budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???

Wednesday 9 May 2012

TEROPONG POLITIK BUDAK!!!




Salam membudak-budak

                Hangit semakin menusuk lubang hidungku… aroma kehangitannya semakin menyemarak… haba panasnya seakan-akan menjilat kulit lenganku… wap-wapnya tempias ke muka, terasa pedih2 (semacam kena watercanon ketika “rusuhan” BERSIH 3.0)..huhuhu

                Kalau dulu Memanda cuba “curi” hati mahasiswa dengan beri baucer buku rm200… gembira anak-anak muda intelijen dapat beli buku dengan “kertas biasa” bertanda 1 Malaysia. Malahan mak ayah dikampung pun dapat rm500 kerana BR1M punye pasal, budak sekolah pun dapat gak, rm 100, boleh la nk buat duit belanja selama 1bulan…:P

Beberapa hari lepas, memanda Menteri buat pengistiharan gaji minimum kakitangan awam naik kepada rm900 di semenanjung dan rm800 di borneo… Wow… budak tumpang gembira, SEMAKIN DEKAT NAMPAKNYA… hahaha..

                Yang terbaru memanda telah umumkan di Felda Jengka 8, khas buat warga felda… durian yang baru jatuh, (yang sepatutnya runtuh dulu lagi) rm15 000 untuk setiap keluarga, bersorak gembira generasi felda, bertepuk girang dibuatnya… budak pun rasa nak jadi peneroka felda… MAKIN HANGIT RASANYA….

                Banyak lagilah kalau nak sebut kat sini… semakin hangit rasanya.. pesta tabor-manabur wang semakin berkembang pesat, dulu senyap-senyap sekarang dah makin ligat diudarakan… bagus!!! Untuk kebajikan rakyat katanya…

                Lepas nie, kat mane pulop nak ditabur, budak doa agar jatuh @ runtuh durian tu atas rumah budak…hahaha, boleh beli cincin kawen untuk kawan budak..

                Sedikit terkasima mungkin pihak PR, nak bagi backfire macam mane pulop nie… hebat UMNO/BN gunakan wang untuk kaburi rakyat.. (skrip yang sama dari dulu lagi, tapi masih ada rakyat yang suka dengan skrip lama, macam cerita P.Ramlee, masih diminati walau diulang beratus-ratus kali…). 

                Teringat kata2 orang dulu, orang kampong.. nak lawan UMNO dengan duit memang kalah kita sebab dia yang urustadbir duit rakyat sekarang nie… dan tu memang kerja kerajaan pun, bagi duit kat rakyat(kebajikan), kalau budak  jadi kerajaan pun budak wajib wat macam tu… jadi kita kena kembali, asal asbab kita lawan UMNO, kerana Aqidah dan Dasar yang dianuti.

                Kita lawan UMNO kerana tuntutan aqidah untuk menegakkan Islam, jangan kerana beberapa taburan wang yang dibuat, menyebabkan  kita tinggalkan Aqidah Islam yang dipegang… generasi Y dan golongan bandar xde masalah, mungkin orang veteran dan kampungan itu masih bermasalah. terikat dengan budaya "budi"... nak balas budi...

                Jadi kenalah turun, untuk ingatkan balik kepada orang kampong, akan aqidah islam yang syumul… jangan mudah lentur dengan muntahan-muntahan yang diberikan, sedangkan mereka makan yang mewah2, tapi kita sanggup menadah mulut, menanti jatuhnya muntah kedalam mulut kita. Uwek…
               
                Nanti lepas PRU, macam2 benda akan naik, (skrip sama jugak, tapi mudah aje lupa)… kita senang 2 3 minit dengan 15 ribu, tapi mereka senang 2 3 tahun dengan beratus juta… mudah kita ditipu dengan skrip yang sama…

                Erm… boringnye… ambang PRU Malaysia,

Hehehe, budak belajar jadi politikus… silap hari bulan jadi tetikus… hahaha… saje nak bersihkan blog dripada jadi Tikus Center…
Jom… ber’PRU’ dengan AQIDAH…

No comments:

Post a Comment