budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Saturday, 27 October 2012

SUDUT PANDANG YANG PENING???

salam berbudak-budak


agak lama budak tidak meludah dan memuntah di blog ini, mungkin dihimpit kesibukan menjadi student sarjana muda yang perlu memenuhi 23 jam kredit...


tiada apa yang nak ditintakan, sekadar luahan perasaan yang sudah lama terkurung dek sabar,.. melihat dan meneliti mereka yang dikatakan pejuang kebebasan... mulanya budak berbangga, namun akhirnya mereka menjilat ludah mereka sendiri...


manusia akan berbeza pandangan kerana memandang dari sudut yang berbeza... maksud sudut ialah posisi dan kapasiti mereka yang memandang... sekiranya berbeza sudut pandangan, maka natijahnya turut berbeza... contohnya seseorang rasa teruja bila melihat laptop dari sudut depan kerana adanya skrin mengasyikkan, manakala seseorang lagi rasa biasa bila melihat laptop dari sudut belakang kerana sama sahaja cap ASUS, dari posisi yang berbeza pada sesuatu benda yang sama sudah pun membawa kepada natijah yang berbeza... 



begitu juga dengan kapasiti yang berbeza, seorang guru melihat laptop akan membayangkan laporan pengajaran, markah murid dan soalan-soalan ujian, manakala pakar komputer melihat laptop mereka membayangkan software2, hardware2 dan sistem input atau ouput... 


dan menjadi kesalahan kepada yang berada di depan memarahi mereka yang dibelakang kerana tidak berasa teruja bila memandang laptop... dan salah juga kepada si pakar komputer memarahi guru kerana tidak membayangkan apa yang dibayangkan olehnya...



dan juga silap sekiranya mereka yang dihadapan memberi ulasan dari sudut belakang laptop, kerana mereka tidak merasai bagaimana berada di posisi belakang laptop, yang sepatutnya menghuraikan belakang laptop ialah mereka yang duduk dibelakang laptop... 



tapi kena ingat, pandangan ini tetap tertumpu pada sebuah laptop, dan cuma berbeza sudut pandangannya... tapi ramai yang bergaduh kerana sudut pandang yang berbeza... untuk selesaikannya, sama-sama memahami sudut pandang masing-masing, apa salahnya yang dibelakang bergerak ke hadapan untuk melihat bagaimana si hadapan melihat laptop, begitu juga sebaliknya... [berada dalam situasi si pemandang akan membuatkan anda lebih tenang untuk memandang]


anda boleh menghuraikan sebuah laptop dengan baik bila anda gunakan multi-view atau multi-dimension dalam memandang sebuah laptop, 



ini cara pandang budak, dan sememangnya pandangan budak akan berbeza dengan pandang orang tua, dan orang tua xboleh marah budak, sebab budak pandang berdasarkan pandangan seorang budak, tapi orang tua boleh marah budak, jika budak salah menggunakan pandangan orang tua. 


dan budak pun kena sedar sudut pandang mana yang budak guna, kalau orang kata pandangan ko macam -pandangan budak-budak, maka budak tidak akan marah, kerna budak tahu memang pandangan ini pandangan budak2 sebab budak guna memandang dari sudut seorang budak..


hehe, budak pun pening, dengan apa yang budak tuliskan ini, tapi ini sebagai rumusan awal yang banyak kelompangan yang mesti tampung, so, bagi mereka yang membaca 'sampah' ini, apa lagi tolong budak dalam memandang, kerna budak takut, budak tersilap pandangan.


Selamat Hari Raya Korban...

sedikit kata-kata semperna Hari Raya Korban...

terkesan dengan pengorbanan seekor lembu, melihat darah yang terhembur keluar, menyebabkan aku terpandang pada diri sendiri, dengan lintasan di hati,

"lembu rela berkorban dengan menyerahkan diri kepada Tuhan, aku nie, nak berjuang pun malas apatah lagi berkorban, baik lembu dari aku"




Thursday, 27 September 2012

Membina Impian [USRAH]???

salam gembira dari budak...

Gelombang pilihan raya kampus masih lagi bergelora, PRK UM masih berbaki 2 kerusi yang perlu diundi, dan PRK UIAM yang penuh dengan cerita "tragis"... dan setaman tahniah buat Gabungan Mahasiswa Ukm [GMUKM] dengan kemenangan yang agak besar...

namun, kali ini budak bukan nak bercerita pasal PRK, kita tinggalkan sekejap...

