Selamat bersua
dari budak kecil yang masuk air [kata seorang kawan pada budak... hehe]
Tiada apa yang
menarik nak kongsikan pada entry kali ini, Cuma budak ada sedikit benda nak
kongsi. [ayat pening, huhuhu] Semester nie budak ada belajar satu madah yang
agak pening jugak la... nama madah tu : Creative Thinking and Problem Solving
[CTPS]... Adeeehhh..
Dalam kepeningan
tu, budak terjumpa ‘something’ yang sangat mengubah cara pandang budak pada
sesuatu. Dan budak try relate kan dengan Gerakan yang budak sertai...
Ternyata teori
ini sangat seronok jika diimplementasikan, bila baca teori atau tips-tips [apa2
saje], pasti minda semacam terbang masuk ke dunia fantasi [yang] manusia
dalamnya beramal dengan teori yang dibentangkan.
Contohnya,
seorang Muslim dengan muslim yang lain ialah saudara, itu satu falsafah
kehidupan muslim,.. tapi ada juga muslim dengan muslim yang lain semacam musuh,
tapi, kita akan terilusi untuk berada dalam suasana semua muslim itu bersaudara.
Begitu jugak,
apa yang budak nak dalam gerakan yang budak sertai ini lakukan. Terjemahkan
teori yang ada.
Ok, kembali
pada CTPS tadi, dalamnya ada satu subtopik yang menyebabkan budak lupa pada
kepeningan yang berlaku tadi. Subtopik yang mengajak budak untuk mencari titik
halus perbezaan antara 2 perkara yang selalu ditanggapi sebagai sama oleh ramai
orang.
Jadi, budak
cuba relatekan apa yang budak dapat nie, untuk budak amalkan dalam gerakan
ini,In Sya Allah [walaupun tahu sukar, tapi belajar untuk berubah]. Sekiranya
budak mahu jadi seorang ahli Gerakan yang baik, maka budak perlu....
Tahu bezakan
antara Sosok Tubuh Individu dengan Idea yang disampaikannya.
Makanya, ramai
yang tidak mampu bezakan ini, hinggakan ada yang menuduh orang yang mengkritik
idea Presiden sebagai kurang ajar dan tidak menghormati Ulama’. Ini sudah
silap, mengkritik idea yang disampaikan oleh individu tidak bererti tidak
menghormati individu tersebut. Yang difokuskan ialah idea, maka perbahaskan lah idea tersebut
dengan ilmiah dan jujur. Nak bangkang atau sokong, buatlah secara berfakta dan
ada pembuktian.
Demikian juga,
ketidakmampuan buat perbezaan ini, menyebabkan sekelompok anak muda, bila
mengkritik idea Presiden sengaja mengaitkan dengan slogan Ulama’ tidak pandai
memimpin malah ada yang mencerca dengan makian pada sosok tubuh seperti, perut
besar dan sebagainya. Mengkritik idea tidak menghalal untuk kaitkan status
individu tersebut dalam pertembungan idea,inikan pula mencerca dan mencaci
sosok tubuh kerana tidak sama ideologi.
Ada juga, yang
bila mendengar satu-satu idea yang keluar
dari tokoh yang dikagumi dan di-excited-i, maka di terima bulat-bulat. Maka penerimaannya
bukan kerana keabsahan dan kebenaran idea, tapi kerana sosok tubuh yang
mengeluarkan idea tersebut. Contoh yang kagum dengan kepimpinan ulama’,
menerima apa-apa idea [konteks politik] yang dikeluarkan oleh ulama’, walaupun
mungkin idea itu kurang bernasnya.
Ada sebelah
sikap lagi, bila mendengar satu-satu idea yang dikeluarkan oleh tokoh yang
dibenci dan dipenuhi prasangka, maka, ditolak mentah-mentah idea tersebut tanpa
melihat kekualitian dan kebernasan idea tersebut. Ditolak idea kerana sosok tubuh yang tidak digemari.
Contoh yang benci dengan kepimpinan ulama’, menolak mentah-mentah idea
[politik] yang dikeluarkan oleh ulama’, walaupun idea itu relevan dan mendasar.
Rasanya banyak
kalam, yang menyokong subtopik ini, contohnya, lihat pada APA yang disampaikan,
bukan pada SIAPA yang menyampaikan. Hatta orang kafir sekalipun, Nabi pun
buktikan dalam perang Khandak bila mengambil idea [strategi] daripada Salman
Al-Farisi, sedangkan idea [strategi perang] tu diambil daripada negara Farsi,
farsi tika tu masih beragama majusi. Walaupun Majusi, tapi idea itu idea yang
bernas dan sesuai pada saat itu untuk dilaksanakan. [sebenarnya subtopik nie
pun dalam buku yang ditulis oleh non-muslim... kafirkah aku??? J ]
Ketidakmampuan
budak untuk keluar dari trap penilaian ini, tidak memungkinkan untuk Gerakan
yang budak dokongi ini untuk maju kedepan. Susah untuk mewujudkan
profesionalisme ini dalam diri... Alahai diri..
Setelah itu,
budak meneruskan lagi kepeningan dalam madah tersebut, dan budak terjumpa lagi
satu point, kali nie bukan lagi menjentik, tapi menamparkan hati budak. Budak
cuba kaitkan dengan gerakan yang budak sayangi ini, difrasa namakan dengan
2 Perkara yang
mesti di-NYAH-kan oleh ahli Gerakan.
