budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Wednesday, 9 January 2013

Mahasiswa Jadi Ahli Parlimen???


Salam Mahasiswa dari budak jalanan.. hehe

          Hangit pilihanraya Umum 13 semakin menusuk rongga hidung setiap manusia di Malaysia, ditambah pula dengan pelbagai isu-isu yang semakin rancak berkumandang dalam media-media massa, men’taukid’kan lagi akan hampirnya PRU13. Budak berpendapat bulan 1 @ 2 ini tidak akan berlangsung Pilihan Raya Umum Ke-13 [Ibu segala PRU Malaysia] kerana Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 [BR1M 2.0] akan mula dilaksanakan pada bulan 2… (faham-faham je lah).

          Akhir Tahun 2012 yang berlalu beberapa detik yang lepas, berita gembira yang dihadiahkan oleh kerajaan kepada mahasiswa iaitu kebenaran untuk mencalonkan diri dalam pilihan raya umum nanti telah dinyatakan oleh pak menteri IPT. Ini baru betul, Jerman sudah jauh mendahului kita dalam hal ini, Julia Bonk terpilih menjadi ahli Parlimen pada usia 18 tahun, opssst… jangan kita terlupa Malaysia pernah melakar sejarah emas apabila Najib Razak menjadi Ahli Palimen termuda pada usia 23 tahun.

          Apa pun Tahniah pada kerajaan kerana tidak lagi takut pada idea mahasiswa dan mengiktiraf peranan seramai 1.2 juta mahasiswa dalam pembangunan Negara. Cumanya timbul persoalan, adakah kenyataan ini keluar kerna betul2 mengiktiraf ataupun sekadar gula-gula PRU,kena ingat mahasiswa bukan budak tadika yang nak disogok dengan gula-gula.. hehehe

Pak Menteri IPT


Kenapa budak kata gula-gula?? Sekiranya mahasiswa menjadi calon PRU, andai menang… akan menjadi salah seorang yang menggubal undang-undang Negara… satu pengiktirafan yang wajar diberikan. Budak tertanya-tanya, kenapa boleh iktiraf mahasiswa sebagai salah seorang penggubal undang-undang sebuah Negara, namun tidak boleh iktiraf mahasiswa sebagai salah seorang penggubal sebuah university???

Kalau boleh nyatakan kepada budak university mana yang apabila mahu membuat keputusan akan dilibatkan mahasiswa atau melantik terus mahasiswa sebagai ahli senat kepada university tersebut??? Selalunya yang  berlaku, pentadbiran university akan buat keputusan dan mahasiswa akan ditaklimatkan dengan keputusan@undang-undang tersebut, sekiranya mahasiswa tidak puas hati, mahasiswa akan berdemostrasi. Sampai bila??? Mahasiswa sudah letih dengan aksi demostrasi ini, Iktiraf dulu idea mahasiswa dikampus, kita negara demokrasi bukan dictator dan komunis [kerajaan memutuskan segalanya]. Bagaimana sebuah university boleh amalkan budaya ini kepada rakyatnya[mahasiswa].

Iktiraf peranan mahasiswa dalam kampus terlebih dahulu…

Ketelusan dalam Sistem Pilihan Raya juga mesti di bersih kan, 8 tuntutan yang dilaungkan oleh BERSIH mesti dilakukan segera sebelum PRU 13. Selagi tiada dilaksanakan, panggillah dan bukalah kepada siapa pun untuk bertanding, maka tiadalah keadilan dan ketelusan itu kecuali untuk memenangkan UMNO/BN.

Dari satu sudut yang lain, budak lebih prefer untuk mahasiswa dilantik sebagai senator atau ahli Dewan Negara berbanding bertanding dalam PRU 13 sebagai mana pandangan dari Muaawiz dalam program What Say Youth di MobTv. Budak melihat, mahasiswa kini lebih mahu membawa suara mahasiswa berbanding suara rakyat marhaen umumnya, sedangkan yang memilih@mengundi ahli parlimen bukanlah dari golongan mahasiswa sahaja. Mustahil untuk mencari kawasan yang majority penduduknya ialah Mahasiswa. Parlimen Malaysia  mengamalkan Perwakilan berdasar sesuatu kawasan bukan berdasarkan sesebuah kelompok. Perwakilan yang mewakili kelompok ada peruntukannya dalan Dewan Negara iaitu sebagai Senator.

