Salam membudak…
mahu mengukir sejarah, bukan terkasima dengan sejarah..
Budak bukannya syok dengan sejarah, tapi budak nak ambik
something dari sejarah, agar budak syok untuk mengukir sejarah…
Uthmaniah, 1301 hingga 1924… gemilang pada awalnya, kelam
pada akhirnya.. ini fitrah sebuah kerajaan, jatuhnya kerana jauhnya dengan
Allah.
Palestine jatuh
pada tahun 1948 ditangan zionis, dan ianya dipanggil sebagai peristiwa nakbah
(malapetaka).. apa pula nak kita gelarkan pada peristiwa kejatuhan Khilafah
Uthmaniah yang jauh lebih besar nakbahnya???
Perasan atau x,.. Umar
Al-khattab membebaskan Baitul Maqdis kerana adanya Khilafah,
tahu atau tidak… Baitul
Maqdis pernah jatuh pada tahun 1099 setelah 500 tahun berada dibawah pimpinan
Islam kepada pasukan Solibiyah.
Sedar atau tidak… Baitul
Maqdis dibuka balik oleh Solahuddin Al-Ayyubi setelah 88tahun Kristian
mencerobohnya.
Berjayanya Solahuddin kerana adanya Khilafah menongkat
dibelakangnya… malah Al-Fateh membuka konstantinopel kerna ianya Khalifah… maka
dapat budak buat kesimpulan yang main2… ibu kepada pembebasan ialah Khilafah…
NAMUN, hati-hati…
Khilafah tanpa Ulama’, rosaklah rakyatnya…
pemerintah[khalifah] dan penasihat[ulama’] merupakan satu sinergi yang maha
dahsyat untuk manusia.. Muhammad S.A.W pernah mengungkapkan dua golongan
apabila baik keduanya maka baiklah seluruh manusia dan apabila jahat keduanya
maka jahatlah seluruh manusia, mereka itu ialah Ulama’ dan Umara’[pemerintah].[ Riwayat Abu Na’im dalam al-Hulyah]
![]() |
khilafah uthmaniyah |
Gabungan kuasa umara’ dan ilmu ulama’ menghasilkan satu
momentum yang menggegarkan dunia, sebagaimana Othman Gazi selalu berdampingan
dengan seorang ulama’ sufi yang bernama Syeikh Adebali. Suatu ketika beliau
telah menafsirkan mimpi Othman Gazi yang akhirnya tafsiran mimpi itu menjadi
nyata apabila Othman Gazi digelar sebagai Bapa Empayar Khilafah Uthmaniah.
Bermulalah Khilafah Uthmaniyah pada 27 Julai 1301 oleh pengasasnya Othman Gazi.
Orhan Gazi [khalifah Uthmaniyah ke2] anak kepada Othman Gazi turut sama
mendapatkan khidmat ulama dalam pentadbirannya, hinggakan Orhan Gazi menghantar
satu pasukan tentera elitnya untuk diasuh oleh seorang ulama’ Haci Bektas
pengasas kepada Tarekat Bektasiah dan tentera elit ini diberi nama Yeniceri
(tentera baru) oleh beliau. Hinggakan Orhan Gazi dapat meluaskan pembukaan
Negara dari 16 000 km/segi kepada 95 000 km/segi dalam masa 33 tahun.
Sultan Mehmed II [ Muhammad Al-Fateh] Khalifah Uthmaniyah
ke7 mempunyai seorang ulama’ sebagai penasihatnya iaitu Sheikh Shamsudin
Al-Wali, yang bersama-sama dengan Sultan Mehmed II untuk merealisasikan Sabda
Rasulullah S.A.W iaitu dengan menakluk kota Konstantinopel pada 29 Mei 1453
setelah hampir 800 tahun sabda ini diluncurkan dari mulut baginda.
Berdasarkan kepada 3 tokoh kepimpinan ini, budak dapat
buat kesimpulan awal, kehebatan kepimpinan akan terbentuk bilamana bergabungnya
PEMERINTAH DAN ULAMA’…
makanya, untuk memastikan Palestine dibebaskan kembali,
tidak dapat tidak perlu adanya Khilafah yang bersinergi dengan Ulama’ memimpin
umat Islam seluruhnya.
Maka, sama2 kita berusaha sedaya mungkin… bergerak diatas
posisi masing-masing dengan segala potensi yang ada demi Jemaah dan khilafah
islamiah.
sama2 mendekatkan diri dan bersama-sama dengan para ulama' sementara mereka masih ada...
Budak tengok sejarah, mata
sampai naik merah, tapi hari ini termuntah, untuk dijadikan muhasabah, agar
wujud kembali khilafah islamiah…
Hehehe, budak nak jadi
pengkaji sejarah…