budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Tuesday 27 December 2011

Teridam SUASANA yang SATU...

Salam kebudak-budakan,

Sepagian mencari
Sedikit pengisian ilmi
Membuka broadband ukhti
Akhirnya jumpa sentuhan hati

Hehe, mulakan pagi ini dengan penuh ceria dan isian…

Pagi ini menjenguk video pertemuan antara Perdana Menteri Palestin dengan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin.. bergetar hati budak, membayangkan aroma kemenangan Islam.

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DFOJ1_tdFEUM%26feature%3Dshare&h=vAQEcYylMAQHvPYJ2yRWmVNXKB32q5Qww_X1aROw3fj0S-g

Ciuman sayang diberikan antara sahabat perjuangan, menunjukkan ukhuwah dalam perjuangan yang beraqidahkan yang sama.

Teringat satu forum antara Presiden PAS, Mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, dan Wakil Hamas… apabila ada seorang peserta forum menanyakan soalan : adakah anda bertiga pernah jumpa atau belajar sekali dahulu, sebab saya melihat ukhuwah dikalangan kalian seperti sudah lama berkawan, apa faktornya???

Jawabnya : ukhuwah ini kerana ruh perjuangan yang sama…

Seolah-olah, aku merasai apa yang kamu rasakan, dan kamu rasakan apa yang aku rasakan..

satu bulatan dibentuk oleh banyak tangan

Perasaan inilah yang mahu disemai dalam jiwa umat Islam, dan ia dapat dicapai bila kita dapat membentuk UMMAH yang SATU, sebagai Jasad YANG SATU…

Pembentukan Negara bangsa oleh penjajah kepada Negara ummat Islam amat merugikan, sehingga nasionalisma membasahi jiwa rakyat Islam..

Bila melihat video pertemuan tadi, teringat peristiwa peperangan Yom Kippur atau perang ramadhan 1973, antara Israel dengan Mesir, Syria dan Iraq… bagaimana 3 negara umat Islam ini bersatu menentang musuh yang satu… (sebenarnya banyak lagi Negara yang join, seperti Algeria, Tunisia, Arab Saudi dan lain-lain)

perang Ramadhan 1973


Rindu pada suasana itu, suasana bersatunya ummat ISLAM… Dipimpin oleh Imam Masjid Bandar Suez (Syeikh Hafiz Salamah)  dan nasihat dari Sheikh Azhar waktu itu bernama Shelkh Abdul Halim Mahmud… merobek banteng Bar Lev ( yang bernilai AS500 juta) hanya dengan pancutan air…

Kita boleh menang andai bersatu dalam satu pasukan dan bergerak sebagai satu pasukan, bukan secara LONE RANGER, tapi seperti POWER RANGERS… 

Budak tetarik dengan kiasan seorang ulama’ Malaysia berkaitan Teamplayer :

“Jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi team player dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur, dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player. Ini terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0”
STRATEGI!!!


Ok, budak stop kat sini dulu, nak pergi main bola n merancang strategi yang saffan kaannahum BUNNIANULMARSUS…..

·         Budak muntah lagi.

Monday 26 December 2011

Pandangan BUDAK, boleh ditolak!!!

salam kasih sayang buat semua..

sudah lama budak tidak meconteng di dinding blog ini, (kalau conteng pun mana ada orang nak tengok,huhu)
dewasa ini, budak lihat macam-macam perkara baru yang berlaku, tapi budak dapat belajar banyak benda baru. contohnya, ada mereka yang mintak suatu pihak itu terbuka, dan digelarnya sebagai jumud... hakikatnya...pada masa yang sama mereka itu jumud dan tidak terbuka untuk menerima hakikat pandangannya ditolak...

bila pandangannya ditolak mulalah kata yang mereka tidak dapat menerima perubahan, macam best sangat pandangan dia... timbullah isu tak terbuka dan jumud... (siapa jumud sebenarnya).

bagi budak nak bagi pandangan silakan sangat dialu-alukan, dan apabila dah diputuskan sesuatu keputusan berdasarkan pandangan yang paling baik dari pandangan-pandangan tadi... wajiblah semua bergerak dan berpegang pada keputusan yang diputuskan...

