budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Friday 17 February 2012

Masa depanku???


Biarkan jari ini menari bersama rentak hati…

Bermain dengan rasa,

Tangan terketar-ketar, jari terkasima, mata terleka, minda pula termenung… akhir, aku tertulis warkah tanpa bicara.

Beberapa ketika aku diminta oleh adik-adik untuk melontarkan kata, bukan kata-kata biasa, kata yang memisahkan antara kita, mungkin seketika, mungkin juga selamanya… entah bila akan berjumpa…

3 tahun langit ini menaungi ubun-ubun kepala, 3 tahun tanah ini menjadi pijakan selipar lama, 3 tahun udara ini meraba-raba seluruh anggota, 3 tahun tasik itu menyimpan rahsia… akhirnya akan tiba masa untuk melambaikan tangan kepada bumi wakafan. Bumi yang penuh dengan pelbagai macam ragam.

Yang pasti kita kan keluar juga, mencari takdir yang dicipta…

Mengharap masa depan ceria,




Sudah… kita jadikan 3 tahun lalu sebagai halwa jiwa ketika termenung dimuka jendela… hadapan sana masih ada, lebih mencabar malah sangat menduga… pernah aku berbicara dengan orang lama, selalu mereka kata, nanti keluar kena letakkan istiqamah dijiwa, kerana orang sebelum kita keluar dari bumi ini, hilang lesap entah kemana.

Jiwa meronta-ronta, tidak mahu jadi seperti mereka, rebah dan jatuh sebelum tiba masa… tapi aku juga belum pasti, samaada masih akan terus berdiri, atau rebah menyembah bumi… aku terus menitipkan doa, agar menjadi manusia yang berguna…

Andai tanah gersang yang aku pijak, akan tumbuh pohon yang menghijau, andai sungai kontang yang aku jejak, akan mengalir air seharum limau, andai kemarau aku tempuhi, moga hujan membasahi bumi… menjadi rahmat kepada seluruh alam, bukan semudah memakan kacang… tiada lain yang boleh kita gunakan, selain dari Islam yang datang dari Tuhan.

Turun ke medan sana,

Teringat satu pesanan bergema, oleh seorang murabbiah yang sangat sibuk melayan karenah manusia… katanya… adik-adik mahasiswa, perjuangan anda dikampus hanya lima… diluar kampus menanti sembilan puluh lima.. minda terus terpaku, lidah sudah kelu, jiwa jadi sayu, tangan mula mengaru-garu… rupanya selama ini aku tenggelam dalam dunia ciptaan ku.




Merasa hebat menjadi mahasiswa, semacam diarak seluruh pelusuk dunia, sedarlah wahai jiwa, ini zaman lampu neon menyala bukan zaman pelita… dahulu mahasiswa cukup disanjung, masuk u akan diusung-usung, gembira satu kampung, kerana harapan masyarakat menggunung, anak ini yang akan memperjuangkan hak masyarakat dikampung…. bukan seperti kini, mahasiswa bermain dengan isu bagaimana masak nasik lauk kangkung… ketawa king kong melihat mahasiswa terlolong-lolong… seolah-olah runtuhnya Hong Kong, rupanya hanya terpijak tahi kingkong… ingatkan tahi yang keluar dari punggung, tapi hanyalah tahi hidung… memang GONG lah..



Hebat mahasiswa dulu kerana mereka menyerap masuk ke dalam jiwa orang kampung, aroma meraka dirasai dari arau hingga ke Sandakan… keadaan sekarang berbeza, seolah-olah ada satu halangan yang menghantui kita turun ke dalam jiwa manusia diluar sana…

Namun begitu, lepas ini,kena kembali kepada mereka, turun sebagai hamba yang berjiwa panglima, yang akan memotong segala macam angkara derhaka… agar kita semua bergandingan ke syurga…




Cuma mengharapkan doa dari orang lama, agar aku juga istiqamah seperti mereka yang berjaya, bukan futur di permulaan cerita…

Ya Allah jangan Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata, perelokanlah segala urusanku keseluruhan…

Maaf… budak baru belajar… budak muntah terkeluar hati… hehehehe.. 

No comments:

Post a Comment