budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Monday 25 February 2013

ORANG MISKIN BUKAN BINATANG!!!

 Salam keamanan dan kesejahteraan dari budak.

Kekadang bukan sayu, melihat kalangan mereka yang miskin dan budak sendiri pun dari golongan yang miskin. Hari ini budak mahu bicara orang miskin, sekaligus, membicarakan soal politik miskin di Malaysia.      

Orang miskin, tidak sukar untuk kita kenali mereka, dan tidak payah untuk kita terserempak dengan mereka, masuk sahaja dalam kampong kampong atau ditengah-tengah bandar-bandaraya senang sahaja untuk terserempak dengan mereka. Namun yang payah dan sukar ialah untuk melihat usaha pihak berkenaan untuk keluarkan mereka dari kemiskinan.



Mungkin juga mereka sengaja dibiarkan begitu untuk dijadikan bahan oleh binatang-bintang politik dalam Pilihan Raya Umum sebagai senjata yang cukup ampuh meraih undi. Apakah dosa orang miskin ini, sudah la miskin hartanya, malah diperkudakan oleh politikus Negara yang punya pemikiran yang jijik. Mereka ini tidak tahu politik apalagi mahu berpolitik, sayunya, mereka selalu dipolitikkan oleh politikus, dan kuasa politik menekan mereka dari miskin harta kepada miskin maruah... Malah miskin kedua-dua.

Siang malam mereka, diberikan untuk mencari sesuap nasi, untuk diri sendiri dan keluarga, mana mungkin mereka sempat untuk mengambil tahu isu semasa politik yang berkecamuk. Akhirnya politikus yang bancul mengambil kesempatan diatas kemiskinan ini untuk merai popularity dan mengancam hidup mereka. Bukannya serius untuk keluarkan mereka dari tangki kemiskinan ini.

Ada betulnya juga kata Tuan Guru Nik Aziz, kerajaan yang ada kini, semacam membinatangkan rakyat dengan wang.  Dan ditaukidkan lagi oleh Ustaz Azhar, seolah-olah menabur makanan kepada rakyat kemudian mereka sembelih rakyat selepas Pilihan Raya Umum. Kerajaan apakah ini??? Ayamkah rakyat Malaysia???

Kita tidak mempertikaikan bantuan yang diberikan, dan sememangnya menjadi kewajipan kerajaan untuk memberikan bantuan kepada rakyat, kerana mereka memegang amanah rakyat untuk menjaga rakyat. Namun, perlaksanaannya yang membinatangkan rakyat itu sangat memanaskan hati. Hinggakan rakyat dibodoh-bodohkan, itu tidak dikira lagi dengan dengan memaksa rakyat untuk bersumpah mengundi UMNO/BN, ucapan yang penuh ugutan  dan sebagainya.
                                                                                           
Wahai politikus… rakyat ini bukan lah ayam untuk ditabur-tabur dengan wang. Kami ada akal untuk berfikir, ada maruah untuk dijaga dan ada agama untuk memimpin. Bila cakap soal ayam, teringat sebuah perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan antara YB Nassuruddin Daud dan YB Anuar Musa beberapa tahun yang lepas. Adun Meranti itu mengungkapkan, [lebih kurang begini] Kita rakyat bukan jenis ayam bandar, yang tunggu tuan bagi makan, kalau xbagi akan mati, dan bila tuan nak sembelih, tuan mengasah pisau dihadapan muka pun, jenis ayam bandar ini tidak lari. Berbeza dengan ayam kampong, tuan bagi makan, ayam kampong akan makan, kalau xbagi akan cari makan sendiri dan aktif, dan kalau tuan nak sembelih, belum tuan turun dari rumah, ayam kampong dah lari cari tempat perlindungan.