Alhamdulillah, budak rasa sangat happy pagi ini, dan sungguh gumbira sampai tidak terkata... huhuhuhu

masa mula-mula, masuk arena ijazah, budak dan member2 tanya senior, kat dalam nie ada USRAH atau x??? dan jawapan yang budak dapat, belum ada lagi...

zaman revolusi kot...


bila begitu.. membuatkan kami, merancang satu agenda besar, untuk menjadi pelopor atau pecentus kepada kewujudan USRAH diperingkat ini... hahahaha [poyo giler]

ALHAMDULILLAH, perancangan ini telah berjaya dengan dokongan member2 budak... dan pada 27 September 2012 Pukul 9.30 malam, tercatitlah satu sejarah dengan gahnya budak dan member2 telah meletakkan tapak asas dalam arena Ijazah iaitu USRAH...

satu istilah yang membuatkan jiwa ini tergoncang dengan sendirinya, dan yang paling menggetarkan jiwa bilamana semua member2 budak melontarkan idea pandang masing2 berkaitan usrah,.. kepelbagaian latar belakang dan pemikiran [fikrah] menjadikan USRAH kali ini makin mendebarkan...

dan ianya akan diisi mengikut kesukaan kami sendiri, hahaha

permulaan yang sangat baik... namun bagaimana pertengahannya dan perngakhirannya???
nantikan siri-siri pendedahannya... kemanakah USRAH ini???

Thursday, 20 September 2012

Sekilas Pilihan Raya KAMPUS???


Salam membuak-buak dan menggelegak dari budak buat semua mahasiswa IPTA…

Hangat Pilihan Raya Kampus makin dirasai, semacam habanya menjilat roma bulu kaki, wapnya tempias ke dalam hati, dan aromanya menggugat ketenteraman lubang hidung mahasiswa dan mahasiswi…

Budak menulis ini kerana gerak hati yang terbias pada jari dan akhirnya membentuk susunan kata yang kalian sedang teliti… walhal, tiada apa pun yang tersirat dalam tulisan budak-budak yang makin mengerti, erti sebuah perjuangan student university…

Budak ingin memuntahkan sedikit pesan  buat Mahasiswa dan Mahasiswi yang akan menentukan jatuh bangun sebuah KERAJAAN MAHASISWA di universiti masing-masing…



Pilihan ini merupakan suara kita, suara dalam menentukan hala tuju kebajikan dan education yang akan kita tempuhi, so, jauhkan diri dari berdiam diri dikongkong oleh enaknya bantal dan empuknya tilam…

Budak kagum dengan mereka yang turun ke Himpunan Merdeka Kampus yang menuntut beberapa tuntutan yang mahukan Mahasiswa diberikan hak yang sepatutnya, terutamanya dalam konteks politik kampus

Mahasiswa kena berani untuk menyatakan pendirian, jangan sampai idealism, intelektualisme, dan aktivitisme mahasiswa diramas2 oleh mereka yang ada kepentingan tersendiri…

Pesan budak kepada abang-abang mahasiswa yang sedang berjuang, supaya mereka meperteguhkan pendirian, tetap mempertahankan tuntutan merdekakan kampus, jangan lakukan provokasi dan mungkin cukup untuk mereka terus berdiri dan katakan TIDAK kepada penipuan dalam PRK…

Kerana apa perlu katakan tidak??? Tiadalah satu pengiktirafan yang paling ternilai, sekiranya kita dikagumi oleh orang yang kita kagumi… contoh, apa perasaan kita bila pensyarah kita bagitahu ‘saya kagum dengan kamu…’ sudah semestinya kita akan gembira 4 hingga 5 minggu,.. namun disana, ada seorang insan yang hebat dalam sejarah umat islam, beliau kagum dengan mereka-mereka yang berkata TIDAK…

Beliau ialah Saidina Umar Al-Khattab yang pernah melafazkan kata : Aku mengagumi seorang Muslim yang apabila diugut melakukan perkara hina, dan sekiranya dia tidak mahu [lakukan], ianya akan ditenggelamkan ke dalam bumi… lalu dia tetap menjawab : “TIDAK” dengan penuh keyakinan….

