Hari ini belajar tentang Hamzah Fanshuri, seorang ulama' Sufi yang hebat puisinya... akhirnya jari jemari menari dengan rentak irama hati menuju Ilahi...
Tuhan
Dulu aku berkejar memelukmu
Terdengar seruanmu ku memecut kearahmu
Saat itu ku dipeluk erat
Nafas nyaman tidak ketat
Jiwa ku tenang tidak melarat,
Tuhan
Kini aku tinggalkanMu ditiang seri
Semacam ku lari tidak terperi
Dipeluk pula si kulit babi
Seruanmu aku tidak peduli
Dijiwaku Kau Mati
Tuhan
Dulu kita bercinta kasih
Setiap malam aku merintih
Saat tu juga Kau melatih
Cinta kita kian berputih
Dunia tidak lagi ku toleh
Tuhan
Kini aku seolah bercerai dengan Tuhan
Cinta kini hitam lah legam
Panggilan cinta ku tidak genggam
Ku biar cinta kita suram
Dunia pula aku digigit geraham
Tuhan
Dulu aku rindu padaMu
Setiap hari pasti kutemu
Jika tidak hati tidak menentu
Hilangkan dosa selalu ku ampu
Kerana Kau kekasih hatiku
Tuhan
Kini rindu ku sudah kelam
Hilang cahaya bergemerlapan
Hinggakan Kau ku perduakan
Cinta ku cenderung pada perempuan
Bukan lagi pada Tuhan
Tuhan
Hari ini, aku disumpit
Rindu saat kita berkepit
Rindu jua kucupan mu yang menarik
Menjadikan jiwa tidak tersempit
Nyaman dan tenang datang berkapit-kapit,
Rindu untuk berkepit
Keluarkan aku dari mabuk yang rabit
Kepada mabuk yang thabit.
Aku rindu padaMu
Ya Allah...
budak nak muntah ape yer dalam benda nie...???
Wednesday, 22 May 2013
Sunday, 21 April 2013
budak dan PRU13???
Salam
budak untuk Malaysia,
Seronok…
itu perasaan yang terdetik dalam hati budak bila dapat berita Parlimen telah
selamat dibubarkan oleh Ayahanda PM beberapa minggu lepas.
Ada
yang berseloroh, kenapa PM pilih hari R.A.B.U untuk bubar parlimen??? antaranya
kerana PM sudah tahu PRU13 ini Rakyat Akan Buang Umno [RABU], huhuhu,
[macam-macam rakyat Malaysia nie]
Apa
pun, kini, setiap Jentera Parti sememangnya sibuk untuk mempersiapkan
kelengkapan ‘perang’ yang bersejarah ini. Parti-parti dengan hebatnya
mengumumkan calon-calon yang akan mewakili parti masing-masing. Di arak pada
hari penamaan calon dengan gahnya, macam raja sehari… tapi dalam 2 3 minggu ini
rakyat akan merasai hakikatnya rakyat itu raja dalam sebuah Negara… sepatutnya rakyatlah tuan dan raja setiap masa, MALANGNYA, rakyat hanya merasa jadi raja 2 3 minggu sahaja itu pun 5 tahun sekali, … oh Malaysia.
Apa-apa
pun, Hebat poster calon dan manifesto diluncurkan pada masyarakat, kami yang
terbaik, dan kamilah pejuang rakyat. Undi kami kalian bahagia, undilah kami
kalian sejahtera, undilah kami BR1M setiap masa. Undi kami tol tiada, undi kami
turun harga… dan pelbagai lagi… rakyat dilayan seumpama raja sebelum ditelan
hidup2 oleh serigala bermuka dua.
Dalam
keghairahan calon-calon yang diumumkan ini, tetiba, tangan budak tercapai buku
Rahsia Kejayaan Generasi Salahuddin tulisan Dr. Majid Irsan Kaylani, terbaca
pula muqaddimah kepada buku ini, yang semacamnya sesuai je untuk fatrah PRU13.
Apa
yang menarik perhatian budak, penegasan yang dibuat oleh penulis berkenaan
kelahiran Hero Ummah iaitu Salahuddin yang membebaskan Al-Aqsa dari tentera
Salib bermula daripada gerakan yang terdahulu lagi, dan bukannya perjuangan
Salahuddin ini seperti pergerakan One Man Show. Tetapi perjuangan yang
dilakukan secara Jamie dan kolektif dari generasi terdahulu sehingga zaman
pembebasan Al-Aqsa.
Betul
jugak, kata pengarang, selalunya penceritaan berkaitan sejarah islam
menyemarakkan faham one man show, yang membawa kesan kepada masyarakat
menunggu-nunggu siapakah yang akan menjadi Salahuddin yang ke-2. Sedangkan
kelahiran Salahudin itu, melalui beberapa peringkat yang membolehkan Salahuddin
bergelar Hero. Sememangnya yang menjadi tunjang kepada perubahan ini ialah Islam,
kerana Islam telah kembali difungsionalisasikan sebagai kekuatan kepada
revolusioner tika itu. Nilai2 keadilan, kebebasan, kesamarataan, kebajikan, menjadi
tarikan kepada rakyat dan nilai ini ada dalam Islam. Tapi bukan islam yang
difahami secara lipstick, tapi islam yang diumpamakan sebagai garam.
