budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Monday, 26 September 2011

Muda + tua = cahaya jalan ini...


    

Merenung jauh ke hadapan,  mengkoreksi semaksima detik berlalu, membelek-belek helaian pengalaman, sehari terus bergerak selaju gerakan mentari senja…
namun, perjalanan yang di rempuh ada “benda” yang dapat di publishkan…
     
Budak bermadah seketika, dalam melihat orang dewasa mendada masa.
     
Sekarang pemikiran – pemikiran yang tiada pegangan kembali membarah kepada pemuda Islam, ramai yang mahu menjadi hero dalam segala ISU yang timbul, seolah-olah tiada tarbiah didada, bercita-cita menjadi politikus negarawan, kononnya… (budak marah sikit je)
     
Semangat kepemudaan yang membuak-buak mengenepikan segala ancaman dan peluang yang ada, sudah tiada diendah teguran orang tua… teman, jangan diperlekeh orang tua. Kita kuat tenaga tapi mereka kuat pengalaman.

Kuasa pemuda diserapkan dengan pengalaman@nasihat orang tua, natijahnya Kota konstantinopel ditawan Al-Fateh yang dinasihat Sheikh Syamsudin Al-Wali.(budak pun sejarawan jugak)
     
Laju-laju nak pergi mana??? Lambat-lambat bila nak sampai??? Perlu ada check dan balance dalam perjalanan kehidupan ini, ada part kita pecut sikit, ada part kena kena slow rock sikit… nak tahu part-part nie macam mane??

Sedara, hidup kita ini semacam roda, berulang-ulang… apa yang kita rasa hari ini, orang dahulu turut terkena, bezanya masa dan keadaan… jadi kena bertanya orang dahulu yang melalui perjalanan ini, lepas tu kita pandai2lah wat solusi.
     
Namun, orang dahulu tu jangan dicari yang sebarangan. Kena cari yang betul-betul melalui jalan nie… kalau tersilap cari orang dahulu, mungkin pincang jua perjalanan kita. bahasa mudah untuk orang dahulu@tua nie ialah MURABBI…
     
Pemuda… ingat, hidup kita mesti ada kebersamaan, jangan bergerak berseorangan nanti tiada kepelbagaian dalam action. Bila beraction jangan ikut kepala sendiri, beractionlah mengikut kesepakatan yang dibuat, agar licin segala perancangan.
     
Cadangan wajib diberi tapi jangan harap orang menerima cadangan kita. namun ramai jua pemuda yang melenting bila cadangannya ditolak, mulalah bawa kepala sendiri. Sorang-sorang nak pergi mana???, susah-susah. (budak mengeleng kepala pada pemuda begini)
     
Hadam dulu asas-asas islam... barulah sohih perjalan yang mahu didada itu, bukan bermakna disini xberi peluang kepada pemuda melakukan ‘revolusi’ namun lebih baik revolusi yang dipimpin yang dilakukan (budak menjelas - bukan dikongkong tapi dipimpin)
     

Selamat berjalan wahai pemuda,
      Berjalan dengan semangat bara,
      Dipimpin murabbi yang terbuka
      Mendidik erti sebuah jiwa dewasa...

Sunday, 18 September 2011

ERM... MACAM NIE LAH!!!

seronok giler budak dapat member
kitaorang ber"member" atas nama Islam
ber 'member' atau berukhuwah dalam bahasa budak sekolah arab
macam kucing nie jugak comel je kitaorang jadi member
tetiba benda nie datang
membara panas api kemarahan, hilang pertimbangan
sampai hati jadi macam nie dengan member sendiri
perkataan pertama yang keluar 'benci' 'xsuka'
lama-kelamaan "nak ambik kau" dibuang dari hidup
begitulah kehidupan negatif

*begitulah mungkin penapisan dari TUHAN, andai terlepas ujian ini, ikatan pasti lebih mampat

Saturday, 3 September 2011

TERSENGEH dengan ISU MAT SABU


Salam kemaafan...

Seronok budak beraya tahun nie, sebab banyak kali tersengeh...