Dewan Rakyat


Perbahasan dan Perbincangan dalam Dewan Negara tidak akan melibatkan sentimen kepartian [sepatutnya] kerana mereka bukan mewakili parti politik tertentu. Ini akan mengekalkan identity mahasiswa yang neutrality dan non-patisan berbanding menjerumuskan diri dalam Dewan Rakyat@Parlimen yang penuh dengan sentiment partisan.

Sewajarnya dengan bilangan mahasiswa yang berjumlah 1.2 juta, perlu diberikan ruang untuk mahasiswa turut serta dalam proses menentukan undang-undang Negara dengan melantik seorang atau dua orang mahasiswa sebagai ahli Dewan Negara. Dilantik sebagai Senator akan  memberikan lebih kelebihan kepada mahasiswa untuk fokus pada isu kelompoknya [mahasiswa] sahaja, dan mahasiswa tidak terikat untuk turun ke padang bersama rakyat, sebagai mana seorang ahli parlimen yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah masyarakat dan sememangnya bagi budak, mahasiswa tidak punyai waktu untuk itu [ahli parlimen], sekaligus dapat memberikan komitmen dengan pelajaran dan aktivisme mahasiswa yang bertimbun.

Agak tidak logik, bila suara mahasiswa tidak diberikan perhatian, Sedangkan seniman ada suaranya, OKU ada suaranya, orang asli ada suaranya, takkanlah mahasiwa yang berjumlah 1.2 juta ini dibakul sampahkan suaranya dalam menentukan dasar kerajaan???

Bilangan Senator sekarang ialah 70 orang… dan 44 daripadanya dipilih oleh Yang DiPertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri, apa kata Perdana Menteri nasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik seorang Senator mewakili kelompok mahasiswa. Atau pun, negeri yang melantik senator dari kalangan mahasiswa kerana setiap negeri diberikan peruntukan untuk melantik 2 orang senator mewakili negerinya, tapi lagi elok PM yang lantik sebagai perwakilan yang membawa suaraw dari mahasiswa bukan dari negeri.

Namun, sedikit kengkangan ialah had umur  untuk menjadi senator, 30 tahun keatas, sedangkan, kebanyakan mahasiswa berusia 20-an, maka, mahasiswa perlu mendesak kerajaan untuk memberikan hak kepada mahasiswa dalam Dewan Negara dan mendesak Dewan Rakyat untuk meminda had umur Ahli Dewan Negara dari 30tahun kepada 21tahun sama seperti had umur Ahli Parlimen [Dewan Rakyat].

Dengan pendekatan ini budak lihat kerajaan akan lebih mengiktiraf idea mahasiswa, daripada berbangga-bangga dengan membenarkan mahasiswa bertanding sebagai Calon Parlimen yang entah menang atau tidak, kalau menang, Alhamdulillah, idea itu terserlah, namun kalau kalah, idea mahasiswa jadi sampah.

Andai betul kerajaan mengiktiraf suara dan ide mahasiswa, lantiklah seorang atau dua orang ahli Dewan Negara atas kapasiti sebagai perwakilan kelompok mahasiswa, sekiranya tidak, mahasiswa perlu gerakkan kekuatan untuk tukar kerajaan yang ada, kerana telah terlalu lama mereka memadamkan idea mahasiswa.
Teringin melihat Mahasiswa bukan sahaja hebat di jalanan, namun, idea dan sumbang sarannya menjadi hujahan ilmiah dalam dewan perbahasan, mampukah Mahasiswa mengisi ruang dan kesempatan yang ada ini???

Mampukah Mahasiswa??? Mampu ataupun tidak, Mahasiswa tetap perlu bergerak kearah ini…

Sebelum itu jom kita bergerak ke STADIUM MERDEKA, 12/1/2013 dahulu… JUMPA DI SANA…



MAHASISWA MAHU TUKAR KERAJAAN

Sekian,

Budak-Budak

 3.31pm 10/1/2013

Thursday, 13 December 2012

Daerah Mahasiswa...


          Bersyukur kepada Tuhan kerana dicampak kedalam daerah kemahasiswaan, daerah ini dipenuhi dengan pelbagai asakan dari serata sudut. Sehingga mahasiswa berdepan dengan kepadatan hidup angkara sistem rekaan manusia. Ada baiknya… dengan kepadatan ini, mahasiswa disibukkan dengan hal-hal ilmiah dan menjauhi kelekaan. Namun, sekiranya masih ada yang terleka, mereka sendiri yang mencari leka.

