budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Saturday 30 July 2011

BELAJARLAH MENDAKI TANGGA


Jangan hanya memandang ke tangga tapi belajarlah menaiki tangga tersebut…

Seusai sarapan yang memaniskan dan melazatkan mulut, tangan ini menjamah sekejap keyboard yang telah lama dibiarkan…

Setelah satu file, satu file yang lain  dijelajah… akhirnya terjumpa satu ungkapan “jangan hanya memandang ke tangga tapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut”… satu perumpaan yang sangat dalam maknanya…

Dengan hanya memandang dan berimaginasi kita  tidak dapat merasai keadaan sebenar situasi sesuatu perkara tersebut,.. macam tangga inilah, dengan hanya memandang kita tidak dapat merasai pengalaman pahit maung untuk melepasi satu tahap ke satu tahap tangga yang lain… sebab itulah ada kekawan yang mengatakan  teori itu mudah praktikal itu susah…

Adakah salah memandang??? Tiada salahnya… namun sampai bila harus memandang…
Tangga yang ingin dinaiki itu bukan  tangga yang sebarangan… satiap lapisan tangga ada kesusahan yang mesti dilalui untuk sampai ke destinasi… andai dapat melepasi kesusahan dan ujian itu… berjayalah kita ke tahap yang kedua… dan andai kata berjaya lepas tahap ke dua… kakikan melangkah ke tahap ketiga dan begitulah seterusnya…

Mudahkan??? Inilah teori…

Bila berada pada tangga tersebut barulah kita dapat merasainya… dan perumpamaan ini pernah penulis tintakan kepada seorang teman… dan sekarang dia dalam ujian hati bersama seorang manusia… andai kata dapat ia melepasi… makin tinggi tangga yang dapat didaki… andai tidak dapat??? Maka beradalah ia disitu selamanya dan mungkin akan tergelincir ke tangga yang paling bawah sekali…

Ya… inilah sunnatullah kepada hambanya…UJIAN… lihat surah al-ankabut ayat 2-3… menceritakan tentang kemestian manusia diuji…

Belajarlah untuk menaiki tangga tersebut… orang terdahulu juga merasai ujian sebagaimana yang kita rasa sekarang ini, malah lebih teruk… kena belajar dengan mereka, bagaimana nak melepasi satu tangga ke satu tangga yang lain… mana mungkin dapat kita melangkah dengan semborono sahaja… 
dan setiap tingkatan tangga itu ada ujiannya yang tersendiri… tangga yang pertama mungkin rendah sikit, tangga ke dua susah sikit, tangga ke tiga makin susah dan semakin susah… semakin banyak yang kena korbankan…

kenapa nak sangat naik  tangga nie??? Untuk sampai pada destinasi terakhir… SYURGA.. setelah bertahun-tahun kita berusaha dan belajar untuk menaiki tangga,.. keletihan itu pasti, kesakitan itu mesti, mungkin juga mati… kerana nilai  SYURGA  begitu…

penulis juga manusia yang semestinya diuji… dan masih berada pada tangga yang sama semenjak  8 tahun yang lalu… masih belum dapat melangkah dengan gagah,.. kekadang rebah,.. selalu lelah… namun tidak akan mengalah…

sama-sama kita doakan agar martabat kita di sisinya semakin meningkat dan kita semakin sayang Allah dan Allah juga menyayangi kita… INSYAALLAH…

UNION OF HUFFAZ


            Bolehkah huffaz Darul Quran bersatu? Bersediakah huffaz untuk bersama atas dasar Islam? Dan persoalan yang paling besar mampukah huffaz akan mejadi Perdana Menteri Malaysia? Apabila kaki melangkah ke alam Darul Quran buat pertama kalinye, terbayang dalam pemikiran yang cetek ini UKHUWWAH antara mahasiswa, saling dokong-mendokongi. Terlintas juga dalam bayangan ilusi persaudaraan huffaz seakan-akan hubungan sahabat-sahabat nabi kerana ini bumi penghafaz al-quran.

