budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Tuesday 4 March 2014

SINERGI DAKWAH KAMPUS

Sudah lama tidak memuntahkan sesuatu pada dinding blog ini...

Budak kini telah terjun dalam bidang dakwah kampus, membuatkan budak banyak terfikir akan sentuhan dakwah kampus yang telah dilakukan oleh mana-mana gerakan islam kepada masyarakat kampus.10 ribu mahasiswa yang ada dalam kampus, berapa percent yang telah berjaya disentuh oleh gerakan mahasiswa Islam.

Selalunya kita banyak terpesona dengan gerak kerja kita sendiri, mampu mengumpul 500 mahasiswa dalam mana-mana persatuan mahasiswa Islam telah membuatkan hati kita tenang dan bangga akan kehadiran itu. Program berbentuk one-off dan berkala, hanya 500-1000 orang yang hadir, dan selalunya yang hadir ke program ini orang yang sama. Namun, kita sudah berbangga.

Ke mana perginya 9000 mahasiswa yang lain, sudahkah mereka ini disentuh oleh persatuan mahasiswa islam kampus?

Paling kurang merasai akan kewujudan persatuan mahasiswa Islam kampus?

Dan apakah dengan hanya 1000 mahasiswa yang mengikuti aktiviti persatuan mahasiswa islam telah membuatkan kita rasa bangga?

Persoalan ini mengganggu minda budak selama 3 minggu ini. Ledakan dakwah kampus perlu diletupkan. Turun kepada masyarakat kampus secara berkala, bukan sekadar menanti mereka di bilik-bilik seminar dan ceramah, serta bukan hanya turun bila hampirnya Pilihan Raya Kampus. Tidak perlu target terlalu tinggi dalam langkah pertama, cukup bilangan mad’u yang disentuh meningkat sekali ganda dari biasa, Dakwah kampus perlu peka.

Kelembapan dakwah menyebabkan perkaderan ahli makin terbantut, pendokong serta penggerak kepada Persatuan Mahasiswa Islam semakin malap dan statik. Sekaligus politik kampus juga tidak mampu dijuarai oleh mahasiswa yang ada fikrah islam.

Memahami realiti kekuatan dan kemampuan untuk menyentuh kesemua mahasiswa di kampus adalah satu kerja yang agak sukar, kita meraikan kehadiran front-front mahasiswa islam yang lain seperti PEMBINA, IKRAMsiswa, HALUANsiswa dan PKPIM bergerak menyentuh masyarakat kampus dengan fikrah Islam yang ada.

Buat apa kita bertelagah seperti abang-abang kita pada zaman 80an dan 90an dahulu, tanpa menafikan peranan yang telah mereka mainkan. Ini zaman dan era kita, kita perlu membuka ruang sinergi dakwah bersama demi kepentingan masyarakat kampus agar mereka reti dan mengerti akan hakikat Islam yang sebenar.

Ya, kita mungkin berbeda dari sudut pendirian dan pegangan politik serta proses pentarbiahan, namun, di sana ada satu ruang untuk kita bergerak bersama, iaitu DAKWAH. Ketumbukan bersekutu ini mampu mengislamisasikan kampus dengan lebih membumi tanpa perbalahan sesama front mahasiswa Islam dalam hal-hal yang tidak patut diperbalahkan.

Ada teman-teman budak yang memperlecehkan usaha yang ingin kita lakukan. Ada yang berpandangan ini satu ilusi untuk menyatukan atau mempersekutukan antara front-front mahasiswa islam ini dengan kata idea ini terlalu ideal, terawangan dan sebagainya. Ada juga yang menganggap ini satu perkara yang termasuk dalam kecelaruan fikrah atau fikrah tidak jelas.

Teman...
Sampai bila kita mahu bertelagah sesama front mahasiswa Islam? Sedangkan warga kampus sangat memerlukan sentuhan dakwah dari kita semua. Siapa yang tidak jelas fikrah sebenarnya? Pernahkah teman dengar atau membaca tulisan Murabbi Agung, Allahyarham Ust Yahya Othman berkaitan pertembungan antara jemaah-jemaah islam ini? Beliau menganjurkan kepada jemaah-jemaah islam untuk lakukan antara 3 perkara ini,

1] Al-Wehdah [bersatu],
2] At- Ta'awun [tolong menolong],
3] At-Ta'ayush [hidup bersama].