          Daerah ini, menyebabkan  jiwa dan anggota menggelegak dengan hebatnya. Hidup umpama telah disistemkan dari pagi hingga ke pagi. Memenuhi kepala dengan segala ilmu yang terkadang meleleh juga dari lubang telinga, angkara penuh kepala dengan ilmu yang beratur panjang untuk merempoh masuk. Diasak minda dan anggota untuk bergerak laju, yang mampu dan mahu akan maju, yang malas akan tenggelam lemas.

          Bermukim dalam daerah ini, dipaksa jiwa dan minda untuk menyediakan diri untuk berluncur bersama suara rakyat. 3 dan 4 tahun berputar dalam atmosfera daerah ini, sebagai proses menghasilkan produk untuk dimanfaatkan oleh massa. Segala kelengkapan diterapkan, segala senjata dipasangkan, untuk mengganti orang lama yang terketar-ketar menongkat kerajaan.

          Aduhai, malang dan bangang , selama berada dalam daerah ini, mahasiswa malu dan segan untuk bergerak dalam denyut nadi masyarakat. Gerakan itu malap dan gelap. Kebebasan mahasiswa disita dengan dahsyat, hinggakan idealism dikoyak-koyak, intelektualism disepak-sepak, dan aktivisme dirobek-robek. Mahasiswa terus senyap, tanda mahu malap.

          Daerah itu, membentuk kaum yang ‘gila’, kaum yang gila pada ilmu, gila untuk memberontak, gila dengan idea baru, gila dengan pandang sisi yang lain. Malangnya jika disekat terus terikat. Kenapa takut pada idea mahasiswa???, sedang daerah itu mengajar kaumnya untuk berfikir. Mereka diajar akal ini kurniaan tuhan, maka kena gunakan. Ye, untuk akal berfikir, kena ada hadnya, namun siapakah yang tahu had akal untuk berfikir…?? Lihat saja, teknologi kini, Facebook, bagaimana dapat menghubungkan Turki dan China dalam masa sesaat, Kalau bukan kerana manusia menggunakan kuasa akalnya. Kenapa takut dengan akal??

          Islam itu Indah, mengangkat akal pada tahapan teratas. Akal diguna memahami Kalam Tuhan, Kalam Rasul. Akal yang terang membenih tindakan yang berkesan. Dr. Yusuf Qardhawi, mencerahkan lagi,dengan katanya, umat Islam diberi peluang untuk MEREKACIPTA dalam hal pergaulan seharian dan kehidupan [muamalat]  yang bebas dari kerosakan dan kemudaratan. Islam memberikan kebebasan untuk Umatnya merekacipta, sementara Syarak bertindak untuk memperbetulkan, memperelok, memperakui dan mengesahkan, manakala dalam hal Ibadat tidak boleh diubah oleh mana-mana autoriti, kerana yang berhak dalam perkara ibadat ialah pemilik Syarak iaitu Allah.

Ini juga merupakan prinsip yang dikatakan oleh murid Abduh di Nusantara iaitu Prof Hasbi as Siddiqi sebagai Golden Rule oleh Ustazul Imam Muhammad Abduh. Muhammad Asad [Tafsir] turut mengulangi prinsip yang dinyatakan oleh Abduh ini.



          Mahasiswa yang beraliran Islam semestinya perlu lebih maju dan laju dalam penggunaan akal ini. Jangan peram akal sekadar memenuhi ruang dalam kepala. Daerah itu mengasak asak minda kaumnya lari dari tradisi kolot. Kerana mahasiswa yang baik akan setia pada generasinya, bukan mentaqlid ijtihad orang lama. Bebaskan minda dan akal, kasihanilah akal tidak dapat berputar dalam orbitnya.

         Cukuplah.. nama mahasiswa di malukan, dipalit dengan najis angkara malasnya menggunakan akal. Oleh itu, budak nyatakan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh kita. 1] Review Documentation-pembacaan-, 2] Observe-pemerhatian-, 3] Survey,  4] interview, 5] JAD sessions-brainstorming- 6] Research.