            Ilusi terus berimaginasi, pelbagai fahaman, bermacam aliran pemikiran yang timbul di darul quran… Perpecahan perkara yang sangat menakutkan saya, pelbagai warna yang timbul, pelbagai corak yang lahir, tapi semuanya berasingan dan saling musuh-memusuhi, kalaulah pelbagai warna ini bersatu sebagaimana bersatunya warna-warna dalam pelangi,  tidak mustahil untuk kita lahirkan secebis pelangi HUFFAZ, dan kalaulah pelbagai corak ini bergabung sehebat gabungan batik, tidak mustahil wujudnya batik HUFFAZ. Tiada guna berpecah umpama warna-warna dalam pelangi yang tidak bersatu, tiada keindahan dan tiada kekaguman.

            Mungkin ada yang tidak bersependapat dengan saya tentang ketidaksatuan huffaz ini, saya bawakan beberapa bukti, pertama, ketika solat di masjid kebanyakan huffaz tidak tahu nama abang atau adik yang bersolat di tepi mereka, sedangkan sudah 1 tahun atau  lebih, huffaz bermaustautin di sini. Mana mungkin bersatu kalau asas taaruf yang mudah tidak dapat kita laksanakan,

            Kedua , Di asrama, berapa kalikah kita menziarahi bilik yang bersebelahan dengan kita tambah-tambah penghuni bilik itu semester yang berbeza dengan kita. Adakah kita bersaudara dengan semester kita semata-mata, kalau nak kata berukhuwah sesama semester, dalam satu semester pun timbul pelbagai firqah. Setiap firqah menyatakan tarbiah mereka lebih hebat, malangnya mereka yang hebat berbicara ini tiada di masjid bila waktu solat diudarakan, mana hebatnya tarbiah yang dilaung-laungkan. Jangan membawa fitnah kepada firqah yang didokongi dan paling besar kepada Islam itu sendiri.

            Kita perlu bersatu, atas dasar Islam tanpa mengira aliran pemikiran dan kumpulan. Kita telah ada satu bekas untuk menyatukan huffaz di Darul Quran, seharusnya kita perlu menggunakan bekas ini sebaik mungkin. Alangkah malang jika kita tidak dapat memanfaatkan bekas ini. Sesekali hadir dalam khayalan sekiranya kesatuan huffaz dapat di gapai bermula di Darul Quran bertapa hebatnya gerakan dakwah dan Islam dapat dijalankan.
           
            Usahlah kita mengulangi kejadian yang telah dilakukan oleh generasi terdahulu, marilah kita melangkah ke era generasi huffaz yang baru dibawah satu panji iaitu panji UNION OF HUFFAZ . Jangan kerana perkara kecil dan terpencil memudahkan pihak musuh meniupkan api permusuhan. Sasaran kita bukan di Darul Quran tapi masyarakat di luar sana, jadikanlah Darul Quran sebagai tempat untuk menghasilkan kepimpinan yang berteraskan Islam yang syumul dan membentuk satu kesatuan ummah di Malaysia.

            Cukuplah syak wasangka yang memenuhi hati, fitnah yang memberatkan timbangan mizan dan pelbagai tuduhan yang tiada asas yang jelas, mengapa kita tidak boleh untuk berlapang dada antara kita sedangkan sikap ini perkara paling asas dalam berukhuwah sebagaimana yang digariskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Sekiranya mereka terdahulu tidak dapat menyatukan kita, ayuh!!! Kitalah yang akan menyatukan huffaz, huffaz perlu menerbitkan taring agar gauman huffaz dapat menyedarkan pihak-pihak yang dalam kelalaian dan kealpaan terutama dalam kepimpinan negara.

            Ingatlah manusia tidak dapat menjaga manusia sebagaimana lembu hendak menjaga lembu tetapi yang paling layak dan patut menjaga lembu ialah tuan lembu tersebut, begitu juga manusia, hanya Allah tempat untuk kita berdampingan agar menjadi hambanya yang betul-betul dijaga. Kembalilah kepada system Islam yang mencangkupi sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara dan Islam bukan untuk diamalkan secara juzzi tapi secara syumul. Jangan kita membiarkan dunia memainkan kita tapi marilah sama-sama kita mainkan dunia sehingga dunia berduka dan berputus asa.
Waallahua’lam.

