budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Friday 11 May 2012

APA NIE???

salam dari budak


hari nie budak mahu main2 je...(sebelum nie pun memang dah main2)...


dalam main-main, budak terasa sedih... ada ke sorang 'pak cik' nie, dia cakap bukan2 kat budak punya idola... BAPAK KAFIR katanya... Apa nie??? (kesian kat dia, mungkin mata dah kabur dalam melihat, orang tua katakan)


kalau TGNA bapak kafir... budak rasa xde lah orang islam kat Malaysia nie, setakat mata budak duk usha2, TGNA yang paling Islam dari pemimpin lain... nak sebut kat sini panjang, semua orang dah tahu, Pak Cik Rahim Noor je xtahu...(mungkin umah dia xde internet kot...)





pak cik Rahim sebenarnya xberapa rahim(penyayang) lah!!! Noor (cahaya) tu xberapa nak ada kot!!! malap-malap hampir nak padam, sebab tu bila suluh, nampak benda lain,... ditambah lagi dengan mata yang dah kabur... tertukar mana kilauan Bulan Purnama, yang mane kilauan CINCIN...


xpelah...kita tinggalkan Pak Cik Rahim dengan Noornya


tadi budak g Kuliah Dhuha kat Medan Ilmu Kota Bharu, ingat boleh jumpa n dengar suara TGNA... xde rezeki TGNA diganti oleh Speaker DUN, ust Din... (Semangat giler kuliah dia, rasa macam nak sekeh je kepala UMNO..hahaha)


geram campur sayang darab dengan lawak makin bertambah kat UMNO, tadi budak balik umah terbaca SINAR HARIAN,... jeng3x... UMNO buat lawak pulop... muka surat 8, Jumaat :11 Mei 2012...


" Kelab Putra 1Malaysia kesal dengan tindakan penganjur mengadakan demonstrasi BERSIH 3.0 di Madinah ketika umat Islam mengerjakan RUKUN ISLAM KELIMA itu pada 28 APRIL 2012 "


tak tahu budak nak kata apa... ada ke orang buat HAJI sekarang nie... hahahhahahah (budak ketawa sampai meleleh air liur) ini lawak antarabenua nie...hahhaha

sebelum tu, RUKUN ISLAM KELIMA ialah menunaikan haji di Mekkah... 




hahaha... Pak Cik Rahim, orang macam nie, BAPAK APA PULOP???? 

Budak pun kesal dengan Kelab Putra 1Malaysia, kerana xbelajar fardhu ain dulu... hahahhhahha
Pak Cik Rahim boleh tolong ajarkan kot.... UMNO oh UMNO... Apa nie,??? Malu lah.

maafkan budak ye... budak bukan nak buka aib, tapi dah ada dalam dada Akhbar... 

tapi UMNO, budak bagitahu dengan jelas kat sini, budak bukan xsuka dengan UMNO, tapi tuntutan AQIDAH, budak kena lawan UMNO... Bukan semata-mata atas dasar isu... (isu hari saje nak main2, budak kan suka main2).

tapi ini asas perjuangan budak:

" Islam meletakkan aqidah sebagai asas utama dalam perjuangan. Bahkan ia merupakan rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman. Dengan kata lain, Islam tidak menjadikan isu sebagai landasan utama kerana persoalan aqidah adalah bersifat menyeluruh.Perjuangan yang berasaskan isu akan tamat dengan selesainya isu berkenaan. Sebaliknya Islam sentiasa mengetengahkan isu-isu yang berpaksi pada aqidah untuk menjelaskan tuntutan sebenar tauhid.."

oklah... mafkan budak ye... termuntah lagi... angkara loya dengan suasana... 
SALAM 1BUDAK...

No comments:

Post a Comment