salam 1 budak...
seminggu 2 nie duk bising sal PTPTN... semua pihak tertumpu padanya... hatta TV pun duk bagi "pencerahan" sal PTPTN...
pemuda UMNO siap buat Meja Bulat untuk Mahasiswa, khas untuk isu PTPTN... RTM buat dialog jemput orang besar PTPTN, malah orang No 2 Malaysia pun ada sebut lebih 11 ribu yang dibebaskan dari PTPTN,..
HANGAT...
Sekarang mahasiswa sedang berkhemah (walaupun ada yang dirampas) di dataran merdeka, rentetan demo 14.4... MANSUHKAN PTPTN, PENDIDIKAN PERCUMA... parti politik pun ada yang bagi sokongan moral pada mahasiswa...
sebenarnya budak usha2 je sal benda nie kat fb... hari nie baru budak nak jenguk sikit...
bila ada ex-mahasiswa mengadu kat budak sal bebanan hutang PTPTN... baru budak ambik kesah (maf le, budak suka dengar dari mulut empunya badan sendiri, budak xmudah terikut2)
ini apa yang bro tu bagitahu lah,
pinjam 19,000 tapi kena bayar 25,000... 6000 bunganya... xke giler... setiap bulan kena bayar 100 x 12bulan = 1,200 bahagi 6000(bunga) = 5 tahun#..
selama 5tahun untuk bayar bunga je.... biar betul(budak tanya)???
bagi budak kalau BN masih takut nak Mansuhkan...cuba cara nie...
PTPTN perlu ada untuk menyara kos hidup mahasiswa cuma kena
1) hapuskan bunga PTPTN,hutang 20,000 maka bayarnya 20,000
2) hapuskan yuran pengajian... PENDIDIKAN PERCUMA
tapi kalau PTPTN , jadi BIASISWA lagi best...hehehe
dan satu ag... ada yang kata, nak pelepasan PTPTN belajar pandai2 lah, dapat 3.5 ke atas... ada yang kata, yang dapat pointer tinggi sepatutnya kena bayar lebih PTPTN sebab peluang pekerjaan diorang lebih terbuka dan mudah... hehehe, (idea masuk air, tapi ok gak,kikiki)
apa2 pun budak sokong perjuangan MAHASISWA (cuma kena jaga sikit adab2 berjuang, xpe, ini pun proses pembelajaran)...
kata orang tua:
::jatuh BN, mansuh PTPTN::
_budak muntah, keluar pankreas_
budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???
Sunday, 15 April 2012
Saturday, 14 April 2012
POLITIK???
hai selamat berbudak-budak
semenjak 2 menjak nie budak baca banyak status FB duk sal bincang politik... satu yang normal... tapi ada yang kurang normal... apabila ada student yang ada fikrah agama@aliran agama XMAHU BERPOLITIK (mengundi)...
adusshhh... malu budak dengan mahasiswa/wi macam nie, xreti2 lagi ke... kalau BUDAK kata xfaham agama korang marah..
Tapi malukan orang agamalah... malah ada yang boikot mengundi...
TGNA TGHH pun mengundi malah diorang DIUNDI... xkan korang nak kata korang lebih Islam dari 2 TUK GURU nie...
nie lah bila dapat idea @ fikrah yang baru dijumpai terus fanatik dan mabuk... dah xingat ilmu2 yang dipelajari.. (belajar surface je kan)
malulah sikit...
korang tu pegang status MAHASISWA/WI ISLAM...
kena belajar banyak ag... n bertanya orang2 alim
so, budak syorkan jom sama2 belajar... bukan main fb je, tapi jenguk2lah blog2 yang muktabar..
hehehe
selamat BERPOLITIK untuk pastikan ISLAM memerintah bukan diperintah...
::budak muntah sikit::
semenjak 2 menjak nie budak baca banyak status FB duk sal bincang politik... satu yang normal... tapi ada yang kurang normal... apabila ada student yang ada fikrah agama@aliran agama XMAHU BERPOLITIK (mengundi)...
adusshhh... malu budak dengan mahasiswa/wi macam nie, xreti2 lagi ke... kalau BUDAK kata xfaham agama korang marah..
