tidak mendengar, bodoh tidak faham, hati batu yang tiada perasaan, terhadap peristiwa-peristiwa lampau yang berlalu tiada diambil iktibar dan pengajaran… tunggulah balasan Tuhan…

Sebelum melabuhkan kalam, budak tahu, result atau keputusan PRK ini amat penting kepada parti-parti politik terutamanya kepada parti yang memerintah… PRK ini merupakan bacaan pertama terhadap sesebuah parti politik pada pandangan anak muda dalam menghadapi PRU13 nanti… namun begitu, janganlah “merogol” neutraliti sesebuah  institut pengajian tinggi dengan “gangguan-gangguan” yang tidak sepatutnya… biarkan  mahasiswa bergerak mengikut rentak mereka… 



Bersama-samalah kita memastikan kemenangan ini berpihak kepada Mahasiswa… bukan kepada boneka “pemerintah”…

Hahaha… budak muntah darah yang bernanah…
Tulisan ini umum tidak khususkan pada mane2 pihak, kalau yang terhidu bau kentut, maka dia akan hidu bau busuk..hahahahaha

Sekian dari budak hingusan.

Saturday 8 September 2012

HAH??? RAYA, MERDEKA DAN MAHASISWA???

belum terlambat untuk budak mengucapkan 

SALAM EIDUL FITRI, 
SALAM KEMERDEKAAN, dan
SALAM KEMAHASISWAAN...

EIDUL FITRI

duit raya dapat sikit je..

sudah tinggal kurang 10 hari lagi nak melabuhkan tirai bulan Syawal... puasa 6 dah setel ke belum??? Kalau xsetel ag, masih sempat nak setelkan... xpe, budak tahu orang melayu memang suka buat kerja last minute, kalau xnak start lagi pun xpe, tunggu syawal berbaki 6 hari lagi, nanti start lah puasa... hahaha.. [terbaiklah melayu kita, bukan apa, open house banyak sangat, kui3]

tahun nie,  banyak tarikh yang berkebetulan dengan diri budak, contohnya, hari jadi budak yang ke 21 jatuh pada 1 ramadhan... siapa xseronok, jatuh pada hari yang paling mulia dalam dunia hari jadi aku, yang lagi bermakna, umur dah 21... maknanya aku dah dapat daftar mengundi... hahaha... boleh nak lawan UMNO la....

sebab itu niat puasa aku 'lain' sikit, dalam masa niat puasa kerana Allah Taala kena niat juga setiap malam untuk lawan UMNO kerana Allah Taala... kui3

tunggu PM umumkan je, tarikh PRU-13... Akan aku beraksi dengan sedaya mumkin... aku rasa PM sengaja nak bagi aku mengundi dulu, baru dia nak umumkan.... haha, terbaik

MERDEKA

layan lagu dulu
[http://www.youtube.com/watch?v=U2LvMvhmeq8]

cantik yang nie!!!


selain tarikh tu, tarikh kemerdekaan yang ke55 Malaysia yang disambut 31 ogos, pada kali ini disambut dengan perasaan gembira kerana keesokan hari kemerdekaan iaitu 1 september aku diterima masuk ke sebuah IPTA, maknanya aku jadi mahasiswa balik, setelah berhenti rehat hampir setengah tahun...

ok... bab MERDEKA, kita kena bersyukur sangat2 sebab negara kita telah diberikan kemerdekaan daripada penjajah berbangsa asing... 

namun, kalau kita susuri perjalanan negara bangsa terkini, seperti libya, tunisia, mesir dan turki atau mana-mana negara, setelah mendapat kemerdekaan daripada penindasan bangsa asing, mereka akan mendapatkan sekali lagi kemerdekaan daripada penindasan dan kezaliman bangsa sendiri... dan ianya telah berlaku, cuma di Malaysia, kita menunggu waktu itu...

maknanya kemerdekaan ini bukan mengira, bangsa yang memerintah, tapi aspek KEBEBASAN, KEADILAN dan KEBAJIKAN oleh sang pemerintah yang membuatkan rakyat bangkit,.. 

MAHASISWA

mahasiswa???


ok... kini budak dah bergelar mahasiswa balik, setelah diimbas balik muhasabah ketika jadi mahasiswa buat kali pertama dahulu, makanya perlu ada perubahan yang mesti dilakukan... apa perubahan itu?? [biarkan ianya menjadi rahsia..hehe]

cumanya yang paling menarik dalam kemahasiswaan kini, isu Majlis Mesra Pelajar atau Hari Taaruf atau Haluan Siswa atau Program orientasi yang dilakukan oleh Pentadbiran Universiti menjadi hangat dengan pelbagai isu... terutamanya soal perang dectar atau cheers dan terbaru tarian GANGNAM dibeberapa universiti, yang dikatakan merendah-rendahkan 'daulat' seorang Mahasiswa...

kena ingat dalam diri mahasiswa kena ada 3 elemen penting iaitu idealisme, aktivisme, dan intelektualisme... jangan sampai ketiga-tiga elemen ini atau salah satunya diRAMAS oleh mereka yang bebal...

budak tertarik dengan ucapan seorang pentadbir sebuah Universiti yang menyatakan harapan agar mahasiswa yang lahir dari rahim ini, dapat MENGUASAI pasaran dan bukannya sekadar MEMENUHI pasaran dan perlu berusaha agar masyarakat dapat menjadikan Islam sebagai sistem hidup atau sistem kegunaan seharian... 

Mahasiswa  juga kena peka dengan Tarikh PRK [Pilihan Raya Kampus] yang akan diadakan pada hujung bulan ini dan awal bulan depan... kena ingat keputusan PRK ini memberi impak yang besar kepada PRU13 terutamanya dari sudut MORAL...

dan angkara pindaan AUKU, pemuda UMNO mahu tubuhkan kelab penyokong UMNO dikampus... tapi menteri xbagi, Ketua Pemuda kata kita akan tubuhkan juga tapi berhampiran dengan kampus... PKR pun dah lancarkan Kelab Mahasiswa PKR... pandai2 lah mahasiswa... :-)

apa-apa pun, budak bersama dengan PRO-MAHASISWA MALAYSIA.. hehehe


SALAM EIDUL FITRI
SALAM KEMERDEKAAN
SALAM KEMAHASISWAAN