Kembali
kita, Penamaan calon pun baru sahaja melambai-lambaikan tangan. Menarik
jugak, penamaan kali ini, dari sudut demokrasi itu semakin subur, kalau lah
BEBAS berjaya tubuhkan parti mereka sendiri mungkin boleh menjadi kuasa ketiga
di antara dua kuasa besar politik Malaysia [pakatan dan barisan]. Barulah
mereka xbesar kepala bila menang nanti ada banyak ‘serangan’ dari parti politik
yang kuat, ditambah pula dengan kekuatan pelbagai kelompok dalam civil society.
Penggeseran
ini sangat baik untuk rakyat tapi sangat menekan untuk parti-parti politik.
Pada rakyat, boleh membuat pelbagai pilihan bukan lagi terpaksa memilih antara
dua. Pelbagai janji manis dapat didengari yang sekaligus akan memberikan
penumpuan pada kebajikan rakyat. Manakala pada parti politik kehadiran banyak
parti akan mengganggu perancangan dan strategi mereka terutama sekali dengan
kehadiran pelbagai calon BEBAS yang lahir dari ahli yang xpuas hati dengan
keputusan parti.
Semakin
hampir kemenangan pelbagai ujian datang untuk mematangkan, dengan merasakan mereka layak untuk menjadi wakil
rakyat, rasa gila jawatan mulai meresap dalam jiwa ahli politik pakatan,
manakala, di meja barisan pula yang semakin menuju kepada kekalahan, berlaku
banyak perpecahan dan lahirnya musuh dari dalaman. [double standard giler ayat]
Sebab
itulah ada yang berentap sesama sendiri samaada dari barisan ataupun pakatan.
Rakyat memerhati sebenarnya, dalam masa mahukan ahli politik menjadi hamba
kepada rakyat, rakyat juga mahukan sekelompok hamba yang stabil dan bersatu
untuk berkhidmat kepada mereka. Kalaulah hamba itu banyak berkata-kata manis
tapi bila bekerja masing-masing bergaduh, yang pening ialah tuan iaitu rakyat
itu sendiri.
Moga
berjalan dengan baik PRU kali ini, sebelum budak melabuhkan tirai muntahan ini,
budak ada simpan angan-angan tapi tak tahu lah samaada ianya releven atau
sampahan, namun budak ingin kongsikan juga harapan budak ini. Teringin untuk
lihat Pakatan yang memerintah Putrajaya dan paling yang budak teringin lihat,
kabinet menteri yang dilantik dalam kerajaan Pakatan Rakyat ada dilantik juga
menteri dari BN yang berkelayakan… berkhidmat untuk rakyat rentas parti…
Wallahua’lam, tapi inilah angan-angan budak yang mungkin agak utopia buat masa
ini.
Sekian
dulu muntahan budak dalam tempoh PRU ini, budak hanya memerhati dengan mata,
jika mendongak ke atas budak tak nampak yang dibawah, kalau budak tunduk ke
bawah, budak terlepas yang diatas, begitu jugak kalau budak melihat ke hadapan,
yang belakang budak terlepas pandangan, begitulah sebaliknya… makanya, mohon
bantuan semua untuk menjadi mata kepada budak dengan menegur dan memberikan
nasihat jika ada yang tersalah… hehehe…
Wassalam..
21
April 2013
9.40
a.m
Gelombang Persisir Waktu
Memahami Islam Sebagai Sebuah Gerakan Ideologis Yang Mencerahkan dan Membebaskan
Rahsia Kejayaan Generasi Salahuddin
Sunday, 24 March 2013
Bedah Buku : Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik
Alhamdulillah, terjumpa sebuah lagi buku yang membincangkan berkenaan dengan wanita dan politik. Buku ini dibeli dengan Baucer Buku 1 Malaysia [BB1M], terima kasih DS Najib Razak. setelah termenung panjang, budak ambil keputusan untuk meminta seorang teman budak untuk buatkan sinopsis ala kadar dahulu, sebagai percubaan pertama, Sinopsis ini telah dilakukan oleh seorang teman yang bergender wanita, kerana merasakan kaum mereka lebih layak untuk menghuraikan berkaitan topik ini. Sinopsis ini untuk mereka yang baru nak berjinak dengan politik Islam [Pengenalan].
Pengalaman dari Buku ‘Apa Kata Islam Mengenai Wanita
Berpolitik’
Teringat Ketika Di K-Fiqh, Mursyid Berpesan Bahawasanya Sirah Itu Bukanlah Dijadikan Sumber Hukum 100%, Tetapi Sirah Itulah Panduan Untuk Sekalian Manusia Agar Dapat Diinterpretasi Sesuai Dengan Kehidupan Realiti.
