PRU13
semakin menghampiri, bermakna umat Malaysia dalam satu fatrah [situasi] menilai
dan memilih. Penilaian dan pemilihan ini berlaku setiap saat dalam kehidupan,
dan kini salah satu proses yang terbesar yang mesti dan wajib dilalui oleh
Malaysians ialah menilai dan memilih Kerajaan yang mampu menenangkan dan
menyenangkan rakyat. Pemilihan ini memerlukan dokongan dari AKAL. Budak mahu
muntahkan sebuah contengan minda seputar isu AKAL…
Akal
yang ada pada manusia merupakan satu karamah insaniah [kemuliaan manusia] yang
sangat berharga, namun, lapisan-lapisan lemak ini, seumpama tidak mampu
digunakan oleh manusia, hinggakan menjadikan akal sekadar organ yang mencukupi
diri manusia.
Betapa
dijulangnya akal, hinggakan, ada segolongan ulama’ berpendapat akal manusia
sudah cukup untuk manusia itu diberikan taklifan, justeru bila manusia
diberikan akal, WAJIB untuknya memerhatikan alam,langit dan bumi serta merenung
dan memikirkan kewajipannya terhadap Tuhan seperti beribadah dengan mengagungkanNya.
![]() |
Bila
kita bicarakan soal akal, kita bicarakan konsep akal yang sebenar, bukannya
akal yang sudah dirobek dan digondol oleh kekotoran dan kecelaruan dalam
penggunaan akal. Bah, ianya satu akal yang penuh kritis, berpusing selaju
cahaya. Selalunya akan berkumandang suara-suara yang enggak enak didengar,
seumpama bagaimana kalau akal itu xmatang, akal itu bersalahan dengan syara’???
dan seumpamanya.
Sekali
lagi dijeritkan, akal yang bersalahan itu, bukanlah akal yang sebenarnya,
bukanlah akal yang baik dan matang, tapi ianya akal yang rosak dan merosakkan.
Itulah akal yang diperkudakan oleh hawa nafsu, akal yang diperhambakan oleh
syahwat yang terburu.
Ketinggian
akal ini dijelaskan lagi oleh Yusuf Qardhawi, dengan mengatakan, dalam hal
muamalat [politik] manusia diberikan kebenaran untuk MEREKACIPTA system yang
mahu digunakan berbeza dalam hal Ibadah yang autoriti untuk hal ini hanyalah
milik Allah Taala.
MEREKACIPTA
ini memerlukan satu proses pemikiran yang luar biasa dalam penghasilan system
yang mampu diterima oleh akal manusia. Dan proses ini memerlukan sebuah organ
yang dipanggil sebagai akal untuk mengemudi perjalanan REKACIPTA tersebut.
Mungkin sebab itulah ada kata-kata yang mengatakan, siapa yang tahu had untuk
akal berfikir???
Dalam
Tafsir Al-Maghaziy, dalam pentafsiran perkataan اهدنا dalam
ayat 6 surah al-Fatihah, akal dikelaskan sebagai salah satu hidayah dari Allah,
dan ianya merupakan hidayah yang kedua tertinggi kepada manusia. Keberadaan
akal dalam diri manusia tidak cukup kerana akal itu bisa diperhambakan oleh
hawa nafsu yang bergelojak setiap waktu. Oleh itu, Allah telah menurunkan
pertolongan [mau’nah] dengan hidayah yang tertinggi iaitu Agama dan Syara’.
Pertolongan ini diberikan Allah, melalui seorang penganjur [pemimpin yang khas] iaitu Muhammad S.A.W. Gabungan
antara akal dan syara’ akan menghasil satu generasi yang gemilang seumpama
generasi yang keluar dari Madrasah Rasulullah, yang memaksimumkan penggunaan
akal mereka dan syara’ yang dipegangi.
Dalam
hal politik [pentadbiran] dan seumpamanya, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah
meninggalkan kita dengan satu dasar yang sangat jelas, Politik berubah-ubah tetapi agama tetap. Agama tidak boleh disesuaikan dengan politik, tetapi politik itulah yang mesti disesuaikan dengan agama.
Ini kerana tidak dapat dinafikan akal manusia senantiasa diserang oleh faham yang menjijikkan
dan memualkan lebih lagi dalam arena politik Malaysia. Materialistik [faham kebendaan] yang diasak dengan melampau
sehingga menjadi satu agensi yang menentang-Tuhan [agama]. Kekeruhan akal
bermula bila faham kebendaan ini menyerap masuk dalam akal manusia sehingga
membentuk sebuah peradaban kebendaan yang dicirikan dengan penipuan dan
penafian yang tersangat angkuh dan ianya menampakkan faham ini mendominasi
seluruh kehidupan kini. [sehinggakan melihat tandas masjid pun nampak projek untuk direbut].
Dijernihkan
kepada kita oleh Sayed Abul Hasan Ali Nadwi, akan Faham kebendaan atau agensi
menentang-Tuhan ini sebenarnya sudah lama diingatkan kepada umat manusia oleh
seorang manusia lantikan langit iaitu Muhammad S.A.W dengan personafikasi bahasa
kenabian sebagai al-Dajjal. Makanya, dipesan sejak dahulu kala, jalan keluar dari penjara akal yang dikelilingi tembok kebendaan ialah memahami hakikat Surah
Al-Kahfi yang ditunjangi 4 kisah. Kisah-kisah yang sarat mengajar manusia
keluar dari lingkaran faham kebendaan yang menyesatkan.
Sekiranya
akal yang mengemudi bahtera kehidupan ini mampu keluar daripada cengkaman faham
yang menggoda ini, dan mampu melihat jauh ke seberang dunia akhirat, maka, akal
ini merupakan sebuah akal yang murni nan indah yang mampu membelah bumi untuk
menuju kebahagiaan.
Sekian
Budak-Budak
3.08 PM,
21 Februari 2013
21 Februari 2013
Tafsir
Al-Maghaziy
Yusuf al-Qardhawi & Kebangkitan
Rakyat
Manusia
dan Kemaruk Kebendaan Teks & Komentar Surah Al Kahfi
Dr
Burhanuddin Al-Helmy Pemikiran dan Perjuangan
No comments:
Post a Comment