budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Tuesday 28 June 2011

MAHASISWA OH MAHASISWA

Suara mahasiswa semakin hari semakin tenggelam. Mengimbau coretan sejarah 70an 80an Mahasiswa selalu memugar isu dan keadaan. Contoh mudah yang saya bawakan isu baling 1974, isu kemiskinan dimainkan, soal hak sebagai warganegara ditimbulkan. Namun sekarang, isu kemiskinan mahupun isu nasional yang lain amatlah janggal untuk diperkatakan diperingkat mahasiswa, sedangkan isu sebeginilah yang selalu bermain di bibir-bibir masyarakat. Isu Ekonomi, sosial, politik dan pendidikan tidak pernah singgah pada minda mahasiswa untuk berputar mencari penyelesaian. Kerana apa taring mahasiswa semakin pudar? 5 sebab saya bawakan :

1)      Tekanan kerajaan (AUKU)
2)    Tekanan HEP
3)    Budaya selesa Mahasiswa
4)     Kurang penghormatan dari masyarakat
5)     Tekanan media
tuntutan!!!

Saya tertarik dengan point yang ke-3 untuk dijadikan tajuk pekongsian pada kali ini. Play safe dalam hidup siswa, kurangnya kesedaran dalam mendepani isu-isu nasional, kurang maklumat akibat kurangnya budaya membaca dan mengkaji. Ketika Mak Bedah dan Pak Mail di pasar borong berbicara soal subsidi dan kemelesetan ekonomi, mahasiswa sibuk berdiskusi soal remeh temeh, tak kurang juga yag sibuk bergosip, dan ada juga yang hidup dalam dunia mereka sendirian.

Di kolej kediaman mahupun rumah sewa, unsur hendonisme ataupun hiburan mengambil tempat berbanding diskusi ilmiah, debat dan budaya ilmu yang lain. Ditambah lagi dengan kehadiran pelbagai kemudahan dunia tanpa sempadan seumpama facebook yang digunakan sekadar untuk bersosial semata-mata. Hingga tidak tahu apa yang berlaku diluar kepompong mereka. Paling malang apabila kolej kediaman atau asrama diperintah secara PDRM mahupun SPR, hingga usrah, majlis ilmu, dan diskusi diperlekeh serta dihalang seolah-olah budaya ini sebagai aktiviti pengganas.

nahhh
Selagi mana hendonisme, takpedulisme dan sekularisme menguasai minda mahasiswa dan terus membarah dalam jiwa muda, jangan mimpi untuk melahirkan Sultan Muhammad Al-Fateh, Usamah bin Zaid dan pemuda-pemuda yang menjadikan Allah sebagai Matlamat hidup. Jangan sampai 9/7 berlalu macam hari biasa... Wahai mahasiswa DUNIA SEDANG MEMAINKAN KITA, SEDANGKAN SULTAN NURUDDIN AL-ZANKY, MEMAINKAN DUNIA SEHINGGA DUNIA BERDUKA DAN BERPUTUS ASA.

Monday 20 June 2011

MEREKA MENDAMBA, KITA TERLUPA

mata ini memandang
hati ini melayang
jiwa ini beterbangan
menyingkap tirai kehidupan

bersuka dan gembira
ketawa dan bersenda
sedangkan mereka terleka
ada juga yang dah terlena
kerana tidak mengerti atau lupa
kepada aturan Sang Pencipta

bergelumbang dalam zon selesa
memandang dangkal terhadap mereka
sedang mereka menunggu ledakan kita
tunggu terus menunggu sampai ke tua

mereka bertanya mana kita
kita jawab dengan ketawa
mereka mintak ditarik semula
kita buat-buat lupa
kerana kita sudah selesa
dalam bi'ah yang tersedia

bukan syabab dan rijal begini yang dicipta
yang lemah bila bersama
yang takut bila bersua
yang lari bila berjumpa
yang bodoh bila ditanya
mana syabab dan rijal yang dicita...
mereka terus mendamba
kita terus terlupa




12.30 p.m 

Saturday 4 June 2011

 SUSAHNYA OI!!!

Salam keikhlasan kepada pejuang agama…
         
Lama sungguh minda ini tidak berpusing untuk meninta sesuatu dalam sesawang ilmi…

Hari ini kita menggelarkan diri sebagai pejuang Islam,… bila kata pejuang… kita merupakan seorang pembawa dan penegak kepada sesuatu… tak boleh lari kita mesti memahami sesuatu yang kita perjuangkan itu... Dan sesuatu yang kita perjuangkan itu ialah Islam…

Selalu yang kita dengar… bila nak bawa islam ini kena ada keikhlasan yang tinggi… apa itu ikhlas??? Sebut sahaja ikhlas, kita akan terbayang segumpal hati… mana mungkin bila sebut ikhlas terbayang perut, kepala luntut dan sebagainya… ini membawa makna ikhlas tu berada di hati…