Menariknya Buku Ini Kerana Di Bawa Sejarah Kedudukan Wanita Di Zaman Yunani, Rom, Hindu, Yahudi, Kristian Mesir, Dan Masyarakat Arab Di Masa Lampau untuk Kita Kaji. Rata-Rata Memandang Enteng Bahawasanya Wanita Itu Tempat Berseronok , Pembawa Bencana, Pintu Syaitan Dan Sebagainya. Tetapi Ternyata Terdapat Sejarah Yang Didokumentasikan Mengenai Peranan Wanita Di Dalam Pentadbiran Sewaktu Di Zaman Mesir Kuno .
Kata
Alexander Murabbi Alfaransi: Wanita Pada
Zaman Mesir Kuno Tidak Diabai Atau Diketepikan. Malah, Kewujudan Mereka
Diiktiraf Di Dalam Keluarga. Mereka Mempunyai Taraf Yang Sama Dengan Lelaki
Dalam Urusan Harian. Ini Kerana Masyarakat Mesir Kuno Mempunyai Pandangan Yang
Berbeza Mengenai Wanita Berbanding Masyarakat Lain.
Antara
Wanita Yang Mentadbir Mesir Ketika Itu Adalah : Martis Nabt, Hateshbesut, Sik
Nafrot Dan Lain-Lain.
Selain
Itu Sirah Juga Merekodkan Beratus Ratus Nama Tokoh Pejuang Islam, Antaranya
Ummu Salamah Yang Terlibat Dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah, Balqis Dengan
Negara Tadbirannya Iaitu Saba’, Saidatina Khadijah, Tulang Belakang Baginda ,
Sumaiyah Binti Khaiyat, Wanita Pertama Syahid Dalam Menegakkan Kalimah Allah.
Subhanaallah.
Ternyata
Melibatkan Diri Dalam Politik Bagi Golongan Wanita Ini Perlu Lahir Dari
Kefahaman Dan Kesedaran Yang Tinggi Bahawa Kerja-Kerja Ini Bukanlah Satu Kerja
Luar Bahkan Satu Urusan Agama Yang Wajib Dilaksanakan[Jihad]. Sesungguhnya
Kematangan Mereka Dalam Memimpin Masyarakat menjadikan Tidak Mustahil Untuk
Mereka Mendidik Anak-Anak Dengan Cemerlang Selari Dengan Pengalaman Realiti
Yang Dihadapi Oleh Mereka. Sungguh, Membiarkan Wanita Freemanson, Sekularis Dan
Orientalis Mendominasi Arena Politik Adalah Tidak Wajar.
Tertarik
Dengan Peribadi Ummu Salamah, Apabila Diturunkan Wahyu Berbentuk “Wahai
Manusia” Segera Disahutnya Sehingga Menimbulkan Kepelikan, Jawab Beliau: Aku
Juga Adalah Manusia. Menarik Bukan? Ini Kerana Wanita Juga Adalah Insan
Mukallaf Yang Dipertanggungjawabkan Sepertimana Lelaki Kecuali Ada Bukti2
Tertentu Yang Mengkhususkan Kepada Lelaki.
Turut
Dinyatakan Punca-Punca Lemahnya Wanita Dalam Era Politik Beserta Dalil2 Yang
Mantap Dan Perlu Dirungka Lagi Mengikut Arus Perdana Serta Prinsip-Prinsip
Syariah Yang Wajib Mereka Patuhi Untuk Menjaga Maslahah Mereka.
Antara Peranan Yang Mampu Wanita Mainkan Dalam Masyarakat:
·
Utarakan Pendapat Mengenai Isu Semasa Sama Ada Dalam Penulisan Atau
Tunjuk Perasaan Dll
·
Amar Makruf Nahi Mungkar
·
Menyokong Parti Atau Pergerakan Politik Yang Bermotifkan Kebajikan
Masyarakat
·
Mengundi Calon Yang Benar Layak Memimpin
·
Menerima Pencalonan Dalam Parlimen jika Mampu Mewakili Rakyat Di
Mana-Mana Kawasan Atau Dun.
Allah.. Perbahasan Menarik Telah Dikupas Dalam Buku " Muslimah Celik Politik" Mengenai Ciri-Ciri Wanita Yang Layak Bertanding Di Sisi Islam.