Adakah disebut disana kita mesti bertelagah dan bergaduh sesama gerakan mahasiswa Islam? Tiada kan? Jadi manhaj dakwah mana yang teman pakai, sudah masanya kita menerima hakikat akan kehadiran front mahasiswa islam yang lain. Dan kita membuka tangan seluas-luasnya demi dakwah yang operatif dan membumi, dengan harapan disambut oleh front-front yang lain dengan salaman dan pelukan ukhuwah islamiyyah.


Kita cukup serius dan optimis dalam membawa gagasan SINERGI DAKWAH KAMPUS ini. Sama-sama kita usahakan.

Sunday 27 October 2013

POLITIK MUAFAKAT MAHASISWA???



Suatu Kesepakatan Baru, Politik muafakat : Memberdayakan Majlis Perwakilan Pelajar. Sidang Meja yang menampilkan 3 front Mahasiswa peringkat nasional, iaitu GAMIS, PKPIM, dan KAMI. Budak agak teruja, kerana first time join jadi pendengar dalam sidang meja bulat anjuran I-Forsis.

Ok, budak sempat brainstorm dengan salah seorang panel meja bulat tersebut... Ada beberapa yang budak rasa ingin muntahkan kat blog nie. Hehe.

Projek politik muafakat ini sebenarnya sudah ada, dan bukannya suatu yang baru, namun muafakat yang diadakan bukanlah berlaku secara menyeluruh, tetapi ianya muafakat untuk menguatkan satu pihak yang lain untuk menentang pihak yang lain. Contohnya, Pro M bermuafakat dengan sekutunya untuk menentang Pro A, dalam masa yang sama Pro A ada permuafakatan mereka juga.

Permuafakatan yang sebenar yang perlu di buat sekarang ialah muafakat di antara Pro M dan Pro A, bagi memberikan nafas dan ketumbukan yang lebih kuat serta besar diperingkat mahasiswa. Sehingga, mahasiswa mampu keluar dari garisan pertembungan antara Mahasiswa menentang Mahasiswa kepada pertembungan antara Mahasiswa menentang Pentadbiran Universiti atas nama politik muafakat demi Mahasiswa.

Bolehlah kita katakan, [hasil pemerhatian kasar] hanya 20-30% mahasiswa yang betul-betul terlibat dalam politik kampus, malangnya dalam 20% ini, sudah terpecah menjadi kelompok Pro A dan Pro M, makanya, mengecilkan lagi kekuatan mahasiswa, akibatnya semakin mudah mahasiswa di tindas oleh pihak pentadbiran Universiti. Alangkah eloknya politik muafakat antara Pro M dan Pro A dilaksanakan untuk menampakkan satu suara dan kekuatan yang besar dalam membawa suara Mahasiswa.

Sebelum itu, persoalan yang berlegar-legar dalam minda budak ialah, bilakah permuafakatan ini perlu dilaksanakan? Sebelum atau selepas PRK? Kalau sebelum, memungkinkan tiadanya lagi pesta demokrasi kampus. Sudahla mahasiswa kini semakin lesu, jika ditiadakan lagi Pilihan Raya Kampus, aktivisme mahasiswa makin lenyap dari sudut politik kampus.

Mungkin budak lebih bersetuju untuk permuafakatan ini berlaku selepas PRK, iaitu, mereka perlu membuang baju Pro M atau Pro A, bila sudah berada dalam Majlis Perwakilan Pelajar. Bergerak bersama dalam menjadi Rakan Pembangunan Universiti dan bukannya menghabiskan masa persidangan untuk menjatuhkan kelompok lain, seperti yang dilakukan kini oleh orang tua dalam Dewan Rakyat. Jika budaya ini, mampu dibina di kampus pada hari ini, 10 – 20 tahun akan datang kita akan melihat satu budaya politik baru dalam negara kita. Akhirnya, suara mahasiswa yang dibawa berdasar politik muafakat  dalam Majlis Perwakilan Pelajar akan digeruni dan diserami oleh pentadbiran Universiti.