Ok… sekiranya tiada mampu untuk katakan tidak… jangan sampai kita tidak mampu untuk berjihad dengan HATI, Adakah jihad dengan hati ini sekadar membenci?? Atau sekadar buat-buat xreti??? Atau buat-buat sakit hati kemudian senyap menyepi???


Nah, ambillah penjelasan Yusuf Al-Qaradhawi berkaitan dengan jihad dengan HATI ini… kata beliau jihad dengan hati iaitu menggelegak dalam hati, menunggu masa untuk meletup dengan melaksanakan perbuatan yang positif…

Dan buat penggerak Pro- Mahasiswa, yakinlah akan sunnatullah iaitu selepas kesusahan akan ada kesenangan, selepas malam akan terbitnya fajar,… dan ingatlah akan hadis Nabi yang berbunyi “Sesungguhnya mereka melihat kezaliman berlaku sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa maka bersiap sedialah dengan balasan ALLAH yang akan mengenai semua orang”…

MAKANYA.. daripada kita bersiap sedia untuk menerima bala dari Allah, lebih baik kita bersiap sedia untuk melakukan sesuatu… oleh itu, budak kata, Mahasiswa kena lakukan sesuatu…

Dan buat ‘pemerintah’ university yang enggan memberikan keadilan kepada mahasiswa, dan masih berlaku zalim kepada mahasiswa, dan seolah-olah menganggap posisi sekarang sebagai sembahan… maka, malapetaka “pemerintah” ini dan “pemerintah-pemerintah” yang zalim seumpamanya, yang mana "pemerintah" ini buta tidak melihat, pekak tidak mendengar, bodoh tidak faham, hati batu yang tiada perasaan, terhadap peristiwa-peristiwa lampau yang berlalu tiada diambil iktibar dan pengajaran… tunggulah balasan Tuhan…

Sebelum melabuhkan kalam, budak tahu, result atau keputusan PRK ini amat penting kepada parti-parti politik terutamanya kepada parti yang memerintah… PRK ini merupakan bacaan pertama terhadap sesebuah parti politik pada pandangan anak muda dalam menghadapi PRU13 nanti… namun begitu, janganlah “merogol” neutraliti sesebuah  institut pengajian tinggi dengan “gangguan-gangguan” yang tidak sepatutnya… biarkan  mahasiswa bergerak mengikut rentak mereka… 



Bersama-samalah kita memastikan kemenangan ini berpihak kepada Mahasiswa… bukan kepada boneka “pemerintah”…

Hahaha… budak muntah darah yang bernanah…
Tulisan ini umum tidak khususkan pada mane2 pihak, kalau yang terhidu bau kentut, maka dia akan hidu bau busuk..hahahahaha

Sekian dari budak hingusan.

Saturday, 8 September 2012

HAH??? RAYA, MERDEKA DAN MAHASISWA???

belum terlambat untuk budak mengucapkan 

SALAM EIDUL FITRI, 
SALAM KEMERDEKAAN, dan
SALAM KEMAHASISWAAN...

EIDUL FITRI

duit raya dapat sikit je..

sudah tinggal kurang 10 hari lagi nak melabuhkan tirai bulan Syawal... puasa 6 dah setel ke belum??? Kalau xsetel ag, masih sempat nak setelkan... xpe, budak tahu orang melayu memang suka buat kerja last minute, kalau xnak start lagi pun xpe, tunggu syawal berbaki 6 hari lagi, nanti start lah puasa... hahaha.. [terbaiklah melayu kita, bukan apa, open house banyak sangat, kui3]

tahun nie,  banyak tarikh yang berkebetulan dengan diri budak, contohnya, hari jadi budak yang ke 21 jatuh pada 1 ramadhan... siapa xseronok, jatuh pada hari yang paling mulia dalam dunia hari jadi aku, yang lagi bermakna, umur dah 21... maknanya aku dah dapat daftar mengundi... hahaha... boleh nak lawan UMNO la....

sebab itu niat puasa aku 'lain' sikit, dalam masa niat puasa kerana Allah Taala kena niat juga setiap malam untuk lawan UMNO kerana Allah Taala... kui3

tunggu PM umumkan je, tarikh PRU-13... Akan aku beraksi dengan sedaya mumkin... aku rasa PM sengaja nak bagi aku mengundi dulu, baru dia nak umumkan.... haha, terbaik