Allah.. Perbahasan Menarik Telah Dikupas Dalam Buku " Muslimah Celik Politik" Mengenai Ciri-Ciri Wanita Yang Layak Bertanding Di Sisi Islam.
tbqãZÏB÷sßJø9$#ur àM»oYÏB÷sßJø9$#ur öNßgàÒ÷èt/ âä!$uÏ9÷rr& <Ù÷èt/ 4 crâßDù't Å$rã÷èyJø9$$Î/ tböqyg÷Ztur Ç`tã Ìs3ZßJø9$# cqßJÉ)ãur no4qn=¢Á9$# cqè?÷sãur no4qx.¨9$# cqãèÏÜãur ©!$# ÿ¼ã&s!qßuur 4 y7Í´¯»s9'ré& ãNßgçHxq÷zy ª!$# 3 ¨bÎ) ©!$# îÍtã ÒOÅ3ym ÇÐÊÈ
71. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang
lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar,
mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya.
mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana.
TERNYATA ALQURAN MENGANGKAT PERANAN LELAKI DAN WANITA
DALAM MEMBANGUN MANUSIA AGAR TERBINALAH
NEGARA YANG DIREDAI-NYA.
* nama penulis dirahsiakan, huhu, segan kot...
Monday, 25 February 2013
ORANG MISKIN BUKAN BINATANG!!!
Salam keamanan dan kesejahteraan dari budak.
Kekadang bukan sayu, melihat kalangan mereka yang miskin dan budak sendiri pun dari golongan yang miskin. Hari ini budak mahu bicara orang miskin, sekaligus, membicarakan soal politik miskin di Malaysia.
Orang
miskin, tidak sukar untuk kita kenali mereka,
dan tidak payah untuk kita terserempak dengan mereka, masuk sahaja dalam
kampong kampong atau ditengah-tengah bandar-bandaraya senang sahaja untuk
terserempak dengan mereka. Namun yang payah dan sukar ialah untuk melihat usaha
pihak berkenaan untuk keluarkan mereka dari kemiskinan.
Mungkin juga
mereka sengaja dibiarkan begitu untuk dijadikan bahan oleh binatang-bintang
politik dalam Pilihan Raya Umum sebagai senjata yang cukup ampuh meraih undi. Apakah dosa
orang miskin ini, sudah la miskin hartanya, malah diperkudakan oleh politikus
Negara yang punya pemikiran yang jijik.
Mereka ini tidak tahu politik apalagi mahu
berpolitik, sayunya, mereka selalu dipolitikkan oleh politikus, dan kuasa
politik menekan mereka dari miskin harta kepada miskin maruah... Malah miskin kedua-dua.
Siang malam mereka,
diberikan untuk mencari sesuap nasi, untuk diri sendiri dan keluarga, mana
mungkin mereka sempat untuk mengambil tahu isu semasa politik yang berkecamuk.
Akhirnya politikus yang bancul mengambil kesempatan diatas kemiskinan ini untuk
merai popularity dan mengancam hidup mereka. Bukannya serius untuk keluarkan
mereka dari tangki kemiskinan ini.
Ada betulnya juga
kata Tuan Guru Nik Aziz, kerajaan yang ada kini, semacam membinatangkan rakyat
dengan wang. Dan ditaukidkan lagi oleh
Ustaz Azhar, seolah-olah menabur makanan kepada rakyat kemudian mereka sembelih
rakyat selepas Pilihan Raya Umum. Kerajaan apakah ini??? Ayamkah rakyat
Malaysia???
Kita tidak
mempertikaikan bantuan yang diberikan, dan sememangnya menjadi kewajipan kerajaan untuk
memberikan bantuan kepada rakyat, kerana mereka memegang amanah rakyat untuk
menjaga rakyat. Namun, perlaksanaannya yang membinatangkan rakyat itu sangat
memanaskan hati. Hinggakan rakyat dibodoh-bodohkan, itu tidak dikira lagi
dengan dengan memaksa rakyat untuk bersumpah mengundi UMNO/BN, ucapan yang penuh
ugutan dan sebagainya.
Wahai politikus…
rakyat ini bukan lah ayam untuk ditabur-tabur dengan wang. Kami ada akal untuk
berfikir, ada maruah untuk dijaga dan ada agama untuk memimpin. Bila cakap soal
ayam, teringat sebuah perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan antara YB
Nassuruddin Daud dan YB Anuar Musa beberapa tahun yang lepas. Adun Meranti itu mengungkapkan, [lebih kurang begini] Kita rakyat bukan
jenis ayam bandar, yang tunggu tuan bagi makan, kalau xbagi akan mati, dan bila
tuan nak sembelih, tuan mengasah pisau dihadapan muka pun, jenis ayam bandar
ini tidak lari. Berbeza dengan ayam kampong, tuan bagi makan, ayam kampong akan
makan, kalau xbagi akan cari makan sendiri dan aktif, dan kalau tuan nak
sembelih, belum tuan turun dari rumah, ayam kampong dah lari cari tempat
perlindungan.