Permuafakatan atas dasar kepentingan Mahasiswa ini, membuktikan mahasiswa telah setia pada generasinya sendiri, dan bukan setia pada pihak luar. Selain itu juga parti politik kampus iaitu Pro A dan Pro M mesti keluar dari kongkongan pihak luar, atau menjadi bayangan kepada parti politik pemerintah dan parti politik pembangkang. Itu pun sekiranya mereka benar-benar setia pada mahasiswa segenerasi dengannya.

Politik Muafakat ini akan berjaya memberdayakan MPP, dengan [1] setia pada mahasiswa segenerasi dengannya, [2] mensasarkan serangan pada pentadbiran bukan sesama mahasiswa, [3] buang baju kepartian kepada baju kemahasiswaan, [4] cantas politik orang tua dengan politik baru mahasiswa.

Itu sahaja apa yang budak mahu lontarkan, kebanyakan point yang budak ambik ini, budak ambik dari murabbi budak, saudara Ahmad Afif bin Zulkifli, Majlis Politik Nasional, GAMIS. Tapi tidaklah muntahan ini mewakili beliau. Ulasan beliau dalam sidang meja bulat itu lebih kemas dan jelas.

Sekian sahaja muntah dari budak, haha..
9.45PM
27/10/2013

Saturday 19 October 2013

Gelap


Gelap
ku meraba-raba
tiada apa di mata
mata ada
akal ada
tapi semuanya buta
terpaku hanya

Gelap
hidup tanpa cahaya
sempitnya dunia
kalut seluruh anggota
ribut seluruh massa
dek biasa jadi bisa
selesa jadi siksa
angkara mata tanpa cahaya

Gelap
datang dari dosa
merancau tanpa hala
nampak jalannya
tiada detik untuk ke sana
cahaya ada, mata ada
tapi tetap tiada rasa
ini gelap apa?

Gelap
turun cahaya
terangi dunia
ramai yang suka
ada ramai yang dusta
cahaya atas cahaya
tiada yang percaya
kecuali yang ada jiwa
Jiwa Bertuhan pada Yang Esa...

Gelap
bukan kerana mata
bukan juga cahaya
tapi kerana jiwa...
 

Sunday 18 August 2013

POSTMORTEM RAMADHAN [i]

Salam Eidul Fitri yang membuak-buak dari budak. [xterlambat ag kot :)]

Ramadhan sudah kita lewati dan lawati, program-program kehambaan dalamnya sudah kita rasai untuk menyampaikan diri kepada TAQWA. Ramadhan semacam satu aktiviti yang diprogramkan khas buat kaum muslim.

Di sekolah, di kampus, di alam kerja, selepas setiap aktiviti akan diadakan POSTMORTEM, begitu juga ramadhan. Kerana Program ramadhan ini sifatnya berkala setahun sekali, lagi2 memerlukan POSTMORTEM. Ramadhan itu sama, tapi natijah setiap tahun tetap sama dan tiada perubahan mungkin berpunca kerana tiadanya POSTMORTEM pasca-ramadhan.

kalau adapun postmortem, sekadar dalam kepala tanpa dokumentasi, postmortem pada syawal, sya’ban tahun depan dah xingat apa yang dipostmortemkan, setiap tahun pasti akan dengar nada kekecewaan yang sama. Huh...

dalam ramadhan kali nie, budak ada pergi Pilihan Raya Kecil [PRK] Kuala Besut. Diberi peluang oleh Allah untuk lihat kedaifan rakyat Kuala Besut. Kesengsaraan rakyat Kuala Besut ditutup rapi dengan ditimbulkan Puala Eksklusif Pulau Perhentian. Rumah hanya sebesar bilik tidur, bagaimana nak dibayangkan duduk dibawah kerajaan yang mendapat berbilion wang ehsan. Idris Jusoh buat menda???