Hati??? Al-qalbu??? Heart??? Apa yang kita faham tentang hati ini??? Dan suka untuk saya sentuh tentang hati pejuang… hati kita boleh terbahagi kepada 3… suci, sakit, mati… untuk memudahkan kefahaman saya bawakan analogi air mineral, air tea o, air kopi…

Apa bila gula dimasukkan ke dalam ketiga-tiga air ini, pastinya gula dalam air mineral yang paling jelas kelihatan, air tea o kabur sedikit, dan air kopi langsung tidak kelihatan…

Begitu juga hati yang suci mudah terkesan bila dosa menjamah masuk,.. hati yang sakit kekadang terasa akan dosa, kekadang macam biasa,.. dan hati yang mati, langsung tidak merasakannya malah terus berbangga…

Dan ikhlas itu pada hati yang suci… dan sekali sekala muncul pada hati yang sakit,.. dan langsung tidak mahu menjengguk pada hati yang mati…

Teman teman…

Hati selalu dicucuk-cucuk, disepak-sepak dan kadang-kadang ditikam-tikam dengan pelbagai ujian… nak masuk mesyuarat berpakaian kemas agar timbalan tengok nampak segak… nak bagi tazkirah di khalayak buat persiapan awal agar  orang tertarik dan menyangjung kita… Apa nie??? Tak kurang juga cari kesempatan bermesej dengan muslimat/muslimin… menggunakan alasan gerak kerja untuk menawan hati si dia… Aduh… sungguh kotor hati ini...

Bila ini terjadi… ikhlas sudah lari… matlamat telah mati… perjuangan yang didokong tewas lagi… nusrah Allah meninggal pergi…

Habis tu… nak ikhlas, masuk mesyuarat pakai pakaian selekeh ke??? Nak ikhlas, tak payah buat persediaan awal atau tak payah bagi tazkirah ke??? Nak ikhlas, tak perlu bergerak kerja dengan muslimat/muslimin ke???

Jawapannya ialah Tidak… mesyuarat teruskan mesyuarat dengan style yang kemas, tazkirah teruskan tazkirah, bergerak kerja teruskan gerak kerja…

 Cuma… sentiasa fight dan beristighfar bila musuh-musuh hati menikam… syaitan mahu memainkan hati kita, tapi kita kena kuat agar kita pula memainkan syaitan sampai syaitan berduka…

Sahabat-sahabat,

Dibawakan beberapa peristiwa

Ada seorang teman, aliran professional dalam bidang sains…. bila bersamanya selalu mulutnya berkumat kumit menyebut zikrullah dan kepalanya tergeleng-geleng… setelah di kaji, rupanya dia sedang berlawan dengan musuh hati… yang selalu mengintai-intai untuk menjejak masuk… setiap libasan dan lintasan di tahan dan terus dipertahankan, serta terus dilawan sehingga dapat ditawan… kerana risau nusrah Allah menjauhkan diri…

Seorang lagi teman… mendapat jawatan yang besar dalam organisasi setelah setahun bergerak aktif dalam organisasi tersebut… bila mendapat jawatan ini, perkara yang dirisaukan ialah hati dan amalan yang teramat aktif dahulu… takut sangat-sangat… aktif dahulu kerana mahu mendapatkan jawatan yang diamanahkan sekarang… dan risau dihadapan ALLAH nanti bila di panggil nama…

 “HAFIZ, dulu kau aktif di dunia dalam organisasi bukan kerana Aku tapi kerana jawatan, dulu Aku dah bagi jawatan pada kau maka cukuplah balasan mu di dunia itu, sekarang Aku lemparkan kamu dalam neraka”… Allah… Aku tak mahu begini…

Teman-teman begitulah hati selalu menguji kita… jangan kita malas nak berjuang kerana tidak ikhlas… bagaimana mungkin hendak ikhlas dalam berjuang andai kita tidak berjuang… mana mungkin hendak ikhlas dalam solat jika kita tidak solat… jangan lari dari masalah hati (ikhlas), tapi teruskan perlawanan sehingga mereka berputus asa dengan kita…

Dalam perjuangan ada juga hati yang mudah terasa dengan rakan perjuangan… kerana :

Kurang faham terhadap sunnah perjuangan yang selalu diuji dan tidak akan pernah dihamparkan dengan permaidani merah…

Selalu minta difahami dan tidak pernah mahu untuk memahami…


Dan sedikitnya kita mahu dekatkan diri dengan yang Maha Memahami dan yang Maha Penolong…

Bertitik tolak dari masalah ukhuwah dan thaqafah serta nusrah Allah SEBENARNYA… menjadi punca…

So, masa untuk berubah… mengubah hati kita agar lebih kental dan bersedia dengan sebarang kemungkinan… andai lemah… sujud pada Maha Kuat… andai buntu… sujud pada Maha Petunjuk… andai kotor… sujud pada Maha Suci… andai hamba sujud pada Ilahi….

Semoga hati kita bersih dan kuat dalam mendokong Islam… dan diharapkan artikel ini tidak menjadi sampah tapi menjadi satu sumpah untuk berubah…