Amatlah naïf, bila
ada politikus yang mempergunakan orang miskin sedemikian rupa. Namun, orang
kampong yang miskin, tidak lagi boleh dibodohkan lagi walaupun mereka miskin
harta tidak bererti mereka miskin maruah dan agama. Dengan maruah dan agama
yang ada pada diri mereka, Awang Adek [Bekas Bakal Menteri Besar
Kelantan] telah dimalukan dalam satu majlis pemberian BR1M. Apabila ditanya kepada rakyat,
siapakah yang mahu Dato’ Seri Najib kekal menjadi Perdana Menteri??? Adalah
beberapa puluh yang angkat tangan daripada ratusan yang hadir. Bila ditanya siapakah yang mahu Dato’ Seri
Anwar menjadi Perdana Menteri??? Majoriti yang hadir telah mengangkat tangan…
hahaha… Awang Adek senyum tidak terkata.
Walaupun miskin
harta, namun, maruah dan agama rakyat tidak mampu dijual beli dengan harga
RM500, maknanya, Projek membinatangkan rakyat oleh UMNO@BN telah mencapai
kegagalan yang jelas. Rakyat bukan binatang seperti yang difikirkan oleh
UMNO/BN… hahaha..
Wednesday, 20 February 2013
AQAL KU BERKATA???
PRU13
semakin menghampiri, bermakna umat Malaysia dalam satu fatrah [situasi] menilai
dan memilih. Penilaian dan pemilihan ini berlaku setiap saat dalam kehidupan,
dan kini salah satu proses yang terbesar yang mesti dan wajib dilalui oleh
Malaysians ialah menilai dan memilih Kerajaan yang mampu menenangkan dan
menyenangkan rakyat. Pemilihan ini memerlukan dokongan dari AKAL. Budak mahu
muntahkan sebuah contengan minda seputar isu AKAL…
Akal
yang ada pada manusia merupakan satu karamah insaniah [kemuliaan manusia] yang
sangat berharga, namun, lapisan-lapisan lemak ini, seumpama tidak mampu
digunakan oleh manusia, hinggakan menjadikan akal sekadar organ yang mencukupi
diri manusia.
Betapa
dijulangnya akal, hinggakan, ada segolongan ulama’ berpendapat akal manusia
sudah cukup untuk manusia itu diberikan taklifan, justeru bila manusia
diberikan akal, WAJIB untuknya memerhatikan alam,langit dan bumi serta merenung
dan memikirkan kewajipannya terhadap Tuhan seperti beribadah dengan mengagungkanNya.
![]() |
Bila
kita bicarakan soal akal, kita bicarakan konsep akal yang sebenar, bukannya
akal yang sudah dirobek dan digondol oleh kekotoran dan kecelaruan dalam
penggunaan akal. Bah, ianya satu akal yang penuh kritis, berpusing selaju
cahaya. Selalunya akan berkumandang suara-suara yang enggak enak didengar,
seumpama bagaimana kalau akal itu xmatang, akal itu bersalahan dengan syara’???
dan seumpamanya.
Sekali
lagi dijeritkan, akal yang bersalahan itu, bukanlah akal yang sebenarnya,
bukanlah akal yang baik dan matang, tapi ianya akal yang rosak dan merosakkan.
Itulah akal yang diperkudakan oleh hawa nafsu, akal yang diperhambakan oleh
syahwat yang terburu.
Ketinggian
akal ini dijelaskan lagi oleh Yusuf Qardhawi, dengan mengatakan, dalam hal
muamalat [politik] manusia diberikan kebenaran untuk MEREKACIPTA system yang
mahu digunakan berbeza dalam hal Ibadah yang autoriti untuk hal ini hanyalah
milik Allah Taala.
MEREKACIPTA
ini memerlukan satu proses pemikiran yang luar biasa dalam penghasilan system
yang mampu diterima oleh akal manusia. Dan proses ini memerlukan sebuah organ
yang dipanggil sebagai akal untuk mengemudi perjalanan REKACIPTA tersebut.
Mungkin sebab itulah ada kata-kata yang mengatakan, siapa yang tahu had untuk
akal berfikir???
Dalam
Tafsir Al-Maghaziy, dalam pentafsiran perkataan اهدنا dalam
ayat 6 surah al-Fatihah, akal dikelaskan sebagai salah satu hidayah dari Allah,
dan ianya merupakan hidayah yang kedua tertinggi kepada manusia. Keberadaan
akal dalam diri manusia tidak cukup kerana akal itu bisa diperhambakan oleh
hawa nafsu yang bergelojak setiap waktu. Oleh itu, Allah telah menurunkan
pertolongan [mau’nah] dengan hidayah yang tertinggi iaitu Agama dan Syara’.
Pertolongan ini diberikan Allah, melalui seorang penganjur [pemimpin yang khas] iaitu Muhammad S.A.W. Gabungan
antara akal dan syara’ akan menghasil satu generasi yang gemilang seumpama
generasi yang keluar dari Madrasah Rasulullah, yang memaksimumkan penggunaan
akal mereka dan syara’ yang dipegangi.
