budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Monday 16 July 2012

Dosa itu Menulis???

[Mengarut dipagi hari]


menulis dalam dosa...


tiada ide dan cerita untuk ditintakan, hanya membiarkan jari jemari menari di pentas huruf-huruf, moga menghasilkan rentak yang menyegarkan jiwa. 


bercita-cita mahu menulis manusia mengikut manhaj sepatutnya, namun diri dipalit dengan busukan dosa yang tiada nyata, bagaimana mahu hilir sungai airnya jernih jika air dihulu sudah dipenuhi najis.


melihat semut mati dalam balang kaca gula, kerna terasa kemanisan gula, maka rela mati deminya, ingin juga rasai manisnya iman bahkan mahu mati dalam balang keimanan.


bertikam jiwa dengan lain jantina sedangkan mereka mad'u ku jua, bertahun menjadi ketua, menanggung dosa yang bukan semenda, seksanya jiwa hanya dierti oleh mereka yang merasa.


berdosa dan terus berdosa, taubat dan air mata entah dimana, buat dosa besar semacam makan maggi diwaktu senja, tiada rasa seksa tapi semacam menghirup nikmatnya dosa.


masih menganggap diri semacam dewa yang tiada tandingnya, bertapa besarnya ego yang menyelimuti jiwa, ini juga dosa bukan perkara yang reka.


Namun tuhan masih memilihku untuk menulis hati manusia, ternyata tulisan ini tiada kesan pada jiwa kerna jiwa penulis belum merasai kesan jauh lagi kesan berparut.


menulis kerna dunia, masyhur??? harta??? pangkat??? untuk dilike??? makanya tiada guna.


Tuhan itu Maha Mengerti dan Mengatur, dulu masuk ke sana untuk berubah jiwa namun tiada juga kesan malah makin parah dan berdarah, sekali lagi dihantarnya ke sana, moga sembuh agar sentosa.


menulis dalam dosa membuat aku merasa, rasa bahawa aku ialah hamba yang sentiasa berdosa, makanya hamba bijak tidak jatuh lubang yang sama kali ke 2, namun aku ini kali ke 20,000, masih terjun kelubang sama jua.


menulis teruskan menulis agar dosa itu semakin jauh meninggalkan daku yang leka. Kerna dosa aku terus berjuang mahu merdeka, maka tertintalah ia.


berubahlah jiwa, berubahlah rasa, berubahlah segala-gala..


MENULIS DALAM DOSA