budak pening... sebab bila dah putuskan satu keputusan yang bukan dari pandangan dia... facebook jadi tempat melemparkan pandangan yang ditolak tadi... malah menentang dan kontra dengan keputusan yang diputuskan bersama atau oleh pimpinan.

ini terlalu open ke atau JUMUD (kena tulis besar2 sikit, biar jelas)...

bagi budak... orang macam ini, tak lama... biarkan dia dengan "keterbukaannya" itu... 

maksud budak ialah, sebelum sesuatu keputusan belum diputuskan, silakan beri pandangan, namun bila dah diputuskan, sila lupakan pandangan kita tadi, dan terima pandangan yang telah diputuskan secara bersama atau oleh pimpinan...

jangan terbang terlalu tinggi, nanti tertinggal sasaran dibawah, turun sekejap untuk menarik sasaran terbang tinggi bersama kita...

cukup kali ini muntah yang budak tumpahkan, tapi harap muntah ini muntah macam muntah yang badang makan, menjadikan ia kuat...hehehe

Tuesday 22 November 2011

Mindset Melayu: Salahkah perpatah???


Ubah lah berdikit-dikit

Cara berfikir melayu “biar lambat asal selamat”

Erm… bagi budak, budak kurang bersetuju dengan ayat ini, view yang budak dapat dari satu sudut, perpatah ini akan menyebabkan seseorang tidak berfikiran jauh… kenapa?

Dalam ayat tersebut seolah2 merendahkan tahap pemikiran dan kemampuan seseorang, negetif + positif… biar bodoh asal baik… biar gagal asal jujur… ayat ini boleh digunakan untuk mereka yang kurang berkemampuan… tapi hari ini, apa budak ingin membawakan… ayat inilah yang digunakan oleh kebanyakkan melayu…

Pengamalan perpatah diatas mengambarkan level kita berada pada level kedua… dan selamanya akan berada disitu andai tidak berubah mindset… pada budak istilah ini berlaku dalam semua bidang, keagamaan, teknologi, akademik, politik, social dan semuanya… second level

Habis yang first level macam mane? Bagi budak yang peringkat paling atas ialah “biar cepat asal selamat” “biar bijak asal baik” biar cemerlang asal jujur”… ke salah budak punya pendapat???

Mungkin juga disitu ada kesalahan dan menampakkan ketidakmatangan budak dalam membuat penilaian terhadap bahasa… (nama ag budak)

Point yang penting yang ingin disampaikan kita selalu suka menjadi pengikut, suka menjadi pembeli dan suka menjadi peniru… second class…

Dijadikan cerita

Suatu masa dulu.. sebelum masuk dewan exam…

“aku… kalu lulus pun ok, bersyukur dah…” katanya said..

samad dibelakang pun nak berkomunikasi jugak dengan katanye “aku baru baca 2 helai… tawakal je lah…”

wok yoh tetiba mencelah “kalu boleh cemerlang pun ok, xleh cemerlang pun ok…hidup mesti diteruskan”

Erm.. melayu yang semakin ‘melayu’ menyembah ke bumi… tiada wawasan, tiada usaha, tiada keyakinan…

Kalau kita tukar sikit ayat…

said bermadah : aku… kalu cemerlang pun ok, bersyukur dah”

samad pula berpujangga : aku dah baca 2 kali khatam… tawakal je lah”

eh.. wok yoh pun nak meluncurkan kata : kalu boleh cemerlang dah ok, xleh cemerlang x ok”

Simple je tukar ayat… tapi ayat yang terkeluar itulah yang melambangkan dalaman sesuatu bangsa…

Susah nak ubah, negetif ada baiknya… terlalu negetif jadilah pasif…

Ubahlah untuk mengubah…

Saturday 5 November 2011

Pemuda : Sampah Atau Sumpah???


Salam dunia,
Dunia yang mengajar erti kezaliman, dunia yang mendidik erti kejahilan, dunia yang memuntahkan sampah untuk manusia…

Sekelip mata sepandang hati, tetiba hati ini meloncat-loncat mahu meninta sesuatu yang tiada di tahu…

Mengharap ukiran kata ini datang dari hati bukan dari jari yang tiada mengerti..