Dalam
hal politik [pentadbiran] dan seumpamanya, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah
meninggalkan kita dengan satu dasar yang sangat jelas, Politik berubah-ubah tetapi agama tetap. Agama tidak boleh disesuaikan dengan politik, tetapi politik itulah yang mesti disesuaikan dengan agama.
Ini kerana tidak dapat dinafikan akal manusia senantiasa diserang oleh faham yang menjijikkan
dan memualkan lebih lagi dalam arena politik Malaysia. Materialistik [faham kebendaan] yang diasak dengan melampau
sehingga menjadi satu agensi yang menentang-Tuhan [agama]. Kekeruhan akal
bermula bila faham kebendaan ini menyerap masuk dalam akal manusia sehingga
membentuk sebuah peradaban kebendaan yang dicirikan dengan penipuan dan
penafian yang tersangat angkuh dan ianya menampakkan faham ini mendominasi
seluruh kehidupan kini. [sehinggakan melihat tandas masjid pun nampak projek untuk direbut].
Dijernihkan
kepada kita oleh Sayed Abul Hasan Ali Nadwi, akan Faham kebendaan atau agensi
menentang-Tuhan ini sebenarnya sudah lama diingatkan kepada umat manusia oleh
seorang manusia lantikan langit iaitu Muhammad S.A.W dengan personafikasi bahasa
kenabian sebagai al-Dajjal. Makanya, dipesan sejak dahulu kala, jalan keluar dari penjara akal yang dikelilingi tembok kebendaan ialah memahami hakikat Surah
Al-Kahfi yang ditunjangi 4 kisah. Kisah-kisah yang sarat mengajar manusia
keluar dari lingkaran faham kebendaan yang menyesatkan.
Sekiranya
akal yang mengemudi bahtera kehidupan ini mampu keluar daripada cengkaman faham
yang menggoda ini, dan mampu melihat jauh ke seberang dunia akhirat, maka, akal
ini merupakan sebuah akal yang murni nan indah yang mampu membelah bumi untuk
menuju kebahagiaan.
Sekian
Budak-Budak
3.08 PM,
21 Februari 2013
21 Februari 2013
Tafsir
Al-Maghaziy
Yusuf al-Qardhawi & Kebangkitan
Rakyat
Manusia
dan Kemaruk Kebendaan Teks & Komentar Surah Al Kahfi
Dr
Burhanuddin Al-Helmy Pemikiran dan Perjuangan
Thursday, 7 February 2013
Perlu ke Old Guide vs Young Turk???
Salam
Kebudak-budakan,
Menulis
dari melihat dan mendongak ke atas melihat orang dewasa berjuang… Hasilnya ini,
yang budak jumpai… Pertembungan dua corak pemikiran dalam satu rumah.
Old
guide dan young turk selalu digambarkan sebagai dua kelompok pemikiran yang
saling bertembung. Seakan-akan pertembungan ini menghasilkan hasil yang kurang
enak dan menimbulkan pelbagai konflik. Dalam satu sudut old guide defend mereka
punya pendapat. Dalam satu sudut young turk mengasak dan berusaha
mengetengahkan pandangan mereka. Selalu dilihat pertembungan ini membawa
coretan hitam dalam organisasi dan komuniti.
Budak
melihat pertembungan ini sebenarnya membawa kematangan dan keseimbangan dalam
pembawakan dan prinsip, seandainya dua pemikiran ini diletakkan pada masa dan
tempat yang sepatutnya [adil dalam berfikir]. Bagi budak, tidak boleh untuk
kita kesampingkan salah satu antara dua corak pemikiran ini. Namun, ianya harus
diurus dengan baik dan kena pada tempatnya.
Budak
melihat pemikiran old guide perlu ada dalam perkara-perkara yang berkaitan
dengan dasar, prinsip dan thawabit, qat’ie, tetap, manakala pemikiran young
turk perlu diwujudkan dalam perkara – perkara berkaitan dengan pelaksanaan, pendekatan,
dan mutaghayyirat.
Keberadaan
dua corak pemikiran ini secara semula jadi, sebenarnya telah memperagakan
kepada kita satu struktur semak dan imbang [check and balance] dalam sesebuah
organisasi, institusi, bahkan Negara. Malah menampakkan Thabat dan Murunah
[Tetap dan Fleksibel] Islam.
Namun,
sikap yang ada pada sesetengah pendokong pemikiran ini yang mungkin dipalit
dengan fanatisme, mengeruhkan keadaan yang jernih ini. Sebagai contoh, golongan
young turk melenting bila ada perwakilan pemuda yang mengkritik harakah daily
yang kelihatan cenderung kepada golongan young turk, dengan gelaran, usul yang
dangkal. Manakala golongan old guide pula turut melenting bila ada golongan
young turk mengkritik kepimpinan ulama’ yang di amalkan, dengan gelaran
golongan celaru fikrah.
So???