          Akal yang baik akan tahu, bila masa untuk bertindak, apa yang patut dibuat. Akal yang sihat akan tahu, ada akal lain yang hidup dibumi, bukan dia berindividualisme. Kerana ramainya akal, perlunya ada satu consensus terhadap idea yang terlontar. Akal yang bebas akan membernihkan tindakan yang tidak terbabas dan terhempas.Bak kata seorang rakan ‘ Think Global, Act Local’. Bebaskan akal untuk berfikir dan akal yang bebas sentiasa sensentif dengan keadaan semasa yang memerlukannya berputar untuk bergerak selaju masa yang berdetik.

        menulis kerana mahu bertatih, kekadang rebah dan termuntah, moga ada yang sanggup mempapah,.. Muntah budak di daerah ini.

          
Budak-budak
3.00 p.m 13 Disember 2012

Yusuf Al-Qardhawi Dan Kebangkitan Rakyat.

Input 9: Exploring Information System Development.

Tafsir Muhammad As-Saad : Mendengungkan Prinsip Muhammad Abduh.

Patah Balek

Interview bersama beberapa tokoh melalui Facebook.

Perbincangan secara tidak langsung dengan sahabat-sahabat.

Monday, 10 December 2012

Rindu Udara Itu???

sejarah itu bukan untuk dijilat-jilat dalam hati kita, sehingga kita terilusi dan terbang kerna nikmatnya jilatan gula-gula sejarah...

terkadang aku juga merasai romantisnya kenangan dulu, hingga berhabisan detik demi detikan waktu, tika melalui tempat bersama dulu, terkadang terlihat kisah yang seolah2 terbungkah keluar dari lipatan sejarah silam... 

selalu terbayang muka-muka mereka yang pernah bersama, sungguh romantis, terus berpuitis dalam lembah kenangan dulu, 

teringat karenah nakal saat bersama, manisnya walau pahit ketika dulu, sejarah itu telah berlalu, tapi parutnya masih baru, tetakannya dihati masih merah, cucukannya masih membekas, mana bisa dilupai.

dulu bukan lagi kini, hukum pun boleh berubah setiap saat, kenapa dan kenapa???

ruh itu bila mahu kembali??? kembali mendiami jiwa yang sedang kosong, datanglah segera, agar tidak dipenuhi penghuni baru yang berupa syaitan.. kemana menghilang ruh itu???

bisakah aku memujukmu lagi setelah derhaka,??? bisakah mahu kembali menemani dikala suka dan duka???

jerkahan jiwa sudah bertukar menjadi khayalan jiwa, bila tersilap jiwa membisik, bila terlanjur jiwa menjerit, bila terlampau jiwa memekik... namun, sudah berubah, bila tersilap jiwa menyepi, bila terlanjur jiwa buat xreti, bila terlampau jiwa mati...

akal jua sudah tidak seganas dulu, hilang taringnya untuk mendesak, jauh lagi mahu memberontak... akal sudah tumpul, walau sudah puas dipukul-pukul, terus menerus lurus bendul...

kenapa dan kenapa???

mengganaslah minda, menganalisa isu semasa, faham tempat kaki bertapak, sentiasa ianya berputar dan bertawaf mencari suluhan jalan, ini minda yang dulu, minda kini sudah tua, sudah bernanah dengan pelbagai anasir punah, sudah berulat dengan hinggapan lalat, sudah mati dengan terjahan nafsi-nafsi..

anggota umpama sudah lumpuh seluruhnya, hatta mata tidak dapat dibuka, nampak semacam aktif bergerak, namun bergerak dalam sesak, dan tidak menjejak pada hakikat... berjalan namun tiada arah tujuan, melihat namun gelap yang dapat, bercakap namun isunya tergagap-gagap, memerhati namun matlamatnya mati...

kenapa dan kenapa???

rindu udara itu, udara segar yang menyirami jiwa, menyapa ruh, menyatun akal, mencergas minda, melajukan anggota... udara itu yang tidak ku jumpa, kini kesepian dalam lingkaran udara racun, tunggu saat mecengkik halqum.. 

oh romantisnya perasaan bila ingat udara itu... udara bersama kamu semua...

ini hasil ciptaan teman, si dia yang sedang berjalan dalam gambar, mahu kemana???
[sengaja letakkan di sini, ini merupakan hasil keduanya, yang siap pada lewat malam]



Tuesday, 4 December 2012

Budak cakap sal DEMOKRASI???


Salam...

baru nak bertatih, dan kena ada yang tolong pimpinkan...