Jauh termenung melihat kelompok pemuda, yang sarat dengan semangat revolusi, mahu mengubah walaupun rebah…tetap melawan walaupun ditawan… teringat pada susuk tubuh pemuda bernama Usamah Bin Zaid yang bertindak sebagai panglima perang, terlintas juga pada pemuda-pemuda yang menjadi pendokong kepada setiap isme yang ada dalam dunia ini…

Mungkin kerana inilah, sebuah kerajaan yang penduduknya 96%  muslim, telah mengeluarkan arahan kepada remaja yang berusia 18 tahun kebawah dilarang ke masjid.. ekoran tertempias dengan peristiwa revolusi di Tunisia dan Mesir yang di dokongi oleh pemuda-pemuda.

Dahulu minda ini terbang mahu melihat pemuda yang sarat dengan Ilmu, begitu mesra dengan masjid yang sof pertama menjadi santapannya, tahajud menjadi juadah difajar hari, al-quran menjadi siulan-siulan masa lapang, bersama dalam satu sof perjuangan, dan  sampai sekarang minda masih terbang menginginkan pemuda begini.

Bila membaca buku sirah dan perkaitan dengan kepemudaan, terasa mahu berada sama dalam kisah tersebut, melihat pemuda mukhlisin beraksi secara live, selalu jiwa ini terliur mahu melihat sejarah yang ditinta dalam buku terbungkah ke alam nyata.

Namun bila, diungkit berkenaan perkara ini pada sahabat seperjuangan, hanya pandangan dan senyuman sadis menjadi balasan… tetap berusaha, bila menjadi leader, meletakkan taklifat solat jemaah wajib untuk diri dan rakan pimpinan yang lain, sebagai langkah pertama mencukil sejarah.

Susah memang susah, bila membaca ukiran sejarah al-fateh, terasa mahu sifarkan peninggalan tahajud… adakah sedang berimaginasi atau impian yang terlalu luar biasa untuk dicapai oleh manusia biasa.

Ah… sukanya hati buat perbandingan, sedangkan diri belum setanding mana pun… namun mesti diterjemahkan jua,..

Pemuda sekarang lebih gemar mengunyah tentang pemudi, lebih intim dengan keselesaan sehingga manja dan diman teramat sangat, bila bertembung gerak kerja perjuangan dengan rehat atau keselesaan yang lain, selesa itu selalu dijamah,. Malas tahap gaban, buku dilambak-lambak tanpa tilikan, mungkin lebih baik dari yang tiada simpanan buku.

Bila ditegur, mula buat muka, pelbagai tohmahan dimuntahkan… tegasnya, tiada memahami, dan pelbagai lagi…

Teringat diskusi bersama teman dibangku kantin sekolah yang resolusinya :

“nak ikut orang nie susah, itu tak betul, ini tak betul, sebab yang menjadi susah kerana penilaian betul dan salah berdasarkan emosi dan egois manusia, namun andai suara manusia itu berdasarkan suara Tuhan, tiada yang susahnya kecuali mereka yang egois dengan emosi…”

Pemuda, pengetahuan itu sesangat penting untuk kita jadikan sebagai neraca perjalanan, jangan emosi dan egois menguasai minda dan jiwa kepemudaan dalam dos yang lebih.

Sebagai akhir kata, pemuda yang beriman dan berilmu mampu membuatkan dunia jemu, malah mungkin akan menjadi debu, sekiranya pemuda tidak berperanan maka gerak kerja Islam akan mati, oleh itu, sebelum saudara mati jangan biarkan ia (gerak kerja ISLAM) mati…

jamahlah sedikit rekaan kata ini :

Pemudakah
Tidur mendahulu langkah
Selesa mengatasi lelah
Malas akhirnya kalah

Pemudakah
Berdakapan dengan sejadah
Al-quran menjadi madah
Qiamulail sebagai riadhah
Murabbi meluncurkan mahabbah
Neraca hidup kalimah syahadah 

Pemudakah
Strategi meredah
Semangat rendah
Ingkar qiadah
Buat mudah

Pemudakah
Membawa saadah
Perjuang al- adalah
Jauh syubhah
Islam diterjemah

Ini pemudakah
Ya… bukan sampah
Tapi satu sumpah
Demi berubah
Serta merubah
Seantero Ummah.








Thursday 20 October 2011

Apa ada pada Janji???