Permasalahan yang timbul bukan hadirnya kedua-dua corak pemikiran ini, namun
yang utama ialah, bagaimana menguruskan corak pemikiran yang sememangnya ada
dalam apa-apa gerakan sekali pun. Persoalan pengiktirafan dan penerimaan pada
old guide dan young turk yang berperanan pada skopnya [prinsip dan pendekatan]
mesti disedarkan.
Kerisauan
oleh old guide dan keberanian oleh young turk, telah menimbulkan satu titik
kesederhanaan ditengah-tengah antara keduanya. Hinggakan rakyat kebanyakan
dapat mengikuti dan menerima titik kesederhanaan tersebut, berbanding titik
yang dibawa oleh old guide dan young turk, Malah dua corak pemikiran ini juga
akan bersetuju pada titik kesederhanaan ini tanpa mengadaikan prisip dan lebih
berinovasi dalam mengupayakan pendekatan.
Tiada
apa yang perlu diperbesarkan, dan tiada gunanya penglabelan yang pelbagai,
kerana kepelbagaian itu merupakan karamah insaniah yang diberikan Tuhan. Selalu
berbincang dan jauhkan sangkaan, serta iktiraf peranan sesame kita.
Budak
masih mahu mengenali pemikiran dua kelompok ini yang sememangnya ada di
mana-mana, kampong, kampus, Bandar, organisasi, institusi, hatta dalam parti
politik dan Negara.
Sehingga
kini budak mahu kedua-dua pemikiran ini berada dalam jiwa budak seakan-akan
adanya jiwa Sheikh Shamsuddin Al-Wali dan jiwa Muhammad Al-Fateh. Combinasi dua
jiwa ini, merekahkan benteng kota konstatinopel sekaligus meruntuhkan benteng
canggihnya.
Carilah
dua jiwa ini dalam diri kita, carilah Sheikh Shamsuddin Al-Wali dan juga
Muhammad Al-Fateh. Sekiranya ada satu sahaja, carilah teman yang berbeza jiwanya
dengan kita.
Salam
keamanan dan keharmonian dari budak hingusan.
Wednesday, 23 January 2013
Oh Mahasiswa Gladiator???
Salam
perjuangan dari budak
Listen,
Listen, Listen
Perkataan yang popular pada awal tahun
ini, pertembungan sensasi pada abad ini antara Bawani dan Puan Sharifah Zohra.
Semua dah a’rif sal benda nie, budak bukan nak memuntahkan perihal ini, kerana
budak kurang berminat, hehehe, budak
tahu setiap kampus pernah merasai azabnya sekatan bersuara ini. Ok…
Peristiwa ini perlu dimanipulasikan oleh
gerakan mahasiswa dengan sebaik mungkin agar mahasiswa kembali mendapat ‘public
accepted’. Namun, perjuangan mahasiswa bukan atas isu semata-mata. Timbul juga
‘question mark’ dalam benak kepala otak budak, sampai bila mahasiswa mahu
menumpang isu untuk bangkit??? Walaupun begitu, mahasiswa bodoh kalau tidak
menggunakan isu yang hangat ini, so, fikir lah sendiri… budak rumus sikit,
matlamat berjuang bukanlah menguasai isu, namun dengan menguasai isu untuk
mencapai matlamat.
Pendidikan politik atau kesedaran
politik sewajarnya digerakkan dengan segera dalam kalangan mahasiswa diseluruh IPTA dan IPTS. Setakat
budak berborak [bukan kajian] dengan teman-teman dari pelbagai Universiti
tempatan, mereka berkongsi dengan budak, yang betul-betul cakna tentang politik
Negara hanya beberapa kerat sahaja, andaikan sebuah university ada 10 000
student, yang cakna perihal politik mungkin tidak sampai 1000 orang, ini kata
mereka la.(budak tadah telinga je, betul atau tidak itu budak serahkan pada
mahasiswa melihat university masing-masing).
Budak tidak kata bila cakna dengan
politik perlu daftar jadi ahli mana-mana parti dan sebagainya. Tapi kalau
daftar sebagai ahli, maknanya mahasiswa itu lagi cakna dengan pindaan AUKU yang
terbaru. Cukuplah dengan mendaftar sebagai pengundi, membuktikan anda cakna
dengan hak politik anda di Malaysia. Sedih la jugak, bila budak tanya mahasiswa
aliran Pengajian Islam, samaada dah daftar mengundi atau tidak, dengan selamba
dijawab, PERLU KE??? (kalau boleh budak sepak, budak sepak je)
Tu tak kira dengan golongan mahasiswa
yang terlibat dengan gerakan islam [kononnya] yang mengharamkan demokrasi, ditambah
pula dengan gerakan yang mahu berdakwah je, politik itu haram, didarab pula
dengan mahasiswa yang berbaiah dengan mana-mana gerakan, kerjanya tarbiah
semata… adohai… [budak tepuk dahi] Ada fikrah Islam, tapi tidak dapat membantu
untuk memenangkan Islam di Malaysia. Mahasiswa yang berjuang dalam medan
politik pun ada yang terlupa nak daftar mengundi, 3bulan selepas tarikh lahir
baru nak daftar, adoi2 [budak tepuk dahi sekali lagi]
Goel dan Milbrath telah mengkatogerikan 4
jenis partisipasi masyarakat dalam politik; 1] apatis ; mereka yang yang tidak
bepartisipasi dan menarik diri dari medan politik. 2] Spectator ; mereka yang
pernah terlibat dalam politik setidak-tidaknya pernah mengundi dalam PRU. 3]
gladiator ; mereka yang terlibat secara aktif dalam politik seperti aktivis
parti 4] pengkritik ; mereka yang bepartisipasi dalam cara kekerasan [non
konvensional].