Amatlah naïf, bila ada politikus yang mempergunakan orang miskin sedemikian rupa. Namun, orang kampong yang miskin, tidak lagi boleh dibodohkan lagi walaupun mereka miskin harta tidak bererti mereka miskin maruah dan agama. Dengan maruah dan agama yang ada pada diri mereka, Awang Adek [Bekas Bakal Menteri Besar Kelantan] telah dimalukan dalam satu majlis pemberian BR1M. Apabila ditanya kepada rakyat, siapakah yang mahu Dato’ Seri Najib kekal menjadi Perdana Menteri??? Adalah beberapa puluh yang angkat tangan daripada ratusan yang hadir. Bila ditanya siapakah yang mahu Dato’ Seri Anwar menjadi Perdana Menteri??? Majoriti yang hadir telah mengangkat tangan… hahaha… Awang Adek senyum tidak terkata.

Walaupun miskin harta, namun, maruah dan agama rakyat tidak mampu dijual beli dengan harga RM500, maknanya, Projek membinatangkan rakyat oleh UMNO@BN telah mencapai kegagalan yang jelas. Rakyat bukan binatang seperti yang difikirkan oleh UMNO/BN… hahaha..

         Malah lebih jijik lagi, orang yang kaya hartanya, sangat miskin maruah dan agama mereka, hinggakan sanggup bersama-sama mereka yang tidak bermaruah, membeli maruah rakyat Malaysia. Mereka ini lebih binatang dari haiwan. Sekian sahaja, muntahan budak pada kali ini, malam ini, Anwar Ibrahim datang kampong budak nak berceramah. Budak nak gi usya2 tengok, kalau ada apa-apa yang menarik… hehe.

Wednesday 20 February 2013

AQAL KU BERKATA???


PRU13 semakin menghampiri, bermakna umat Malaysia dalam satu fatrah [situasi] menilai dan memilih. Penilaian dan pemilihan ini berlaku setiap saat dalam kehidupan, dan kini salah satu proses yang terbesar yang mesti dan wajib dilalui oleh Malaysians ialah menilai dan memilih Kerajaan yang mampu menenangkan dan menyenangkan rakyat. Pemilihan ini memerlukan dokongan dari AKAL. Budak mahu muntahkan sebuah contengan minda seputar isu AKAL…

Akal yang ada pada manusia merupakan satu karamah insaniah [kemuliaan manusia] yang sangat berharga, namun, lapisan-lapisan lemak ini, seumpama tidak mampu digunakan oleh manusia, hinggakan menjadikan akal sekadar organ yang mencukupi diri manusia.

Betapa dijulangnya akal, hinggakan, ada segolongan ulama’ berpendapat akal manusia sudah cukup untuk manusia itu diberikan taklifan, justeru bila manusia diberikan akal, WAJIB untuknya memerhatikan alam,langit dan bumi serta merenung dan memikirkan kewajipannya terhadap Tuhan seperti beribadah dengan mengagungkanNya.


Bila kita bicarakan soal akal, kita bicarakan konsep akal yang sebenar, bukannya akal yang sudah dirobek dan digondol oleh kekotoran dan kecelaruan dalam penggunaan akal. Bah, ianya satu akal yang penuh kritis, berpusing selaju cahaya. Selalunya akan berkumandang suara-suara yang enggak enak didengar, seumpama bagaimana kalau akal itu xmatang, akal itu bersalahan dengan syara’??? dan seumpamanya.

Sekali lagi dijeritkan, akal yang bersalahan itu, bukanlah akal yang sebenarnya, bukanlah akal yang baik dan matang, tapi ianya akal yang rosak dan merosakkan. Itulah akal yang diperkudakan oleh hawa nafsu, akal yang diperhambakan oleh syahwat yang terburu.

Ketinggian akal ini dijelaskan lagi oleh Yusuf Qardhawi, dengan mengatakan, dalam hal muamalat [politik] manusia diberikan kebenaran untuk MEREKACIPTA system yang mahu digunakan berbeza dalam hal Ibadah yang autoriti untuk hal ini hanyalah milik Allah Taala.