“Malam ini ada ceramah mat sabu” kata mak cik di pasar,

“kita g  dengar mat sabu jawab isu komunis nak?” pelawa seorang kawan kepada temannya

“ mat sabu pengkhianat bangsa, masukkan mat sabu dalam ISA” dalam tv selalu keluar sal benda nie..

Budak hanya tersengeh...

Suatu malam budak ada borak-borak kosong dengan seorang tentera@ askar pangkat sarjan kot.(misai di macam misai sarjan..hehehe) pak cik tu cakap “mat sabu nak cakap benda lain tapi media yang putar belit isu, maklumlah dari 180 negara media malaysia yang ke 166...”

Budak tersengeh sekali lagi (ada fakta pak cik nie, tapi kajian tu sape buat???)

Sampai masa budak tetiba sampai kat tempat ceramah Mat Sabu dengan anak muda yang lain... lega hati sebab akan mendengar taujihat dari pimpinan...  

“sebenarnya isu ini ditimbulkan untuk menutup isu tuntutan BERSIH 2.0, isu penipuan daftar pemilih” mat sabu menyemburkan kalam...

Sahabat budak tersengeh selaku seorang ahli dalam bidang politik@siasah.

“Sebelum 31 ogos 1957, malaysia belum merdeka... siapa2 yang perintah malaysia sebelum merdeka ialah penjajah... maknanya malaysia masih berada dibawah pengaruh penjajah ketika itu, dan mane2 pihak yang menentang penjajah ketika itu digelar sebagai pejuang kemerdekaan...” ulasan seorang pak cik sambil2 mendengar ceramah, kekadang kekacang kuda jadi santapan...

Kalau nak letak pemimpin umno sebagai pejuang kemerdekaan letak lah, tapi jangan lupa untuk letakkan pejuang kemerdekaan yang lain.. seolah2 kemerdekaan yang disambut sebagai kemerdekaan UMNO bukan kemerdekaan RAKYAT... seolah2 Malaysia akan dijajah jika UMNO tiada(X perintah Malaysia)..

Sekarang anak muda sedang meneliti isu ini dan mencari semula lembaran sejarah yang tulen... semburan ucapan dilontarkan

Budak tersengeh dan terputar minda dalam tempurung kepala...

Budak mesti mencari dan kaji juga sejarah malaysia ni, penting untuk masa depan... banyak lagi xtahu, nanti bila dah besar budak nak jadi sejarahwan negara... hehehe..

Nie je lah yang budak nak kongsi sikit ari nie, nak kaji agar lebih betul lagi... pastu budak post lagilah... tak pasal2 budak kena ISA,namun Ustazah budak ada bagitahu.. Nabi dahulu lagi teruk ujian mereka...

Budak tersengeh melihat gelagak “orang tua” yang dah nak dijatuhkan... satu  je budak dapat simpulkan “jangan KORBAN kan PENGORBANAN”...

Sunday, 28 August 2011

AKU dan RAMADHAN


ramadhan,
satu cita-cita diluncur
satu tekad disembur
moga-moga dapat kasih Al-Ghafur
jauhi futur.

ramadhan
semangatnya jiwa mengempur
segala maksiat mahu dihancur
buat amal seolah makan cucur
segala masalah dikubur

ramadhan
masanya berlalu laju
aku semakin lemah dipaku
sudah lupa amanah dibahu
akhirnya jadi hamba nafsu

ramadhan
apa yang aku dapat
sekadar letih dan penat
membunuh jiwa yang kuat
menjadi hancur berkarat

Maf, Aku bukan hamba yang sejati padaMu
temukan aku dengan hidayah dan sakinahMu
sebelum tibanya masa aku menghadapMu
aku memohon padaMu

Saturday, 30 July 2011

BELAJARLAH MENDAKI TANGGA


Jangan hanya memandang ke tangga tapi belajarlah menaiki tangga tersebut…

Seusai sarapan yang memaniskan dan melazatkan mulut, tangan ini menjamah sekejap keyboard yang telah lama dibiarkan…

