budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Monday 26 September 2011

Muda + tua = cahaya jalan ini...


    

Merenung jauh ke hadapan,  mengkoreksi semaksima detik berlalu, membelek-belek helaian pengalaman, sehari terus bergerak selaju gerakan mentari senja
namun, perjalanan yang di rempuh ada “benda” yang dapat di publishkan
     
Budak bermadah seketika, dalam melihat orang dewasa mendada masa.
     
Sekarang pemikiran pemikiran yang tiada pegangan kembali membarah kepada pemuda Islam, ramai yang mahu menjadi hero dalam segala ISU yang timbul, seolah-olah tiada tarbiah didada, bercita-cita menjadi politikus negarawan, kononnya (budak marah sikit je)
     
Semangat kepemudaan yang membuak-buak mengenepikan segala ancaman dan peluang yang ada, sudah tiada diendah teguran orang tua teman, jangan diperlekeh orang tua. Kita kuat tenaga tapi mereka kuat pengalaman.

Kuasa pemuda diserapkan dengan pengalaman@nasihat orang tua, natijahnya Kota konstantinopel ditawan Al-Fateh yang dinasihat Sheikh Syamsudin Al-Wali.(budak pun sejarawan jugak)
     
Laju-laju nak pergi mana??? Lambat-lambat bila nak sampai??? Perlu ada check dan balance dalam perjalanan kehidupan ini, ada part kita pecut sikit, ada part kena kena slow rock sikit nak tahu part-part nie macam mane??

Sedara, hidup kita ini semacam roda, berulang-ulang apa yang kita rasa hari ini, orang dahulu turut terkena, bezanya masa dan keadaan jadi kena bertanya orang dahulu yang melalui perjalanan ini, lepas tu kita pandai2lah wat solusi.
     
Namun, orang dahulu tu jangan dicari yang sebarangan. Kena cari yang betul-betul melalui jalan nie kalau tersilap cari orang dahulu, mungkin pincang jua perjalanan kita. bahasa mudah untuk orang dahulu@tua nie ialah MURABBI
     
Pemuda ingat, hidup kita mesti ada kebersamaan, jangan bergerak berseorangan nanti tiada kepelbagaian dalam action. Bila beraction jangan ikut kepala sendiri, beractionlah mengikut kesepakatan yang dibuat, agar licin segala perancangan.
     
Cadangan wajib diberi tapi jangan harap orang menerima cadangan kita. namun ramai jua pemuda yang melenting bila cadangannya ditolak, mulalah bawa kepala sendiri. Sorang-sorang nak pergi mana???, susah-susah. (budak mengeleng kepala pada pemuda begini)
     
Hadam dulu asas-asas islam... barulah sohih perjalan yang mahu didada itu, bukan bermakna disini xberi peluang kepada pemuda melakukan ‘revolusi’ namun lebih baik revolusi yang dipimpin yang dilakukan (budak menjelas - bukan dikongkong tapi dipimpin)
     

Selamat berjalan wahai pemuda,
      Berjalan dengan semangat bara,
      Dipimpin murabbi yang terbuka
      Mendidik erti sebuah jiwa dewasa...

No comments:

Post a Comment