Selain projek pembodohan, rakyat juga dijamu dengan projek pemiskinan. Rakyat yang miskin ini, dijadikan aset oleh UMNO untuk digunakan dalam waktu yang mendesak seperti PRK, ditabur dengan pelbagai tawaran. Boleh dikatakan kemiskinan ini juga satu projek untuk mengekalkan jangka hayat hidup UMNO di Malaysia. Mungkin itu sebab mereka tidak rela rakyat jadi kaya dan pandai.

Dalam POSTMORTEM RAMADHAN, elemen politik juga mesti dimasukkan sebagai perkara yang mesti dipostmortemkan.

Bulan nie jugak, budak berkesempatan untuk beli buku beberapa buah buku dan buku yang paling terkesan yang budak sempat khatamkan dalam bulan nie, buku tulisan Mohamed Ajmal Abdul Razak Al-Aidrus, Mencari Nama Tuhan: Penganut Kristian dan Hak Penggunaan Kalimah Allah.

Bukanlah budak ingin melanjutkan polemik Nama Allah yang menjadi fokus perbincangan dalam buku ini, tapi ada beberapa sisi berkenaan orang Islam Melayu di Malaysia yang perlu dilihat dan dibuat POSTMORTEM yang terkait berkenaan budaya baca, budaya intelek dan faham tentang agama. Kita lihat apa kata Elsie Warren, seorang pendeta Kristian, pada tahun 1917 [hampir 1abad lepas], kepada orang melayu;

Islam orang Melayu tidak mendalam langsung, Tuhan Indonesia dan Tuhan Hindu masih, ada kalanya, disembah bawah nama lain, dan pada masa kesusahan terutamanya, orang Melayu menunjukkan bahawa mereka percaya pada hantu, jelmaan, petanda, lembaga, buatan dan sihir. Terlalu sedikit yang memahami bahasa Arab yang digunakan untuk mengaji Quran, dan walaupun Hadis telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, ia jarang sekali diBACA

Dalam buku ini juga, seorang Paderi Kristian, Tisdall yang melahirkan rasa kekecewaan terhadap mubaligh kristian yang tidak bersungguh dan seakan-akan berputus asa untuk mendakyah orang melayu kepada Kristian dengan satu kata semangat yang berbentuk sindiran kepada umat Islam tanah melayu yang agak perit tapi betul;

Saya juga ingin menunjukkan bahawa kerja menyebarkan kepada orang Islam di sini lebih senang daripada di negara Arab, India atau Parsi, di mana seorang Mubaligh Kristian harus mengetahui bahasa Arab, Quran dan Hadis, termasuk semua hujjah untuk melawan agama Islam dan pendapat agama Muhammad yang digunakan untuk melawan agama Kristian, sebelum dia boleh sebenar-benarnya melakukan apa-apa kerja yang baik. Di sini, tidak ada satu pun daripada perkara ini yang sesungguhnya diperlukan, dan seorang Mubaligh Kristian yang mungkin gagal kerana tidak dapat mempelajari bahasa untuk bekerja di negara Arab, India atau Parsi, boleh dapat kejayaan yang cemerlang di sini, di mana hanya bahasa Melayu (sebuah bahasa yang secara perbandingan lebih mudah) diperlukan.

Dalam POSTMORTEM ini juga, budaya membaca dan intelek dalam kalangan umat Islam di Malaysia perlu diagresifkan, kerana semangat membaca datang dari bulan Ramadhan. Al-Quran di turunkan dalam bulan ramadhan, dan ayat pertama yang diturun ialah arahan kepada membaca “ IQRA’ ”.Kegagalan umat Islam dalam membudayakan arahan ini, menatijahkan kebodohan dan kedangkalan umat Islam dalam memahami sesuatu perkara.

POSTMORTEM ramadhan dari PEMBODOHAN...

19 Ogos 2013

12.28 pm

Friday 26 July 2013

Bedah Buku : Tuan Direktor karya HAMKA


Terjumpa buku ini saat ketika musafir ke Kuala Besut sempena dengan Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut. 

