budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Thursday 7 February 2013

Perlu ke Old Guide vs Young Turk???


Salam Kebudak-budakan,

Menulis dari melihat dan mendongak ke atas melihat orang dewasa berjuang… Hasilnya ini, yang budak jumpai… Pertembungan dua corak pemikiran dalam satu rumah.

Old guide dan young turk selalu digambarkan sebagai dua kelompok pemikiran yang saling bertembung. Seakan-akan pertembungan ini menghasilkan hasil yang kurang enak dan menimbulkan pelbagai konflik. Dalam satu sudut old guide defend mereka punya pendapat. Dalam satu sudut young turk mengasak dan berusaha mengetengahkan pandangan mereka. Selalu dilihat pertembungan ini membawa coretan hitam dalam organisasi dan komuniti.

Budak melihat pertembungan ini sebenarnya membawa kematangan dan keseimbangan dalam pembawakan dan prinsip, seandainya dua pemikiran ini diletakkan pada masa dan tempat yang sepatutnya [adil dalam berfikir]. Bagi budak, tidak boleh untuk kita kesampingkan salah satu antara dua corak pemikiran ini. Namun, ianya harus diurus dengan baik dan kena pada tempatnya.

Budak melihat pemikiran old guide perlu ada dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar, prinsip dan thawabit, qat’ie, tetap, manakala pemikiran young turk perlu diwujudkan dalam perkara – perkara berkaitan dengan pelaksanaan, pendekatan, dan mutaghayyirat.

Keberadaan dua corak pemikiran ini secara semula jadi, sebenarnya telah memperagakan kepada kita satu struktur semak dan imbang [check and balance] dalam sesebuah organisasi, institusi, bahkan Negara. Malah menampakkan Thabat dan Murunah [Tetap dan Fleksibel] Islam.

Namun, sikap yang ada pada sesetengah pendokong pemikiran ini yang mungkin dipalit dengan fanatisme, mengeruhkan keadaan yang jernih ini. Sebagai contoh, golongan young turk melenting bila ada perwakilan pemuda yang mengkritik harakah daily yang kelihatan cenderung kepada golongan young turk, dengan gelaran, usul yang dangkal. Manakala golongan old guide pula turut melenting bila ada golongan young turk mengkritik kepimpinan ulama’ yang di amalkan, dengan gelaran golongan celaru fikrah.

So??? Permasalahan yang timbul bukan hadirnya kedua-dua corak pemikiran ini, namun yang utama ialah, bagaimana menguruskan corak pemikiran yang sememangnya ada dalam apa-apa gerakan sekali pun. Persoalan pengiktirafan dan penerimaan pada old guide dan young turk yang berperanan pada skopnya [prinsip dan pendekatan] mesti disedarkan.

Kerisauan oleh old guide dan keberanian oleh young turk, telah menimbulkan satu titik kesederhanaan ditengah-tengah antara keduanya. Hinggakan rakyat kebanyakan dapat mengikuti dan menerima titik kesederhanaan tersebut, berbanding titik yang dibawa oleh old guide dan young turk, Malah dua corak pemikiran ini juga akan bersetuju pada titik kesederhanaan ini tanpa mengadaikan prisip dan lebih berinovasi dalam mengupayakan pendekatan.

Tiada apa yang perlu diperbesarkan, dan tiada gunanya penglabelan yang pelbagai, kerana kepelbagaian itu merupakan karamah insaniah yang diberikan Tuhan. Selalu berbincang dan jauhkan sangkaan, serta iktiraf peranan sesame kita.

Budak masih mahu mengenali pemikiran dua kelompok ini yang sememangnya ada di mana-mana, kampong, kampus, Bandar, organisasi, institusi, hatta dalam parti politik dan Negara.

Sehingga kini budak mahu kedua-dua pemikiran ini berada dalam jiwa budak seakan-akan adanya jiwa Sheikh Shamsuddin Al-Wali dan jiwa Muhammad Al-Fateh. Combinasi dua jiwa ini, merekahkan benteng kota konstatinopel sekaligus meruntuhkan benteng canggihnya.

Carilah dua jiwa ini dalam diri kita, carilah Sheikh Shamsuddin Al-Wali dan juga Muhammad Al-Fateh. Sekiranya ada satu sahaja, carilah teman yang berbeza jiwanya dengan kita.

Salam keamanan dan keharmonian dari budak hingusan.


1 comment:

  1. Sebenarnya pendekatan "i'tidal" adalah terbaik...manakala "ifrat" mahupun "tafrit" telah byk membawa kemusnahan dan ketidakseimbagan....

    Penulisan yg baik.. =)

    ReplyDelete