budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Tuesday 3 April 2012

UJILAH AKU!!!

Lama sungguh jari ini tidak menari...
Tarian yang bukan sekadar seni,..
Tapi tarian yang datang dari hati…

Bermain dengan manusia kekadang sangat mencabar emosi dan hati… namun, itu yang mesti ditempuhi..

Kita yang manusia biasa ini semestinya ujian pun biasa-biasa, tapi kita mudah sangat mengeluh dengan ujian yang biasa-biasa nie... kalau dibandingkan dengan ujian nabi, jauh sekali…

Kita yang biase2 nie, selalunya mudah ghairah dengan ujian yang menimpa, melaung-laung bagaikan kera… adakalanya semacam ditoreh dikepala padahal ianya sekadar jentikan di telinga.

Tidak kurang jugak ada yang rebah bila ujian menghempap… semakin jauh dan jatuh sebelum tiba masanya. Malah tidak timbul dan muncul buat sekiannya… Patutlah orang kata ujian nie satu tapisan… ye, ini bertepatan dengan surah al-ankabut ayat 2&3.

Tapi dengan ujian ini dapat kita cungkil mereka yang terpilih,.. mereka menganggap ujian ini sebahagian dari jiwa mereka, sekiranya dalam sehari tidak serabut dan gelisah dengan kerja-kerja Islam, mereke mungkin demam…(budak berharap jadi macam mereka).

Namun, secara hakikatnya… nak menelan dan semasa mengunyah ujian ini bukan mudah, seolah2 jantung dicabut dari rongga dada, sngat perit.. pahit bukan selamanya… lepas diuji, ia akan menjadi kenangan abadi yang akan tersemat kekal dalam hati, mungkin juga menjadi penguat tika hati lemah dibawah bahang mentari,bekuan salji malah tika dibuai nikmat mimpi.

Awas!!! Selepas selesai satu ujian akan datang ujian yang lebih tuff untuk kita… bagi membuktikan kita semakin dekat denganNya, pastinya kena beringat... yang longlai imannya akan tewas.

Sesungguhnya ujian ini diberikan berdasarkan kemampuan setiap manusia… mungkin ujiannya berbeza – beza tapi kesannya sama… menggegarkan jiwa…


Last sekali try tengok perbandingan nie… pak cik dikampung yang rumahnya bernilai rm15,000 dirampas sama kesannya dengan ujian yang menimpa Pengurus Syarikat Mega yang diistihar muflis… tapi kalau pengurus syarikat kehilangan rm15,000 dan pak cik kehilangan rumah yang bernilai rm15,000 juga, nilai luarannya sama, tapi ujian pak cik tadi lebih besar sebenarnya…

Budak menulis nie untuk buang sesawang yang memenuhi blog ini… tulisan yang sekadar sahaja... tiada apa-apa just pandangan manusia biasa.

 ::budak diuji lagi, sabar jelah::




No comments:

Post a Comment