MEREKACIPTA ini memerlukan satu proses pemikiran yang luar biasa dalam penghasilan system yang mampu diterima oleh akal manusia. Dan proses ini memerlukan sebuah organ yang dipanggil sebagai akal untuk mengemudi perjalanan REKACIPTA tersebut. Mungkin sebab itulah ada kata-kata yang mengatakan, siapa yang tahu had untuk akal berfikir???

Dalam Tafsir Al-Maghaziy, dalam pentafsiran perkataan اهدنا dalam ayat 6 surah al-Fatihah, akal dikelaskan sebagai salah satu hidayah dari Allah, dan ianya merupakan hidayah yang kedua tertinggi kepada manusia. Keberadaan akal dalam diri manusia tidak cukup kerana akal itu bisa diperhambakan oleh hawa nafsu yang bergelojak setiap waktu. Oleh itu, Allah telah menurunkan pertolongan [mau’nah] dengan hidayah yang tertinggi iaitu Agama dan Syara’.

Pertolongan ini diberikan Allah, melalui seorang penganjur [pemimpin yang khas] iaitu Muhammad S.A.W. Gabungan antara akal dan syara’ akan menghasil satu generasi yang gemilang seumpama generasi yang keluar dari Madrasah Rasulullah, yang memaksimumkan penggunaan akal mereka dan syara’ yang dipegangi. 



Dalam hal politik [pentadbiran] dan seumpamanya, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah meninggalkan kita dengan satu dasar yang sangat jelas, Politik berubah-ubah tetapi agama tetap. Agama tidak boleh disesuaikan dengan politik, tetapi politik itulah yang mesti disesuaikan dengan agama. 

Ini kerana tidak dapat dinafikan akal manusia senantiasa diserang oleh faham yang menjijikkan dan memualkan lebih lagi dalam arena politik Malaysia. Materialistik [faham kebendaan] yang diasak dengan melampau sehingga menjadi satu agensi yang menentang-Tuhan [agama]. Kekeruhan akal bermula bila faham kebendaan ini menyerap masuk dalam akal manusia sehingga membentuk sebuah peradaban kebendaan yang dicirikan dengan penipuan dan penafian yang tersangat angkuh dan ianya menampakkan faham ini mendominasi seluruh kehidupan kini. [sehinggakan melihat tandas masjid pun nampak projek untuk direbut].

Dijernihkan kepada kita oleh Sayed Abul Hasan Ali Nadwi, akan Faham kebendaan atau agensi menentang-Tuhan ini sebenarnya sudah lama diingatkan kepada umat manusia oleh seorang manusia lantikan langit iaitu Muhammad S.A.W dengan personafikasi bahasa kenabian sebagai al-Dajjal. Makanya, dipesan sejak dahulu kala, jalan keluar dari penjara akal yang dikelilingi tembok kebendaan ialah memahami hakikat Surah Al-Kahfi yang ditunjangi 4 kisah. Kisah-kisah yang sarat mengajar manusia keluar dari lingkaran faham kebendaan yang menyesatkan.

Sekiranya akal yang mengemudi bahtera kehidupan ini mampu keluar daripada cengkaman faham yang menggoda ini, dan mampu melihat jauh ke seberang dunia akhirat, maka, akal ini merupakan sebuah akal yang murni nan indah yang mampu membelah bumi untuk menuju kebahagiaan.

Sekian

Budak-Budak
3.08 PM,
21 Februari 2013

Tafsir Al-Maghaziy

Yusuf al-Qardhawi & Kebangkitan Rakyat

Manusia dan Kemaruk Kebendaan Teks & Komentar Surah Al Kahfi

Dr Burhanuddin Al-Helmy Pemikiran dan Perjuangan


Thursday 7 February 2013

Perlu ke Old Guide vs Young Turk???


Salam Kebudak-budakan,

Menulis dari melihat dan mendongak ke atas melihat orang dewasa berjuang… Hasilnya ini, yang budak jumpai… Pertembungan dua corak pemikiran dalam satu rumah.

