budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Saturday 5 November 2011

Pemuda : Sampah Atau Sumpah???


Salam dunia,
Dunia yang mengajar erti kezaliman, dunia yang mendidik erti kejahilan, dunia yang memuntahkan sampah untuk manusia…

Sekelip mata sepandang hati, tetiba hati ini meloncat-loncat mahu meninta sesuatu yang tiada di tahu…

Mengharap ukiran kata ini datang dari hati bukan dari jari yang tiada mengerti..

Jauh termenung melihat kelompok pemuda, yang sarat dengan semangat revolusi, mahu mengubah walaupun rebah…tetap melawan walaupun ditawan… teringat pada susuk tubuh pemuda bernama Usamah Bin Zaid yang bertindak sebagai panglima perang, terlintas juga pada pemuda-pemuda yang menjadi pendokong kepada setiap isme yang ada dalam dunia ini…

Mungkin kerana inilah, sebuah kerajaan yang penduduknya 96%  muslim, telah mengeluarkan arahan kepada remaja yang berusia 18 tahun kebawah dilarang ke masjid.. ekoran tertempias dengan peristiwa revolusi di Tunisia dan Mesir yang di dokongi oleh pemuda-pemuda.

Dahulu minda ini terbang mahu melihat pemuda yang sarat dengan Ilmu, begitu mesra dengan masjid yang sof pertama menjadi santapannya, tahajud menjadi juadah difajar hari, al-quran menjadi siulan-siulan masa lapang, bersama dalam satu sof perjuangan, dan  sampai sekarang minda masih terbang menginginkan pemuda begini.

Bila membaca buku sirah dan perkaitan dengan kepemudaan, terasa mahu berada sama dalam kisah tersebut, melihat pemuda mukhlisin beraksi secara live, selalu jiwa ini terliur mahu melihat sejarah yang ditinta dalam buku terbungkah ke alam nyata.

Namun bila, diungkit berkenaan perkara ini pada sahabat seperjuangan, hanya pandangan dan senyuman sadis menjadi balasan… tetap berusaha, bila menjadi leader, meletakkan taklifat solat jemaah wajib untuk diri dan rakan pimpinan yang lain, sebagai langkah pertama mencukil sejarah.

Susah memang susah, bila membaca ukiran sejarah al-fateh, terasa mahu sifarkan peninggalan tahajud… adakah sedang berimaginasi atau impian yang terlalu luar biasa untuk dicapai oleh manusia biasa.

Ah… sukanya hati buat perbandingan, sedangkan diri belum setanding mana pun… namun mesti diterjemahkan jua,..

Pemuda sekarang lebih gemar mengunyah tentang pemudi, lebih intim dengan keselesaan sehingga manja dan diman teramat sangat, bila bertembung gerak kerja perjuangan dengan rehat atau keselesaan yang lain, selesa itu selalu dijamah,. Malas tahap gaban, buku dilambak-lambak tanpa tilikan, mungkin lebih baik dari yang tiada simpanan buku.

Bila ditegur, mula buat muka, pelbagai tohmahan dimuntahkan… tegasnya, tiada memahami, dan pelbagai lagi…

Teringat diskusi bersama teman dibangku kantin sekolah yang resolusinya :

“nak ikut orang nie susah, itu tak betul, ini tak betul, sebab yang menjadi susah kerana penilaian betul dan salah berdasarkan emosi dan egois manusia, namun andai suara manusia itu berdasarkan suara Tuhan, tiada yang susahnya kecuali mereka yang egois dengan emosi…”

Pemuda, pengetahuan itu sesangat penting untuk kita jadikan sebagai neraca perjalanan, jangan emosi dan egois menguasai minda dan jiwa kepemudaan dalam dos yang lebih.

Sebagai akhir kata, pemuda yang beriman dan berilmu mampu membuatkan dunia jemu, malah mungkin akan menjadi debu, sekiranya pemuda tidak berperanan maka gerak kerja Islam akan mati, oleh itu, sebelum saudara mati jangan biarkan ia (gerak kerja ISLAM) mati…

jamahlah sedikit rekaan kata ini :

Pemudakah
Tidur mendahulu langkah
Selesa mengatasi lelah
Malas akhirnya kalah

Pemudakah
Berdakapan dengan sejadah
Al-quran menjadi madah
Qiamulail sebagai riadhah
Murabbi meluncurkan mahabbah
Neraca hidup kalimah syahadah 

Pemudakah
Strategi meredah
Semangat rendah
Ingkar qiadah
Buat mudah

Pemudakah
Membawa saadah
Perjuang al- adalah
Jauh syubhah
Islam diterjemah

Ini pemudakah
Ya… bukan sampah
Tapi satu sumpah
Demi berubah
Serta merubah
Seantero Ummah.








1 comment:

  1. tahniah satu cubaan ke arah menulis dengan lebih berani dalam melontarkan pandangan....truskan usaha ini..,mudah-mudahan sdikit penulisan kita yg tidak seberapa ni dapat menjadi bayran di akhirat kelak....~

    ReplyDelete