Setelah satu file, satu file yang lain  dijelajah… akhirnya terjumpa satu ungkapan “jangan hanya memandang ke tangga tapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut”… satu perumpaan yang sangat dalam maknanya…

Dengan hanya memandang dan berimaginasi kita  tidak dapat merasai keadaan sebenar situasi sesuatu perkara tersebut,.. macam tangga inilah, dengan hanya memandang kita tidak dapat merasai pengalaman pahit maung untuk melepasi satu tahap ke satu tahap tangga yang lain… sebab itulah ada kekawan yang mengatakan  teori itu mudah praktikal itu susah…

Adakah salah memandang??? Tiada salahnya… namun sampai bila harus memandang…
Tangga yang ingin dinaiki itu bukan  tangga yang sebarangan… satiap lapisan tangga ada kesusahan yang mesti dilalui untuk sampai ke destinasi… andai dapat melepasi kesusahan dan ujian itu… berjayalah kita ke tahap yang kedua… dan andai kata berjaya lepas tahap ke dua… kakikan melangkah ke tahap ketiga dan begitulah seterusnya…

Mudahkan??? Inilah teori…

Bila berada pada tangga tersebut barulah kita dapat merasainya… dan perumpamaan ini pernah penulis tintakan kepada seorang teman… dan sekarang dia dalam ujian hati bersama seorang manusia… andai kata dapat ia melepasi… makin tinggi tangga yang dapat didaki… andai tidak dapat??? Maka beradalah ia disitu selamanya dan mungkin akan tergelincir ke tangga yang paling bawah sekali…

Ya… inilah sunnatullah kepada hambanya…UJIAN… lihat surah al-ankabut ayat 2-3… menceritakan tentang kemestian manusia diuji…

Belajarlah untuk menaiki tangga tersebut… orang terdahulu juga merasai ujian sebagaimana yang kita rasa sekarang ini, malah lebih teruk… kena belajar dengan mereka, bagaimana nak melepasi satu tangga ke satu tangga yang lain… mana mungkin dapat kita melangkah dengan semborono sahaja… 
dan setiap tingkatan tangga itu ada ujiannya yang tersendiri… tangga yang pertama mungkin rendah sikit, tangga ke dua susah sikit, tangga ke tiga makin susah dan semakin susah… semakin banyak yang kena korbankan…

kenapa nak sangat naik  tangga nie??? Untuk sampai pada destinasi terakhir… SYURGA.. setelah bertahun-tahun kita berusaha dan belajar untuk menaiki tangga,.. keletihan itu pasti, kesakitan itu mesti, mungkin juga mati… kerana nilai  SYURGA  begitu…

penulis juga manusia yang semestinya diuji… dan masih berada pada tangga yang sama semenjak  8 tahun yang lalu… masih belum dapat melangkah dengan gagah,.. kekadang rebah,.. selalu lelah… namun tidak akan mengalah…

sama-sama kita doakan agar martabat kita di sisinya semakin meningkat dan kita semakin sayang Allah dan Allah juga menyayangi kita… INSYAALLAH…

UNION OF HUFFAZ


            Bolehkah huffaz Darul Quran bersatu? Bersediakah huffaz untuk bersama atas dasar Islam? Dan persoalan yang paling besar mampukah huffaz akan mejadi Perdana Menteri Malaysia? Apabila kaki melangkah ke alam Darul Quran buat pertama kalinye, terbayang dalam pemikiran yang cetek ini UKHUWWAH antara mahasiswa, saling dokong-mendokongi. Terlintas juga dalam bayangan ilusi persaudaraan huffaz seakan-akan hubungan sahabat-sahabat nabi kerana ini bumi penghafaz al-quran.