2 perkara ini sangat
penting untuk dihapuskan atau di-NYAH-kan dalam bergerak kerja secara berkumpulan
atau secara kolektif atau secara berjemaah, untuk membawa Gerakan yang
didokongi menuju Gerakan yang baru.
1] nyah-kan Self censorship : ahli gerakan kena elakkan daripada merasa takut untuk bercakap sesuatu yang bertentangan dengan kumpulan majoriti [selagi tidak diputuskan secara konsensus@syura] kerana tidak mahu dianggap karut dan membuang masa ahli jemaah. Sekarang sudah tiba saatnya untuk keluar dari penjara ketakutan demi mengutarakan idea untuk dinilai dan diperhalusi secara bersama.
2] nyah-kan sikap Pressure on dissenters : ahli gerakan kena membuang sikap melabelkan mereka yang “menentang” sebagai penentang dan elakkan diri mempersoalkan kesetiaan mereka kepada Gerakan. Pertembungan idea ini sentiasa berlaku selagi mana akal itu berputar pada paksinya [Islam].
Nyahkan 2 perkara ini terutamanya dalam sesi perbincangan dan brainstorming untuk mencari sebuah penyelesaian kepada masalah yang timbul. [banyak budak nak hurai, tapi takut panjang, jadi macam x seronok lak, panjang2 nie… adeehhh]
1] nyah-kan Self censorship : ahli gerakan kena elakkan daripada merasa takut untuk bercakap sesuatu yang bertentangan dengan kumpulan majoriti [selagi tidak diputuskan secara konsensus@syura] kerana tidak mahu dianggap karut dan membuang masa ahli jemaah. Sekarang sudah tiba saatnya untuk keluar dari penjara ketakutan demi mengutarakan idea untuk dinilai dan diperhalusi secara bersama.
2] nyah-kan sikap Pressure on dissenters : ahli gerakan kena membuang sikap melabelkan mereka yang “menentang” sebagai penentang dan elakkan diri mempersoalkan kesetiaan mereka kepada Gerakan. Pertembungan idea ini sentiasa berlaku selagi mana akal itu berputar pada paksinya [Islam].
Nyahkan 2 perkara ini terutamanya dalam sesi perbincangan dan brainstorming untuk mencari sebuah penyelesaian kepada masalah yang timbul. [banyak budak nak hurai, tapi takut panjang, jadi macam x seronok lak, panjang2 nie… adeehhh]
Budak kira, ini point
yang terakhir untuk budak kongsi setelah budak terasa sangat-sangat tercocok
dengan point terakhir ini. Termenung juga lah budak kena tosokan daripada point
ini.
Tosokan ini budak
frasakan dengan nama
Bersabar dengan Idea Baru dan Perlewatkan Penilaian dan Kritikan
Idea baru selalunya
dianggap jelek, jijik, pelik, tidak bijak dan ganjil pada awalnya. Sebab benda
nie, kita baru jumpa, mesti terkejut [walaupun hakikatnya ianya dah lama]. Namun,
selepas beberapa ketika barulah idea baru [dah jadi lama] itu diterima, dilihat
praktikal dan bijaksana. [Inilah proses kelahiran idea baru yang pastinya ada
kesakitan sebelum masuk era kematangan].
Oleh itu, penting
untuk kita tidak tergesa-gesa memberikan penilaian dan kritikan kepada satu2
idea baru, sekiranya kita terlalu cepat mengutuk dan memperlekehkan idea
tersebut, bermakna kita tidak memberi peluang untuk idea itu dibuktikan
sebenarnya baik. Walaupun sebenarnya, idea baru masih banyak kelompongan yang
mesti ditampung untuk membentuk idea yang matang.
Dan perlu juga
diingatkan kepada pemberi idea, sememangnya proses penampungan pada kelompongan
idea itu datang dalam pelbagai cara, [macam2 lah, mungkin dilabel, dicerca,
diperlekeh ] sehinggalah ianya betul2 matang dan diterima masyarakat. Tengok
sejarah agama Islam pun dah cukup. Pemberi Idea pun kena bersabar dan
perlewatkanlah emosi dan putus asa, kerana manusia dalam Gerakan ini ada pelbagai ragamnya. Dan anda
pun ada ragam anda tersendiri J…
Rasa cukuplah dulu…
teman2 doakan budak, dalam fatrah exam nie… tetiba rasa nak muntah, budak
muntahkan dululah, nanti tak syok jawab exam…
Akhir sekali, Terima
kasih buat Dr Mohd Nasir Bin Masran, yang mengajarkan Madah ini… dan
budak-budak USIM-DQ yang membantu memahamkan bahasa English tersebut.. huhuhu
![]() |
Budak pun bersama Kepimpinan Ulama'..huhuhu |
Sekian dari budak
hingusan dalam Gerakan….
8.20 pm
14 Jun 2013
Pemikiran
Kreatif dan Penyelesaian Masalah
[USIM]
The Art of
Thinking; A Guide to Critical and Creative Thought
[Vincent Ryan
Ruggiero]
No comments:
Post a Comment