Tapi malukan orang agamalah... malah ada yang boikot mengundi...
TGNA TGHH pun mengundi malah diorang DIUNDI... xkan korang nak kata korang lebih Islam dari 2 TUK GURU nie...
nie lah bila dapat idea @ fikrah yang baru dijumpai terus fanatik dan mabuk... dah xingat ilmu2 yang dipelajari.. (belajar surface je kan)
malulah sikit...
korang tu pegang status MAHASISWA/WI ISLAM...
kena belajar banyak ag... n bertanya orang2 alim
so, budak syorkan jom sama2 belajar... bukan main fb je, tapi jenguk2lah blog2 yang muktabar..
hehehe
selamat BERPOLITIK untuk pastikan ISLAM memerintah bukan diperintah...
::budak muntah sikit::
Tuesday, 3 April 2012
UJILAH AKU!!!
Lama sungguh jari ini tidak menari...
Tarian yang bukan sekadar seni,..
Tapi tarian yang datang dari hati…
Bermain dengan manusia kekadang sangat mencabar emosi dan hati… namun, itu yang mesti ditempuhi..
Kita yang manusia biasa ini semestinya ujian pun biasa-biasa, tapi kita mudah sangat mengeluh dengan ujian yang biasa-biasa nie... kalau dibandingkan dengan ujian nabi, jauh sekali…
Kita yang biase2 nie, selalunya mudah ghairah dengan ujian yang menimpa, melaung-laung bagaikan kera… adakalanya semacam ditoreh dikepala padahal ianya sekadar jentikan di telinga.
Tidak kurang jugak ada yang rebah bila ujian menghempap… semakin jauh dan jatuh sebelum tiba masanya. Malah tidak timbul dan muncul buat sekiannya… Patutlah orang kata ujian nie satu tapisan… ye, ini bertepatan dengan surah al-ankabut ayat 2&3.
Tapi dengan ujian ini dapat kita cungkil mereka yang terpilih,.. mereka menganggap ujian ini sebahagian dari jiwa mereka, sekiranya dalam sehari tidak serabut dan gelisah dengan kerja-kerja Islam, mereke mungkin demam…(budak berharap jadi macam mereka).
Namun, secara hakikatnya… nak menelan dan semasa mengunyah ujian ini bukan mudah, seolah2 jantung dicabut dari rongga dada, sngat perit.. pahit bukan selamanya… lepas diuji, ia akan menjadi kenangan abadi yang akan tersemat kekal dalam hati, mungkin juga menjadi penguat tika hati lemah dibawah bahang mentari,bekuan salji malah tika dibuai nikmat mimpi.
Awas!!! Selepas selesai satu ujian akan datang ujian yang lebih tuff untuk kita… bagi membuktikan kita semakin dekat denganNya, pastinya kena beringat... yang longlai imannya akan tewas.
Sesungguhnya ujian ini diberikan berdasarkan kemampuan setiap manusia… mungkin ujiannya berbeza – beza tapi kesannya sama… menggegarkan jiwa…
Last sekali try tengok perbandingan nie… pak cik dikampung yang rumahnya bernilai rm15,000 dirampas sama kesannya dengan ujian yang menimpa Pengurus Syarikat Mega yang diistihar muflis… tapi kalau pengurus syarikat kehilangan rm15,000 dan pak cik kehilangan rumah yang bernilai rm15,000 juga, nilai luarannya sama, tapi ujian pak cik tadi lebih besar sebenarnya…
Budak menulis nie untuk buang sesawang yang memenuhi blog ini… tulisan yang sekadar sahaja... tiada apa-apa just pandangan manusia biasa.
::budak diuji lagi, sabar jelah::
Friday, 17 February 2012
Masa depanku???
Biarkan jari ini menari bersama rentak hati…
Bermain dengan rasa,
Tangan terketar-ketar, jari terkasima, mata terleka, minda pula termenung… akhir, aku tertulis warkah tanpa bicara.