MERDEKA

layan lagu dulu
[http://www.youtube.com/watch?v=U2LvMvhmeq8]

cantik yang nie!!!


selain tarikh tu, tarikh kemerdekaan yang ke55 Malaysia yang disambut 31 ogos, pada kali ini disambut dengan perasaan gembira kerana keesokan hari kemerdekaan iaitu 1 september aku diterima masuk ke sebuah IPTA, maknanya aku jadi mahasiswa balik, setelah berhenti rehat hampir setengah tahun...

ok... bab MERDEKA, kita kena bersyukur sangat2 sebab negara kita telah diberikan kemerdekaan daripada penjajah berbangsa asing... 

namun, kalau kita susuri perjalanan negara bangsa terkini, seperti libya, tunisia, mesir dan turki atau mana-mana negara, setelah mendapat kemerdekaan daripada penindasan bangsa asing, mereka akan mendapatkan sekali lagi kemerdekaan daripada penindasan dan kezaliman bangsa sendiri... dan ianya telah berlaku, cuma di Malaysia, kita menunggu waktu itu...

maknanya kemerdekaan ini bukan mengira, bangsa yang memerintah, tapi aspek KEBEBASAN, KEADILAN dan KEBAJIKAN oleh sang pemerintah yang membuatkan rakyat bangkit,.. 

MAHASISWA

mahasiswa???


ok... kini budak dah bergelar mahasiswa balik, setelah diimbas balik muhasabah ketika jadi mahasiswa buat kali pertama dahulu, makanya perlu ada perubahan yang mesti dilakukan... apa perubahan itu?? [biarkan ianya menjadi rahsia..hehe]

cumanya yang paling menarik dalam kemahasiswaan kini, isu Majlis Mesra Pelajar atau Hari Taaruf atau Haluan Siswa atau Program orientasi yang dilakukan oleh Pentadbiran Universiti menjadi hangat dengan pelbagai isu... terutamanya soal perang dectar atau cheers dan terbaru tarian GANGNAM dibeberapa universiti, yang dikatakan merendah-rendahkan 'daulat' seorang Mahasiswa...

kena ingat dalam diri mahasiswa kena ada 3 elemen penting iaitu idealisme, aktivisme, dan intelektualisme... jangan sampai ketiga-tiga elemen ini atau salah satunya diRAMAS oleh mereka yang bebal...

budak tertarik dengan ucapan seorang pentadbir sebuah Universiti yang menyatakan harapan agar mahasiswa yang lahir dari rahim ini, dapat MENGUASAI pasaran dan bukannya sekadar MEMENUHI pasaran dan perlu berusaha agar masyarakat dapat menjadikan Islam sebagai sistem hidup atau sistem kegunaan seharian... 

Mahasiswa  juga kena peka dengan Tarikh PRK [Pilihan Raya Kampus] yang akan diadakan pada hujung bulan ini dan awal bulan depan... kena ingat keputusan PRK ini memberi impak yang besar kepada PRU13 terutamanya dari sudut MORAL...

dan angkara pindaan AUKU, pemuda UMNO mahu tubuhkan kelab penyokong UMNO dikampus... tapi menteri xbagi, Ketua Pemuda kata kita akan tubuhkan juga tapi berhampiran dengan kampus... PKR pun dah lancarkan Kelab Mahasiswa PKR... pandai2 lah mahasiswa... :-)

apa-apa pun, budak bersama dengan PRO-MAHASISWA MALAYSIA.. hehehe


SALAM EIDUL FITRI
SALAM KEMERDEKAAN
SALAM KEMAHASISWAAN


Saturday, 25 August 2012

SAYU; MEREKA DAH NAK TERBANG???

Salam sayu dari budak

ntah kenapa, semenjak 2 3 menjak nie, budak selalu menangis sorang-sorang dalam bilik.. bukan sebab bergaduh dengan kakak angkara berebut gula-gula...


budak jugak selalu termenung memandang ruangan angkasa, bukan sebab mak n ayah xbagi ikut pergi makan kenduri...