Terbaca beberapa artikel dan buku berkaitan dengan demokrasi, dan budak terjumpa, sati frasa ayat yang budak rumuskan sebagaimana dibawah... betul atau x??? anda tentukan


"Pemantapan Demokrasi sangat berhubungkait dengan kewujudan Civil Society [Masyarakat Madani] dan kewujudan Civil Society [Masyarakat Madani] sangat berhubungkait dengan Pemantapan Demokrasi.."




Demokrasi yang matang hanya dapat dilahirkan bilamana wujudnya masyarakat Madani [Civil Society]... dan Civil Society akan wujud bilamana Demokrasi itu dapat dimatangkan.. apa yang budak faham dari petikan atas ini, memperjuangkan demokrasi dalam sesebuah negara tidak akan sempurna jika mengkesampingkan pembinaan Civil Society. dan perjuangan membina Civil Society tidak akan berjaya jika mengenepikan proses pematangan demokrasi.

kedua-duanya seumpama cahaya dan mata, tanpa mata apa guna cahaya, gelap gelita juga, begitu juga, kalau hanya ada mata dan tanpa cahaya, jalan pun meraba... 

budak melihat ramai yang laju bicara soal demokrasi, dalam masa yang sama tidak menekankan soal Civil Society... akhirnya akan teraba-raba dalam gelap gelita.. 

selalunya perjuangan demokrasi ini, akan fokus kepada peranan pemimpin semata-mata, ini yang budak nampak, sedangkan perhatian kepada proses pembinaan masyarakat teramat yang penting itu di sisihkan, menyebabkan demokrasi yang lahir tidaklah demokrasi sangat.

contoh, pemimpin sudah membuka ruang bersuara dan mengkritik, namun yang mengambil bahagian dalam kritikan dan bersuara ini hanya sebilangan sahaja. atau pun mereka mempergunakan ruang itu untuk kepentingan-kepentingan pihak yang mahu merebahkan demokrasi.

menampakkan masyarakat tidak lagi matang dalam ruang demokrasi yang tersedia. Ruang awam itu terbuang saja.



begitu juga yang bicara soal civil society semata-mata, membina masyarakat dan terus membina masyarakat, sedangkan ruang demokrasi itu ditutup rapat oleh pemimpin... Ini juga membantutkan Demokrasi Matang..

masyarakat bersuara, mereka ditahan dan dipenjara, malah ada yang dibunuh dan didera.
masyarakat mengkritik, mereka di black list dan diekori oleh SB...

melihat keadaaan ini, budak terasa perlu adanya balancing antara Demokrasi dan Civil Society, oleh kerana sudah ramai yang bicara soal demokrasi matang,. budak telah menempatkan diri dalam kelompok yang membina Civil Society... dan budak merasakan inilah cara untuk balancing, agar bila perjuangan sekelompok lagi yang mahukan demokrasi itu, diisi oleh Civil Society yang budak perjuangkan.

Namun begitu, ada juga segelintir mereka yang laju bicara soal demokrasi tidak senang dengan tindakan budak yang agak agresif... timbul pula persoalan dalam fikiran budak, kenapa dia nak menyekat kebebasan budak pulop??? demokrasi apakah ini???  budak hanya mahu seimbangkan kelajuan demokrasi dengan civil society...

so, Demokrasi yang matang akan lahir bila wujudnya Civil Society, dan Civil Society akan berkembang bila Demokrasi itu matang...

hehehe... ini pandangan budak-budak hingusan... budak berani lontarkan pandangan ini kerana budak mahu dikritik dan dibetulkan oleh abang-abang terhadap FAHAM yang budak anuti ini...

ok... sebelum tamat... Apakah itu CIVIL SOCIETY??? 

sama-sama kaji... hehe, sekian, dari budak hingusan corak sal demokrasi dalam ruang lingkup mahasiswa tempat budak belajar... sebenarnya budak pun x MADANI sangat pun... dan tulisan ini bukan tulisan yang matang...

Silakan kritik... Wassalam..

Saturday, 1 December 2012

Mahasiswa Baru dan Palestine???

Salam

Sehari dua, dapat kunjungan dari kekawan dari pelbagai U, yang rata2nya tahun, satu, masing-masing duk cakap soal, akademik, kelas penuh, asingment yang menggunung, dan pelbagai lagi hinggakan diceritakan ada yang mahu fokus pada akademik je, xnak terlibat dengan mane2 gerakan... Ye... budak mengerti...