Beberapa ketika aku diminta oleh adik-adik untuk melontarkan kata, bukan kata-kata biasa, kata yang memisahkan antara kita, mungkin seketika, mungkin juga selamanya… entah bila akan berjumpa…
3 tahun langit ini menaungi ubun-ubun kepala, 3 tahun tanah ini menjadi pijakan selipar lama, 3 tahun udara ini meraba-raba seluruh anggota, 3 tahun tasik itu menyimpan rahsia… akhirnya akan tiba masa untuk melambaikan tangan kepada bumi wakafan. Bumi yang penuh dengan pelbagai macam ragam.
Yang pasti kita kan keluar juga, mencari takdir yang dicipta…
Sudah… kita jadikan 3 tahun lalu sebagai halwa jiwa ketika termenung dimuka jendela… hadapan sana masih ada, lebih mencabar malah sangat menduga… pernah aku berbicara dengan orang lama, selalu mereka kata, nanti keluar kena letakkan istiqamah dijiwa, kerana orang sebelum kita keluar dari bumi ini, hilang lesap entah kemana.
Jiwa meronta-ronta, tidak mahu jadi seperti mereka, rebah dan jatuh sebelum tiba masa… tapi aku juga belum pasti, samaada masih akan terus berdiri, atau rebah menyembah bumi… aku terus menitipkan doa, agar menjadi manusia yang berguna…
Andai tanah gersang yang aku pijak, akan tumbuh pohon yang menghijau, andai sungai kontang yang aku jejak, akan mengalir air seharum limau, andai kemarau aku tempuhi, moga hujan membasahi bumi… menjadi rahmat kepada seluruh alam, bukan semudah memakan kacang… tiada lain yang boleh kita gunakan, selain dari Islam yang datang dari Tuhan.
Turun ke medan sana,
Teringat satu pesanan bergema, oleh seorang murabbiah yang sangat sibuk melayan karenah manusia… katanya… adik-adik mahasiswa, perjuangan anda dikampus hanya lima… diluar kampus menanti sembilan puluh lima.. minda terus terpaku, lidah sudah kelu, jiwa jadi sayu, tangan mula mengaru-garu… rupanya selama ini aku tenggelam dalam dunia ciptaan ku.
Merasa hebat menjadi mahasiswa, semacam diarak seluruh pelusuk dunia, sedarlah wahai jiwa, ini zaman lampu neon menyala bukan zaman pelita… dahulu mahasiswa cukup disanjung, masuk u akan diusung-usung, gembira satu kampung, kerana harapan masyarakat menggunung, anak ini yang akan memperjuangkan hak masyarakat dikampung…. bukan seperti kini, mahasiswa bermain dengan isu bagaimana masak nasik lauk kangkung… ketawa king kong melihat mahasiswa terlolong-lolong… seolah-olah runtuhnya Hong Kong, rupanya hanya terpijak tahi kingkong… ingatkan tahi yang keluar dari punggung, tapi hanyalah tahi hidung… memang GONG lah..
Hebat mahasiswa dulu kerana mereka menyerap masuk ke dalam jiwa orang kampung, aroma meraka dirasai dari arau hingga ke Sandakan… keadaan sekarang berbeza, seolah-olah ada satu halangan yang menghantui kita turun ke dalam jiwa manusia diluar sana…
Namun begitu, lepas ini,kena kembali kepada mereka, turun sebagai hamba yang berjiwa panglima, yang akan memotong segala macam angkara derhaka… agar kita semua bergandingan ke syurga…
Cuma mengharapkan doa dari orang lama, agar aku juga istiqamah seperti mereka yang berjaya, bukan futur di permulaan cerita…
Ya Allah jangan Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata, perelokanlah segala urusanku keseluruhan…
Maaf… budak baru belajar… budak muntah terkeluar hati… hehehehe..
Monday, 13 February 2012
KHAS BUAT NUQABA’…
Alhamdulillah, bersyukur pada Tuhan Penjaga Hati, Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, sebagai penterjemah Islam secara praktikal yang perlu dijadikan panduan.