Sebuah Novel Ringkas, seputar krisis harta dan teman sejati. Dimulakan dengan Sebuah Hadis riwayat At-Tirmizi yang berbunyi :

“ Sesungguhnya tiap umatku ditimpa oleh cubaan. Dan cubaan bagi umatku ialah harta “

Hadis ini, seakan-akan menjadi tema kepada novel yang dibawa oleh Pak HAMKA dalam Tuan Direktor. Secara ringkasnya, keghairahan dan kejaran harta tidak terhenti pada banyaknya harta, bahkan mengasak kepada nilai material yang lain, antara quote yang menarik

“setelah mendapat kekayaan sebagai seorang manusia, ia belum merasa cukup kepada yang ada. Sesudah beroleh kekayaan ia hendak kehormatan, sesudah beroleh kehormatan ia ingin kemuliaan, sesudah ia beroleh kemuliaan, ia hendak meminta tambah lagi,lagi... dan kalau masih ada yang sesudah itu, hendak dicubanya juga dan belum hendak berhenti”

Bila kita tamak mengejar wang, kerapkali kita akan kehilangan yang lain. Kalau dalam isu Kuala Besut, rakyat Kuala Besut kehilangan untuk mengukir sejarah Demokrasi Dunia dengan tinta emas 16:16, huhu, Dalam kisah ini, Tuan Direktor kehilangan nilai manusiawi [humanity], belas kasihan dan paling besar hilang teman dan sahabat yang jujur.

Ramai manusia yang sanggup menyingkirkan teman rapat, teman seperjuangan semata-mata kerana gila pada harta, begitu yang terjadi kepada Haji Nawawi, Fauzi dan Mas Karto, disingkirkan oleh Jazuli [Tuan Direktor] kerana ghairah dan sesat dalam kegelapan harta. Dikejar kekayaan harta, akhirnya miskin teman dan rakan taulan. Yang tinggal hanya si penjilat dan si pembodek yang mahukan rokok 2 3 batang.

Pada asalnya perusahaan yang bermula dengan prinsip teman dengan teman, akhirnya berubah menjadi Kapitalis [Borjuis] dengan Kaum Buruh [Proletariat]. Mabuk dalam mengejar kemegahan harta dan pengaruh pembodek sejati, akhirnya takabur dan tamak menguasai Tuan Direktor, sekaligus menjadi kapitalis yang menindas kaum pekerja.

Kaum buruh diperHAMBAkan oleh kaum borjuis, terus dikongkong dengan penuh kebesaran diri, hingga hilang erti manusiawi hatta belas kasihan lari dan kebebasan digari, itulah yang dirasai oleh Fauzi yang akhirnya menikmati KEBEBASAN HAKIKI setelah disingkirkan dari sang kapitalis Tuan Direktor.

Pak Yassin terus disogok oleh orang tengah Tuan Direktor, untuk menjual tanahnya tidak tergoyah walau seinci, ia hadir dengan penuh sikap humanity dan sosialis dalam rangkuman Islam, mengajar Fauzi dan teman-teman kecil kamar sewa di halaman rumahnya akan erti kekayaan yang sebenar. Iaitu kekayaan jiwa. Kayanya jiwa Fauzi memungkinkan terdirinya Bibliotheek dan Leesgezelschap [taman pembacaan] di halaman rumah Pak Yassin.

Antara rumusan dari untaian wasiat Pak Yassin,.. perkayakan dulu jiwa sebelum kayakan harta, kerna walaupun tidak berwang jiwa sudah kaya, hati tetap tenang, berbanding kaya harta tapi miskin jiwa,tidak kunjung tiba ketenangan kecuali yang singgah ialah keserabutan dan kegelisahan.

Tuan Direktor yang sudah lemah jiwanya semakin PERASAN akan ada ramai musuh yang dengki dengannya. Kuasa perasan yang berlandaskan nafsu kapitalis membenarkan fitnah direncanakan kepada Pak Yassin. Apa Fitnah itu??? Baca sendiri,J namun, Tuan Direktor umpama menggali lubang untuk ditimbus dirinya.

Hasil biasan Fitnah tersebut, maka ter”bogel”lah Tuan Direktor keseluruh rakyat akan kebusukan hatinya. Dan dijulang pula Pak Yassin selayak Bapak Kaum Buruh dan Murabbi Rakyat Marhean.

