budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Saturday 30 July 2011

UNION OF HUFFAZ


            Bolehkah huffaz Darul Quran bersatu? Bersediakah huffaz untuk bersama atas dasar Islam? Dan persoalan yang paling besar mampukah huffaz akan mejadi Perdana Menteri Malaysia? Apabila kaki melangkah ke alam Darul Quran buat pertama kalinye, terbayang dalam pemikiran yang cetek ini UKHUWWAH antara mahasiswa, saling dokong-mendokongi. Terlintas juga dalam bayangan ilusi persaudaraan huffaz seakan-akan hubungan sahabat-sahabat nabi kerana ini bumi penghafaz al-quran.

            Ilusi terus berimaginasi, pelbagai fahaman, bermacam aliran pemikiran yang timbul di darul quran… Perpecahan perkara yang sangat menakutkan saya, pelbagai warna yang timbul, pelbagai corak yang lahir, tapi semuanya berasingan dan saling musuh-memusuhi, kalaulah pelbagai warna ini bersatu sebagaimana bersatunya warna-warna dalam pelangi,  tidak mustahil untuk kita lahirkan secebis pelangi HUFFAZ, dan kalaulah pelbagai corak ini bergabung sehebat gabungan batik, tidak mustahil wujudnya batik HUFFAZ. Tiada guna berpecah umpama warna-warna dalam pelangi yang tidak bersatu, tiada keindahan dan tiada kekaguman.

            Mungkin ada yang tidak bersependapat dengan saya tentang ketidaksatuan huffaz ini, saya bawakan beberapa bukti, pertama, ketika solat di masjid kebanyakan huffaz tidak tahu nama abang atau adik yang bersolat di tepi mereka, sedangkan sudah 1 tahun atau  lebih, huffaz bermaustautin di sini. Mana mungkin bersatu kalau asas taaruf yang mudah tidak dapat kita laksanakan,

            Kedua , Di asrama, berapa kalikah kita menziarahi bilik yang bersebelahan dengan kita tambah-tambah penghuni bilik itu semester yang berbeza dengan kita. Adakah kita bersaudara dengan semester kita semata-mata, kalau nak kata berukhuwah sesama semester, dalam satu semester pun timbul pelbagai firqah. Setiap firqah menyatakan tarbiah mereka lebih hebat, malangnya mereka yang hebat berbicara ini tiada di masjid bila waktu solat diudarakan, mana hebatnya tarbiah yang dilaung-laungkan. Jangan membawa fitnah kepada firqah yang didokongi dan paling besar kepada Islam itu sendiri.

            Kita perlu bersatu, atas dasar Islam tanpa mengira aliran pemikiran dan kumpulan. Kita telah ada satu bekas untuk menyatukan huffaz di Darul Quran, seharusnya kita perlu menggunakan bekas ini sebaik mungkin. Alangkah malang jika kita tidak dapat memanfaatkan bekas ini. Sesekali hadir dalam khayalan sekiranya kesatuan huffaz dapat di gapai bermula di Darul Quran bertapa hebatnya gerakan dakwah dan Islam dapat dijalankan.
           
            Usahlah kita mengulangi kejadian yang telah dilakukan oleh generasi terdahulu, marilah kita melangkah ke era generasi huffaz yang baru dibawah satu panji iaitu panji UNION OF HUFFAZ . Jangan kerana perkara kecil dan terpencil memudahkan pihak musuh meniupkan api permusuhan. Sasaran kita bukan di Darul Quran tapi masyarakat di luar sana, jadikanlah Darul Quran sebagai tempat untuk menghasilkan kepimpinan yang berteraskan Islam yang syumul dan membentuk satu kesatuan ummah di Malaysia.

            Cukuplah syak wasangka yang memenuhi hati, fitnah yang memberatkan timbangan mizan dan pelbagai tuduhan yang tiada asas yang jelas, mengapa kita tidak boleh untuk berlapang dada antara kita sedangkan sikap ini perkara paling asas dalam berukhuwah sebagaimana yang digariskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Sekiranya mereka terdahulu tidak dapat menyatukan kita, ayuh!!! Kitalah yang akan menyatukan huffaz, huffaz perlu menerbitkan taring agar gauman huffaz dapat menyedarkan pihak-pihak yang dalam kelalaian dan kealpaan terutama dalam kepimpinan negara.

            Ingatlah manusia tidak dapat menjaga manusia sebagaimana lembu hendak menjaga lembu tetapi yang paling layak dan patut menjaga lembu ialah tuan lembu tersebut, begitu juga manusia, hanya Allah tempat untuk kita berdampingan agar menjadi hambanya yang betul-betul dijaga. Kembalilah kepada system Islam yang mencangkupi sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara dan Islam bukan untuk diamalkan secara juzzi tapi secara syumul. Jangan kita membiarkan dunia memainkan kita tapi marilah sama-sama kita mainkan dunia sehingga dunia berduka dan berputus asa.
Waallahua’lam.

No comments:

Post a Comment