            Ilusi terus berimaginasi, pelbagai fahaman, bermacam aliran pemikiran yang timbul di darul quran… Perpecahan perkara yang sangat menakutkan saya, pelbagai warna yang timbul, pelbagai corak yang lahir, tapi semuanya berasingan dan saling musuh-memusuhi, kalaulah pelbagai warna ini bersatu sebagaimana bersatunya warna-warna dalam pelangi,  tidak mustahil untuk kita lahirkan secebis pelangi HUFFAZ, dan kalaulah pelbagai corak ini bergabung sehebat gabungan batik, tidak mustahil wujudnya batik HUFFAZ. Tiada guna berpecah umpama warna-warna dalam pelangi yang tidak bersatu, tiada keindahan dan tiada kekaguman.

            Mungkin ada yang tidak bersependapat dengan saya tentang ketidaksatuan huffaz ini, saya bawakan beberapa bukti, pertama, ketika solat di masjid kebanyakan huffaz tidak tahu nama abang atau adik yang bersolat di tepi mereka, sedangkan sudah 1 tahun atau  lebih, huffaz bermaustautin di sini. Mana mungkin bersatu kalau asas taaruf yang mudah tidak dapat kita laksanakan,

            Kedua , Di asrama, berapa kalikah kita menziarahi bilik yang bersebelahan dengan kita tambah-tambah penghuni bilik itu semester yang berbeza dengan kita. Adakah kita bersaudara dengan semester kita semata-mata, kalau nak kata berukhuwah sesama semester, dalam satu semester pun timbul pelbagai firqah. Setiap firqah menyatakan tarbiah mereka lebih hebat, malangnya mereka yang hebat berbicara ini tiada di masjid bila waktu solat diudarakan, mana hebatnya tarbiah yang dilaung-laungkan. Jangan membawa fitnah kepada firqah yang didokongi dan paling besar kepada Islam itu sendiri.

            Kita perlu bersatu, atas dasar Islam tanpa mengira aliran pemikiran dan kumpulan. Kita telah ada satu bekas untuk menyatukan huffaz di Darul Quran, seharusnya kita perlu menggunakan bekas ini sebaik mungkin. Alangkah malang jika kita tidak dapat memanfaatkan bekas ini. Sesekali hadir dalam khayalan sekiranya kesatuan huffaz dapat di gapai bermula di Darul Quran bertapa hebatnya gerakan dakwah dan Islam dapat dijalankan.
           
            Usahlah kita mengulangi kejadian yang telah dilakukan oleh generasi terdahulu, marilah kita melangkah ke era generasi huffaz yang baru dibawah satu panji iaitu panji UNION OF HUFFAZ . Jangan kerana perkara kecil dan terpencil memudahkan pihak musuh meniupkan api permusuhan. Sasaran kita bukan di Darul Quran tapi masyarakat di luar sana, jadikanlah Darul Quran sebagai tempat untuk menghasilkan kepimpinan yang berteraskan Islam yang syumul dan membentuk satu kesatuan ummah di Malaysia.

            Cukuplah syak wasangka yang memenuhi hati, fitnah yang memberatkan timbangan mizan dan pelbagai tuduhan yang tiada asas yang jelas, mengapa kita tidak boleh untuk berlapang dada antara kita sedangkan sikap ini perkara paling asas dalam berukhuwah sebagaimana yang digariskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Sekiranya mereka terdahulu tidak dapat menyatukan kita, ayuh!!! Kitalah yang akan menyatukan huffaz, huffaz perlu menerbitkan taring agar gauman huffaz dapat menyedarkan pihak-pihak yang dalam kelalaian dan kealpaan terutama dalam kepimpinan negara.

            Ingatlah manusia tidak dapat menjaga manusia sebagaimana lembu hendak menjaga lembu tetapi yang paling layak dan patut menjaga lembu ialah tuan lembu tersebut, begitu juga manusia, hanya Allah tempat untuk kita berdampingan agar menjadi hambanya yang betul-betul dijaga. Kembalilah kepada system Islam yang mencangkupi sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara dan Islam bukan untuk diamalkan secara juzzi tapi secara syumul. Jangan kita membiarkan dunia memainkan kita tapi marilah sama-sama kita mainkan dunia sehingga dunia berduka dan berputus asa.
Waallahua’lam.