Diakhiri, dengan Tuan Direktor semakin kegelisahan dan kehilangan teman manakala Fauzi dan Haji Nawawi bersama-sama dalam Firma Nawawi_Fauzi & Co, membina nafas baru dalam perindustrian batik, setelah disingkirkan oleh Tuan Direktor. Kerjasama Haji Nawawi dan Fauzi berlaku luar dari tabiat kapitalis, apa bila Haji Nawawi mengungkapkan,

“ pada saya tidak ada nama lawan berniaga [konkurensi], memang kita disuruh berusaha sekadar tenaga kita masing-masing. Tetapi memandang bahawa orang lain sebagai lawan dan musuh tidak ada pada saya. Sebab rezeki kita telah dibahagi lebih dahulu...”

Sebagai akhirnya, ambillah semburan akhir dari Pak HAMKA,
“KEKAYAAN WANG TETAPI MISKIN DI DALAM SAHABAT HANDAI ADALAH KEMISKINAN SEJATI”

Sekian
6.31 pm
26 Julai 2013
[Sebenarnya dalam nie juga diperlihatkan sinergi antara panduan Kaum Tua [Pak Yassin dan Haji Nawawi] yang penuh pengalaman hidup bersama dengan semangat Kaum Muda [Fauzi] yang penuh dengan kemahuan... mungkin lain kali nak conteng sal isu ini J]

Friday 14 June 2013

Pemikiran Kreatif, Gerakan dan Budak???

Selamat bersua dari budak kecil yang masuk air [kata seorang kawan pada budak... hehe]

Tiada apa yang menarik nak kongsikan pada entry kali ini, Cuma budak ada sedikit benda nak kongsi. [ayat pening, huhuhu] Semester nie budak ada belajar satu madah yang agak pening jugak la... nama madah tu : Creative Thinking and Problem Solving [CTPS]... Adeeehhh..

Dalam kepeningan tu, budak terjumpa ‘something’ yang sangat mengubah cara pandang budak pada sesuatu. Dan budak try relate kan dengan Gerakan yang budak sertai...

Ternyata teori ini sangat seronok jika diimplementasikan, bila baca teori atau tips-tips [apa2 saje], pasti minda semacam terbang masuk ke dunia fantasi [yang] manusia dalamnya beramal dengan teori yang dibentangkan.

Contohnya, seorang Muslim dengan muslim yang lain ialah saudara, itu satu falsafah kehidupan muslim,.. tapi ada juga muslim dengan muslim yang lain semacam musuh, tapi, kita akan terilusi untuk berada dalam suasana semua muslim itu bersaudara.



Begitu jugak, apa yang budak nak dalam gerakan yang budak sertai ini lakukan. Terjemahkan teori yang ada.

Ok, kembali pada CTPS tadi, dalamnya ada satu subtopik yang menyebabkan budak lupa pada kepeningan yang berlaku tadi. Subtopik yang mengajak budak untuk mencari titik halus perbezaan antara 2 perkara yang selalu ditanggapi sebagai sama oleh ramai orang.

Jadi, budak cuba relatekan apa yang budak dapat nie, untuk budak amalkan dalam gerakan ini,In Sya Allah [walaupun tahu sukar, tapi belajar untuk berubah]. Sekiranya budak mahu jadi seorang ahli Gerakan yang baik, maka budak perlu....

Tahu bezakan antara Sosok Tubuh Individu dengan Idea yang disampaikannya.


Makanya, ramai yang tidak mampu bezakan ini, hinggakan ada yang menuduh orang yang mengkritik idea Presiden sebagai kurang ajar dan tidak menghormati Ulama’. Ini sudah silap, mengkritik idea yang disampaikan oleh individu tidak bererti tidak menghormati individu tersebut. Yang difokuskan ialah  idea, maka perbahaskan lah idea tersebut dengan ilmiah dan jujur. Nak bangkang atau sokong, buatlah secara berfakta dan ada pembuktian.

Demikian juga, ketidakmampuan buat perbezaan ini, menyebabkan sekelompok anak muda, bila mengkritik idea Presiden sengaja mengaitkan dengan slogan Ulama’ tidak pandai memimpin malah ada yang mencerca dengan makian pada sosok tubuh seperti, perut besar dan sebagainya. Mengkritik idea tidak menghalal untuk kaitkan status individu tersebut dalam pertembungan idea,inikan pula mencerca dan mencaci sosok tubuh kerana tidak sama ideologi.