Jadi budak cuba tintakan kalam ini, untuk akak2 dan abang2 yang di IPT...

Sungguh terkesan dengan Asingment yang melimpah ruah, buatkan jiwa tidak tentu arah... Walau apa pun terima kasih kepada 2 teman budak, kerana memberikan teguran pada budak secara tidak langsung semasa Pidato Khas Untukmu Palestine USIM-DQ sem 1...

Apa kata mereka yang mampu buatkan jiwa budak kembali terarah???

Nah...


hembusan kata Srikandi Muda Islam :

"semalam saya mengadu kat Umie, tentang serabutnya kepala duk memikirkan asingment dan kerja2 akademik.. tapi umie saya balas, KALAU KAMU MENGADU BENDA NIE KAT RAKYAT PALESTIN TENTU DIORANG GELAK KAN"




semburan kalam Panglima Muda Islam :


'' kita di sini di hujani dengan Asingment namun, saudara mara kita di Palestine di hujani dengan peluru dan boom.. "

dua lontaran kata ini buatkan jiwa budak terpaku kaku...
terima kasih teman... dan hari ini dapat berita PBB telah mengiktiraf Palestine seramai 138 negara telah menyokong dan 9 negara menentang serta 41 yang berkecuali...

Alhamdulillah, bak kata PKPIM, Palestine diberikan 'sijil kelahiran'... tunggu lah, dari baby akan menjadi seorang Rijal, tunggulah Zionisme...

Lihat sejarah sikit,mungkinkah "Sejarah akan mengulangi riwayatnya" katanya Dr. Burhanuddin Al-Helmy... kita baca sejarah, Salahudin Al-Ayyubi, membuka Baitul Maqdis ketika mana baginda menjadi Sultan Mesir dan Syria... Sekarang Dr. Morsi menjadi Pres Mesir, Palestine sudah diiktiraf, menunggu Syria untuk meneruskan planning seterusnya,.. andai teori yang digunakan oleh Salahuddin digunapakai...

setakat tu dahulu, untuk kali ini...
sekadar untuk membuka bicara budak...

nanti budak nak try tulis sal demokrasi pulop... hehehe...
nantikan muntahan budak yang entah apa2 nanti...

Thursday, 15 November 2012

NYAH-MANJAKAN AHLI GERAKAN!!!




Salam semburan hingusan dari budak.

       Sudah lama budak janji nak tulis berkaitan dengan tajuk nie, tapi duk sibuk dengan benda lain, kawan2 budak duk ajak main guli, main choh, main berlaga buah getah dan macam-macam lagi, terpaksalah budak kena meraikan majority budak-budak nie… hehehe

Sebelum masuk pada point, budak nak buat kenyataan media@press confrences dulu, sekarang kan musim, nak tonjolkan diri…kui3..

Ini apa yang budak tengok lah, kat member2 budak yang duk dalam gerakan. Banyak benda yang kena ditajdid dan diislahkan, atau bahasa Najib ditransformasikan, atau bahasa Anwar direformasikan… tapi sebenarnya untuk kita kembalikan atau bawa perubahan kepada ahli gerakan.

Dan budak, mungkin nak ulasan dengan bawakan sindrom-sindrom penyakit yang ada pada kawan-kawan budak nie TERMASUK diri budak sendiri, kemudian budak akan sembur dan bedal ikut suka hati budak, sebagaimana yang dijamin dalam perlembagaan Malaysia, hehehe..



Penyakit pertama

Beralasan
Ini point yang budak nak sentuhkan, selalunya budak pun kuat jugak beralasan, angkara malas dan nak ‘uzlah’ buat sementara. Hinggakan menjadikan segala perkara yang remeh sebagai halangan. Berbeza, menjadikan perkara sebagai halangan dengan berhadapan dengan halangan, dan inilah definisi alasan yang budak nak bawa, mengada-adakan halangan untuk buat gerak kerja.

‘’  maaf, saya xdapat datang meeting sebab hujan, saya xde kenderaan, ada muto je… kalau hujan dah berhenti saya akan gerak “

Selalunya ketua akan dapat mesej macam nie dari ahli mesyuarat.

So? Apa masalah dengan hujan??? Takut basah??? Xboleh ke mesyuarat dalam keadaan basah??? Ok, segan??? Xboleh ke bawa baju letak dalam plastic beg, kemudian tukar baju untuk meeting??? Ataupun, xboleh ke panggilkan  teksi untuk ambil kita kat umah??? Atau minta tolong sapa2 untuk hantarkan kita???

