Salam
budak untuk Malaysia,
Seronok…
itu perasaan yang terdetik dalam hati budak bila dapat berita Parlimen telah
selamat dibubarkan oleh Ayahanda PM beberapa minggu lepas.
Ada
yang berseloroh, kenapa PM pilih hari R.A.B.U untuk bubar parlimen??? antaranya
kerana PM sudah tahu PRU13 ini Rakyat Akan Buang Umno [RABU], huhuhu,
[macam-macam rakyat Malaysia nie]
Apa
pun, kini, setiap Jentera Parti sememangnya sibuk untuk mempersiapkan
kelengkapan ‘perang’ yang bersejarah ini. Parti-parti dengan hebatnya
mengumumkan calon-calon yang akan mewakili parti masing-masing. Di arak pada
hari penamaan calon dengan gahnya, macam raja sehari… tapi dalam 2 3 minggu ini
rakyat akan merasai hakikatnya rakyat itu raja dalam sebuah Negara… sepatutnya rakyatlah tuan dan raja setiap masa, MALANGNYA, rakyat hanya merasa jadi raja 2 3 minggu sahaja itu pun 5 tahun sekali, … oh Malaysia.
Apa-apa
pun, Hebat poster calon dan manifesto diluncurkan pada masyarakat, kami yang
terbaik, dan kamilah pejuang rakyat. Undi kami kalian bahagia, undilah kami
kalian sejahtera, undilah kami BR1M setiap masa. Undi kami tol tiada, undi kami
turun harga… dan pelbagai lagi… rakyat dilayan seumpama raja sebelum ditelan
hidup2 oleh serigala bermuka dua.
Dalam
keghairahan calon-calon yang diumumkan ini, tetiba, tangan budak tercapai buku
Rahsia Kejayaan Generasi Salahuddin tulisan Dr. Majid Irsan Kaylani, terbaca
pula muqaddimah kepada buku ini, yang semacamnya sesuai je untuk fatrah PRU13.
Apa
yang menarik perhatian budak, penegasan yang dibuat oleh penulis berkenaan
kelahiran Hero Ummah iaitu Salahuddin yang membebaskan Al-Aqsa dari tentera
Salib bermula daripada gerakan yang terdahulu lagi, dan bukannya perjuangan
Salahuddin ini seperti pergerakan One Man Show. Tetapi perjuangan yang
dilakukan secara Jamie dan kolektif dari generasi terdahulu sehingga zaman
pembebasan Al-Aqsa.
Betul
jugak, kata pengarang, selalunya penceritaan berkaitan sejarah islam
menyemarakkan faham one man show, yang membawa kesan kepada masyarakat
menunggu-nunggu siapakah yang akan menjadi Salahuddin yang ke-2. Sedangkan
kelahiran Salahudin itu, melalui beberapa peringkat yang membolehkan Salahuddin
bergelar Hero. Sememangnya yang menjadi tunjang kepada perubahan ini ialah Islam,
kerana Islam telah kembali difungsionalisasikan sebagai kekuatan kepada
revolusioner tika itu. Nilai2 keadilan, kebebasan, kesamarataan, kebajikan, menjadi
tarikan kepada rakyat dan nilai ini ada dalam Islam. Tapi bukan islam yang
difahami secara lipstick, tapi islam yang diumpamakan sebagai garam.
Kembali
kita, Penamaan calon pun baru sahaja melambai-lambaikan tangan. Menarik
jugak, penamaan kali ini, dari sudut demokrasi itu semakin subur, kalau lah
BEBAS berjaya tubuhkan parti mereka sendiri mungkin boleh menjadi kuasa ketiga
di antara dua kuasa besar politik Malaysia [pakatan dan barisan]. Barulah
mereka xbesar kepala bila menang nanti ada banyak ‘serangan’ dari parti politik
yang kuat, ditambah pula dengan kekuatan pelbagai kelompok dalam civil society.
Penggeseran
ini sangat baik untuk rakyat tapi sangat menekan untuk parti-parti politik.
Pada rakyat, boleh membuat pelbagai pilihan bukan lagi terpaksa memilih antara
dua. Pelbagai janji manis dapat didengari yang sekaligus akan memberikan
penumpuan pada kebajikan rakyat. Manakala pada parti politik kehadiran banyak
parti akan mengganggu perancangan dan strategi mereka terutama sekali dengan
kehadiran pelbagai calon BEBAS yang lahir dari ahli yang xpuas hati dengan
keputusan parti.
Semakin
hampir kemenangan pelbagai ujian datang untuk mematangkan, dengan merasakan mereka layak untuk menjadi wakil
rakyat, rasa gila jawatan mulai meresap dalam jiwa ahli politik pakatan,
manakala, di meja barisan pula yang semakin menuju kepada kekalahan, berlaku
banyak perpecahan dan lahirnya musuh dari dalaman. [double standard giler ayat]
Sebab
itulah ada yang berentap sesama sendiri samaada dari barisan ataupun pakatan.
Rakyat memerhati sebenarnya, dalam masa mahukan ahli politik menjadi hamba
kepada rakyat, rakyat juga mahukan sekelompok hamba yang stabil dan bersatu
untuk berkhidmat kepada mereka. Kalaulah hamba itu banyak berkata-kata manis
tapi bila bekerja masing-masing bergaduh, yang pening ialah tuan iaitu rakyat
itu sendiri.
Moga
berjalan dengan baik PRU kali ini, sebelum budak melabuhkan tirai muntahan ini,
budak ada simpan angan-angan tapi tak tahu lah samaada ianya releven atau
sampahan, namun budak ingin kongsikan juga harapan budak ini. Teringin untuk
lihat Pakatan yang memerintah Putrajaya dan paling yang budak teringin lihat,
kabinet menteri yang dilantik dalam kerajaan Pakatan Rakyat ada dilantik juga
menteri dari BN yang berkelayakan… berkhidmat untuk rakyat rentas parti…
Wallahua’lam, tapi inilah angan-angan budak yang mungkin agak utopia buat masa
ini.
Sekian
dulu muntahan budak dalam tempoh PRU ini, budak hanya memerhati dengan mata,
jika mendongak ke atas budak tak nampak yang dibawah, kalau budak tunduk ke
bawah, budak terlepas yang diatas, begitu jugak kalau budak melihat ke hadapan,
yang belakang budak terlepas pandangan, begitulah sebaliknya… makanya, mohon
bantuan semua untuk menjadi mata kepada budak dengan menegur dan memberikan
nasihat jika ada yang tersalah… hehehe…
Wassalam..
21
April 2013
9.40
a.m
Gelombang Persisir Waktu
Memahami Islam Sebagai Sebuah Gerakan Ideologis Yang Mencerahkan dan Membebaskan
Rahsia Kejayaan Generasi Salahuddin
No comments:
Post a Comment