Ada juga, yang bila mendengar satu-satu idea  yang keluar dari tokoh yang dikagumi dan di-excited-i, maka di terima bulat-bulat. Maka penerimaannya bukan kerana keabsahan dan kebenaran idea, tapi kerana sosok tubuh yang mengeluarkan idea tersebut. Contoh yang kagum dengan kepimpinan ulama’, menerima apa-apa idea [konteks politik] yang dikeluarkan oleh ulama’, walaupun mungkin idea itu kurang bernasnya.

Ada sebelah sikap lagi, bila mendengar satu-satu idea yang dikeluarkan oleh tokoh yang dibenci dan dipenuhi prasangka, maka, ditolak mentah-mentah idea tersebut tanpa melihat kekualitian dan kebernasan idea tersebut. Ditolak  idea kerana sosok tubuh yang tidak digemari. Contoh yang benci dengan kepimpinan ulama’, menolak mentah-mentah idea [politik] yang dikeluarkan oleh ulama’, walaupun idea itu relevan dan mendasar.

Rasanya banyak kalam, yang menyokong subtopik ini, contohnya, lihat pada APA yang disampaikan, bukan pada SIAPA yang menyampaikan. Hatta orang kafir sekalipun, Nabi pun buktikan dalam perang Khandak bila mengambil idea [strategi] daripada Salman Al-Farisi, sedangkan idea [strategi perang] tu diambil daripada negara Farsi, farsi tika tu masih beragama majusi. Walaupun Majusi, tapi idea itu idea yang bernas dan sesuai pada saat itu untuk dilaksanakan. [sebenarnya subtopik nie pun dalam buku yang ditulis oleh non-muslim... kafirkah aku??? J ]

Ketidakmampuan budak untuk keluar dari trap penilaian ini, tidak memungkinkan untuk Gerakan yang budak dokongi ini untuk maju kedepan. Susah untuk mewujudkan profesionalisme ini dalam diri... Alahai diri..

Setelah itu, budak meneruskan lagi kepeningan dalam madah tersebut, dan budak terjumpa lagi satu point, kali nie bukan lagi menjentik, tapi menamparkan hati budak. Budak cuba kaitkan dengan gerakan yang budak sayangi ini, difrasa namakan dengan

2 Perkara yang mesti di-NYAH-kan oleh ahli Gerakan.

2 perkara ini sangat penting untuk dihapuskan atau di-NYAH-kan dalam bergerak kerja secara berkumpulan atau secara kolektif atau secara berjemaah, untuk membawa Gerakan yang didokongi menuju Gerakan yang baru.

1] nyah-kan Self censorship : ahli gerakan kena elakkan daripada merasa takut untuk bercakap sesuatu yang bertentangan dengan kumpulan majoriti [selagi tidak diputuskan secara konsensus@syura] kerana tidak mahu dianggap karut dan membuang masa ahli jemaah. Sekarang sudah tiba saatnya untuk keluar dari penjara ketakutan demi mengutarakan idea untuk dinilai dan diperhalusi secara bersama.

2] nyah-kan sikap Pressure on dissenters : ahli gerakan kena membuang sikap melabelkan mereka yang “menentang” sebagai penentang dan  elakkan diri  mempersoalkan kesetiaan mereka kepada Gerakan. Pertembungan idea ini sentiasa berlaku selagi mana akal itu berputar pada paksinya [Islam].

Nyahkan 2 perkara ini terutamanya dalam sesi perbincangan dan brainstorming untuk mencari sebuah penyelesaian kepada masalah yang timbul. [banyak budak nak hurai, tapi takut panjang, jadi macam x seronok lak, panjang2 nie… adeehhh]

Budak kira, ini point yang terakhir untuk budak kongsi setelah budak terasa sangat-sangat tercocok dengan point terakhir ini. Termenung juga lah budak kena tosokan daripada point ini.