Persoalan ini perlu di putarkan terlebih dahulu dalam minda kita, sebelum nak memetik huruf-huruf pada skrin handset… dan di inboxkan pada handset ketua mesyuarat atau program.

KITA MEREKAcipta  HALANGAN, AGAR TERHALANG…
Ideology ini kena dinyahkan, dan inilah yang memanjakan ahli kita… kena air je kot, time tamrin kena selam dalam tasik ok je… hehehe

Penyakit ke2,

Suka membuat sangkaan tanpa bertanya..

Ini yang paling terbaik yang akan mengganggu gugatkan kita punya ukhuwah… maklumat xjelas lagi, hanya sangkaan semata-mata, tapi dan dibukukan sebagai satu kenyataan dan hukuman, ini RULE of JUNGLE..

Mudahnya, suka sangat pendam, dan buat kesimpulan daripada pendaman dia tadi… contoh, kita xpuas hati dengan sesuatu arahan dari ketua, kemudian kita pendam je, tanpa meminta penjelasan, akhirnya kita sendiri yang membina perspeksi, kalau aku tanya.. dia kata aku nie penentang…

bro… lu dah tanya ke belum??? Belum tanya tapi dah Mewujudkan konflik pada diri sendiri.. melabel diri nak tagih simpati… hua3..

bermula lah episod bermasam muka, atas perkara yang tidak pasti… sengaja mengelak bila nak bersua, makan hati tanpa benda yang pasti… so, nak dapatkan kepastian macam mane??? , kenalah dapatkan kepastian dari mereka yang berkenaan, JANGAN PENDAM dan JANGAN BUAT SANGKAAN BERMACAM…

kalau tanya sikit je, mungkin kita akan jauh dari sangkaan yang entah apa2..

kemanjaan yang kena diNYAHkan… Sensetif sangat dan sentimental… nasib baik xmental…


Penyakit ke3,

Ni yang over sangat pulop, berbanding penyakit ke2 yang tawadhu’ sangat…
Merajuk sebab pandangan di tolak, ini lagi lah sial punya pemikiran… mula2 merajuk, menanti-nanti nak orang pujuk, kalau xde orang pujuk akan memberontak macam beruk…hehe [kasar ke, maaf la, budak2 lagi, macam2 keluar dari mulut nie, pengaruh rakan sebaya]

Kenapa nak merajuk?? Hebat sangat ke pandangan kita tu, idea baru sangat ke??? Sampai menjumudkan pandangan orang lain??? Manja tahap gaban kot… masa pertahankan pandangan, WAH, Nampak macam ketua pembangkang di Parlimen, tapi bila pandangan di tolak, merajuk…. Macam budak2, masuk bilik, kunci pintu nangis sorang-sorang… hahahaha…

Malu kat budak lah, budak pun merajuk jugak sebab emak budak menolak pandangan budak, bila budak nak beli choki-choki… hihihi

Kemanjaan tahap bayi ini kena diNYAHkan… kalau xnak NYAHkan jugak, baik masuk nurseri, sebab nanti ada akak yang comey akan pujuk, bila kita merajuk… hahaha [ kena suap botol susu dalam mulut nie..]

Cukuplah tiga nie dulu, budak nak MUNTAHkan… moga kita dapat NYAHkan benda2 yang xsepatutnya ada dalam diri, seorang ahli gerakan… tak kiralah, gerakan apa… lagi-lagilah gerakan islam…

Maafla, kalau bahasa budak kasar sangat, jangan pulop bahasa yang budak gunakan nie, dijadikan alasan dengan sangkaan yang bermacam-macam kepada budak, dan kemudian terus merajuk xnak kawan nga budak… hehehe…

Sekarang MUKTAMAR sedang berlangsung dan isu Palestine bermula kembali, macam mane nak hadapi derr… kalau ahli gerakan pun masih duk main2 dengan hal remeh camni… Jom NYAHKAN MANJA untuk ke Masjidil AQSA..