Wednesday 27 July 2011

AJK Allah

Salam mahabbah dan perjuangan


Tulisan ini ditintakan bukan kerana nak melatih jari-jari menari ataupun kerana keyboard komputer telah berhabuk, tetapi diharapkan dengan tulisan ini dapat memberikan sekelumit cahaya dalam menempuh jalan yang penuh berlubang dan beranjau ini.


Ramai dari sahabat yang sekarang ini berada di IPT telah mendapat taklifat untuk gerak kerja Islam tidak kiralah yang berada di portfolio yant tinggi mahupun sebagai kuli sahaja. Posisi tak penting tapi sekadar mana posisi tersebut dimobilasi.


Umar Al-Khattab berjaga malam memantau keadaan rakyat dibawahnya, tulang rusuk Umar Abdul Aziz dapat dihitung kerana sibuk melangsaikan amanah, boleh dikatakan zaman mereka adalah zaman keemasan umat Islam, Empayar Islam meluas pada zaman Umar Al-Khattab, tiada yang layak menerima zakat pada pemerintahan Umar Abdul Aziz.


Kerana apa mereka ini hebat mentadbir... Minda mereka setting amanah datang dari ALLAH dan ALLAH lah tempat memohon pertolongan, kerana itulah terbekas dipipi Umar Al-Khattab 2 garisan hitam tempat aliran manik-manik ketaqwaan ketika munajat.


Selaku mahasiswa dan mahasiswi Islam wajib memahami bahawa taklifat yang diberi bukan dari makhluk tapi dari Allah. Jangan kerana gerak kerja soal solat kita permudahkan, soal amalan sunat dimain-mainkan.


Sepatutnya bila kita mendapat taklifat soal pergantungan dengan ALLAH semakin kuat dan semakin rindu akan tahajud, tapi apa yang dapat diperhatikan semakin banyak taklifan semakin susah nak persembahkan muka dimasjid malah makin jauh dari dakapan rahmatNya.Salam mahabbah dan perjuangan


Tulisan ini ditintakan bukan kerana nak melatih jari-jari menari ataupun kerana keyboard komputer telah berhabuk, tetapi diharapkan dengan tulisan ini dapat memberikan sekelumit cahaya dalam menempuh jalan yang penuh berlubang dan beranjau ini.


Ramai dari sahabat yang sekarang ini berada di IPT telah mendapat taklifat untuk gerak kerja Islam tidak kiralah yang berada di portfolio yant tinggi mahupun sebagai kuli sahaja. Posisi tak penting tapi sekadar mana posisi tersebut dimobilasi.


Umar Al-Khattab berjaga malam memantau keadaan rakyat dibawahnya, tulang rusuk Umar Abdul Aziz dapat dihitung kerana sibuk melangsaikan amanah, boleh dikatakan zaman mereka adalah zaman keemasan umat Islam, Empayar Islam meluas pada zaman Umar Al-Khattab, tiada yang layak menerima zakat pada pemerintahan Umar Abdul Aziz.


Kerana apa mereka ini hebat mentadbir... Minda mereka setting amanah datang dari ALLAH dan ALLAH lah tempat memohon pertolongan, kerana itulah terbekas dipipi umar al-khattab 2 garisan hitam tempat aliran manik-manik ketaqwaan ketika munajat.


Selaku mahasiswa dan mahasiswi Islam wajib memahami bahawa taklifat yang diberi bukan dari makhluk tapi dari Allah. Jangan kerana gerak kerja soal solat kita permudahkan, soal amalan sunat dimain-mainkan.


Sepatutnya bila kita mendapat taklifat soal pergantungan dengan ALLAH semakin kuat dan semakin rindu akan tahajud, tapi apa yang dapat diperhatikan semakin banyak taklifan semakin susah nak persembahkan muka dimasjid.


Adakah pertolongan Allah telah tiada atau kita dah rasa hebat bergerak kerja tanpa pertolongan ALLAH. Terakhirnya ingat satu perumpaan hebat dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz- mana mungkin lembu hendak menjaga lembu, kena tuan lembu yang jaga lembu, begitu juga manusia... HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMANDU HATI MANUSIA...

Saturday 9 July 2011

HANYA MU!!!


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum...

Bisikan suara kembali lagi seperti dahulu juga, begitu kuat dugaan yang dihadapi bila berada dalam sebuah komuniti. komuniti yang tinggal dalam kampung ukhuwah, selalu diserang garuda egois, kekadang penduduknya teguh berdiri, tapi ada juga yang tersungkur terus dihempak pokok, lemah untuk kembali bangkit, samaada dapat bangun atau terus terbaring lemah...

