budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Sunday 27 May 2012

MEREKA ADA ULAMA', KITA???


Salam membudak…

mahu mengukir sejarah, bukan terkasima dengan sejarah..

            Budak bukannya syok dengan sejarah, tapi budak nak ambik something dari sejarah, agar budak syok untuk mengukir sejarah…

            Uthmaniah, 1301 hingga 1924… gemilang pada awalnya, kelam pada akhirnya.. ini fitrah sebuah kerajaan, jatuhnya kerana jauhnya dengan Allah.

             Palestine jatuh pada tahun 1948 ditangan zionis, dan ianya dipanggil sebagai peristiwa nakbah (malapetaka).. apa pula nak kita gelarkan pada peristiwa kejatuhan Khilafah Uthmaniah yang jauh lebih besar nakbahnya???

Perasan atau x,.. Umar Al-khattab membebaskan Baitul Maqdis kerana adanya Khilafah, 

tahu atau tidak… Baitul Maqdis pernah jatuh pada tahun 1099 setelah 500 tahun berada dibawah pimpinan Islam kepada pasukan Solibiyah.

Sedar atau tidak… Baitul Maqdis dibuka balik oleh Solahuddin Al-Ayyubi setelah 88tahun Kristian mencerobohnya.

            Berjayanya Solahuddin kerana adanya Khilafah menongkat dibelakangnya… malah Al-Fateh membuka konstantinopel kerna ianya Khalifah… maka dapat budak buat kesimpulan yang main2… ibu kepada pembebasan ialah Khilafah… NAMUN, hati-hati…

            Khilafah tanpa Ulama’, rosaklah rakyatnya… pemerintah[khalifah] dan penasihat[ulama’] merupakan satu sinergi yang maha dahsyat untuk manusia.. Muhammad S.A.W pernah mengungkapkan dua golongan apabila baik keduanya maka baiklah seluruh manusia dan apabila jahat keduanya maka jahatlah seluruh manusia, mereka itu ialah Ulama’ dan Umara’[pemerintah].[Riwayat Abu Na’im dalam al-Hulyah]

khilafah uthmaniyah


            Gabungan kuasa umara’ dan ilmu ulama’ menghasilkan satu momentum yang menggegarkan dunia, sebagaimana Othman Gazi selalu berdampingan dengan seorang ulama’ sufi yang bernama Syeikh Adebali. Suatu ketika beliau telah menafsirkan mimpi Othman Gazi yang akhirnya tafsiran mimpi itu menjadi nyata apabila Othman Gazi digelar sebagai Bapa Empayar Khilafah Uthmaniah. Bermulalah Khilafah Uthmaniyah pada 27 Julai 1301 oleh pengasasnya Othman Gazi.

            Orhan Gazi [khalifah Uthmaniyah ke2]  anak kepada Othman Gazi turut sama mendapatkan khidmat ulama dalam pentadbirannya, hinggakan Orhan Gazi menghantar satu pasukan tentera elitnya untuk diasuh oleh seorang ulama’ Haci Bektas pengasas kepada Tarekat Bektasiah dan tentera elit ini diberi nama Yeniceri (tentera baru) oleh beliau. Hinggakan Orhan Gazi dapat meluaskan pembukaan Negara dari 16 000 km/segi kepada 95 000 km/segi dalam masa 33 tahun.

            Sultan Mehmed II [ Muhammad Al-Fateh] Khalifah Uthmaniyah ke7 mempunyai seorang ulama’ sebagai penasihatnya iaitu Sheikh Shamsudin Al-Wali, yang bersama-sama dengan Sultan Mehmed II untuk merealisasikan Sabda Rasulullah S.A.W iaitu dengan menakluk kota Konstantinopel pada 29 Mei 1453 setelah hampir 800 tahun sabda ini diluncurkan dari mulut baginda.

            Berdasarkan kepada 3 tokoh kepimpinan ini, budak dapat buat kesimpulan awal, kehebatan kepimpinan akan terbentuk bilamana bergabungnya PEMERINTAH DAN ULAMA’… 

makanya, untuk memastikan Palestine dibebaskan kembali, tidak dapat tidak perlu adanya Khilafah yang bersinergi dengan Ulama’ memimpin umat Islam seluruhnya.

            Maka, sama2 kita berusaha sedaya mungkin… bergerak diatas posisi masing-masing dengan segala potensi yang ada demi Jemaah dan khilafah islamiah.







sama2 mendekatkan diri dan bersama-sama dengan para ulama' sementara mereka masih ada...

Budak tengok sejarah, mata sampai naik merah, tapi hari ini termuntah, untuk dijadikan muhasabah, agar wujud kembali khilafah islamiah…

Hehehe, budak nak jadi pengkaji sejarah…



No comments:

Post a Comment