Apa-apa pun, budak pun masih belajar, masih lagi kencing dalam seluar, terberak dalam kelas… kadang-kadang makan pun dengan tangan kiri lagi… kui3

Tapikan, minda kita terus berjalan dengan banyaknya kita buat pemerhatian dan kajian…
Sekian dulu, budak melaporkan dari NYAH – MANJAKAN AHLI GERAKAN, moga dapat di ambil sebagai sempadan dan panduan…

Senyum sokmo, jangan bermain dengan emosi tapi gunakan sebaik mungkin emosi yang ada untuk terus bergerak bukan terus menyekat..

Saturday, 10 November 2012

BUDAK SALAH-MENYALAH???

Salam semburan hingusan budak

Biarkan jari ini berlari-lari, biarkan mata ini meneliti, biarkan minda ini terus menari, jangan dihalang jiwa muda-mudi, pimpinanlah kelebihan ini ke taman ilahi… PIMPIN BUKAN HALANG.

BIARKAN BUDAK belajar dari pengalaman, kesalahan dan kebodohan, kerana ianya membawa lebih kesan dan terkesan pada diri serta hati… ini pada pandangan budak yang menjadi pegangan sehinggalah datang seorang tua, dengan melontarkan persoalan, kenapa nak tunggu salah dulu baru nak belajar dari kesalahan itu…

Timbul dua pandangan kat sini,
1] BELAJAR DARI KESALAHAN…
2] JANGAN TUNGGU SALAH BARU NAK BELAJAR…



Ianya semacam wujud kontra[ perbezaan ] antara keduanya…

Jika masind-masing keras kepala dan bertegang urat leher untuk mempertahankan pandangan masing-masing, musibah yang besar akan berlaku…

Bagaimana nak murnikannya…???

Budak ambik jalan, berjumpa dengan orang tua dan tanya maksud disebalik kenyataanya itu, maka berasaskan pengalaman si orang tua, dia bercerita dengan analoginya…

Contoh… seorang ibu melarang anaknya dari bermain-main di kawasan longkang risau jatuh, namun sibudak masih berdegil untuk bermain disana.. akhirnya sibudak ini terjatuh malah kepalanya terhantuk dan berdarah, hinggakan terkesan parut di atas dahinya… xkanlah nak kepala berparut dahulu baru kita nak berhati-hati dengan longkang??? Kan elok jika kita berhati-hati sebelum terjatuh, muka pun xdelah tercalar… kena kuar duit lagi, habis masa untuk dijaga, dan macam-macam sibudak itu akan bazirkan…

Kalau kita belajar sahaja dari ingatan tadi, duit itu boleh digunakan untuk beli buku, masa tadi boleh digunakan untuk baca dan telaah buku… RUGI KALAU BELAJAR  DARI KESALAHAN… UNTUNG belajar untuk tidak buat salah…

Ada betuljugak tu, budak macam nak support pandangan si orang tua nie lah… namun budak kena tanya jugak sibudak tu… apa yang dia maksudkan

Akhirnya sibudak ini, mula bersyarah dengan nada yang semangat… katanya :

Tapi kita bukan maksum untuk tidak membuat salah… semua pernah buat salah…

So, semestinya kita belajar dari kesalahan agar tidak berulang lagi, dan agar kita tidak menanggung kerugian yang sama… RUGI KALAU TIDAK BELAJAR DARI KESALAHAN…

Si orang tua kata,RUGI KALAU BELAJAR DARI KESALAHAN,
tapi si budak kata RUGI KALAU TIDAK BELAJAR DARI KESALAHAN.

Alamak…
Budak dah pening…  so, budak cuba guna ide, macam mane nak wujudkan pandangan ke 21 bila ada 20 pandangan yang berbeza??? Maknanya, cuba bawa pandangan yang terakhir sebagai solusi…

Akhirnya budak terjumpa satu pandangan, apabila digabungkan kedua pandangan tadi maka lahirlah 1 prasa kata

“BELAJAR UNTUK TIDAK BUAT SALAH, JIKA SALAH, BELAJAR DARI KESALAHAN ITU.”

Begitu jugalah dari setiap aspek kehidupan manusia, kena berusaha untuk lari dari buat salah, namun jika tersalah, belajar untuk tidak buat salah lagi… dalam ORGANISASI lagilah…

HIDUPKAN POSTMORTEM dan gunakanlah hasil POST MORTEM, jauhkan postmortem sebagai tempat untuk melepaskan geram dan dendam…

Salam Post Mortem buat mereka yang berorganisasi…
JANGAN BERMAIN DENGAN EMOSI, TAPI GUNAKAN EMOSI..