Budak pandang langit jumpa cinta...


tapi semacam ada sesuatu yang menyentap hati ini menjadi SAYU... seolah - olah jiwa ini di'rogol' tanpa disedari...


rupanya budak merintih akan sebuah perpisahan yang akan berlaku 2 3 hari lagi...

seorang member budak bagitahu

"Mie.. aku nak TERBANG dah nie, 29 haribulan nie..." budak senyum walau dalam hati, korang nak tinggalkan aku...???


nie semua gara-gara budak masuk Darul Quran dulu... menggamit pelbagai kisah dan cerita...

MEREKA DAN NAK TERBANG???

pilot, bawa elok2, adik beradik aku dalam tu...

budak sayu bukan kerana xmampu menerima perpisahan ini, tapi budak sayu kerana mereka sanggup sabar dengan karenah budak, mereka mengajar budak apa erti UKHUWWAH, TARBIAH, DAKWAH, SIASAH dan macam-macam lagi...


bermacam nostalgia yang budak ingat dalam jiwa ini, terutama bila buka lagu-lagu yang selalu disantap bersama...


"menyendiri lagi, menyendiri lagi..." "kosong, kosong..ooo..." "cukup, cukup sudah, cukup sampai disini saja"


http://www.youtube.com/watch?v=BdhBJd5u8GU -cukup-cukup sudah- sambil update nie, budak dengar lagu nie...


huh,,,

nak nangis, nak nangis...hua.. hua..

budak cuma ambil kesempatan dalam blog nie, nak pesan... Anggaplah sebagai pesan dari budak yang xreti apa2 tapi sangat sayangkan mereka...


pesan budak

"mengaji biar pandai, perangai biar jjuruh, hidup biar boleh tumpang"

kalau korang pergi Mesir atau Jordan tapi tahap pemikiran, keilmuan, kepimpinan korang sama dan xjauh beza daripada budak yang masih bermukim di Malaysia, rugilah...


perginya mereka, untuk menjadi murabbi.. bukan jadi siput babi,

perginya mereka, untuk menjelajah daerah baru, bukan jadi macam dulu,
perginya mereka, membawa harapan, untuk lakukan perubahan

mereka nak tinggalkan budak... tiada dimata tapi tertanam erat dijiwa...


hasan albanna tokohilah ia

pergilah, budak sertakan dengan doa... ambillah sedikit kata-kata dari seseorang yang digelar oleh Abu Al-Hassan al-Nadwi sebagai "tokoh yang menggegarkan bumi Mesir dan Dunia Islam" :


" saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. saya adalah seorang warga negara yang impikan sebuah negara yang dihormati,merdeka,tenteram dan hidup harmoni dibawah naungan Islam yang murni "

itu pun kalau mahu jadi penggegar dunia... kalau sekadar mahu jadi pembuat tahi mata, dan penghabis duit father n mother... abaikanlah kalam di atas...


dan kalau yang mahu jadi PEWIRA, hayati kalam dari Qushayri ini :


" Pewira ialah mereka yang memecahkan berhala, dan berhala dalam diri manusia ialah E.G.O..." 


Jaga hati.. kita dinegara orang, kena banyak belajar dan jangan mudah memberontak, :-) jaga fikrah dalam kepulan asap yang semakin menebal, oleh itu, tidak dapat lari, untuk bersama-sama dengan jemaah yang memperjuangkan islam...


hahaha

macam budak dah pernah pergi belajar kat luar negara je.. haha
apa2 pun,
selamatlah semua, balik nanti dapat jadi permata dan bukannya jadi tahi mata...

terbanglah... terbang membawa harapan, jelajahi daerah keilmuan dan kepimpinan, demi sebuah perubahan, untuk menjatuhkan penindasan, kezaliman serta kebodohan United Malay National Organization.. [UMNO la..] 


 xkisahlah BTN tu, nie perjuangan

cukuplah, budak nak masuk bilik, nak nangis kuat2... 3 hari ag mereka di Malaysia... nanti jangan lupa skype ke, facebook ke... hehehe


budak pun nak terbang jugak, tunggu budak nanti

hehehe
[masih budak, mak ayah xbagi terbang ag..hehe] 



Wednesday, 22 August 2012

HARI RAYA dan GERAKAN???

