Salam membuak-buak dan menggelegak dari budak buat semua
mahasiswa IPTA…
Hangat Pilihan Raya Kampus makin dirasai, semacam habanya
menjilat roma bulu kaki, wapnya tempias ke dalam hati, dan aromanya menggugat
ketenteraman lubang hidung mahasiswa dan mahasiswi…
Budak menulis ini kerana gerak hati yang terbias pada
jari dan akhirnya membentuk susunan kata yang kalian sedang teliti… walhal,
tiada apa pun yang tersirat dalam tulisan budak-budak yang makin mengerti, erti
sebuah perjuangan student university…
Budak ingin memuntahkan sedikit pesan buat Mahasiswa dan Mahasiswi yang akan
menentukan jatuh bangun sebuah KERAJAAN MAHASISWA di universiti masing-masing…
Pilihan ini merupakan suara kita, suara dalam menentukan
hala tuju kebajikan dan education yang akan kita tempuhi, so, jauhkan diri dari
berdiam diri dikongkong oleh enaknya bantal dan empuknya tilam…
Budak kagum dengan mereka yang turun ke Himpunan Merdeka
Kampus yang menuntut beberapa tuntutan yang mahukan Mahasiswa diberikan hak yang
sepatutnya, terutamanya dalam konteks politik kampus
Mahasiswa kena berani untuk menyatakan pendirian, jangan
sampai idealism, intelektualisme, dan aktivitisme mahasiswa diramas2 oleh
mereka yang ada kepentingan tersendiri…
Pesan budak kepada abang-abang mahasiswa yang sedang
berjuang, supaya mereka meperteguhkan pendirian, tetap mempertahankan tuntutan
merdekakan kampus, jangan lakukan provokasi dan mungkin cukup untuk mereka
terus berdiri dan katakan TIDAK kepada penipuan dalam PRK…
Kerana apa perlu katakan tidak??? Tiadalah satu
pengiktirafan yang paling ternilai, sekiranya kita dikagumi oleh orang yang
kita kagumi… contoh, apa perasaan kita bila pensyarah kita bagitahu ‘saya kagum
dengan kamu…’ sudah semestinya kita akan gembira 4 hingga 5 minggu,.. namun
disana, ada seorang insan yang hebat dalam sejarah umat islam, beliau kagum
dengan mereka-mereka yang berkata TIDAK…
Beliau ialah Saidina Umar Al-Khattab yang pernah
melafazkan kata : Aku mengagumi seorang Muslim yang apabila diugut melakukan
perkara hina, dan sekiranya dia tidak mahu [lakukan], ianya akan ditenggelamkan
ke dalam bumi… lalu dia tetap menjawab : “TIDAK” dengan penuh keyakinan….
Ok… sekiranya tiada mampu untuk katakan tidak… jangan
sampai kita tidak mampu untuk berjihad dengan HATI, Adakah jihad dengan hati
ini sekadar membenci?? Atau sekadar buat-buat xreti??? Atau buat-buat sakit
hati kemudian senyap menyepi???
Nah, ambillah penjelasan Yusuf Al-Qaradhawi berkaitan
dengan jihad dengan HATI ini… kata beliau jihad dengan hati iaitu menggelegak
dalam hati, menunggu masa untuk meletup dengan melaksanakan perbuatan yang
positif…
Dan buat penggerak Pro- Mahasiswa, yakinlah akan sunnatullah
iaitu selepas kesusahan akan ada kesenangan, selepas malam akan terbitnya
fajar,… dan ingatlah akan hadis Nabi yang berbunyi “Sesungguhnya mereka melihat
kezaliman berlaku sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa maka bersiap sedialah
dengan balasan ALLAH yang akan mengenai semua orang”…
MAKANYA.. daripada kita bersiap sedia untuk menerima bala
dari Allah, lebih baik kita bersiap sedia untuk melakukan sesuatu… oleh itu,
budak kata, Mahasiswa kena lakukan sesuatu…
Dan buat ‘pemerintah’ university yang enggan memberikan
keadilan kepada mahasiswa, dan masih berlaku zalim kepada mahasiswa, dan
seolah-olah menganggap posisi sekarang sebagai sembahan… maka, malapetaka “pemerintah”
ini dan “pemerintah-pemerintah” yang zalim seumpamanya, yang mana "pemerintah" ini buta tidak melihat, pekak tidak mendengar, bodoh tidak faham, hati batu
yang tiada perasaan, terhadap peristiwa-peristiwa lampau yang berlalu tiada
diambil iktibar dan pengajaran… tunggulah balasan Tuhan…
Sebelum melabuhkan kalam, budak tahu, result atau
keputusan PRK ini amat penting kepada parti-parti politik terutamanya kepada
parti yang memerintah… PRK ini merupakan bacaan pertama terhadap sesebuah parti
politik pada pandangan anak muda dalam menghadapi PRU13 nanti… namun begitu, janganlah
“merogol” neutraliti sesebuah institut
pengajian tinggi dengan “gangguan-gangguan” yang tidak sepatutnya… biarkan mahasiswa bergerak mengikut rentak
mereka…
Bersama-samalah kita memastikan kemenangan ini berpihak
kepada Mahasiswa… bukan kepada boneka “pemerintah”…
Hahaha… budak muntah darah yang bernanah…
Tulisan ini umum tidak khususkan pada mane2 pihak, kalau
yang terhidu bau kentut, maka dia akan hidu bau busuk..hahahahaha
Sekian dari budak hingusan.