Kebanyakkannya mahasiswa berada dalam
kelompok spectator, yang memerlukan serangan daripada golongan mahasiswa
gladiator. Sorry to say, gerakan mahasiswa selalunya ‘syok sendiri’ dengan
aksi-aksi yang dilakukan, ketokohan dan kepimpinan mahasiswa hanya dikagumi
oleh kelompok mereka sahaja, idealism mahasiswa hanya berawang-awangan diatas
kepala ahli aktif kelompok semata. Perjuangan mahasiswa tidak dirasai oleh
mahasiswa spectator, hanya bergerak nyaman dalam dakapan mahasiswa gladiator.
Kini, mahasiswa perlu fikir bagaimana
mahu memperkasakan ketokohan pimpinan mahasiswa di luar kelompok gladiator,
bukan sekadar dikagumi oleh aktivis-aktivis, malah ketokohannya menjadi siulan
petang oleh mahasiswa yang lain. Satu pandangan budak, pemimpin mahasiswa kena
banyak membaca dan menulis artikel untuk sebaran idealism kepada masyarakat. Kalau
ingat dahulu, mahasiswa menerbikan majalah, surat khabar mereka sendiri,
sebagai mekanisme sebaran idealism mahasiswa. Jelas apa yang diperjuangkan.
Tak perlu surat khabar, tak perlu
majalah, Cuma hidupkanlah lawan web mahasiswa dengan segala pelbagai penulisan
yang sarat dengan idealism mahasiswa. Admin laman-laman web yang ada, mintaklah
pimpinan mahasiswa yang selalu mengetuai demonstrasi atau aksi-aksi jalanan
untuk menulis artikel, susah untuk budak melihat tulisan dari individu-individu
yang aktif dijalanan. Bagi budak, agak segan, kerana mahasiswa sudah macam
sebati dengan demontrasi semata, walhal, kontang dalam penulisan, wacana dan
perbincangan ilmiah.[budak bukanlah ilmiah sangat pun malah lagi kontang nan
gersang, huhuhu]
Perbincangan satu pentas dengan ahli
akademik, ahli politik, agamawan, sasterawan dan sebagainya untuk menyatakan
sudut fikir mahasiswa perlu kembali dibangunkan secara berkala. Tradisi
mencabar itu meski diteruskan, agar slogan yang dilaungkan sebagai third force
itu menjadi kenyataan bukan igauan malam. Penerimaan kerajaan terhadap
mahasiswa sebagai rakan kongsi pembangunan harus dibuktikan dengan memberikan
hak kepada mahasiswa untuk turut serta dalam proses membuat undang-undang dalam
Negara terutamanya dalam Dewan Negara selaku Senator yang mewakili 1.2 juta
mahasiswa. Ini perlu agar mahasiswa bukan hanya menjadi penerima manfaat
pembangunan tetapi mahasiswa merupakan penyumbang pembangunan.
Mencari idea untuk menarik teman-teman
mahasiswa yang lain untuk bersama dengan gerakan mahasiswa yang sememangnya
bersifat inklusif bukan eksklusif. Meraba-raba ramuan agar mahasiswa mampu
menjadi tokoh diluar kelompok mereka.Menunggu juga lontaran pemikiran mahasiswa
dalam penulisan-penulisan di laman web. Mengharap adanya suara mahasiswa dalam
badan legislatif di Malaysia.
Sekian dulu dari budak hingusan, yang
baru nak belajar pakai baju dengan tangan sendiri tanpa bantuan mak dan ayah…
Mungkin budak juga ‘outdated’ tentang gerakan mahasiswa kini… hehehe
Sekian
Budak-budak
23
Januari 2013
3.44
p.m
Kalau
Aku Mahasiswa
Artikel
Mahasiswa dan Perjuangan?
Artikel
Pergerakan Mahasiswa Dalam Perspektif Partisipasi Politik : Partisipasi Otonom
atau Mobilisasi
Ucapan-ucapan
ahli politik
Brainstorming
dengan teman-teman gladiator J
Perbualan
dengan rakan-rakan spectator J
Subscribe to:
Posts (Atom)