Salam hari raya dari budak

budak nak conteng blog sampai bolog [comot]...huhuhu

3 4 hari nie, rasanya sangat penat berjalan-jalan umah sedara mara n kekawan... tapi xpe sebab dapat duit raya hehehe... dulu masa kecik2 rela berjalan keliling kampung, ''ziarah'' orang kampung angkara duit raya... minum air,makan kuih sebijik... agak2 kalau jumpa makanan yang sedap2 ambil letak dalam poket baju raya.... hahaha...

dulu beraya sebab nak duit raya... sekarang beraya untuk???

kalau nak kata untuk duit raya, orang dah xbagi... silap2 kita yang kena bagi kat budak-budak [tu seronok jadi budak2, tambah2 duit sekarang nie cute sangat...]

kawan budak kata, macam duit mainan...ehhe

ermmm... budak bawa se cerita, 
ada sorang kawan budak nie, budak panggil dia, "big boy" sebab perut dia mengembang dan dia tu memang "agak besar" dalam komuniti dia... hehehe..

dari terengganu dia sanggup datang kat umah budak di pasir mas... dekat je, dalam sejam lebih2... tapi big boy nie, datang time orang duk sambut hari raya kat atas jalan raya... 5 - 6 jam dari terengganu, baru sampai umah budak... [terharu kot]

sanggup dia datang... budak dah pesan, lain kali bawa roti banyak2 sebab di kelate jem ada di mana2 sahaja...[hahahahahaha]

tapi budak suka dengan ayat dia, AKU BERSUSAH PAYAH DEMI UKHUWWAH... 
tula... sape suruh ko sokong UMNO, kalau x, ko dapat lalu highway baru dah... hahahaha, nasib baik kerajaan Negeri nak tolong buatkan jalan dengan bantuan semua rakyat... yang dipanggil LEBUHRAYA RAKYAT...

pakat bagi sumbangan tu... kalau x... makan jem pulop
apa2 pun sempat la borak dengan dia 2 3 perkara, berfikir masalah orang dewasa... hahaha... pening giler dooo... 

 dah ada bayangan penyelesaian, tapi xjelas ag... [bincang soal gerakan...] kekadang terfikr jugak, dia nie, raya2 pun duk cakap soal gerakan dan perjuangan, hehe... cakapnya, perjuangan ini xkira masa... TERBAIK [insaf sekejap]

2 hari lepas tu beraya dengan kekawan di SEKOLAH lama... jumpa alumni katakan.. sempat usha awek2 lama...[hahaha] jumpa la pulop dengan awangkenali...[kawan lama dalam gerakan mahasiswa n perjuangan]...

nie pun duk bincang soal perjuangan jugak,,, hinggakan budak tertarik dengan 1 perkataan yang membakar jiwa budak untuk realisasikannya... kena bentuk TOP-GUN dalam gerakan... dan inilah penyelesaian kepada perbincangan dengan big boy... 

macam pernah main je... hehehe

TOP-GUN??? apa tu??? untuk apa??? kenapa???? dan bagaimane???
[tunggu dalam entry budak yang lain, nak cari formula cantumkannya dengan ide NYAH-MANJA, hehehe, poyonyer aku]

budak bocorkanlah sikit... contoh nak pi meeting tapi hujan turun dengan lebatnya... meeting wajib hadir, tapi hujan la pulop... bagi TOP-GUN, mereka akan kata, redah je lah hujan tu... APA MASALAH MEETING DALAM BASAH...???

hehehehe... 
banyak ag nak tulis sal hari raya... tapi kerana kekwan budak ''big boy'' dan ''awangkenali'' kata, PERJUANGAN XKIRA MASA, budak pun terpengaruh dengannya... culture shock... hingga terconteng di blog nie...:-)

oklah, budak nak siap2... member2 ajak main futsal... nie jugak satu kelompok ag, FUTSAL XKIRA MASA, perjuangan jugak tu... [perjuangan ISLAMISASIkan sukan...hehe]

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Kalu free datang la umah, adalah gula-gula cap tengkorak untuk korang...hehehehe

Saturday, 18 August 2012

NYAH-MANJA ahli Gerakan???

Salam 

beberapa minit ag, dia akan tinggalkan kita, namun pengalaman dan sejarah yang ditinggalkan dalamnya, tidak boleh disingkirkan dalam jiwa setiap dari kita.


bulan ini, sempat bersama Dato' Speaker, beliau kata, "sejarah mengajar banyak perkara"... tapi malang kalau kita tidak ambil ilmu dari sejarah.


bulan ini, sempat join Ijtima' Pondok Nusantara, dan diagih kertas kerja Peranan Ulama' Dalam Amar Ma'ruf Nahi Munkar tulisan Abu Anas Madani .. tertarik dengan satu ayat yang di naqalkan dari Dr. Jamil al-Misry "orang yang bijak ialah mereka yang sentiasa mengingati sejarah silam serta bersedia untuk menghadapi cabaran yang akan datang "...    