Tosokan ini budak frasakan dengan nama

Bersabar dengan Idea Baru dan Perlewatkan Penilaian dan Kritikan

Idea baru selalunya dianggap jelek, jijik, pelik, tidak bijak dan ganjil pada awalnya. Sebab benda nie, kita baru jumpa, mesti terkejut [walaupun hakikatnya ianya dah lama]. Namun, selepas beberapa ketika barulah idea baru [dah jadi lama] itu diterima, dilihat praktikal dan bijaksana. [Inilah proses kelahiran idea baru yang pastinya ada kesakitan sebelum masuk era kematangan].

Oleh itu, penting untuk kita tidak tergesa-gesa memberikan penilaian dan kritikan kepada satu2 idea baru, sekiranya kita terlalu cepat mengutuk dan memperlekehkan idea tersebut, bermakna kita tidak memberi peluang untuk idea itu dibuktikan sebenarnya baik. Walaupun sebenarnya, idea baru masih banyak kelompongan yang mesti ditampung untuk membentuk idea yang matang. 

Dan perlu juga diingatkan kepada pemberi idea, sememangnya proses penampungan pada kelompongan idea itu datang dalam pelbagai cara, [macam2 lah, mungkin dilabel, dicerca, diperlekeh ] sehinggalah ianya betul2 matang dan diterima masyarakat. Tengok sejarah agama Islam pun dah cukup. Pemberi Idea pun kena bersabar dan perlewatkanlah emosi dan putus asa, kerana manusia  dalam Gerakan ini ada pelbagai ragamnya. Dan anda pun ada ragam anda tersendiri J

Rasa cukuplah dulu… teman2 doakan budak, dalam fatrah exam nie… tetiba rasa nak muntah, budak muntahkan dululah, nanti tak syok jawab exam…

Akhir sekali, Terima kasih buat Dr Mohd Nasir Bin Masran, yang mengajarkan Madah ini… dan budak-budak USIM-DQ yang membantu memahamkan bahasa English tersebut.. huhuhu

Budak pun bersama Kepimpinan Ulama'..huhuhu


Sekian dari budak hingusan dalam Gerakan….


8.20 pm
14 Jun 2013

Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah
[USIM]

The Art of Thinking; A Guide to Critical and Creative Thought
[Vincent Ryan Ruggiero]







Wednesday 22 May 2013

MABUK

Hari ini belajar tentang Hamzah Fanshuri, seorang ulama' Sufi yang hebat puisinya... akhirnya jari jemari menari dengan rentak irama hati menuju Ilahi...

Tuhan 
Dulu aku berkejar memelukmu
Terdengar seruanmu ku memecut kearahmu
Saat itu ku dipeluk erat
Nafas nyaman tidak ketat
Jiwa ku tenang tidak melarat,

Tuhan
Kini aku tinggalkanMu ditiang seri
Semacam ku lari tidak terperi
Dipeluk pula si kulit babi
Seruanmu aku tidak peduli
Dijiwaku Kau Mati

Tuhan
Dulu kita bercinta kasih
Setiap malam aku merintih
Saat tu juga Kau melatih
Cinta kita kian berputih
Dunia tidak lagi ku toleh

Tuhan
Kini aku seolah bercerai dengan Tuhan
Cinta kini hitam lah legam
Panggilan cinta ku tidak genggam
Ku biar cinta kita suram
Dunia pula aku digigit geraham

Tuhan
Dulu aku rindu padaMu
Setiap hari pasti kutemu
Jika tidak hati tidak menentu
Hilangkan dosa selalu ku ampu
Kerana Kau kekasih hatiku

Tuhan
Kini rindu ku sudah kelam
Hilang cahaya bergemerlapan
Hinggakan Kau ku perduakan
Cinta ku cenderung pada perempuan
Bukan lagi pada Tuhan

Tuhan
Hari ini, aku disumpit 
Rindu saat kita berkepit
Rindu jua kucupan mu yang menarik
Menjadikan jiwa tidak tersempit
Nyaman dan tenang datang berkapit-kapit,
Rindu untuk berkepit
Keluarkan aku dari mabuk yang rabit
Kepada mabuk yang thabit.
Aku rindu padaMu 
Ya Allah...