budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Saturday 9 June 2012

THIQAH KONTRAK????


SALAM…
Budak-budak kecil datang lagi…

Hari nie saja2 nak menulis kat blog, daripada duk tengok RTM dan TV3 yang menambahkan dosa (budak tengok TV3 n RTM pasti akan menyumpah… huhuhu)

Nak tulis sal politik, budak bukan politikus… nak tulis sal tasawuf, budak bukan ahli sufi… nak tulis sal fekah, budak bukan fuqaha’… so, budak hanya boleh tulis sal cerita2 je, sebab budak ialah budak…

Nak dijadikan cerita, dulu budak joinlah jugak organisasi Islam, time baby aritu… so, adalah lebih kurang 50orang mujahid dan mujahidah… yang berkopiah dan bertudung labuh… THIQAH2..

Hebat dulu bicara sal islam… bergegar seluruh penjuru madrasah dengan bulatan usrah… semacam tsunami usrah melanda bumi madrasah… ramai jugak yang terkesan, seolah2 kalau xjoin usrah rasa aib..(bagi yang rasa lah…)

Detik terus mendetik, 50orang mujahidin…sekarang tinggal 15orang, dah keluar dari kempopong… tengok dunia yang luas sikit, terus terkejut macam beruk terdengar mercun bola… terlompat-lompat… akibat takjub dengan benda baru.. (baru bagi mereka la, padahal benda dah klasik, baru jumpa katakan)

Culture shock ke???
Budak rasa bukan kejutan budaya, tapi ngada-ngada sebab dah lama sangat duk peram… maka, inilah masa untuk lepaskan… bbboooommmm… AKU DAH BEBAS,… xperlu nak thiqah-thiqah lagi, apa barang Wara’???

Kuikuikui… maknanya jadi baik time duk di madrasah je lah… Allah tu ada dalam madrasah je??… bila keluar, dari madrasah maknanya keluar dari pengawasan Allah???…  adoooiiii… Allah bertempat ke??? MUJASSIMAH la pulop…

Jadi hamba Allah dalam madrasah je… keluar madrasah, jadi hamba apa???
Ini kaitan dengan aqidah jugak… Aqidah keyakinan bahawa Allah ini Maha Melihat… kalau xyakin tu yang jadi macam-macam bila keluar… (tapi budak yakin, mereka ni bukan xyakin tapi lupa kot)

Kadang-kadang budak pun “futur” jugak… dari jadi hamba Allah… erm.. moga-moga terus Istiqamah jadi hamba Allah… untung lah sape2 yang dapat jadi hamba Allah… budak pun mahu jadi hamba Allah…

Tapi ramai pulop yang salah anggap dengan kalimah Hamba Allah, bila kata hamba Allah mesti Nampak tikar sejadah, buah tasbih, kopiah,… mungkin kena betulkan sikit kot… HAMBA ALLAH BUKAN SEKADAR DUDUK ATAS TIKAR SEJADAH SAMBIL PUTAR-PUTAR TASBIH, TAPI DUDUK ATAS DUNIA SEBAGAI KHALIFAH SAMBIL PUTAR-PUTAR…

Duduk kat mane2 pun kita ialah HAMBA ALLAH, kena usaha jadi hamba Allah dalam setiap perbuatan… letak dalam minda setiap hari macam mane nak jadi hamba Allah???
Camne nak jadikan berak itu sebagai beraknya hamba Allah???
Camne nak jadikan makan itu sebagai makannya hamba Allah???
Camne nak jadikan bercinta itu sebagai bercintanya hamba Allah???
Camne nak jadikan memimpin itu sebagai memimpinnya hamba Allah???
Camne nak jadikan politik itu sebagai politiknya hamba Allah???

Nak tahu macam mane???
ISLAM jawapannya, dengan merujuk Al-quran dan As-sunnah… tapi budak xreti bahasa Arab,… maka, secara mudahnya… Kena lah rujuk ustaz-ustaz yang kita thiqah padanya dan ahli dalam bidangnya… dalam bahasa yang mudah, kena adanya MURABBI untuk dijadikan rujukan setiap masa…

Moga dapat jaga hati kita dimana sahaja, kerana budak menolak WARA’ KONTRAK… ramai kawan budak disekolah@madrasah yang amalkan benda nie… sekarang budak baru lepasi alam kampus… masih menunggu siapa yang jadi pewaris amalan nie…??? Budak risau budak terbabit sama… Nauzubillah, sama2 kita doakan agar tercapainya SALIMUL AQIDAH….

tapi baik jugak THIQAH KONTRAK nie, kerana mengajar kita jadi orang baik, dan moga-moga dengan kontrak ini membuka jalan untuk Allah terima kita jadi hambaNYA, buat selamanya...

YA MUQALLIBAL QULUB THABIT QULUBANA A’LA DINIK WA A’LA THA’ATIK…

Salam Istiqamah buat kekawan, buat budak jugak…hehehe


No comments:

Post a Comment