Kebangkitan Islam semakin dirasai, seolah-olah udara panasnya menyentuh kulit badan, aroma kebangkitan dihidu di setiap inci dunia, menarik-narik jiwa muda untuk bersama.
Melihat keadaan ini, hati menlonjak-lonjak mahu turut serta, kerana rasa hati yang menyebabkan air mata ini bercucuran, rasa hati menghalang mata dari lena malam, rasa hati yang gundah melihat kelalaian umat Islam, rasa hati yang tidak mahu melihat huffazul quran senyap menyepi dalam selimut keselesaan. Oleh itu, Demi Allah, kita telah menyerahkan jiwa kita seluruhnya menjadi Nuqaba’, semata-mata untuk kepentingan manusia melebihi kepentingan diri sendiri.
Tidak perlu berbangga berada dalam hangat baju korporat, tidak perlu kita merasa diri dilihat hebat sebagai nuqaba’, tidak cukup kita selesa dengan usrah yang dikatakan mantap. Semua ini tidak akan cukup selagi mana, kita tidak dapat memenangi hati-hati mad’u kita dengan fikrah Islam yang sebenar, selagi mana aroma usrah ini hanya berpusing-pusing dalam kalangan kita semata-mata.
Adik beradik yang disayangi,
Tiada apa yang kita sumbangkan sebenarnya, malah kita tidak pernah merasakan yang kita ada memberikan apa-apa sumbangan. Namun, betapa kita mengharapkan, hati-hati ini dapat ditujukan kepada hati-hati anak usrah, supaya mereka dapat lihat dalam hati ini hanya ada kasih sayang demi mereka.
Wajib kita meyakini hanya Allah yang memegang hati manusia, hanya Allah yang memimpin ke jalan bahagia, hanya Allah yang dapat memberikan bantuan kepada kita. Oleh itu, elemen taqwa dan tawakal, kebergantungan dengan Allah mesti ditanam dalam jiwa para nuqaba’ untuk kita alirkan kepada mad’u yang kita sayangi. Bergeraklah atas dasar Aqidah.
Pastikan setiap nuqaba’ memahami, matlamat akhir usrah yang dijalankan. Penekanan kepada matlamat ini penting untuk memastikan nuqaba’ istiqamah dan terus bersemangat menabur benih-benih Islam dalam jiwa anak usrah. Dan, tidak boleh kita tinggalkan, keikhlasan yang mesti lahir dari hati yang begitu rindu dan lunak dengan janji-janji Allah. Hadirkan keikhlasan dalam setiap gerak geri kita, Insyallah istiqamah akan kunjung tiba.
Akhirnya, pastikan usrah kita, dipenuhi dengan semburan aroma persaudaraan, dilingkari dengan kefahaman yang mendalam, dipasak dengan jihad menentang kejahilan, disemai dengan dakwah menyeru kepada kekuatan, ditunjangi dengan tarbiah membersihkan hati sebagai hamba tuhan.
Tuesday, 27 December 2011
Teridam SUASANA yang SATU...
Salam kebudak-budakan,
Sepagian mencari
Sedikit pengisian ilmi
Membuka broadband ukhti
Akhirnya jumpa sentuhan hati
Hehe, mulakan pagi ini dengan penuh ceria dan isian…
Pagi ini menjenguk video pertemuan antara Perdana Menteri Palestin dengan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin.. bergetar hati budak, membayangkan aroma kemenangan Islam.
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DFOJ1_tdFEUM%26feature%3Dshare&h=vAQEcYylMAQHvPYJ2yRWmVNXKB32q5Qww_X1aROw3fj0S-g
Ciuman sayang diberikan antara sahabat perjuangan, menunjukkan ukhuwah dalam perjuangan yang beraqidahkan yang sama.
Teringat satu forum antara Presiden PAS, Mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, dan Wakil Hamas… apabila ada seorang peserta forum menanyakan soalan : adakah anda bertiga pernah jumpa atau belajar sekali dahulu, sebab saya melihat ukhuwah dikalangan kalian seperti sudah lama berkawan, apa faktornya???
