budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Monday 25 February 2013

ORANG MISKIN BUKAN BINATANG!!!

 Salam keamanan dan kesejahteraan dari budak.

Kekadang bukan sayu, melihat kalangan mereka yang miskin dan budak sendiri pun dari golongan yang miskin. Hari ini budak mahu bicara orang miskin, sekaligus, membicarakan soal politik miskin di Malaysia.      

Orang miskin, tidak sukar untuk kita kenali mereka, dan tidak payah untuk kita terserempak dengan mereka, masuk sahaja dalam kampong kampong atau ditengah-tengah bandar-bandaraya senang sahaja untuk terserempak dengan mereka. Namun yang payah dan sukar ialah untuk melihat usaha pihak berkenaan untuk keluarkan mereka dari kemiskinan.



Mungkin juga mereka sengaja dibiarkan begitu untuk dijadikan bahan oleh binatang-bintang politik dalam Pilihan Raya Umum sebagai senjata yang cukup ampuh meraih undi. Apakah dosa orang miskin ini, sudah la miskin hartanya, malah diperkudakan oleh politikus Negara yang punya pemikiran yang jijik. Mereka ini tidak tahu politik apalagi mahu berpolitik, sayunya, mereka selalu dipolitikkan oleh politikus, dan kuasa politik menekan mereka dari miskin harta kepada miskin maruah... Malah miskin kedua-dua.

Siang malam mereka, diberikan untuk mencari sesuap nasi, untuk diri sendiri dan keluarga, mana mungkin mereka sempat untuk mengambil tahu isu semasa politik yang berkecamuk. Akhirnya politikus yang bancul mengambil kesempatan diatas kemiskinan ini untuk merai popularity dan mengancam hidup mereka. Bukannya serius untuk keluarkan mereka dari tangki kemiskinan ini.

Ada betulnya juga kata Tuan Guru Nik Aziz, kerajaan yang ada kini, semacam membinatangkan rakyat dengan wang.  Dan ditaukidkan lagi oleh Ustaz Azhar, seolah-olah menabur makanan kepada rakyat kemudian mereka sembelih rakyat selepas Pilihan Raya Umum. Kerajaan apakah ini??? Ayamkah rakyat Malaysia???

Kita tidak mempertikaikan bantuan yang diberikan, dan sememangnya menjadi kewajipan kerajaan untuk memberikan bantuan kepada rakyat, kerana mereka memegang amanah rakyat untuk menjaga rakyat. Namun, perlaksanaannya yang membinatangkan rakyat itu sangat memanaskan hati. Hinggakan rakyat dibodoh-bodohkan, itu tidak dikira lagi dengan dengan memaksa rakyat untuk bersumpah mengundi UMNO/BN, ucapan yang penuh ugutan  dan sebagainya.
                                                                                           
Wahai politikus… rakyat ini bukan lah ayam untuk ditabur-tabur dengan wang. Kami ada akal untuk berfikir, ada maruah untuk dijaga dan ada agama untuk memimpin. Bila cakap soal ayam, teringat sebuah perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan antara YB Nassuruddin Daud dan YB Anuar Musa beberapa tahun yang lepas. Adun Meranti itu mengungkapkan, [lebih kurang begini] Kita rakyat bukan jenis ayam bandar, yang tunggu tuan bagi makan, kalau xbagi akan mati, dan bila tuan nak sembelih, tuan mengasah pisau dihadapan muka pun, jenis ayam bandar ini tidak lari. Berbeza dengan ayam kampong, tuan bagi makan, ayam kampong akan makan, kalau xbagi akan cari makan sendiri dan aktif, dan kalau tuan nak sembelih, belum tuan turun dari rumah, ayam kampong dah lari cari tempat perlindungan.



Amatlah naïf, bila ada politikus yang mempergunakan orang miskin sedemikian rupa. Namun, orang kampong yang miskin, tidak lagi boleh dibodohkan lagi walaupun mereka miskin harta tidak bererti mereka miskin maruah dan agama. Dengan maruah dan agama yang ada pada diri mereka, Awang Adek [Bekas Bakal Menteri Besar Kelantan] telah dimalukan dalam satu majlis pemberian BR1M. Apabila ditanya kepada rakyat, siapakah yang mahu Dato’ Seri Najib kekal menjadi Perdana Menteri??? Adalah beberapa puluh yang angkat tangan daripada ratusan yang hadir. Bila ditanya siapakah yang mahu Dato’ Seri Anwar menjadi Perdana Menteri??? Majoriti yang hadir telah mengangkat tangan… hahaha… Awang Adek senyum tidak terkata.

Walaupun miskin harta, namun, maruah dan agama rakyat tidak mampu dijual beli dengan harga RM500, maknanya, Projek membinatangkan rakyat oleh UMNO@BN telah mencapai kegagalan yang jelas. Rakyat bukan binatang seperti yang difikirkan oleh UMNO/BN… hahaha..

         Malah lebih jijik lagi, orang yang kaya hartanya, sangat miskin maruah dan agama mereka, hinggakan sanggup bersama-sama mereka yang tidak bermaruah, membeli maruah rakyat Malaysia. Mereka ini lebih binatang dari haiwan. Sekian sahaja, muntahan budak pada kali ini, malam ini, Anwar Ibrahim datang kampong budak nak berceramah. Budak nak gi usya2 tengok, kalau ada apa-apa yang menarik… hehe.

No comments:

Post a Comment