budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Monday 13 February 2012

KHAS BUAT NUQABA’…


Alhamdulillah, bersyukur pada Tuhan Penjaga Hati, Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, sebagai penterjemah Islam secara praktikal yang perlu dijadikan panduan.

Kebangkitan Islam semakin dirasai, seolah-olah udara panasnya menyentuh kulit badan, aroma kebangkitan dihidu di setiap inci dunia, menarik-narik jiwa muda untuk bersama.

Melihat keadaan ini, hati menlonjak-lonjak mahu turut serta, kerana rasa hati yang menyebabkan air mata ini bercucuran, rasa hati menghalang mata dari lena malam, rasa hati yang gundah melihat kelalaian umat Islam, rasa hati yang tidak mahu melihat huffazul quran senyap menyepi dalam selimut keselesaan. Oleh itu, Demi Allah, kita telah menyerahkan jiwa kita seluruhnya menjadi Nuqaba’, semata-mata untuk kepentingan manusia melebihi kepentingan diri sendiri.

Tidak perlu berbangga berada dalam hangat baju korporat, tidak perlu kita merasa diri dilihat hebat sebagai nuqaba’, tidak cukup kita selesa dengan usrah yang dikatakan mantap. Semua ini tidak akan cukup selagi mana, kita tidak dapat memenangi hati-hati mad’u kita dengan fikrah Islam yang sebenar, selagi mana aroma usrah ini hanya berpusing-pusing dalam kalangan kita semata-mata.

Adik beradik yang disayangi,
Tiada apa yang kita sumbangkan sebenarnya, malah kita tidak pernah merasakan yang kita ada memberikan apa-apa sumbangan. Namun, betapa kita mengharapkan, hati-hati ini dapat ditujukan kepada hati-hati anak usrah, supaya mereka dapat lihat dalam hati ini hanya ada kasih sayang demi mereka.

Wajib kita meyakini hanya Allah yang memegang hati manusia, hanya Allah yang memimpin ke jalan bahagia, hanya Allah yang dapat memberikan bantuan kepada kita. Oleh itu, elemen taqwa dan tawakal, kebergantungan dengan Allah mesti ditanam dalam jiwa para nuqaba’ untuk kita alirkan kepada mad’u yang kita sayangi. Bergeraklah atas dasar Aqidah.

Pastikan setiap nuqaba’ memahami, matlamat akhir usrah yang dijalankan. Penekanan kepada matlamat ini penting untuk memastikan nuqaba’ istiqamah dan terus bersemangat menabur benih-benih Islam dalam jiwa anak usrah. Dan, tidak boleh kita tinggalkan, keikhlasan yang mesti lahir dari hati yang begitu rindu dan lunak dengan janji-janji Allah. Hadirkan keikhlasan dalam setiap gerak geri kita, Insyallah istiqamah akan kunjung tiba.

Akhirnya, pastikan usrah kita, dipenuhi dengan semburan aroma persaudaraan, dilingkari dengan kefahaman yang mendalam, dipasak dengan jihad menentang kejahilan, disemai dengan dakwah menyeru kepada kekuatan, ditunjangi dengan tarbiah membersihkan hati sebagai hamba tuhan.



No comments:

Post a Comment