budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Friday 14 June 2013

Pemikiran Kreatif, Gerakan dan Budak???

Selamat bersua dari budak kecil yang masuk air [kata seorang kawan pada budak... hehe]

Tiada apa yang menarik nak kongsikan pada entry kali ini, Cuma budak ada sedikit benda nak kongsi. [ayat pening, huhuhu] Semester nie budak ada belajar satu madah yang agak pening jugak la... nama madah tu : Creative Thinking and Problem Solving [CTPS]... Adeeehhh..

Dalam kepeningan tu, budak terjumpa ‘something’ yang sangat mengubah cara pandang budak pada sesuatu. Dan budak try relate kan dengan Gerakan yang budak sertai...

Ternyata teori ini sangat seronok jika diimplementasikan, bila baca teori atau tips-tips [apa2 saje], pasti minda semacam terbang masuk ke dunia fantasi [yang] manusia dalamnya beramal dengan teori yang dibentangkan.

Contohnya, seorang Muslim dengan muslim yang lain ialah saudara, itu satu falsafah kehidupan muslim,.. tapi ada juga muslim dengan muslim yang lain semacam musuh, tapi, kita akan terilusi untuk berada dalam suasana semua muslim itu bersaudara.



Begitu jugak, apa yang budak nak dalam gerakan yang budak sertai ini lakukan. Terjemahkan teori yang ada.

Ok, kembali pada CTPS tadi, dalamnya ada satu subtopik yang menyebabkan budak lupa pada kepeningan yang berlaku tadi. Subtopik yang mengajak budak untuk mencari titik halus perbezaan antara 2 perkara yang selalu ditanggapi sebagai sama oleh ramai orang.

Jadi, budak cuba relatekan apa yang budak dapat nie, untuk budak amalkan dalam gerakan ini,In Sya Allah [walaupun tahu sukar, tapi belajar untuk berubah]. Sekiranya budak mahu jadi seorang ahli Gerakan yang baik, maka budak perlu....

Tahu bezakan antara Sosok Tubuh Individu dengan Idea yang disampaikannya.


Makanya, ramai yang tidak mampu bezakan ini, hinggakan ada yang menuduh orang yang mengkritik idea Presiden sebagai kurang ajar dan tidak menghormati Ulama’. Ini sudah silap, mengkritik idea yang disampaikan oleh individu tidak bererti tidak menghormati individu tersebut. Yang difokuskan ialah  idea, maka perbahaskan lah idea tersebut dengan ilmiah dan jujur. Nak bangkang atau sokong, buatlah secara berfakta dan ada pembuktian.

Demikian juga, ketidakmampuan buat perbezaan ini, menyebabkan sekelompok anak muda, bila mengkritik idea Presiden sengaja mengaitkan dengan slogan Ulama’ tidak pandai memimpin malah ada yang mencerca dengan makian pada sosok tubuh seperti, perut besar dan sebagainya. Mengkritik idea tidak menghalal untuk kaitkan status individu tersebut dalam pertembungan idea,inikan pula mencerca dan mencaci sosok tubuh kerana tidak sama ideologi.

Ada juga, yang bila mendengar satu-satu idea  yang keluar dari tokoh yang dikagumi dan di-excited-i, maka di terima bulat-bulat. Maka penerimaannya bukan kerana keabsahan dan kebenaran idea, tapi kerana sosok tubuh yang mengeluarkan idea tersebut. Contoh yang kagum dengan kepimpinan ulama’, menerima apa-apa idea [konteks politik] yang dikeluarkan oleh ulama’, walaupun mungkin idea itu kurang bernasnya.

Ada sebelah sikap lagi, bila mendengar satu-satu idea yang dikeluarkan oleh tokoh yang dibenci dan dipenuhi prasangka, maka, ditolak mentah-mentah idea tersebut tanpa melihat kekualitian dan kebernasan idea tersebut. Ditolak  idea kerana sosok tubuh yang tidak digemari. Contoh yang benci dengan kepimpinan ulama’, menolak mentah-mentah idea [politik] yang dikeluarkan oleh ulama’, walaupun idea itu relevan dan mendasar.

Rasanya banyak kalam, yang menyokong subtopik ini, contohnya, lihat pada APA yang disampaikan, bukan pada SIAPA yang menyampaikan. Hatta orang kafir sekalipun, Nabi pun buktikan dalam perang Khandak bila mengambil idea [strategi] daripada Salman Al-Farisi, sedangkan idea [strategi perang] tu diambil daripada negara Farsi, farsi tika tu masih beragama majusi. Walaupun Majusi, tapi idea itu idea yang bernas dan sesuai pada saat itu untuk dilaksanakan. [sebenarnya subtopik nie pun dalam buku yang ditulis oleh non-muslim... kafirkah aku??? J ]

Ketidakmampuan budak untuk keluar dari trap penilaian ini, tidak memungkinkan untuk Gerakan yang budak dokongi ini untuk maju kedepan. Susah untuk mewujudkan profesionalisme ini dalam diri... Alahai diri..