Wednesday, 27 July 2011

AJK Allah

Salam mahabbah dan perjuangan


Tulisan ini ditintakan bukan kerana nak melatih jari-jari menari ataupun kerana keyboard komputer telah berhabuk, tetapi diharapkan dengan tulisan ini dapat memberikan sekelumit cahaya dalam menempuh jalan yang penuh berlubang dan beranjau ini.


Ramai dari sahabat yang sekarang ini berada di IPT telah mendapat taklifat untuk gerak kerja Islam tidak kiralah yang berada di portfolio yant tinggi mahupun sebagai kuli sahaja. Posisi tak penting tapi sekadar mana posisi tersebut dimobilasi.


Umar Al-Khattab berjaga malam memantau keadaan rakyat dibawahnya, tulang rusuk Umar Abdul Aziz dapat dihitung kerana sibuk melangsaikan amanah, boleh dikatakan zaman mereka adalah zaman keemasan umat Islam, Empayar Islam meluas pada zaman Umar Al-Khattab, tiada yang layak menerima zakat pada pemerintahan Umar Abdul Aziz.


Kerana apa mereka ini hebat mentadbir... Minda mereka setting amanah datang dari ALLAH dan ALLAH lah tempat memohon pertolongan, kerana itulah terbekas dipipi Umar Al-Khattab 2 garisan hitam tempat aliran manik-manik ketaqwaan ketika munajat.


Selaku mahasiswa dan mahasiswi Islam wajib memahami bahawa taklifat yang diberi bukan dari makhluk tapi dari Allah. Jangan kerana gerak kerja soal solat kita permudahkan, soal amalan sunat dimain-mainkan.


Sepatutnya bila kita mendapat taklifat soal pergantungan dengan ALLAH semakin kuat dan semakin rindu akan tahajud, tapi apa yang dapat diperhatikan semakin banyak taklifan semakin susah nak persembahkan muka dimasjid malah makin jauh dari dakapan rahmatNya.Salam mahabbah dan perjuangan


Tulisan ini ditintakan bukan kerana nak melatih jari-jari menari ataupun kerana keyboard komputer telah berhabuk, tetapi diharapkan dengan tulisan ini dapat memberikan sekelumit cahaya dalam menempuh jalan yang penuh berlubang dan beranjau ini.


Ramai dari sahabat yang sekarang ini berada di IPT telah mendapat taklifat untuk gerak kerja Islam tidak kiralah yang berada di portfolio yant tinggi mahupun sebagai kuli sahaja. Posisi tak penting tapi sekadar mana posisi tersebut dimobilasi.


Umar Al-Khattab berjaga malam memantau keadaan rakyat dibawahnya, tulang rusuk Umar Abdul Aziz dapat dihitung kerana sibuk melangsaikan amanah, boleh dikatakan zaman mereka adalah zaman keemasan umat Islam, Empayar Islam meluas pada zaman Umar Al-Khattab, tiada yang layak menerima zakat pada pemerintahan Umar Abdul Aziz.


Kerana apa mereka ini hebat mentadbir... Minda mereka setting amanah datang dari ALLAH dan ALLAH lah tempat memohon pertolongan, kerana itulah terbekas dipipi umar al-khattab 2 garisan hitam tempat aliran manik-manik ketaqwaan ketika munajat.


Selaku mahasiswa dan mahasiswi Islam wajib memahami bahawa taklifat yang diberi bukan dari makhluk tapi dari Allah. Jangan kerana gerak kerja soal solat kita permudahkan, soal amalan sunat dimain-mainkan.


Sepatutnya bila kita mendapat taklifat soal pergantungan dengan ALLAH semakin kuat dan semakin rindu akan tahajud, tapi apa yang dapat diperhatikan semakin banyak taklifan semakin susah nak persembahkan muka dimasjid.


Adakah pertolongan Allah telah tiada atau kita dah rasa hebat bergerak kerja tanpa pertolongan ALLAH. Terakhirnya ingat satu perumpaan hebat dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz- mana mungkin lembu hendak menjaga lembu, kena tuan lembu yang jaga lembu, begitu juga manusia... HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMANDU HATI MANUSIA...