Old guide dan young turk selalu digambarkan sebagai dua kelompok pemikiran yang saling bertembung. Seakan-akan pertembungan ini menghasilkan hasil yang kurang enak dan menimbulkan pelbagai konflik. Dalam satu sudut old guide defend mereka punya pendapat. Dalam satu sudut young turk mengasak dan berusaha mengetengahkan pandangan mereka. Selalu dilihat pertembungan ini membawa coretan hitam dalam organisasi dan komuniti.

Budak melihat pertembungan ini sebenarnya membawa kematangan dan keseimbangan dalam pembawakan dan prinsip, seandainya dua pemikiran ini diletakkan pada masa dan tempat yang sepatutnya [adil dalam berfikir]. Bagi budak, tidak boleh untuk kita kesampingkan salah satu antara dua corak pemikiran ini. Namun, ianya harus diurus dengan baik dan kena pada tempatnya.

Budak melihat pemikiran old guide perlu ada dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar, prinsip dan thawabit, qat’ie, tetap, manakala pemikiran young turk perlu diwujudkan dalam perkara – perkara berkaitan dengan pelaksanaan, pendekatan, dan mutaghayyirat.

Keberadaan dua corak pemikiran ini secara semula jadi, sebenarnya telah memperagakan kepada kita satu struktur semak dan imbang [check and balance] dalam sesebuah organisasi, institusi, bahkan Negara. Malah menampakkan Thabat dan Murunah [Tetap dan Fleksibel] Islam.

Namun, sikap yang ada pada sesetengah pendokong pemikiran ini yang mungkin dipalit dengan fanatisme, mengeruhkan keadaan yang jernih ini. Sebagai contoh, golongan young turk melenting bila ada perwakilan pemuda yang mengkritik harakah daily yang kelihatan cenderung kepada golongan young turk, dengan gelaran, usul yang dangkal. Manakala golongan old guide pula turut melenting bila ada golongan young turk mengkritik kepimpinan ulama’ yang di amalkan, dengan gelaran golongan celaru fikrah.

So??? Permasalahan yang timbul bukan hadirnya kedua-dua corak pemikiran ini, namun yang utama ialah, bagaimana menguruskan corak pemikiran yang sememangnya ada dalam apa-apa gerakan sekali pun. Persoalan pengiktirafan dan penerimaan pada old guide dan young turk yang berperanan pada skopnya [prinsip dan pendekatan] mesti disedarkan.

Kerisauan oleh old guide dan keberanian oleh young turk, telah menimbulkan satu titik kesederhanaan ditengah-tengah antara keduanya. Hinggakan rakyat kebanyakan dapat mengikuti dan menerima titik kesederhanaan tersebut, berbanding titik yang dibawa oleh old guide dan young turk, Malah dua corak pemikiran ini juga akan bersetuju pada titik kesederhanaan ini tanpa mengadaikan prisip dan lebih berinovasi dalam mengupayakan pendekatan.

Tiada apa yang perlu diperbesarkan, dan tiada gunanya penglabelan yang pelbagai, kerana kepelbagaian itu merupakan karamah insaniah yang diberikan Tuhan. Selalu berbincang dan jauhkan sangkaan, serta iktiraf peranan sesame kita.

Budak masih mahu mengenali pemikiran dua kelompok ini yang sememangnya ada di mana-mana, kampong, kampus, Bandar, organisasi, institusi, hatta dalam parti politik dan Negara.

Sehingga kini budak mahu kedua-dua pemikiran ini berada dalam jiwa budak seakan-akan adanya jiwa Sheikh Shamsuddin Al-Wali dan jiwa Muhammad Al-Fateh. Combinasi dua jiwa ini, merekahkan benteng kota konstatinopel sekaligus meruntuhkan benteng canggihnya.

Carilah dua jiwa ini dalam diri kita, carilah Sheikh Shamsuddin Al-Wali dan juga Muhammad Al-Fateh. Sekiranya ada satu sahaja, carilah teman yang berbeza jiwanya dengan kita.

Salam keamanan dan keharmonian dari budak hingusan.