Setelah itu, budak meneruskan lagi kepeningan dalam madah tersebut, dan budak terjumpa lagi satu point, kali nie bukan lagi menjentik, tapi menamparkan hati budak. Budak cuba kaitkan dengan gerakan yang budak sayangi ini, difrasa namakan dengan

2 Perkara yang mesti di-NYAH-kan oleh ahli Gerakan.

2 perkara ini sangat penting untuk dihapuskan atau di-NYAH-kan dalam bergerak kerja secara berkumpulan atau secara kolektif atau secara berjemaah, untuk membawa Gerakan yang didokongi menuju Gerakan yang baru.

1] nyah-kan Self censorship : ahli gerakan kena elakkan daripada merasa takut untuk bercakap sesuatu yang bertentangan dengan kumpulan majoriti [selagi tidak diputuskan secara konsensus@syura] kerana tidak mahu dianggap karut dan membuang masa ahli jemaah. Sekarang sudah tiba saatnya untuk keluar dari penjara ketakutan demi mengutarakan idea untuk dinilai dan diperhalusi secara bersama.

2] nyah-kan sikap Pressure on dissenters : ahli gerakan kena membuang sikap melabelkan mereka yang “menentang” sebagai penentang dan  elakkan diri  mempersoalkan kesetiaan mereka kepada Gerakan. Pertembungan idea ini sentiasa berlaku selagi mana akal itu berputar pada paksinya [Islam].

Nyahkan 2 perkara ini terutamanya dalam sesi perbincangan dan brainstorming untuk mencari sebuah penyelesaian kepada masalah yang timbul. [banyak budak nak hurai, tapi takut panjang, jadi macam x seronok lak, panjang2 nie… adeehhh]

Budak kira, ini point yang terakhir untuk budak kongsi setelah budak terasa sangat-sangat tercocok dengan point terakhir ini. Termenung juga lah budak kena tosokan daripada point ini.



Tosokan ini budak frasakan dengan nama

Bersabar dengan Idea Baru dan Perlewatkan Penilaian dan Kritikan

Idea baru selalunya dianggap jelek, jijik, pelik, tidak bijak dan ganjil pada awalnya. Sebab benda nie, kita baru jumpa, mesti terkejut [walaupun hakikatnya ianya dah lama]. Namun, selepas beberapa ketika barulah idea baru [dah jadi lama] itu diterima, dilihat praktikal dan bijaksana. [Inilah proses kelahiran idea baru yang pastinya ada kesakitan sebelum masuk era kematangan].

Oleh itu, penting untuk kita tidak tergesa-gesa memberikan penilaian dan kritikan kepada satu2 idea baru, sekiranya kita terlalu cepat mengutuk dan memperlekehkan idea tersebut, bermakna kita tidak memberi peluang untuk idea itu dibuktikan sebenarnya baik. Walaupun sebenarnya, idea baru masih banyak kelompongan yang mesti ditampung untuk membentuk idea yang matang. 

Dan perlu juga diingatkan kepada pemberi idea, sememangnya proses penampungan pada kelompongan idea itu datang dalam pelbagai cara, [macam2 lah, mungkin dilabel, dicerca, diperlekeh ] sehinggalah ianya betul2 matang dan diterima masyarakat. Tengok sejarah agama Islam pun dah cukup. Pemberi Idea pun kena bersabar dan perlewatkanlah emosi dan putus asa, kerana manusia  dalam Gerakan ini ada pelbagai ragamnya. Dan anda pun ada ragam anda tersendiri J

Rasa cukuplah dulu… teman2 doakan budak, dalam fatrah exam nie… tetiba rasa nak muntah, budak muntahkan dululah, nanti tak syok jawab exam…

Akhir sekali, Terima kasih buat Dr Mohd Nasir Bin Masran, yang mengajarkan Madah ini… dan budak-budak USIM-DQ yang membantu memahamkan bahasa English tersebut.. huhuhu

Budak pun bersama Kepimpinan Ulama'..huhuhu


Sekian dari budak hingusan dalam Gerakan….


8.20 pm
14 Jun 2013

Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah
[USIM]

The Art of Thinking; A Guide to Critical and Creative Thought
[Vincent Ryan Ruggiero]