Jawabnya : ukhuwah ini kerana ruh perjuangan yang sama…
Seolah-olah, aku merasai apa yang kamu rasakan, dan kamu rasakan apa yang aku rasakan..
![]() |
| satu bulatan dibentuk oleh banyak tangan |
Perasaan inilah yang mahu disemai dalam jiwa umat Islam, dan ia dapat dicapai bila kita dapat membentuk UMMAH yang SATU, sebagai Jasad YANG SATU…
Pembentukan Negara bangsa oleh penjajah kepada Negara ummat Islam amat merugikan, sehingga nasionalisma membasahi jiwa rakyat Islam..
Bila melihat video pertemuan tadi, teringat peristiwa peperangan Yom Kippur atau perang ramadhan 1973, antara Israel dengan Mesir, Syria dan Iraq… bagaimana 3 negara umat Islam ini bersatu menentang musuh yang satu… (sebenarnya banyak lagi Negara yang join, seperti Algeria, Tunisia, Arab Saudi dan lain-lain)
![]() |
| perang Ramadhan 1973 |
Rindu pada suasana itu, suasana bersatunya ummat ISLAM… Dipimpin oleh Imam Masjid Bandar Suez (Syeikh Hafiz Salamah) dan nasihat dari Sheikh Azhar waktu itu bernama Shelkh Abdul Halim Mahmud… merobek banteng Bar Lev ( yang bernilai AS500 juta) hanya dengan pancutan air…
Kita boleh menang andai bersatu dalam satu pasukan dan bergerak sebagai satu pasukan, bukan secara LONE RANGER, tapi seperti POWER RANGERS…
Budak tetarik dengan kiasan seorang ulama’ Malaysia berkaitan Teamplayer :
“Jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi team player dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur, dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player. Ini terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0”
![]() |
| STRATEGI!!! |
Ok, budak stop kat sini dulu, nak pergi main bola n merancang strategi yang saffan kaannahum BUNNIANULMARSUS…..
· Budak muntah lagi.
Monday, 26 December 2011
Pandangan BUDAK, boleh ditolak!!!
salam kasih sayang buat semua..
sudah lama budak tidak meconteng di dinding blog ini, (kalau conteng pun mana ada orang nak tengok,huhu)
dewasa ini, budak lihat macam-macam perkara baru yang berlaku, tapi budak dapat belajar banyak benda baru. contohnya, ada mereka yang mintak suatu pihak itu terbuka, dan digelarnya sebagai jumud... hakikatnya...pada masa yang sama mereka itu jumud dan tidak terbuka untuk menerima hakikat pandangannya ditolak...
bila pandangannya ditolak mulalah kata yang mereka tidak dapat menerima perubahan, macam best sangat pandangan dia... timbullah isu tak terbuka dan jumud... (siapa jumud sebenarnya).
bagi budak nak bagi pandangan silakan sangat dialu-alukan, dan apabila dah diputuskan sesuatu keputusan berdasarkan pandangan yang paling baik dari pandangan-pandangan tadi... wajiblah semua bergerak dan berpegang pada keputusan yang diputuskan...
budak pening... sebab bila dah putuskan satu keputusan yang bukan dari pandangan dia... facebook jadi tempat melemparkan pandangan yang ditolak tadi... malah menentang dan kontra dengan keputusan yang diputuskan bersama atau oleh pimpinan.
ini terlalu open ke atau JUMUD (kena tulis besar2 sikit, biar jelas)...
bagi budak... orang macam ini, tak lama... biarkan dia dengan "keterbukaannya" itu...
maksud budak ialah, sebelum sesuatu keputusan belum diputuskan, silakan beri pandangan, namun bila dah diputuskan, sila lupakan pandangan kita tadi, dan terima pandangan yang telah diputuskan secara bersama atau oleh pimpinan...
jangan terbang terlalu tinggi, nanti tertinggal sasaran dibawah, turun sekejap untuk menarik sasaran terbang tinggi bersama kita...
cukup kali ini muntah yang budak tumpahkan, tapi harap muntah ini muntah macam muntah yang badang makan, menjadikan ia kuat...hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)