Dialog satu ketika
“Semua boleh tak datang???” Tanya si ketua
“Ok, no hal, insyallah”…  jawapan tanpa bantahan
“Kalu macam tu set, tarikh, masa dan tempat … bla..bla..” janji telah dimenterai

Dialog dua ketika
“bape orang yang datang???” Tanya sang ketua
“1/3 dari anggota je” sahut si unit pendaftaran
“mungkin diorang lewat sikit, jap ag sampailah tu”… bisikan hati menenangkan jiwa sang ketua

Dialog  tiga ketika
“erm..” keluh ketua melihat kehadiran anggota
“apa-apa pun kita teruskan jua…” teriak seorang perwira muda
“mungkin inilah jiwa-jiwa pilihan Allah untuk bersama…” hati ketua berdoa

Dialog empat ketika
“sakitnya hati aku dengan diorang..” luah seorang anggota
“seronok lah diorang gembira dengan keluarga, kita yang menggila disini” lontar sang pewira
“janji munafik, kalau tak dapat datang bagitahu awal-awal” semburan marah seorang kawan

Dialog lima ketika
“maaf sangat-sangat, aku terlewat datang, rindu pada rumah lah” rayu seorang anggota
“tak pe, kitaorang kan xde rumah, kita orang xde keluarga, ko je ada keluarga, tak pe…” perlian membunuhkan jiwa
“apa-apa pun kita teruskan jua, nasib baik ko datang walau lewat…” si ketua bermanis muka dalam duka

Budak saje je ambik dialog dari anggota “tentera” untuk ambil iktibar sikit..

Satu
Sangat mudah janji yang ditaburkan, ramai yang sanggup dan ramai yang berbicara hebat bila ditanya sanggupkah anda??? (budak senyum je)

Dua
Bila janji ditinta, harapan pasti melangit luas, masih berharap pada keajaiban (budak kata udah-udahlah orang xsudi… tapi dulu janji buat ape)

 Ketiga
Kata-kata retorika kekadang perlu, untuk menampung kesakitan jiwa, tapi inilah tapisan Tuhan… (budak kata janji retorik itu xbetul)

Keempat
Bahaya kalau janji xdijaga, pelbagai perkara akan muncul dalam kepala, suu dzon.. (budak kata relax bro, dah dapat pahala, tak pasal-pasal dengan kata-kata nie dapat dosa..)

Kelima
Selalu kena makan hati, sabar dengan karenah budak-budak nie, biase lah budak-budak… (budak kata kena cari ubat agar jadi dewasa cepat, nanti kesian kat ketua)

semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua,
kerna kita yakin dihadapn sana ada hari perhintungan
budak hanya mampu berdoa
dalam harapan kepada semua pendokong agama

Sunday 9 October 2011

TANGGUNGJAWAB VS HAK

Selamat Pagi Dunia

Dunia yang mengajar budak erti bodoh, dunia yang mengajar budak erti zalim, dunia yang mengajar budak erti ego, dunia yang mengajar budak erti busuk…

“Dak, (nama manja untuk budak) aku benggang lah dengan pimpinan kita nie, jumpa kita tak senyum pun” lantuman seorang member sambil jalan-jalan ke café

“Aku memang dah xtahan lah duk dalam organisasi nie, seorang pun tak mahu ambik peduli sal aku” luah kawan kepada member budak

“Mie, tolong fahami aku gak, aku anak buah mu, jagalah perasaan aku” budak tersenyum lebar

“Anak-anak buah kita nie memang kurang ajarlah nga kita, tiada adab langsung” kata beberapa pimpinan..

Kekadang budak ‘menangis’ (biasalah budak, huhuhu) melihat fenomena ini, tak terlepas budak pun join sekaki dan sebadan dengan fenomena ini… masing-masing duk persoalkan hak masing-masing…

Budak rasa benda nie macam tak kena je..

Akhirnya budak dapat jawapan dari seorang bro, dan budak edit sikit ayat dia, ermm… ermmm..

“Jangan persoalkan hak kita, nanti kita mahu difahami, tapi persoalkanlah tanggungjawab kita, nanti kita akan cuba untuk memahami”

Budak terkasima, dan terlemah badan nasib baik tak terkencing dalam pampers dengan ayat nie…

Ye… bila kita bercakap soal hak kita, kita akan meminta-minta orang menunaikan tanggungjawab mereka kepada kita… seolah-olah mereka mesti memahami kita. hak aku ini, hak aku ini, wajib kau tuniakan.