Ada juga serangan dari dalam, meminta-minta untuk difahami, tapi tidak pernah terdetik untuk cuba menyelami, merasa diri terbeban dengan pelbagai tugasan, mengharap bantuan teman, terlupa pada Sang Maha Pembantu...

Paling teruk... Serangan dari sesama kepala kampung, ucapan diuarkan penuh mutiara, tapi jiwa diseliputi setompok iri, aah... bergelumbang terus bergelumbang,

Ada satu nukilan sejarah telah terpahat dalam isian jiwa,..

Mesej diterima, Airil membuka handset pemberian ibunya yang telah berusia 5 tahun, terpaparlah satu mesej : salam perjuangan petang ini tolong datang bilik kuliah D lepas asar, ada sedikit mesyuarat... dari a.afwan (ketua sebuah pertubuhan)

Mindanya berilusi, ada ape yer, tak pernah2 diajak mesyuarat, tiba-tiba mesej tersimpan dalam inbox....

Saat ditunggu tiba, kaki dilangkah penuh imaginasi, kekadang berdebar tak sedap hati...
ucapan aluan disemburkan oleh a.afwan... tiba-tiba agenda sebenar dibuka,
nama Airil dilaungkan, ditimpakan dengan bergunung taklifat, mengambil mandat selaku ketua baru mengantikan si abang yang telah tamat tarikh luputnya...

Bergetar jiwanya... ter'tubik' sedikit bijian mutiara dari matanya...

Berhari-hari minda terus menekan... jiwaberkecamuk... tak tenang hatinya.
terus berfikir, iblis terus mengalunkan irama, mulai risau, berlaku konflik diri, keputusan dibuat dengan syura semua urat otak...

Mengambil satu jalan penyelesaian...
Dengan pantas tangan terus menggampai handset,
ditinta satu persatu huruf, meletakan mesej di sent item sebagai dambaan harapan kepada a.afwan
'salam,abe tolong nasihat ana'
mesej dibalas : '?'
dia kembali membalas : 'tasyji'' (kata-kata semangat)
Satu ayat di luncurkan ke lembah hati:
"ANA TIADA APA YANG HENDAK DI KATAKAN PADA ANTA, TAPI ANTA AMBIL WUDHU' DAN SOLAT 2 RAKAAT, MENANGISLAH SEPUAS-PUASNYA DENGAN ALLAH, MENGADULAH, LUAHLAH SEGALANYA DAN MEMOHONLAH PADA NYA"

Minda dan iman Airil terputar 360 degress, ye... teringat kembali... ALLAH engkaulah panduan dan penolong yang sebenar...
Jiwa kembali kapada fitrah hakiki...

sudah lama mutiara-mutiara keinsafan tidak mengalir suci, hati terlalu kotor dengan semua jenis kemungkaran... minda terhenti berputar, kerana sekatan dosa antara hamba dan Tuan... 

Rindu,
pada dakapan rahmatMu
pada pelukan kasihMu
pada lambaian sakinahMu
pada ciuman sayangMu


YA ILAHI ANTA MAQSUDI
WA RIDHAKA MATLUBI...

Friday 8 July 2011

BIASALAH TU...


Perkembangan semasa menunjukkan, muslim sewajibnya memutarkan akal dan segala anggota badan dalam menegakkan kalimah Allah, tiada lagi masa untuk berfoya dan hanyut bersama tarian dunia. Tambahan lagi bila bergelar seorang pemimpin, masa semakin singkat, tanggungjawab dan amanah semakin meningkat.

Perlu diingatkan badan, akal dan segala ya
ng ada pada kita adalah pinjaman semata-mata. Dan pinjaman ini perlu dilangsaikan dengan menggerakan akal, anggota dan segalanya untuk menegakkan kalimah Allah. Badan akan letih, akal akan tepu, kaki semakin berat melangkah kerana melangkah berbatu-batu untuk tegakkan kalimah Allah, namun inilah yang perlu dibayar agar pinjaman yang kita buat dapat di
jelaskan dalam masa yang kita sendiri tidak tahu bila akan berakhir.