Abu Anas Madani berdiri 3 dari kanan

dalam bulan ini juga, sempat adakan perjumpaan dengan kekawan mahasiswa, budak sempat berdiskusi sedikit sebanyak.. dan budak tertarik dengan satu kalimah yang menyentap jiwa budak yang dilontarkan oleh saudara Ketua Biro Politik dan Siasah ISIUKM, kalimah tersebut ialah "NYAH-MANJA ahli gerakan".  

Bagi budak, Nyah-manja yang dimaksudkan ini lahir dari lipatan dan cerminan sejarah yang pernah budak dan kekawan lalui... ide ini lahir apabila kita lakukan postmortem/muhasabah/penilaian semula dalam sejarah yang telah kita tempuhi bersama ahli gerakan, terutama mahasiswa.



bukan kat sini budak berdiskusi, tapi mereka antaranya..

angkara manja ini, menyebab banyak gerak kerja terbantut, mandul, xsubur dan kemungkinan menunggu layu sekiranya masih berpegang dengan dogma MANJA...


bagi budak bukanlah bila kita meNYAH - MANJA ahli gerakan, kita mengabaikan kebajikan ahli... malah dengan ide ini, kita mampu mengilap dan memaksimumkan kemampuan serta potensi ahli dan pimpinan.


bagi budak, kebajikan yang diberikan itu tidak boleh sampai memanjakan ahli dan pimpinan, tapi ianya membantu mereka setelah mereka habis berusaha... dan perlu juga check adakah kebajikan yang diberikan selama ini betul-betul kebajikan atau kejijikan yang memanjakan ahli@pimpinan. [lagi jijik kebajikan yang menyusahkan ahli/ xbagi kebajikan langsung]


bilamana begitu, seolah-olah semua terpaksa menjadi SYADID atau TEGAS... makanya maksud sebenarnya bukan begitu... kita bukan melahirkan ahli gerakan yang satu jenis@perwatakan.. untuk menjayakan ide ini, mesti mewujudkan pelbagai watak dalam gerakan.


ada yang tegas, ada yang mesra, ada tempat mengadu, ada yang cooler...semua watak ini mesti di rancang dan tidak boleh mengharapkan kejadian "semulajadi" atau secara "super spontan".


dan bukan semua juga menjadi cooler nanti naik kepala, bukan semua juga jadi keras nanti lemah semangat... perlu adanya keseimbangan, adanya check n balance.

 budak2 je suka manja2, maka simbolik manja tu cokelat, yang budak2 minat

ramai ahli gerakan manja... bila terima arahan, macam-macam alasan... sebagai contoh; bila diminta untuk hadir pada masa sekian-sekian dan tempat sekian-sekian, MESTI hadir pada masa yang ditetapkan,.. tapi yang berlaku??? "jauh lah", "xpe pergi lewat-lewat xkena marah pun", lagi teruk, "tak payah pergi xpe, bukan ada apa2 tndakan pun"... Angkara dimanjakan yang bertopengkan mesra ahli.


sibuk mencari publisiti sebagai pimpinan yang mesra ahli, dan mahu disebut2 sebagai periang,.. hinggakan ahli dimanjakan, gerak kerja jadi terbantut... 


bila tegur sikit, mula merajuk... ini bapak MANJA giler... susahlah macam nie... makanya perlu diNYAH-MANJAKAN ahli gerakan...


ini semua dari pengalaman budak dalam arena gerakan mahasiswa, sejarah hitam yang budak mesti putihkan pada masa hadapan...  kerana budak teringat kata-kata Dr Burhanuddin Al-Helmi " sejarah akan mengulangi riwayatnya " budak xnak sejarah yang budak lalui dilalui oleh generasi dibawah.


jom NYAH-MANJA ahli gerakan..

hehe, budak cerita pasal manja kot, padahal budak la yang paling manja, nak gula-gula...
[macam nak buat sambungan nyah-manjaan II lak.. hahaha]

ok, selamat hari raya dari budak-budak "manja".. kui3