Tak salah kalu kita nak meminta-minta, di sana adakah kita telah tunaikan hak orang lain atau tanggungjawab kita telah terlaksana, contoh budak bawakan,

Budak sebagai seorang pemimpin, mengatakan pada anak buah:
Korang semua kena dengan cakap aku (hak seorang pemimpin didengari cakapnya), namun budak tak laksanakan tangungjawab budak pada anak buah budak.
Tak jaga kebajikan diorang, tak ambil peduli ubudiyah anak buah budak…. Adilkah???

Kan cantik kalau kita bercakap macam nie :

“dak, kita kena senyum dengan pemimpin bila berjumpa dengan diorang”

“aku macam xambik peduli sangatlah nga kawan-kawan dalam organisasi nie,  xboleh macam nie aku kena ubah”

“mie, aku faham perasaan mu sebagai pemimpin, insyallah aku bantu selagi boleh”

“anak-anak buah kita thaqafah diorang, tarbiah diorang kebajikan diorang terjaga ke tak???”

Andailah semua orang mempersoalkan tanggungjawab masing-masing, bahagianya hidup, masing-masing akan berendah diri dan akan cuba untuk memahami orang lain.

Lepas itu siapa yang nak memahami kita, kalau kita memahami orang lain… ALLAH ka nada… Dia yang Maha Memahami, ada satu lagi kata-kata yang sangat terkesan untuk budak kongsikan.. iaitu… jeng3x

“cubalah sedaya upaya untuk memahami orang lain dan jangan sesekali berharap orang memahami kita”

Budak rasa nak makan choki-choki lah pulop, kena pergi beli jap, ok lah budak blah dulu… sebelum tu, mungkin contengan budak pada kali ini, berserabut sikit, sebab budak baru nak belajar bangun, sebelum merangkap slow-slow sekarang nak cuba bangun ngan dua kaki ini, doakan budak ye paling kurang nanti dapat berlari macam usain bolt pun dah ok... hehe.

mai terfikir

Hari ini membuka halaman Facebook, melihat pelbagai persoalan yang ditimbulkan berkaitan dengan pemikiran – pemikiran dalam organisasi, ada juga yang mengatakan sebagai serangan pemikiran ada juga yang menyatakan sebagai proses kematangan pemikiran, ada juga yang menyatakan inilah satu pembaharuan pemikiran.

Bila berhadapan dengan situasi ini, perlulah kita memahami akan hakikat perjuangan yang dibawa. Saya tidak menyalahkan mana – mana pemikiran kerana saya yakin setiap pemikiran yang berlandaskan syariat Islamiah ada keperluan dan ahli di dalam pemikiran tersebut. Namun untuk memastikan setiap pemikiran ini berada pada tempat dan masanya tidak lain tidak bukan perlu kita menghadamkan rukun FAHAM yang digariskan oleh Al-Banna.

Selain itu juga, semestinya kita perlu memahami :

·         Ghayah (matlamat perjuangan organisasi)
·         Hadaf (objektif perjuangan organisasi)
·         Manhaj (skema, disiplin dan arah perjuangan organisasi)
·         Bia’h (reality cabaran semasa)
·         Isti’dad (persiapan dan keupayaan organisasi)

Apabila kita dapat memahami kesemua 5 item diatas pemikiran yang kita gagaskan dan kita cetuskan tidak akan terkeluar dari paksi perjuangan malah akan menambahbaikan mutu dan pretasi organisasi. Teringat dengan kata-kata seorang pemimpin muda dalam sebuah perhimpunan : zaman revolusi minda sudah berakhir, sebaliknya sekarang merupakan zaman revolusi bertindak.

                Cukup dahulu untuk seketika ini, tulisan budak hari ini Nampak serius sikit, kerana budak rasa perlu begini untuk budak merangkap kearah tangga yang lebih tinggi, hajatnya. Moga-moga budak dan member-member budak dapat mengambil sedikit cetusan untuk menjadi satu sumpah dalam berubah bukan menjadi sampah yang berpecah belah.