Sesekali akan terasa minda dihimpit-himpit dan sesekala terasa badan dilenyek-lenyek dek kerana mahu menjelaskan bayaran yang masih banyak yang tertunggak. Apabila selesai satu kerja kepuasan itu hadir ditambah pula dengan keikhlasan hanya untuk Allah..., keletihan, kekecewaan, kekusutan akhirnya bertukar kepada kecerian, kerahmatan dan kebahagian, bukan di dunia sahaja tapi di akhirat sana. Belum puas meraikan kebahagian, kekusutan datang bertubi-tubi umpama tembakan apache, dalam kekusutan itulah pada akhirnya menguraikan ketenangan yang abadi.


Nak rehat-rehat dunia bukan tempatnya, kena berletih, berpeluh, berdarah, dan bermati kerana inilah sifat dunia yang mesti didalami dan dikuasai, memandu satu kapal bukan semudah memakan kuaci, minda terpaksa focus, kakitangan perlu serentak bergerak, mata wajib melihat, dan semua sel-sel dalaman tertumpu pada kapal yang di pandu itu. Bukan senang... tersilap langkah, iceberg dan karam  menjadi sasaran, terlepaslah tujuan akhirnya mati tiada kuburan.

Kena kuat dan inovatif, sementara masa yang ada untuk berkuasa, gunakan kuasa ini semaksimum mungkin sebelum ditarik Tuhan, buat apa yang perlu untuk lahirkan modal insan yang muttaqin serta mendapat keredhaan Allah Taala.

Seorang penyair jahiliyyah Al-Afwah Al-Audi ada mekafazkan bait syairnya yang berbunyi :

Manusia itu dalam keadaan kacau jika tiada orang- orang mulia di antara mereka
Dan mereka tidak mulia jika orang- orang yang bodohnya berkuasa.

Sunday 3 July 2011

Mahasiswa Turunlah

Salam pemuda yang mukhlisin...

Sesekali minda memacu laju... berfikir melihat gelagat pemuda dan pemudi Islam... 


Tapi aku masih berselera menggigit suasana ana anta, ust ustazah... sedang pemuda dan pemudi dalam suasana gua lu.. cibai... siok... sial...


remaja ; sasaran kita

Namun jiwa masih berselera... cukup sekadar aku yang muqarabin... cukup aku yang masuk syurga... boleh masuk ke???

Turun ke lapangan masyarakat... memerlukan banyak kemahiran dan ilmu... untuk mendapatkan perkara ini memerlukan satu wasilah... program ke, usrah ke, atau apa2...kalu sekadar mahu fokus pada akademik semata... kami berlepas diri dari mereka ini...marilah kita turun ke masyarakat... jauhkan diri dari frasa kata tunggu lepas  habis belajar U... KATA kita pendesak kerajaan... mana desaknya... (nantikan tak sampai seminggu lagi)

Berbalah... berbahas... perkara yang semacam tahi hidung tapi dianggap macam najis berat... sedarlah api kejahilan sedang marak diluar sana... ummah memerlukan bomba-bomba yang sepatutnya memadamkan api tersebut... moga-moga kitalah bomba tersebut...
hiasan


Dalam kita berjuang mesti ada kesatuan... dalam kesatuan itu mesti ada kepimpinan... dalam kepimpinan mesti ada ketaatan...


Ketaatan yang macam mane... berdasarkan syariah dan tidak zalim dalam memerintah... wajib untuk diletakkan taat... andai terselit sedikit kekhilafan... ikutilah keputusan yang dikeluarkan kesatuan... jangan masih angkuh dan ego dengan pandangan sendiri... tiada adab disitu...
amanah

Maka tidak bolehkah kita memberi pandangan.... memberi itu digalakkan... tapi jangan memaksa untuk diterima... kerana kita lemah keseorangan... dan kita kuat bila bersama...

Untuk begerak dalam masyarakat mesti bersama... kerana lebih kuat... semua dalam kesatuan itu mempunyai posisi dan potensi masing2... yang mesti digarap sebaiknya oleh qiadah...

Semuga Allah bersama kesatuan ummat Islam untuk menghijaukuningkan kembali Malaysia...
SELAMAT BERAMAL DAN BERFIKIR